Bab 59

Romance Completed 685014

"I give you one week to send me that plat, if not. You know the circumstance" akhirnya Morgan sebutkan apa yang dia mahu.

"Erm.. By the way, your wife is next room" Morgan akhiri dengan ketawa besar lalu talian dimatikan.

Mendengar sahaja ayat Morgan laju Gibran berlari ke arah bilik di sebelah diekori Raffa. Kuat daun pintu ditolak dan waktu itu dapati Haifa terbaring kaku di atas katil dalam keadaan selamat. Hampir nak luruh jantungnya. Terus katil Haifa dihampiri dan tubuh itu dipeluk erat. Tiba-tiba masuk seorang jururawat dengan tanda nama Anis. Raffa memberi ruang pada jururawat tersebut.

"Maaf Encik, saya terpaksa tolak katil Puan Haifa ke bilik ni, paip bilik air bilik sebelah tiba-tiba bocor dan perlu dibaiki" kata Anis serba salah.

"Tadi, tak ada sesiapa yang ada bersama Puan Haifa, jadi saya tolak terus sebab air dah melimpah keluar dan kebetulan pula bilik sebelah ni kosong" kata Anis lagi. Gibran tidak membalas hanya diam tanpa melepaskan tubuh Haifa. Raffa yang tadi kaku di tepi pintu bersuara.

"Er.. maaf Cik nak bertanya, macam mana boleh paip boleh bocor pula. Pagi tadi tak ada masalah pun" soal Raffa pelik.

"Ah, itu lah. Agaknya selepas Encik keluar, ada tukang cuci masuk ke bilik air tu, agaknya dia yang menyebabkan paip tu bocor. Saya pun tak pasti" balas Anis. Iyalah, semasa dia masuk ke wad untuk buat pemeriksaan rutin, dia terdengar bunyi air melimpah dari bilik air dan sebaik ditolak daun pintu bilik air, dapati air melimpah-limpah keluar tidak berhenti. Tindakan pantas terpaksa diambil dengan mengalihkan katil pesakit dengan bantuan Doktor yang turut sama membuat pemeriksaan rutin.

"Bilik ni tak perlukan tukang cuci dan sepanjang Puan Haifa berada dalam wad ni tak pernah ada tukang cuci masuk. Macam mana boleh ada tukang cuci pula?" soal Raffa. Jururawat tersebut hanya angkat bahu.

"Yang tu, saya pun tak pasti. Kalau Encik nak tahu lebih lanjut, boleh tanya di bahagian pengurusan" kata Anis.

"Jadi sekarang, Puan Haifa kena pindah bilik ini ya" kata Anis. Raffa hanya angguk. Tidak lama dua orang jururawat tadi datang membantu memindahkan barang-barang dari bilik sebelah ke bilik sekarang.

"Gib" panggil Raffa yang sudah melabuhkan duduk di kerusi di sisi katil Haifa. Jemari Haifa digenggam erat. Tegang wajah Gibran di hadapan.

"Sorry Gib. Salah aku, kalau aku tak tinggalkan Haifa, tentu perkara ni tak berlaku" Raffa serba salah. Gibran hanya diam. Raffa rasa bersalah sangat. Dia cuma ingin turun sekejap sahaja, tidak sangka perkara ini akan berlaku. Tiba-tiba Gibran bangun dan melangkah perlahan ke arah Raffa. Raffa hanya diam menunggu hukuman. Tanpa amaran, kolar baju Raffa ditarik dan tubuh Raffa ditolak ke dinding wad.

"Sekalipun kau sahabat aku, andai ada sesuatu berlaku pada Haifa. Kau tak akan aku maafkan Raf!" keras suara Gibran berbunyi dan serentak itu kolar baju Raffa dilepas kasar. Terdiam Raffa di situ. Dia mengaku itu salahnya. Lama Gibran diam di sisi katil Haifa tanpa kata. Raffa pula masih tegak berdiri tanpa ada rasa mahu berganjak.

"Ini kerja Morgan" kata Gibran tiba-tiba.

"Morgan?" soal Raffa. Tiba-tiba dia teringat dengan perbualannya dengan Qais. Tak guna!

