Bab 42

Romance Completed 685128

"Honey.. baby.. please, kita balik rumah" pujuk Gibran bersama langkah semakin merapati Haifa. Ikutkan hati tidak mahu dia mengalah tetapi memandangkan cuaca semakin panas dan kenderaan yang lalu lalang pula sibuk jadi masyarakat prihatin, nak tonton dramanya bersama Gibran. Terpaksa juga kaki melangkah ke arah kereta CRV hitam yang elok tersadai di tepi jalan.

Dengan langkah perlahan Haifa menuju ke arah pintu penumpang hadapan sambil berpeluk tubuh. Terkocoh-kocoh Gibran dengan gentleman membuka pintu kereta untuk Haifa. Sebelum Haifa melolos masuk, sempat lagi dia menjeling Gibran. Aduh.. parah ni! Selepas pintu sebelah Haifa di tutup Gibran terus berlari ke arah pemandu. Laju dilolos masuk. Enjin dihidupkan dan kaki perlahan menekan pedal.

Raffa pula sebaik melihat kereta dipandu Gibran melintasinya, laju diekori kereta itu.Tidak senang hati untuk membiarkan kedua-dua mereka sendirian.

Haifa yang masih sakit hati membuang pandang ke luar bersama wajah yang masam. Gibran pula sambil memandu, di toleh ke kiri seketika. Kelatnya wajah awak honey..!

"Honey.." seru Gibran sambil menoleh pada Haifa di sisi. Haifa diam tidak membalas. Jemarinya yang cuba dicapai Gibran ditepis laju.

"Tangan tu tak payah nak merayap boleh tak? bawa je la kereta tu. Accident nanti siapa yang susah!" keras suara Haifa berbunyi. Terdiam Gibran di sebelah. Tidak berani mahu menyentuh Haifa lagi. Kalau macam ni gayanya, tidur luar la dia malam ni..

Kereta dipandu Gibran perlahan masuk ke kawasan rumah. Waktu itu abang Kudin berada di hadapan rumah sedang menggulung getah paip, lagaknya seperti baru selesai menyiram pokok. Gibran berhentikan kereta di hadapan pintu rumah. Setelah kereta berhenti, Haifa terus turun tanpa menoleh pada Gibran. Abang Kudin yang menyapa pun tidak dibalas.

"Sir" tegur Abang Kudin pada Gibran yang baru keluar dari perut kereta. Kelat sahaja wajahnya.

"Abang Kudin, tolong simpan kereta" kata Gibran sambil menyerahkan kunci pada lelaki yang basah bajunya bermain air.

"Okay Sir" balas Abang Kudin. Tidak mahu memanjang cerita memandangkan mood kedua-dua majikannya tidak berapa elok.

Sewaktu Gibran melangkah masuk ke dalam bilik, dilihat Haifa sedang menanggalkan pakaian di tepi bilik air. Hanya tinggal pakaian dalam warna hitam yang berenda-renda sahaja. Terkelip-kelip mata Gibran dengan pemandangan yang indah itu. Liur ditelan laju. Kaki diatur ke arah Haifa tanpa sedikit pun dialih pandangannya.

'Argh..!'

Jerit Gibran bergema di dalam bilik. Tertunduk dia di situ apabila kakinya tersepak kaki katil. Haifa yang melihat tersenyum kecil. Itu la.. mata tu pandang mana? sebesar-besar katil pun boleh dilanggarnya, kan dah merana jari kaki tu..

Haifa hanya pandang dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Iyalah berdiri di tengah panas tadi, berpeluh juga jadinya.

Gibran terus melabuhkan duduk di birai katil. Jari kelingking yang tersepak kaki katil tadi ditilik. Kenapa la waktu-waktu begini pula kakinya boleh tersepak kaki katil.. kacau betul!

Lebih kurang lima minit, sakit pada jarinya berkurang. Gibran kemudian bangun lalu melangkah ke arah balkoni. Bungkusan kain yang mengandungi loket dan plat tadi dikeluarkan. Plat tadi diambil dan ditilik. Apa gunanya plat ni sebenarnya. Sebelum nenda meninggal tiada pula dipesan apa-apa cuma..

