Hampir empat puluh minit memandu, mereka tiba di lokasi yang diberikan oleh Tan Sri Eusof. Raffa memberhentikan kereta. Naz pantas keluar dari kereta, begitu juga Gibran. Haifa tidak terkecuali. Tidak lama menderum bunyi enjin motorsikal berkuasa tinggi. Haifa toleh pandang. Sand.
"Rumah siapa ni?" soal Haifa pada Gibran. Banglo tiga tingkat dikelilingi hutan dan dilengkapi kolam renang. Di belakangnya pula terdapat kebun bunga, bermacam-macam bunga yang tumbuh mekar dan berwarna warni.
"Rumah nenda" balas Gibran. Sand yang baru tiba turut melangkah beriringan bersama Haifa dan Gibran. Sebaik sampai di hadapan pintu masuk, daun pintu terbuka.
"Sir, madam" sapa dua orang lelaki di kiri kanan pintu. Gibran hanya angguk dan melangkah masuk.
"You two not allowed" kata salah seorang dari lelaki tadi pada Raffa dan Naz dengan tangannya naik tegak di hadapan menghalang mereka masuk. Gibran hentikan langkah kaki dan tanpa menoleh ke belakang, dia bersuara.
"They're with me" keras suara Gibran berbunyi.
"But Sir" lelaki itu mempertikai.
"If they not allowed, we're too" Gibran toleh. Tajam pandangan matanya pada lelaki tadi. Tertunduk lelaki itu memandang lantai. Akhirnya tangan diturunkan bagi membenarkan Raffa dan Naz turut serta.
"Where my parents?" soal Gibran.
"Let me show you" kata lelaki yang seorang lagi. Mereka dibawa ke tingkat atas di bilik tengah. Daun pintu ditolak. Terjengul wajah Tan Sri Eusof dan Puan Sri Sara yang sedang berbual di ruang tengah bilik. Sebaik melihat wajah yang telah lama mereka rindui terus berdiri kedua-dua mereka dari duduk di sofa. Sand pula sudah terkaku kaki di tengah-tengah pintu. Terkelip-kelip mata memandang kedua orang tuanya bergilir. Kaku di situ, tidak pasti apa yang patut dia lakukan.
"Sandra Armine" bergetar suara Puan Sri Sara berbunyi. Tubir mata sudah bergenang dengan air mata yang menanti masa sahaja untuk tumpah. Kedua tangannya didepangkan memanggil Sand ke dalam pelukannya bersama senyuman manis. Sand memandang Gibran. Gibran angguk. Sand lepas nafas. Perlahan kaki di atur, sikit sahaja lagi untuk sampai di hadapan Puan Sri Sara, ada suara berbunyi.
"Wow.. finally.." kuat suara Morgan berbunyi dari belakang Gibran. Tertoleh semua yang ada dalam bilik tersebut ke arah Morgan yang melangkah masuk dengan bangga. Terhenti langkah kaki Sand. Tangan Raffa dan Naz sudah tersedia pada senjata di sebalik pakaian mereka. Bukan boleh dipercaya sangat Morgan ni, licik. Tak padan dengan tua.
"Morgan" sapa Tan Sri Eusof.
"You late. I think you not coming" tambah Tan Sri Eusof lagi.
"Albert" balas Morgan lalu berjalan menghampiri Tan Sri Eusof di sofa bersama dua orang lelaki di belakangnya. Tangan dihulur pada Tan Sri Eusof dan salamnya disambut.
"Don't want to meet your uncle, Gib?" soal Morgan bersama pandangan sinis pada Gibran.
"What do you want?" soal Gibran tanpa berlapik. Morgan ketawa sambil melabuhkan duduk di sisi Tan Sri Eusof.
"Kenapa marah-marah ni?" soal Morgan dengan pelatnya.
"Gib.." Puan Sri Sara bersuara yang sedari tadi kaku di tengah-tengah bilik. Gibran buat tidak faham. Ditarik jemari Haifa mengikutinya ke arah sofa lalu dilabuhkan duduk bertentangan dengan Morgan. Tajam pandangan yang diberikan pada Morgan.
"Adik, sini" panggil Puan Sri Sara sambil mencapai lengan Sand dan berjalan ke arah Tan Sri Eusof. Dilabuhkan duduk di tengah-tengah antara Daddy dan Mummynya. Jemari Sand tidak dilepas, kuat digenggam. Manakala Raffa dan Naz tetap tegak berdiri di tengah pintu, bersedia andai sesuatu berlaku.
Wajah Sand diusap dengan tangan tuanya. Sand hanya kaku tidak tahu hendak membalas. Akhirnya tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Puan Sri Sara. Lama keduanya melepaskan rindu, yang lain-lain seakan memberi peluang pada kedua beranak itu. Tan Sri Eusof pula memeluk lembut bahu Sand. Menitis juga air matanya. Puan Sri Sara usah dikata, lenjun pipi tuanya dengan air mata. Setelah agak reda, Gibran bersuara.
"Why you do this?" soal Gibran tepat pada Morgan. Mogan ketawa perlahan.
"What? salah?. Uncle cuma tolong sampaikan berita gembira pada your parents. Is it wrong?" soalnya tanpa rasa bersalah. Gibran genggam tangan.
"Why you hiding about Sandra to us?" soal Tan Sri Eusof pula.
"Ya Gib, kenapa tak bagitahu pada Mummy dan Daddy?" soal Puan Sri Sara pula. Sand pandang Gibran dan angguk sekali. Kuat nafas dilepas.
"I want to confirm first" balas Gibran.
"Confirm?" soal Tan Sri Eusof dan Puan Sara serentak. Wajah Gibran dipandang.
"Yes" balas Gibran.
"You don't want to tell them the detail what kind of confirm you need?" sampuk Morgan. Tajam pandangan Gibran pada Morgan.
"What detail?" soal Tan Sri Eusof. Gibran tidak membalas, dia hanya diam tidak berkutik.
"Hey, what's going on here. Someone please tell me!" suara Tan Sri Eusof meninggi. Sakit kepalanya dengan teka teki. Morgan senyum sinis.
"Ask your son, Albert" tambah Morgan lagi.
"Just shut your stinking mouth, Morgan!" kasar Gibran bersuara. Ikutkan amarahnya, dah lama Morgan ditembak mati!
"Gib!" Tan Sri Eusof menegur. Kuat Gibran menggenggam tangan. Ringan sahaja tangannya nak naik ke wajah tua tak sedar diri Morgan. Walaupun Morgan sudah berumur tetapi fizikalnya masih tegap dan nampak segak bagi lelaki yang seusia dengannya.
"Okay.. kalau dah payah sangat, let me explain" Morgan duduk tegak, butang pada suitnya dibuka bagi memudahkan dia duduk dengan selesa.
"Show us that pendant" kata Morgan. Pandangannya tegak pada Gibran.
"What pendant?" soal Tan Sri Eusof pada Morgan. Sand sudah naik tangannya memegang loket di sebalik baju.
"Gib.. Gib.. how rude you want to keep that for your own" Morgan tidak habis-habis menyimbah minyak pada api. Tan Sri Eusof pandang Gibran mahukan jawapan. Gibran lepas pandang pada Sand lalu perlahan Sand tanggalkan loket yang dipakainya yang sengaja dipisahkan menjadi dua bahagian sebelum dia datang ke sini tadi. Sebahagian miliknya dan sebahagian lagi milik Gibran lalu diletakkan loket tersebut di atas tapak tangan Tan Sri Eusof. Terkelip-kelip matanya memandang Sand dan Gibran bersilih ganti.
"What's this?" soal Tan Sri Eusof. Belum sempat Gibran menjawab, Morgan terus merampas loket tersebut dari tangan Tan Sri Eusof. Tertoleh Tan Sri Eusof ke sisi dengan tindakan Morgan. Tanpa lengah Morgan cuba cantumkan kedua-dua loket tersebut dan 'tap'. Elok tercantum menjadi satu. Besar senyuman Morgan tetapi hanya seketika apabila tiada apa yang keluar dari loket tersebut.
"Where is it!?" soal Morgan marah. Wajah Gibran dipandang penuh berang.
"Where?" jerit Morgan lalu terus bangun berdiri.
"I ask! where!?" kuat suaranya bergema. Tetapi tiada balasan dari Gibran mahupun Sand.
"Hey, Morgan. What are you talking about?" soal Tan Sri Eusof tidak mengerti. Morgan sudah ketawa seperti orang hilang akal.
"In that pendant there is something that brings us to our father's property!" jerit Morgan tidak puas hati.
"Harta? harta apa ni Gib?" soal Tan Sri Eusof. Tangannya naik memicit pelipis kepalanya. Puan Sri Sara bangun lalu mengambil tempat di sisi Tan Sri Eusof. Sand pantas bergerak ke tepi memberi ruang pada Mummynya.
"I don't know what he talking about" Gibran membalas tanpa gentar. Dijeling pada Sand yang berada di single sofa.
"I also do not know what he said" Sand mencelah. Mencerlung Morgan memandang Sand.
"Don't you dare to play dumb with me girl!" ugut Morgan.
"Arrgghh!!" jerit Morgan lalu tangannya menarik senjatapi yang terselit di dada kirinya dan diacukan pada kepala Tan Sri Eusof tanpa teragak-agak. Terus terjerit Puan Sri Sara melihat keadaan tersebut. Raffa dan Naz tanpa lengah terus menarik keluar senjata masing-masing dan mengacukan pada Morgan. Dua orang pengikut Morgan juga bertindak melakukan perkara yang sama. Sudah saling mengacukan senjata sesama sendiri. Gibran masih lagi di tempat duduknya tadi.
"Morgan! what are you doing! stop pointing your weapon on me!" marah Tan Sri Eusof. Morgan ketawa lagi.
"You want me to stop? ask Gib to give me that thing!" suara Morgan meninggi. Muncung pistolnya ditolak-tolak ke dahi Tan Sri Eusof. Terduduk dia di sofa. Wajah Gibran dipandang Tan Sri Eusof.
"Gib.. just give what he want" pinta Tan Sri Eusof pada Gibran dan tanpa sebarang amaran.
'Bang'
Tembakan dilepaskan ke arah kaki Tan Sri Eusof. Kuat Puan Sri Sara menjerit. Tan Sri Eusof pula sudah terduduk di lantai bersama kaki yang sudah basah dengan darah. Haifa yang sedari tadi diam di sisi Gibran sudah tidak senang duduk. Ingin sahaja dicapai senjatanya dan dimuntahkan peluru ke arah Morgan. Sand pula sudah bangun berdiri kerana terkejut dengan tindakan tidak sangka Morgan.
"Are you crazy!?" jerit Sand. Morgan putar pandang pada Sand lalu dicukan senjatanya pada Sand pula.
"Yes! yes..! I'm crazy! you know why? you know why!?" soal Morgan yang dah macam orang kena rasuk.
"Because I don't kill you when you still kid!!" jerit Morgan.
"I just take you and send you to the place that no one can find! but this bustard finally find you!" marah Morgan. Sekejap-sekejap senjatanya diacukan pada Sand dan sekejap-sekejap diacukan pula pada kepala sendiri. Dua pengikutnya masih setia dengan senjata masing-masing, begitu juga dengan Raffa dan Naz. Berkilat wajah dengan peluh kerana keadaan yang genting sekarang, tersilap sedikit sahaja pasti ada nyawa yang melayang.
"You did what?" soal Puan Sri Sara yang sudah tegak berdiri memandang Morgan. Morgan toleh pandang pada Puan Sri Sara sambil menyeringai tersengih.
"You don't hear what I'm says? want me to repeat?" soal Morgan sambil senjata diacukan ke wajah Puan Sri Sara. Puan Sri Sara seperti orang hilang akal, perlahan dia melangkah tubuh Tan Sri Eusof yang sudah terbaring di lantai. Tidak berkelip matanya memandang wajah Morgan bersama wajah yang tegang menahan berang.
"Memang aku dah agak, ini kerja kau Morgan. It was you!" tengking Puan Sri Sara yang sudah melangkah semakin merapati Morgan. Morgan pula sudah sedikit terundur ke belakang apabila diasak Puan Sri Sara. Gibran memandang Sand dan bagai mengerti, terus diterkam ke arah Puan Sri Sara agar jatuh ke lantai dan tanpa lengah Gibran capai senjatanya lalu melepaskan tembakan ke arah Morgan manakala Raffa dan Naz saling berbalas tembakan dengan dua pengikutnya. Haifa pula sudah menunduk ke bawah sofa melindungi diri apabila dia ditolak perlahan oleh Gibran.
Di luar pula terdengar beberapa das tembakan menyebabkan keadaan semakin genting. Waktu yang sama juga pintu bilik dirempuh dari luar dan sepasukan polis tiba. Morgan sudah tersandar di dinding bilik berlumuran darah manakala kedua-dua pengikutnya sudah mati ditembak Raffa dan Naz.
"Sayang!" jerit Syam apabila melihat tubuh Sand sudah merah dengan darah. Laju Sand menoleh pada Syam.
"Hubby! mummy!" Sand membalas. Puan Sri Sara luka di dada terkena tembakan yang dilepaskan oleh Morgan. Terbatuk-batuk Puan Sri Sara dengan cecair merah yang keluar dari mulutnya.
"Sara!" Tan Sri Eusof turut menyerbu ke arah Puan Sri Sara. Tidak dihirau luka pada kakinya.
"Man! call medic! ambulan" jerit Aniq yang turut ada bersama.
(08/12/2020 @ 2130hrs)
Share this novel