"Dia nak plat tu" kata Gibran lagi. Terdiam Raffa.

"Plat tu ada pada siapa?" soal Raffa. Gibran diam tidak membalas. Dari pandangan mata dapat diteka pada siapa plat itu berada.

"Macam mana Morgan boleh tahu pasal plat tu?" soal Raffa.

"Aku tak pasti, mungkin nenda pernah ceritakan pada dia" balas Gibran. Tiba-tiba Gibran bangun berdiri.

"Armine!" Gibran bersuara. Telefon bimbit di atas meja sisi dicapai. Nombor telefon Sand didail. Talian tidak bersambut. Didail lagi sekali.

"Shit!" maki Gibran.

"Why?" soal Raffa yang juga bimbang.

"Armine tak jawab call" balas Gibran. Nombor Syam pula didail. Tidak lama talian disambut.

"Hello, Syam" laju Gibran bersuara.

"Sand ada di mana?" soal Gibran tidak sabar.

"Ada ni dalam wad, doktor sedang buat pemeriksaan pada bahagian luka" balas Syam. Mendengar ayat Syam, terus Gibran melabuhkan duduk. Lega rasa hatinya.

"Kenapa? ada yang tak kena ke?" soal Syam apabila Gibran diam tidak bersuara.

"No, nothing. Aku call handphone Armine tapi tak berjawab" balas Gibran. Tangan kirinya naik meraup rambut.

"Telefon Sand tengah charge" kata Syam di sebelah sana.

"It's okay" kata Gibran pula.

"Syam" panggil Gibran.

"Boleh kau bawa Armine ke wad Haifa, aku ada hal nak bincang" pinta Gibran.

"Macam serius saja bunyinya" balas Syam pula.

"Yup, very" kata Gibran pula.

"Okay, selesai doktor buat pemeriksaan, aku bawa Sand ke wad Haifa" balas Syam.

"Thanks Syam" kata Gibran lalu talian dimatikan.

"Macam mana dengan Sand?" soal Raffa yang sudah tegak di sisi Gibran.

"Ada bersama Syam. Aku minta Syam bawa Armine ke sini sekejap lagi" kata Gibran. Raffa angguk lalu kaki melangkah ke arah sofa dan dilabuhkan duduk di situ. Tidak lama daun pintu wad Haifa ditolak. Syam bersama Sand yang datang. Syam menolak Sand yang duduk di atas wheelchair.

"Gib, Raff" sapa Syam lalu menghulur salam pada Raffa yang berada di sofa manakala Sand sudah bangun berdiri mendapatkan Gibran yang berada di sisi katil Haifa.

"Abang" panggil Sand. Gibran bangun lalu tubuh adiknya itu dipeluk erat. Tangannya naik mengusap kepala satu-satunya adik yang dia ada.

"Haifa macam mana?" soal Sand setelah pelukan dilepaskan. Waktu itu Syam sudah berada di sisi Sand dan dihulurkan salam pada Gibran.

"Masih sama" balas Gibran lalu huluran salam Syam disambut, muram sahaja wajahnya. Sand capai jemari Haifa dan digenggam erat. Haifa, aku tahu kau kuat. Kata Sand dalam hati.

"Adik, kita ke sana" Gibran bersuara. Sand angguk lalu mengekori langkah Gibran ke sofa bersama Syam.

"When you will discharge?" soal Gibran setelah dilabuhkan duduk.

"Tadi doktor bagitahu kalau tak ada apa-apa, esok mungkin dah boleh discharge" balas Sand. Gibran angguk.

"Adik ingat pada Morgan?" soal Gibran pada Sand yang berada di sisinya di sofa three seater.

"Morgan, Uncle Morgan?" soal Sand. Gibran angguk.

"Kenapa dengan dia?" soal Sand. Gibran hela nafas perlahan.

"Morgan want that plat" kata Gibran. Sand kerut dahi.

"Plat yang ada dalam loket tu?" soal Sand tidak percaya. Raffa dan Syam yang turut ada bersama hanya diam mendengar perbualan dua beradik itu.

"Yup. Abang percaya nombor pada plat tu ada kaitan dengan Bank Of England" kata Gibran.