"Apa yang ada pada loket ini hanya milik kamu berdua"

Terngiang-ngiang kata-kata nenek sewaktu dia berbual-bual dengan nenek di hospital. Tapi tidak pula ditanya lebih lanjut. Gibran raup wajah. Kemudian dia teringat pada headband magnifier yang ada di dalam laci meja sisi. Laju kaki melangkah masuk. Laci meja sisi kedua ditarik dan headband magnifier dikeluarkan. Plat dan loket yang berada di tangan diletakkan di atas meja kopi di dalam bilik. Headband magnifier disarung ke kepala. Lampu pada sisi kiri alat itu ditekan. Plat dipegang dengan jari. Satu-satu nombor diteliti pada plat tersebut tetapi tiada yang memberi apa-apa makna. Dialih pada bahagian satu lagi. Apabila dilihat dengan alat ini, baru jelas. Bukannya 'EoE' tetapi 'BoE'.

Kepala dipanggungkan dan magnifier ditolak ke atas. Masih tidak memberi makna. Tiba-tiba terlintas sesuatu di fikirannya. Telefon bimbit yang berada di dalam poket dikeluarkan dan ditaip sesuatu pada telefonnya. Sebaik keputusan apa yang dicari terpapar, terus berubah wajah Gibran.

Waktu itu terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Kalut Gibran menyimpan loket dan plat ke dalam bungkusan kain tadi. Haifa yang baru melangkah keluar memandang Gibran dengan dengan wajah pelik. Apabila menyedari Haifa memandangnya dengan dahi berkerut, Gibran melemparkan senyum yang tak serupa senyum. Haifa hanya menjeling tanpa kata lalu kakinya diatur menuju ke bilik wardrobe. Gibran hela nafas lega.

Headband magnifier disimpan semula ke dalam laci sisi di tepi katil manakala loket dan plat disimpan dalam save box dalam laci paling bawah. Kemudian dia terus ke bilik wardrobe untuk mengambil tuala. Haifa yang sedang menyarung pakaian hanya buat tidak peduli pada mata Gibran yang memandangnya tidak berkelip. Tidak tenang hati Gibran dengan tingkah Haifa. Nafas dihela perlahan lalu tuala dicapai dan kaki terus melangkah ke bilik air setelah pakaian ditanggalkan dan diletakkan di dalam laundry bag di tepi bilik. Lebih kurang dua puluh minit berada di dalam bilik air, Gibran keluar.

Kepala ditoleh ke serata bilik tapi figura Haifa tidak dijumpai. Tidak membuang masa terus dia ke bilik wardrobe. Short pants kelabu serta sleeveless putih dicapai lalu disarung ke tubuh. Nak pujuk isteri punya pasal, ke dapur Gibran jadinya. Telefon yang berada di atas meja solek dicapai, nombor Naz didail. Sambil bercakap di telefon Gibran melangkah turun ke dapur. Haifa yang berada di ruang tamu memandang Gibran dengan hujung mata. Tergoda dengan susuk tubuh Gibran yang nampak sempurna dan seksi pada matanya. Matanya seperti ditarik-tarik ke arah itu.

"Tak kerja ke dia ni.." Haifa bertanya sendiri apabila melihat Gibran memakai pakaian begitu. Mata yang pada mulanya memandang ke skrin tv terus melekat pada Gibran. Seksi dengan sleeveless macam tu, nampak tubuhnya yang sasa. Haifa memaling wajah ke tv semula tapi hanya seketika apabila dia dapat lihat Gibran yang menuju ke dapur. Terjenguk-jenguk Haifa mengintai Gibran. Tiba-tiba dia melihat Gibran menyarung apron bunga-bunga pink milik Kak Ina ke tubuhnya. Ternganga mulut Haifa. Biar betul!

"Ala.. cutenya.." kata Haifa perlahan. Ikut rasa hati nak saja ke dapur melihat apa yang dilakukan lelaki itu tapi marah punya pasal, dipakukan duduk di ruang tamu. Hati tak senang, sekejap-sekejap mengintai lelaki itu yang kalut di dapur. Wanginya bau.. masak apa la agaknya.. lebih kurang satu jam, Haifa lihat Gibran sudah siap masak dan sedang menghidang makanan di meja makan. Sengaja Haifa buat-buat tidak nampak. Tidak lama dia lihat Gibran melanglah ke arahnya. Nampak berminyak wajahnya dengan peluh.

