Bab 57

Romance Completed 684982

Gibran baru keluar dari bilik air. Tadi selepas Naz datang membawa fail yang perlu disemak, kepalanya rasa pening. Dia kemudian ke bilik air untuk membersihkan badan. Selepas mandi, sedikit lega rasanya. Kaki terus melangkah ke arah katil Haifa, dilabuhkan cium di dahi wanita itu. Kemudian laci meja sisi katil ditarik dan panadol diambil. Dua biji ditelan bersama air kosong. Kaki terus melangkah ke arah sofa, mahu dilelapkan mata seketika. Baru sahaja mata hendak dipejam terdengar bunyi pintu wad ditolak, mata pantas dibuka.

"You!?" soal Gibran lalu bangun duduk walaupun dengan kepala yang masih berdenyut kuat.

"Arghh!" tangan kanan naik memegang kepala.

"What are you doing here?" soal Gibran yang tertunduk sambil memegang kepala yang kuat berdenyut.

"I datang nak tengok you la" balas Milia yang sudah melangkah menghampiri Gibran di sofa three seater. Sebaik dilabuhkan duduk, wajah Gibran dipandang.

"Eh, Gib. You kenapa ni? muka you pucat?" soal Milia bimbang. Beg tangannya diletakkan di atas meja kopi dan terus dilabuhkan duduk di sisi Gibran. Laju tangannya naik memegang pipi Gibran tetapi pantas ditepis lelaki itu.

"I sakit kepala, dah. You balik sekarang, I nak rehat" kata Gibran dengan mata yang terpejam. Tanpa sebarang amaran tubuhnya ditarik Milia hingga dia terbaring di sofa dan kepalanya dilapik dengan peha Milia. Buntang matanya terkejut.

"What are doing?" suara Gibran sedikit tinggi sambil dia cuba untuk bangun.

"Jangan degil boleh tak? baring sini I picitkan kepala tu!" suara Milia membalas. Disebabkan kepala yang kuat berdenyut Gibran hanya menurut kata Milia. Perlahan dilabuhkan kepalanya ke peha Milia. Tangan kanan Milia naik memicit pelipis Gibran. Terpejam matanya menikmati urutan yang melegakan sakit kepala. Tiba-tiba Gibran terasa tangan kiri Milia sudah naik merayap di dadanya. Pantas tangan Milia disambar. Bulat matanya menentang mata wanita itu. Gibran mahu bangun tetapi ditahan Milia.

"Okay.. sorry.. sorry.. I just miss you" kata Milia sambil tersenyum menggoda.

"Just lay, I tak kacau dah. Promise" kata Milia sambil jari naik menunjukkan jari telunjuk dan jari tengah ditegakkan. Gibran lepaskan pergelangan tangan Milia lalu kedua tangannya naik memeluk tubuh. Mungkin ubat sudah memberi kesan, mudah sahaja Gibran melelapkan mata ditambah pula dengan urutan lembut dari Milia.

+++

"Gib" panggil Raffa sebaik daun pintu wad ditolak. Buntang matanya apabila melihat keadaan Milia dan Gibran.

"Milia! you buat apa ni?" soal Raffa. Laju kaki melangkah ke arah Milia yang dalam keadaan melutut di lantai di tepi kaki Gibran yang dalam keadaan duduk tersandar di sofa. Tali pinggang dan kancing seluar Gibran pula terbuka. Milia toleh pandang pada Raffa sambil tersenyum.

"Hey! you buat apa?" soal Raffa berang.

"Raf, apa bising-bising ni?" soal Gibran dengan mata yang terpejam. Terkelip-kelip mata Raffa. Milia pula sudah bangun berdiri sambil membetulkan pakaiannya lalu telefon bimbit disimpan di dalam beg tangan dan dia terus melangkah ke arah pintu keluar. Sebelum keluar sempat dilayangkan 'flying kiss pada Raffa'.