"Bank Of England?" soal Sand.

"Ya, adik ingat pada huruf yang ada pada plat tu?" soal Gibran.

"RoE or EoE, something like that. Why?" soal Sand pula.

"BoE for Bank Of England" terang Gibran. Terpapar riak terkejut pada wajah Sand.

"Abang rasa nonbor yang terdapat pada plat tu mungkin nombor safe box and I think in that box was definitely something important or valuable that Morgan wanted" terang Gibran. Terdiam Sand.

"Apa yang ada dalam peti tu?" soal Sand ingin tahu.

"I don't know either" balas Gibran. Tersandar tubuh Sand ke sofa.

"Kalau kita serahkan saja pada Morgan macam mana?" soal Sand. Laju Gibran menoleh pada Sand di sisinya.

"I don't think so because nenda give that pendant to us and says, that belongs to me and you" kata Gibran.

"Jadi apa yang kita patut buat sekarang?" soal Sand buntu.

"That's the problem. Morgan give me one week to give that plat to him. If not.." Gibran tidak habiskan ayatnya. Sebaliknya dia membuang pandang pada Haifa. Bulat mata Sand.

"Oh, god!. dia nak buat apa pada Haifa?" soal Sand dengan suara yang meninggi. Gibran tidak membalas. Kalau tidak mengenangkan keadaan Haifa, awal-awal lagi dia sudah uruskan Morgan tapi dengan situasi Haifa sekarang, dia tidak mahu apa-apa perkara buruk berlaku lagi pada wanita kesayangannya itu.

"Gib" panggil Raffa yang tadi hanya diam menjadi pendengar pada perbualan mereka. Gibran alih pandang pada Raffa.

"I'm sorry because not told you before" kata Raffa. Wajah Gibran dipandang.

"What do you mean by that?" soal Gibran rasa tidak senang hati.

"Sebelum ni, aku sedar ada seorang lelaki mengekori aku ke wad Haifa tapi bila cari semula lelaki tu, dia dah tak ada. Keesokkannya aku tunggu di lobi tapi lelaki tu dah tiada. Aku dah tengok CCTV tapi tak dapat lihat wajahnya kerana dia selalu menunduk ke bawah dan juga memakai topi. Dia ditugaskan mengintip Haifa tetapi bukan hanya Haifa, Sand juga" kata Raffa, wajah Sand dipandang. Terkejut Sand.

"Me?" soal Sand sambil jari naik menunding kepada diri sendiri.

"Yup, tapi Q dah uruskan lelaki tu. Dia diupah oleh Victor" kata Raffa.

"Victor?" soal Syam pada Raffa.

"Ya, Victor orang kepercayaan Morgan" Gibran bersuara. Berubah wajah Syam.

"Dia juga turut tersenarai sebagai pengikut Maria" Syam pula menambah. Gibran dan Raffa menoleh tepat pada wajah Syam.

"What? biar betul" suara Sand sedikit kuat berbunyi.

"So, apa yang patut kita buat sekarang?" soal Raffa.

"Aku bimbangkan Haifa" kata Gibran.

"Buat masa ni, aku tak akan ke mana-mana. Urusan pejabat aku serahkan pada Naz dan Raf cuma Armine.." Gibran memandang Sand.

"Abang tak perlu risau pasal adik, Syam ada dan adik pun dah semakin pulih. Luka di tangan ni tak teruk mana, mujurlah peluru hanya kena pada bahagian tepi lengan. Kalau tidak, mungkin sekarang tangan ni masih tak boleh nak angkat" kata Sand sambil memegang luka yang masih berplaster di lengannya itu.

"Betul tu Gib, pasal Sand kau tak perlu risau. Kau tumpukan pada Haifa" kata Syam.

"Er.. tapi, plat tu ada di mana?" soal Sand pula. Gibran diam tidak membalas.

(01/11/2020 @ 2128hrs)

Share this novel

eida chezam
2020-11-10 00:09:37 

fifi dh lama x update

bunny
2020-11-05 23:36:59 

takde sambungn dia ker

bunny
2020-11-05 23:36:59 

takde sambungn dia ker


NovelPlus Premium

The best ads free experience