"Honey.. come, kita makan. Hubby masakkan special untuk honey" pujuk Gibran. Haifa masih diam, jual mahal. Padahalnya perut dah berkeroncong tapi marahkan Gibran, ditahan sahaja. Tiba-tiba perut Haifa berbunyi. Laju tangan naik memegangnya. Memerah wajah Haifa. Gibran pula sudah ketawa.

"Sini.. honey makan dulu. Lepas ni boleh marah hubby. Kalau tak makan nanti, tak ada tenaga pula" usik Gibran. Menjeling Haifa sambil bangun dengar kasar dan melangkah ke arah ruang makan. Gibran senyum kecil sambil tangan baik mengurut dada. Sesak dan sempit dadanya andai Haifa berterusan begitu. Gibran kemudian mengekori langkah Haifa hingga ke ruang makan.

Haifa yang sudah melabuhkan duduk bagaikan tidak percaya apabila melihat makanan yang dimasak Gibran. Nampak sedap. Tak pasti apa nama masakan-masakannya ini tapi memang menyelerakan.

"Makanlah. Hubby biasa masak semasa bertugas di luar negara sebelum ini. Rasalah" kata Gibran lalu menyendukkan lauk ke pinggan Haifa. Perlahan Haifa menyuap makanan ke mulutnya. Sedap.. Makan tengah hari tenang tanpa bunyi.

Sesudah makan, Haifa mengemas meja makan bersama Gibran. Hanya perbuatan tanpa suara. Setelah selesai, Haifa ke ruang tamu. Gibran laju mengikut langkah wanita itu. Dia mesti selesaikan dengan segera perkara itu hari ini juga, jika tidak. Tidak tenang rasa hatinya. Tidak sanggup dia.

Haifa labuhkan duduk di sofa ruang tamu. Remote dicapai lalu butang power ditekan. Gibran pula terus ambil tempat di sisi Haifa. Tubuhnya dihadapkan ke arah Haifa. Haifa buat tidak tahu sahaja. Perlahan tangannya mencapai jemari Haifa, tiada tolakan. Lega.. jemari itu dibawa ke bibir lalu dicium perlahan.

"Honey.. I'm sorry" Gibran mulakan kata. Haifa masih diam, fokus pada skrin tv.

"Honey, please say something" pujuk Gibran. Haifa lepas nafas kasar, ditoleh pada Gibran di sisi.

"Siapa Sand pada awak?!" soal Haifa, hilang sudah panggilan manja.

"Armine adik saya" balas Gibran. Nampak terkejut pada wajah Haifa. Patutlah wajah mereka seiras. Mata Gibran ditentang mahu cari kejujuran.

"Hubby dan Armine terpisah sejak dia usia lima tahun. Puas daddy upah orang untuk cari Armine tetapi tidak berjumpa hingga daddy dan mummy putus asa" kata Gibran lagi.

"Terima kasih pada nenda yang beri loket pada Armine. Kalau bukan kerana loket tu, tak mungkin hubby akan jumpa semula adik yang telah lama terpisah" Haifa diam tidak menyoal. Hanya Gibran yang berkata-kata.

"Hubby rasa lega kerana dapat juga penuhi permintaan nenda" sayu saja kata-kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Rasa marah pada Haifa sedikit reda cuma rasa kecewa apabila Gibran tidak terus terang.

"I'm sorry.. bukan tak mahu terangkan perkara sebenarnya tapi hubby perlu pastikan dulu yang Sandra Armine adalah adik yang hubby cari selama ini." sambung Gibran lagi. Haifa masih diam. Wajah Gibran diperhatikan. Lelaki itu sudah gelisah apabila Haifa tidak memberi respond padanya.

"Honey.." panggil Gibran. Haifa masih sama seperti tadi. Aduh.. payahnya..

(24/09/2020 @ 2200hrs)

Share this novel

liyana
2021-02-01 09:25:30 

eee comel lah diorang berdua


NovelPlus Premium

The best ads free experience