"Gib, kau buat apa dengan Milia?" soal Raffa geram.

"Buat apa kau ni?" balas Gibran malas.

"Aku baru keluar tak sampai tiga jam kau dah buat bukan-bukan!" marah Raffa.

Gibran tegakkan tubuh lalu rambut diraup kasar.

"Buat apa? she just help me" balas Gibran. Raffa terdiam di situ. Tolong?

"Eh kau ni.. tolong apa? kau buat apa dengan Milia sebenarnya? Kau cakap dengan aku! Tengok ni, dengan seluar kau tak berkancing! Baik kau cakap, kau buat apa?" suara Raffa sudah tinggi.

Gibran mengeluh perlahan. Lalu dipanggil Raffa supaya datang ke arahnya. Raffa merapati Gibran dan dilabuhkan duduk di sisinya.

'Pap'

Dahi Raffa ditepuk.

"Kau ingat aku buat apa?" soal Gibran.

"Lepas Naz balik aku mandi dan sebabkan kepala sakit sangat, aku makan panadol dan masa nak baring di sofa ni Milia datang. Dia tolong picit kepala aku. Thats all" terang Gibran.

"Dah tu yang Milia tertonggeng depan kau tadi tu buat apa? Ni! ni! ni! seluar tak kancing!. Kau buat apa?" soal Raffa tak puas hati. Tiba-tiba Gibran ketawa perlahan.

"Sayang betul kau pada Haifa kan?" kata Gibran. Memerah wajah Raffa.

"Kau jangan nak pusing ayat!" marah Raffa.

"Tadi aku pergi tandas. Keluar dari tandas aku tengok Milia dah tertunduk cari cincin dia terjatuh bawah ni. Mana ada apa-apa yang berlaku" balas Gibran sambil kepala digelengkan.

"Yang seluar kau tak kancing ni kenapa?" soal Raffa masih tidak puas hati. Gibran lepas nafas panjang.

"Aku tak sempat, sebab dengar telefon aku berbunyi tadi. Tak percaya tengok sendiri. Naz baru call aku" kata Gibran sambil menyerahkan telefon pada Raffa. Perlahan telefon Gibran disambut. Skrin yang masih benyala disentuh, call log disemak. Betullah Naz ada call.

"Dah? puas hati?" soal Gibran. Terdiam Raffa.

"Makanan aku mana?" soal Gibran. Apa la yang kau fikir Raffa..

"Ada, ni" balas Raffa sambil plastik makanan diserahkan pada Gibran.

Gibran menikmati makanannya dengan perlahan. Raffa di sisi di jeling pandang dengan ekor mata. Sudu diletakkan semula dalam bekas. Air mineral diteguk lalu bibir dikesat dengan tisu.

"Raf.." panggil Gibran. Bahu Raffa ditepuk perlahan. Raffa toleh pandang pada Gibran.

"Aku sayangkan Haifa, kau pun tahu kan. Takkanlah aku nak buat perkara yang bukan-bukan pula" kata Gibran. Haifa di katil dipandang seketika.

"Aku bukan apa, Milia tu tak boleh nak percaya" balas Raffa yang sudah tertunduk ke lantai.

"Kau tu pun, bukan boleh percaya. Kena urut sikit dengan Milia, dah cair" marah Raffa. Kepala dipanggung, tegak matanya memandang Gibran. Gibran geleng kepala.

"Dah la, aku nak makan ni. Tengok muka kau macm tu, hilang selera aku" usik Gibran. Raffa mendengus kasar lalu makanan dari plastik diambil dan dibuka. Perlahan disuap ke mulut.

+++

"Hai Gib.." suara Milia berbunyi sebaik daun pintu ditolak. Waktu itu hanya ada Gibran dan Haifa sahaja, Raffa petang sikit baru dia sampai.

"What do want Milia. I dah cakap kan, tak payah datang sini!" keras suara Gibran yang waktu itu sedang sibuk menyemak fail yang dibawa Naz semalam. Milia ketawa manja.

"You.. I datang bawa fail ni" kata Milia lalu menghampiri Gibran yang sibuk dengan fail di sofa. Gibran dongak memandang Milia dengan pandangan yang tajam.

"Tak perlu bawa sendiri, you boleh serah pada Naz" Gibran membalas lalu diteruskan semula kerjanya. Milia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja kopi. Kemudian dia melangkah ke arah katil Haifa.

"You nak buat pada Haifa?" soal Gibran keras. Tajam matanya memandang Milia yang sudah berdiri di sisi katil Haifa. Milia ketawa perlahan.

"Don't worry I tak akan apa-apakan wife kesayangan you ni" kata Milia lalu kembali ke arah Gibran lalu fail yang ada dalam pegangan Gibran dirampas dan pantas dilabuhkan duduk di ribaan Gibran. Kedua tangannya naik melilit leher lelaki itu. Sengaja dirapatkan dadanya ke wajah Gibran. Bulat mata Gibran terkejut dengan tindakan Milia.

"You buat apa ni?" soal Gibran yang sudah terkaku.

"Gib.. I know you want this" bisik Milia di telingan Gibran lalu dikucup lembut cuping lelaki itu. Tangan kanannya pula mengusap dari bahu turun ke dada dan semakin turun ke bawah, terpejam mata Gibran dengan tindakan Milia. Melihatkan Gibran yang diam membuatkan Milia semakin berani dengan tindakannya. Leher Gibran dicium lembut. Kuat Gibran ketap giginya lalu dia bangun hingga Milia terjatuh ke lantai.

"Argghh!" jerit Milia.

"Apa you ni.. sakit tau" Milia sudah merengek. Memerah wajah Gibran. Kuat tangan digenggam.

"You balik sekarang!" keras suara Gibran berbunyi sambil tangannya menunjuk ke arah pintu. Muncung bibir Milia bila dihalau begitu. Perlahan dia bangun membetulkan skirtnya yang sudah terselak ke atas. Sengaja dia memakai skirt kembang yang sedikit jarang hari ini. Mana tahu Gibran akan kembali padanya.

"Milia.. don't do this" Gibran sudah sedikit kendur suaranya. Milia yang sudah bangun berdiri melangkah menghampiri Gibran. Pinggang Gibran mahu dipeluknya terapi pantas Gibran menepis.

"Milia.. please. Go home" pinta Gibran. Mendatar suaranya. Milia mendengus kasar.

"Ish! okay. Fine! I balik. Esok I datang lagi. Bye Gib" kata Milia sambil tersenyum. Beg tangan dicapai lalu kaki terus melangkah ke arah pintu. Gibran hela nafas panjang lalu kaki melangkah ke arah bilik air. Wajah dibasahkan dengan air. Cermin di hadapan dipandang, wajah sendiri ditilik, lama. Setelah wajah dikeringkan, Gibran melangkah keluar dari bilik air. Dilabuhkan duduk pada kerusi di sisi katil Haifa. Jemari Haifa yang pucat dicapai lalu dikucup lama.

"Honey.. please.. wake up honey.. I need you" luluh sahaja suara Gibran merayu.

"I don't know what to do if you like this. Please honey, wake up. I miss you so much.." perlahan sahaja suara itu bergema. Tubuh dibawa tegak. Wajah Haifa dipandang lama. Tangannya kemudian naik mengusap wajah yang pucat itu. Kesan luka sudah semakin pulih. Setiap hari menjadi rutinnya memandikan dan menukar pakaian Haifa dan kemudian disapukan krim pada luka supaya mengurangkan kesan parut. Luka pada pehanya juga sudah semakin pulih, mujurlah tusukan mata gril tidak mengena tulang, jika tidak entah bagaimana nasib kesayangannya ini.

(31/10/2020 @ 1550hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience