Bab 28

Romance Completed 685128

Alarm telefon Haifa yang berada di meja sisi berbunyi, dengan malas Haifa mahu mencapainya tetapi belum sempat telefon diambil alarm telah berhenti berbunyi. Haifa buka mata apabila terasa deru nafas panas pada pipi kanannya. Terus kepala menoleh. Gibran tersenyum manis padanya. Ingatkan kembali kisah malam tadi, buatkan Haifa menarik selimut lalu menutup wajahnya. Terdengar Gibran ketawa kecil lalu tubuh Haifa yang berbungkus itu dipeluknya.

"Awak pergi la mandi dulu, dah siap nanti saya masuk pula" terdengar suara Haifa bergema dari dalam selimut. Gibran ketawa lagi.

"Dah la.. awak mandi la dulu.." suara Haifa sudah seakan mahu menangis.

"Okay.. okay.. tapi honey keluarlah dari selimut ni" pinta Gibran.

"Nak buat apa?" soal Haifa lalu dijengukkam sedikit sahaja wajahnya.

"I want my morning kiss" kata Gibran.

"Tak nak!!" laju Haifa membalas bersama wajah disembunyikan semula di bawah selimut. Gibran geleng kepala. Sebelum dia bangun dari katil, kepala Haifa di bawah selimut ditarik perlahan lalu dibisikkan.

"You're so adorable last night, honey" makin malu Haifa dengan kata-kata Gibran.

Setelah agak lama dan Haifa yakin Gibran sudah masuk ke bilik air, selimut yang membaluti tubuhnya diselak. Lemas rasanya. Tetapi malangnya, Gibran masih berada di tepi katil. Tanpa amaran, tubuh Haifa dicempung lalu dibawa ke bilik air. Menjerit Haifa dengan tindakan Gibran. Disebabkan malu masih menebal, laju tangannya naik memaut leher Gibran dan disembamkan wajahnya di leher lelaki itu. Gibran ketawa lepas.

Haifa yang hanya bertuala berdiri di hadapan cermin di dalam bilik wardrobe. Memerah wajahnya apabila melihat kesan merah-merah pada leher, bahu dan sekitar dadanya. Gibran la ni..

"Honey panggil hubby?" soal Gibran lalu memeluk pinggang Haifa dari belakang. Dihidu aroma yang keluar dari tubuh Haifa, bau shower gel.. Gibran tunduk melabuhkan cium pada leher Haifa yang terdedah, dari ciuman biasa semakin meliar pula gerakan Gibran. Terasa sedutan lembut pada leher.

"Awak.." panggil Haifa.

"Still, awak..?" kata Gibran.

"Lidah tak biasa lagi.." kata Haifa. Gibran senyum senget.

"Hm.. lidah tak 'biasa'?.. sini hubby 'biasa'kan" kata Gibran lalu menarik dagu Haifa lalu dilabuhkan cium pada bibir Haifa bersama urutan di bibir dan sedutan pada lidah. Terpejam mata Haifa menikmatinya hinggalah Gibran melepaskan pautan bibir mereka.

"Awak ni.."

"Saya nak ambil baju, pukul berapa dah.. nanti lewat subuh" kata Haifa pada Gibran. Mujurlah Haifa kunci jam awal, kalau tidak subuh gajah la kedua-duanya.

"After subuh?" Gibran mencuba nasib. Lengan Gibran yang melilit pinggang Haifa ditepuk.

"Jangan nak mengada.. cepat lah.." payah betul la bila dah melekat macam ni.

'Auch!'

Jerit Haifa apabila Gibran menggigit lembut lehernya.

"Awak! nak jadi vampire ke apa ni?" marah Haifa sambil tangan naik mengusap lehernya yang merah. Gibran senyum sambil kenyit mata. Makin menyirap Haifa.

"Dia ni tau.. tengok!" marah Haifa lagi sambil jari naik menunding ke lehernya. Aduh.. mana nak sorok ni, takkan dalam rumah pun nak pakai baju berkolar kot. Gibran ni tau! kalau mereka berdua sahaja dalam rumah ni tak apa la juga.

"Cakap orang pandai, sini" panggil Gibran pada Haifa yang sedang memilih baju. Salah pilih nanti habis nampak benda yang tak sepatutnya

"Apa lagi.." balas Haifa sambil berjalan ke arah Gibran.

"Look, same here.." kata Gibran. Memerah wajah Haifa apabila melihat dada dan leher Gibran yang merah-merah dikerjakannya malam tadi. Kau pun sama Haifa jadi vampire.

"Dah la, cepat. Nak habis waktu dah" Haifa menutup malu. Gibran ketawa.

"Haish.. isteri siapa la yang ganas sangat malam tadi" usik Gibran lagi. Haifa jeling tajam pada Gibran. Suka la tu dapat kenakan dia.

Sudahnya lepas solat, Haifa terus siap bertudung baru dia turun ke bawah. Waktu itu Kak Ina dan Puan Fazidah sedang menyiapkan sarapan pagi Hm.. Amin.. sambung tidur semula la tu.

"Adik"

"Haifa"

Sapa Puan Fazidah dan Kak Ina serentak apabila melihat Haifa berjalan menuju ke meja makan. Sarapan pagi telah siap dihidang.

"Mana Gibran?" soal Puan Fazidah sambil melabuhkan duduk.

"Kejap lagi turunlah tu" kata Haifa yang juga mengambil tempat. Tidak lama Gibran datang ke ruang makan bersama Amin.

"Duduk, sarapan dulu. Kejap lagi dah nak bertolak" kata Puan Fazidah. Pagi itu Kak Ina buatkan meehon goreng bersama cucur badak. Gibran hanya mengambil roti bakar dan kopi panas.

"Uncle, kenapa leher tu? nyamuk gigit ke?" soal Amin. Tersedak Haifa dengan soalan tak disangka Amin. Kalut tisu diambil mengesat bibir. Puan Fazidah terbatuk kecil apabila hujung matanya turut terpandang leher Gibran. Gibran pula hanya senyum pada Amin.

"Haah, dalam bilik uncle ada nyamuk" Gibran mengiyakan sambil mata memandang Haifa.

"Kenapa ibu tak pasang ubat nyamuk. Kesian uncle kena gigit" balas Amin lurus.

"Tak apa, uncle suka kena gigit" balas Gibran. Puan Fazidah sudah tersenyum. Haifa rasa macam nak sembunyi bawah meja saja. Cepat-cepat dia habiskan meehon lalu di bawa pinggan ke sinki. Tak betah rasanya lama-lama berada di meja makan. Boleh tercekik jadinya.

"Ibu" panggil Amin pada Haifa yang sedang berjalan ke dapur.

"Ya, ada apa Amin" jawab Haifa bersama langkah kaki dihentikan.

"Nanti ibu pasang ubat nyamuk tau" pesan Amin lagi. Aduh.. tak habis-habis budak ni.

"Ye.. nanti ibu pasang" balas Haifa. Laju kaki melangkah ke sinki. Ish, panas rasa wajahnya.

"Honey" panggil Gibran selepas dia selesai sarapan dan Haifa pula selesai mengeringkan tangan.

"Come" panggil Gibran lagi.

"Nak pergi dah ke?" soal Haifa. Gibran angguk lalu menarik tangan Haifa mengikutnya. Haifa terpinga-pinga.

"Nak ke mana ni? kata nak pergi dah." soal Haifa apabila Gibran membawanya ke lift. Sebaik pintu lift terbuka Gibran melangkah masuk dan diikuti Haifa. Gibran menekan butang B2. Nak ke mana ni. Kemudian mata Haifa terlihat ada butang B2A dan ada password di tepi butang itu. Kenapa macam tak perasan semalam.

"B2A tu nak ke mana?" soal Haifa sambil menoleh pada Gibran di sisi. Tiada balasan dari Gibran, hanya wajah tidak beriak dipamerkan. Haifa buat muka..

'Ting'

Pintu lift terbuka. Besar mata Haifa apabila memandang deretan kereta di hadapannya. Motorsikal pun ada. Oh.. B2 garaj rupanya.

"Wow.. ni semua kereta awak ke?" soal Haifa. Bersusun kereta pelbagai jenama, ada masa ke nak pandu semua ni..

"Yup. Ada yang daddy dan mummy belikan, nenda juga. Yang saya beli sendiri pun ada." kata Gibran lalu mengambil kunci yang tersangkut pada key box di tepi dinding. Alarm ditekan dan lampu signal kiri kanan sebuah Range Rover hitam menyala.

"Let's go. Kita naik kereta ni" kata Gibran lalu melolos masuk ke dalam kereta dan enjin dihidupkan. Haifa pantas melompat masuk ke bahagian penumpang hadapan. Gibran perlahan memulakan pemanduan.

"Kita berdua ja?" soal Haifa sambil mata memandang ke hadapan.

"Only us. Why?" soal Gibran pula.

"Tak.. biasanya awak ke mana-mana mesti berdua dengan Raffa, rasa pelik la pulak bila Raffa tak ikut sekali" balas Haifa.

"Raf follow us with another car" kata Gibran. Remote ditekan lalu pintu garaj terbuka dan mereka keluar melalui bahagian tepi rumah agam. Gibran memandu mengelilingi rumah dan berhenti di hadapan pintu masuk rumah. Di situ Raffa telah bersedia di dalam sebuah lagi kereta. Haifa keluar dari kereta dan mendapatkan Puan Fazidah bersama Amin.

"Umii, adik pergi dulu ya. Lewat petang atau malam nanti, adik balik semula" kata Haifa kemudian tubuh Puan Fazidah ditarik dalam pelukan. Amin pula menghulur tangan bersalaman. Begitu juga Gibran. Dia awal-awal lagi telah berpesan pada Randy dan Kimi, jangan ke mana-mana. Tunggu hingga dia pulang.

Haifa dan Gibran melolos masuk ke dalam kereta dan perlahan kereta mereka meluncur pergi bersama Raffa yang mengekori dari belakang bersama seorang lagi anak buahnya.

Setelah hampir dua puluh minit memandu, telefon bimbit Gibran berbunyi. Haifa mengintai skrin untuk melihat pemanggil. Milia?

Gibran yang menggunakan handsfree terus menekan button untuk menjawab panggilan.

"Ya" Gibran memulakan bicara.

"You kat mana?" soal Milia di hujung sana.

"I ada di office you ni, PA you cakap hari ni you tak masuk office. You pergi mana?" suara menggedik Milia jelas kedengaran di telinga. Berbulu sahaja Haifa mendengarnya. Kuat pula tu suara, hinggakan dia pun boleh mendengar.

"I tak minta you datang pun" balas Gibran yang serius memandu. Hujung matanya memandang Haifa, nampak riak tidak suka di wajah itu. Sebaik kereta berhenti di lampu trafik light merah, Gibran menarik dagu Haifa lalu dilabuhkan cium pada bibir itu bersama kenyitan mata. Terkebil-kebil Haifa dengan dengan tindakan tidak disangka Gibran.

"Gib! you dengar tak I cakap ni. You buat apa tu?" soal Milia tidak puas hati.

"I tengah drive" balas Gibran.

"You nak datang ambil I ke?" soal Milia mengada-ngada.

"Nope" pendek saja jawapannya.

"You ni kenapa, macam dah lain, dah la petang semalam I call banyak kali you tak jawab" marah Milia.

"Petang?" soal Gibran lalu kaki menekan pedal kerana lampu trafik bertukar hijau. Ditoleh pada Haifa di sisi.

"Oh, petang semalam I ada di gym, work out" balas Gibran lagi. Haifa di sebelah dah bengkak hatinya geram. Kedua tangan naik memeluk tubuh bersama kepala ditoleh ke kiri memandang keluar kereta.

"Okay, we talk later, I got to go" kata Gibran lalu button handsfree ditekan.

"Marah?" soal Gibran.

"Entah!" balas Haifa bersama bahu dinaikkan ke atas. Gibran ketawa kecil. Laju Haifa toleh pandang bersama pandangan tajam. Muncung sahaja bibirnya.

"Suka?" soal Haifa. Gibran angguk.

"Suka la.. sukakan sakitkan hati saya" marah Haifa.

"No.. hubby suka sebab honey jealous. Kan?" soal Gibran.

"Kenapa pula saya nak jealous" balas Haifa bersama getaran di dada.

"Because you love me" kata Gibran bersama pandangan tegak ke hadapan. Tiada balasan dari Haifa.

"Kenapa payah untuk akuinya?" soal Gibran.

"Setelah apa yang berlaku malam tadi honey masih nak menidakkannya" kata Gibran lagi.

"Awak jangan.."

"Still awak.." kata Gibran perlahan. Terasa hatinya seperti Haifa masih ragu-ragu dengan cinta dan sayangnya pada Haifa. Haifa diam serba salah. Akhirnya dia mengalah. Jemari Gibran dicapai lalu dicium belakang tangan lelaki itu.

"Sorry.. I'm scared to admit that I love you, hubby" kata Haifa perlahan. Besar senyuman terukir pada bibir Gibran. Tangan Haifa dicium lama.

"Thanks honey" ucap Gibran. Jemari keduanya rapat berpaut.

Share this novel

Are_Na
2020-09-07 16:41:06 

comel comel comel !!!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience