Bab 10

Romance Completed 684558

"Thanks Aishah" kata Haifa.

"Sama-sama. Kalau ada apa-apa bagitau ya" kata Aishah. Haifa angguk lalu pintu bilik ditutup.

Beg diletakkan di almari. Hai la Intan, besarnya kau bagi bilik kat aku. Berapa la harga satu malam ni.. Kopak aku macam ni. Pakaian dalam beg dikeluarkan. Tuala diambil dan pakaian pada tubuh ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam laundry bag. Hampir dua puluh minit Haifa keluar dari bilik air bersama wajah yang segar. Rambut yang basah dikeringkan dengan tuala sambil membuang pandang pada cermin bilik. Dapat dilihat permandangan bandaraya yang cantik dari atas sini.

Perut pun pandai dia berbunyi. Tadi sebelum sampai sempat dia tinjau di sekitar kawasan hotel ini. Ada banyak kedai makan dan convenience store. Perut makin rancak pula berbunyi, tidak tunggu lama, pakaian di atas katil dicapai. Seluar track, t-shirt, tudung sarung dan jaket berhud disarung pada tubuh. Pouch bag disangkut pada pinggang. Bersama kasut sukan di kaki Haifa keluar dari hotel berjalan kaki menuju ke kedai makan di seberang jalan.

Haifa ambil meja di bahagian tepi dinding. Sebaik dilabuhkan duduk, pelayan datang mengambil order. Nasi goreng kampung bersama jus oren dipesan. Sambil menunggu pesanan sampai, Haifa menghantar whatsapp pada Puan Fazidah memaklumkan dia sudah selamat sampai dan esok akan mula mencari Pakcik Selamat. Tidak lama makanan sampai, licin nasi sepinggan dan air segelas. Haifa bangun menuju ke kaunter untuk membuat bayaran.

"Berapa Cik?" soal Haifa pada gadis yang menjaga kaunter.

"Akak makan kat meja hujung tu kan?" soal gadis tadi. Haifa angguk.

"Oh, makanan akak, abang tadi dah bayarkan" kata gadis tadi. Haifa kerut kening.

"Abang mana? saya makan seorang je. Cik silap meja kot" kata Haifa sambil memandang ke sekeliling kedai, mana tau ada wajah yang dia kenal tapi tiada.

"Eh, betul.. akak makan nasi goreng kampung dengan jus oren kan?" soal gadis itu.

"Ya, betul la tu" Haifa iyakan.

"Dah, abang tadi dah bayarkan" kata gadis itu.

"Tak apa lah, saya nak bayar juga" kata Haifa. Gadis itu geleng kepala.

"Tak boleh kak, dosa saya. Akak makan sepinggan, bayarnya dua pinggan" tolak gadis itu. Tak jadi Haifa nak bayar.

"Okaylah, terima kasih ya" balas Haifa lalu perlahan berjalan meninggalkan kedai makan tersebut menuju ke convenience store.

Sambil melangkah Haifa berfikir, siapa yang bayarkan makanannya tadi. Lupa pula nak tanya macam mana rupa orang yang membayarkannya. Kaki Haifa berhenti melangkah, kepala di toleh ke belakang. Dilihat gadis tadi sibuk melayan pelanggan yang mahu membayar, tidak jadi niatnya mahu kembali untuk bertanyakan soalan. Langkah diteruskan ke convenience store.

Daun pintu ditarik dan kaki melangkah masuk. Nak beli apa pun tak tau, perut dah kenyang. Akhirnya dipilih kuaci sepaket dan air apple twister. Dibawa ke kaunter untuk dibayar, sedang dia menunduk untuk mengambil duit dari porch bag hujung mata terpandang seperti Gibran melintas di luar kedai. Kelam kabut Haifa mengejar dan daun pintu kedai ditolak kasar. Kanan kiri dipandang, tiada. Haih, biar betul mata aku ni. Haifa geleng perlahan lalu dia kembali ke dalam kedai.

"Kenapa kak?" soal lelaki yang menjaga kaunter.

"Hah? tak ada apa. Saya nampak macam kawan saya tadi tapi bukan la pula" balas Haifa sambil menghulur wang. Kemudian diserahkan baki dan resit.

"Akak nak plastik ke?" soal lelaki tadi. Haifa angguk lalu makanan yang dibeli diserahkan pada Haifa selepas dimasukkan ke dalam plastik.

"Terima kasih" ucap Haifa lalu plastik bertukar tangan.

"Sama-sama, datang lagi" kata lelaki itu. Haifa angguk sambil membuka langkah menuju ke pintu keluar. Kaki berhenti seketika di hadapan kedai.

"Teruk dah kau ni Haifa.." kata Haifa sendiri lalu kaki melangkah menuju ke hotel. Disebalik dinding, sepasang mata kelabu memandang Haifa yang melangkah pergi menuju ke hotel.

+++

"Selamat pagi Cik Haifa" sapa Aishah apabila berselisih dengan Haifa yang keluar dari lift menuju ke cafe.

"Pagi Aishah" balas Haifa.

"Awal Cik Haifa turun" Aishah bertanya.

"Oh, saya ada hal pagi ni" balas Haifa yang laju langkahnya menuju ke cafe. Aisahah angguk.

Hari ni Haifa akan ke rumah Pakcik Selamat untuk berjumpa dengannya, mahu dapatkan maklumat mengenai Fahad suaminya. Selesai sarapan pagi, Haifa berjalan menuju ke keretanya. Sebelum masuk, keliling kereta di periksa dahulu. Rasa tidak sedap hati sejak malam tadi. Setelah berpuas hati, Haifa melolos masuk ke bahagian pemandu. Enjin dihidupkan dan kereta dipandu keluar dari kawasan hotel.

Disebabkan dia tidak arif jalan-jalan di sekitar kawasan Kuala Lumpur ini, Haifa menggunakan khidmat pakcik google map. Agak mudah juga, tidak sampai empat puluh minit memandu, Haifa sampai di kawasan perumahan teres. Perlahan kereta dipandu untuk mencari nombor rumah. Hah! jumpa pun. Lampu isyarat kiri diberi dan kereta berhenti di tepi jalan. Dipandang pada nombor rumah, sah. Ini rumahnya. Perlahan Haifa keluar dari kereta dan melangkah menghampiri pintu pagar.

"Assalamualaikum" salam diberi. Tiada jawapan.

"Assalamualaikum" salam diberi lagi. Panjang leher menjenguk ke dalam kawasan rumah, rumah nampak kemas dan teratur di kawasan luarnya. Tidak lama seorang wanita pertengahan umur keluar.

"Waalaikumsalam. Ya, cari siapa?" soal wanita itu.

"Maaf Cik, tumpang tanya. Ini rumah Pakcik Selamat ke?" soal Haifa.

"Haah, ya ini rumah Selamat. Anak ni siapa?" soal wanita itu pula.

"Saya Haifa, anak Zali dan Fazidah" Haifa kenalkan diri. Lama wanita itu diam sambil perhatikan wajah Haifa.

"Oh.. Haifa. Masuklah" pelawa wanita tadi sambil membuka selak pada pintu pagar.

"Makcik isteri Pakcik Selamat, Mariam" Mariam kenalkan dirinya. Haifa hulur salam.

"Masuklah tapi Pakcik Selamat kamu tak ada" kata Mariam. Haifa terhenti langkahnya.

"Pakcik ke mana?" soal Haifa.

"Pakcik keluar memancing, ikut Safari anak lelaki makcik" kata Mariam. Aduh.. keluar memancing pulak..

"Er.. bila pakcik balik?" soal Haifa.

"Sehari dua lagi balik lah" balas Mariam sambil melangkah masuk diikuti Haifa.

"Ada urusan apa nak jumpa pakcik?" soal Mariam. Segan la pulak Haifa nak beritahu.

"Tak apa lah, Haifa tinggalkan nombor telefon Haifa. Bila pakcik balik nanti, makcik minta call Haifa segera" kata Mariam.

"Boleh.. boleh.." kata Haifa. Buku kecil bersama pen dikeluarkan dari pouch bag. Nama dan nombor telefonnya ditulis pada kertas dan diserah pada Mariam.

"Er.. boleh makcik bagi nombor telefon pakcik?" soal Haifa.

"Boleh.. Haifa cubalah call nanti, mana tau dapat" kata Mariam lalu disebut satu-satu nombor telefon suaminya. Haifa pantas masukkan ke telefon bimbitnya.

"Terima kasih makcik. Kalau macam tu saya minta diri dulu" kata Haifa lalu berdiri.

"Eh, minumlah dulu. Takkan nak balik dah" kata Mariam.

"Tak apalah makcik. Nanti lain kali saya datang lagi" Haifa menolak.

"Ye lah, hati-hati bawa kereta tu" kata Mariam sambil mengikut Haifa dari belakang hingga ke pagar rumah.

"Assalamualaikum" kata Haifa pada Mariam lalu melolos masuk ke dalam kereta.

"Siapa tu?" soal Salmiah pada Mariam. Mariam toleh ke belakang.

"Oh, Haifa. Dia cari ayah" balas Mariam lalu memusingkan badan lalu melangkah ke arah pintu masuk. Salmiah masih lagi berada di luar memerhati kereta Haifa yang sudah hilang dari pandangan.

+++

Kereta dipandu Haifa berhenti di lampu trafik light merah. Haifa mencapai telefon bimbit lalu mencari nama Umiinya dan nombor didail.

"Hello.. Umii. Assalamualaikum" kata Haifa menggunakan handsfree.

"Adik.. waalaikumsalam" balas Puan Fazidah.

"Ha, macam mana. Dah jumpa pakcik Selamat?" soal Puan Fazidah tidak sabar.

"Belum.. pakcik Selamat keluar memancing dengan anak dia pulak.. sehari dua nanti baru balik" kata Haifa kecewa.

"La.. ye ke. Tak apa lah. Adik tunggu ya, nanti pakcik Selamat balik. Adik jumpa. Nanti jangan lupa bagitau ibu ya" pesan Puan Fazidah.

"Baik Umii.. Amin mana?" soal Haifa sambil menekan pedal minyak bila lampu bertukar hijau.

"Ada ni, sekejap Umii panggilkan" kata Puan Fazidah dan terdengar nama Amin diserunya.

"Hello ibu" sapa Amin.

"Ya sayang ibu. Amin buat apa tu?" soal Haifa.

"Amin baru siap basuh kasut sekolah" balas Amin ceria.

"Bila ibu nak balik?" soal Amin.

"Tak tau lagi la sayang.. kerja ibu belum siap" kata Haifa sambil memandu, sesekali mata memandang ke cermin pandang belakang.

"Ibu hati-hati tau. Balik cepat ya. Saayyaannggg ibu" kata Amin. Haifa ketawa.

"Ibu pun Saayyaannggg Amin.." kata Haifa pula.

"Nenek tak sayang ke?" terdengar suara Puan Fazidah di belakang.

"Nenek pun saayyaannggg juga" kata Amin.

"Okay lah, Amin bagi telefon pada nenek" kata Haifa.

"Okay ibu.. bye.." ucap Amin kemudian telefon diserah pada Puan Fazidah.

"Umii.. okaylah, adik letak dulu. Nanti adik call lagi" kata Haifa. Cermin sisi dipandang. Macam ada orang ikut aku je..

"Adik.. hati-hati" pesan Umii.

"Baik Umii. Assalamualaikum" kata Haifa lalu talian dimatikan. Haifa pandang lagi pada cermin pandang belakang. Tak syak lagi ada yang mengekorinya. Haifa tambah kelajuan pada keretanya. Kiri kanan kereta dicilok. Kereta biru gelap di belakangnya turut sama ikut. Haifa geleng perlahan. Siapa pula nak cari pasal ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience