Bab 18

Romance Completed 684540

"Ibu...!" jerit Amin sebaik melihat Haifa yang berada di dapur bersama Puan Fazidah.

"Eh.. anak ibu dah balik" kata Haifa lalu memeluk Amin. Dicium bertalu pipi kanak-kanak itu. Ketawa kegelian Amin bila digomol begitu.

"Bila ibu sampai?" soal Amin. Kedua tangan kecilnya memegang kedua pipi Haifa.

"Baru je sampai" kata Haifa lalu dipeluk Amin lagi.

"Eh! uncle pun ada" kata Amin lalu melepaskan pelukan Haifa dan terus berlari pada Gibran yang duduk di kerusi meja makan.

"Uncle nampak makin handsome" kata Amin. Gibran hanya senyum lalu diangkat Amin ke atas ribaannya.

"Assalamualaikum" satu suara memberi salam. Puan Fazidah dan Haifa menjenguk ke luar rumah.

"Waalaikumsalam. Cikgu Asnol" sapa Puan Fazidah.

"Lupa pula pada Cikgu" Amin yang masih atas ribaan Gibran bersuara.

"Cikgu hantar Amin balik tadi" kata Amin.

"Oh, ye ke. Terima kasihlah Cikgu susah-susah saja. Amin boleh saja balik dengan van sekolah" kata Haifa yang sudah berdiri di celah pintu.

"Tak apa, kebetulan saya lalu kawasan sini, jadi saya tumpangkan Amin" kata Cikgu Asnol. Puan Fazidah yang tadi menjenguk pintu kembali ke dapur.

Amin yang waktu itu berada di atas ribaan Gibran melompat turun dan menarik tangan Gibran mengikutnya ke pintu. Berubah wajah Cikgu Asnol apabila sedari ada lelaki lain di dalam rumah itu. Gibran hanya angguk lalu hulurkan tangan bersalam. Dalam teragak-agak Cikgu Asnol sambut salam itu.

"Ni uncle saya, uncle Gib" kata Amin. Cikgu Asnol senyum pada Amin.

"Rasanya saya minta diri dululah semua, dah lewat ni. Assalamualaikum" kata Cikgu Asnol lalu melangkah ke arah keretanya yang diparking di hadapan rumah. Kepala menoleh sekali pada Gibran.

"Itu suami Haifa ke?" Cikgu Asnol berkata sendiri. Kepala tergeleng perlahan bersama sengihan di bibir.

"Cari lain je la Asnol.. suami dia dah balik.." kata Cikgu Asnol lalu alarm kereta ditekan dan tubuh dilolos masuk.

"Amin.. dah, pergi mandi lepas tu makan nasi. Kejap lagi nak ke sekolah agama pula" kata Haifa.

"Baik ibu" sahut Amin.

"Uncle, Amin nak mandi dulu ya, nanti nak makan lepas tu nak ke sekolah agama pula" kata Amin lalu melepaskan pegangannya pada tangan Gibran. Gibran hanya angguk. Amin terus naik ke atas dan diikuti Haifa.

"Umii, siapa hantar Amin ke sekolah agama?" soal Gibran pada Umii yang sedang siapkan makan Amin.

"Oh.. biasa Umii tapi kalau Haifa ada, Haifa yang hantarkan" kata Puan Fazidah. Lauk di dalam mangkuk diletakkan di atas meja. Wajah Gibran dipandang.

"Haifa dah tau ke?" soal Puan Fazidah. Gibran angguk.

"Dia cakap apa?" soal Puan Fazidah lalu melabuhkan duduk di kerusi berhampiran Gibran. Tidak lama Amin turun dari tingkat atas laju ke bilik air.

Gibran hela nafas panjang bersama pandangan yang dihala ke luar tingkap.

"Marah" sepatah jawapan Gibran.

"Boleh Umii tanya sikit?" soal Puan Fazidah. Gibran pandang Puan Fazidah lalu angguk.

"Kenapa lama hilangkan diri. Langsung tak ada berita" soal Puan Fazidah. Gibran menunduk seketika.

"Maaf Umii, bukan saya sengaja" balas Gibran. Lama dia diam sebelum bersuara semula.

"Lepas nenda meninggal, banyak perkara yang berlaku. Saya balik sini dan cuba cari tapi rumah lama Umii terbakar. Saya tanya pada jiran-jiran tapi tak ada yang tahu alamat terbaru Umii. Lepas beberapa tahun saya dapat tahu alamat rumah ni tapi waktu tu, keadaan saya yang tak mengizinkan" kata Gibran. Puan Fazidah angguk.

"Ye lah, rumah lama terbakar habis. Umii dengan walid tak sangka umur panjang. Kalau tidak, habis semua rentung dalam rumah tu" kata Puan Fazidah.

"Tapi memang tak ada jiran yang tahu di mana keluarga Umii pindah. Sebabnya sebelum dapat tinggal di rumah ni, walid menyewa di merata-rata tempat. Haifa pula masa tu masih berkhidmat di luar negara. Haifa pun tak tahu mengenai perkara ni. Dia tahu pun selepas walid dapat tapak ni dan bina rumah" kata Puan Fazidah.

Haifa yang ada di balik dinding hanya pasang telinga mendengar perbualan Gibran dan Puan Fazidah. Ada datang cari.. maknanya aku la yang salah? langsung tak cuba cari dia? Haifa hela nafas.

"Nenek, nak makan" kata Amin yang sudah siap berpakaian baju sekolah agama.

"Eh, Amin. Sekejap, nenek sendukkan nasi" kata Puan Fazidah lalu bangun dari kerusi dan terus ke dapur. Nasi dalam pinggan diletakkan di hadapan Amin. Haifa yang tadi senyap perlahan turun ke bawah apabila melihat Amin sudah bangun berjalan ke sinki bersama pinggan makan.

"Dah siap? mari uncle hantarkan" kata Gibran. Haifa memandang Gibran.

"Biar saya hantarkan" kata Gibran. Amin senyum suka.

"Nenek, ibu. Amin pergi sekolah dulu ya" kata Amin lalu salam dihulurkan. Puan Fazidah dan Haifa menghantar Gibran dan Amin ke muka pintu.

"Wah.. besarnya kereta uncle. Mesti mahalkan" kata Amin sebaik melolos masuk ke bahagian penumpang hadapan. Gibran hanya senyum sambil menghidupkan enjin. Tidak lama kereta bergerak perlahan menuju ke sekolah Amin.

"Uncle nak tinggal sini ke?" soal Amin sambil memandang Gibran di sisi.

"Boleh ke? boyfriend ibu tak marah?" soal Gibran menguji. Amin ketawa.

"Ibu mana ada boyfriend" balas Amin.

"Hm.. Cikgu tadi tu bukan?" soal Gibran lagi. Dapat dia rasakan Cikgu Asnol ada menaruh hati pada Haifa. Dia lelaki dan dia faham dengan pandangan Cikgu Asnol pada Haifa tadi.

"Eh.. bukanlah tapi Cikgu Asnol memang suka ibu" kata Amin. Gibran toleh pandang pada Amin.

"Tapi ibu tak layan pun. Ibu cakap ibu nak tunggu suami ibu balik. Tapi kesian pada ibu, suami ibu tak datang cari ibu pun" kata Amin dengan raut sedih.

"Kenapa ibu tak cari?" korek Gibran lagi.

"Entah, ibu cakap bukan ibu yang nak kahwin pun. Amin pun tak faham apa maksud ibu." balas Amin lagi.

"Hah, sampai dah. Tu sekolah Amin" kata Amin gembira sambil menunding ke arah sekolahnya.

"Balik pukul berapa?" soal Gibran.

"Pukul enam. Uncle nak datang ambil ke?" soal Amin. Gibran angguk.

"Yeay.." sorak Amin. Tangan kecilnya dihulur pada Gibran. Huluran Amin disambut dan wajah kanak-kanak itu diusap. Setelah Amin masuk ke kawasan sekolah, Gibran mahu memandu pulang tetapi telefon bimbitnya berbunyi. Skrin dipandang.

"Hello Raf" kata Gibran.

"Gib, aku dah dapat siapa yang pasang kamera dalam pejabat kau" kata Raffa di talian.

"Who?" soal Gibran.

"Lelaki melayu syarikat kontraktor yang buat kerja service air-cond syarikat. Tapi lelaki ni know nothing" kata Raffa.

"What do you mean know nothing?" soal Gibran tidak faham.

"Satu hari dia ditangkap oleh beberapa orang lelaki masuk ke dalam sebuah van. Dia diminta memasang kamera dalam pejabat kau. Dia diugut kalau enggan, nyawa anak isteri jadi taruhan" kata Raffa.

"Huh! siapa yang tangkap dia?" soal Gibran.

"Dia tak tau sebab mukanya ditutup dengan kain" kata Raffa.

"Tak guna!" marah Gibran.

"So, kau nak aku buat apa dengan lelaki ni?" soal Raffa.

"Lepaskan dia but keep watching him" kata Gibran lalu talian dimatikan. Pedal ditekan, laju kereta meluncur pergi.

+++

"Umi.." panggil Haifa. Puan Fazidah yang sedang mencuci mangkuk bekas lauk tadi memandang Haifa yang bersandar di tepi dapur.

"Kenapa Umii tak bagitau adik siapa Gibran?" soal Haifa. Wajah Puan Fazidah dipandang tak berkelip. Puan Fazidah cuci tangan dan keringkan dengan tuala.

"Umii pun baru tahu masa Gibran nak balik hari tu" kata Puan Fazidah sambil melabuhkan duduk di kerusi meja makan.

"Kenapa Umii tak bagitau adik lepas tu?" soal Haifa yang turut sama melabuhkan duduk di kerusi.

"Gibran tak benarkan" kata Puan Fazidah lagi. Haifa toleh pandang ke luar rumah.

"Adik rasa macam dimain-mainkan" luah Haifa.

"Adik.. Umii minta maaf, bukan Umii tak nak bagitau" kata Puan Fazidah. Haifa menunduk memandang jemari sendiri.

"Sekarang macam mana? apa keputusan adik?" soal Puan Fazidah. Haifa geleng.

"Adik tak tahu" kata Haifa.

"Adik.. Umii pun tak kenal sangat dengan Gibran tapi Umii tengok dia baik orangnya dan pilihan walid dah tentu yang baik buat adik" kata Puan Fazidah. Haifa senyum senget, baik? depan Umii ya la..

"Adik tak tau la Umii. Takkan nak teruskan, adik tak ada perasaan pada Gibran" kata Haifa lagi.

"Gibran pula?" soal Puan Fazidah. Haifa geleng walaupun Gibran ada luahkan padanya tempoh hari.

"Adik. Fikir masak-masak. Enam tahun adik tunggu, bila Gibran dah ada depan mata kenapa nak lepaskan. Adik cuba dulu, tapi kalau tak boleh, Umii nak cakap macam mana sebab yang nak hidup bersama, adik dan Gibran" kata Puan Fadizah sambil mengusap perlahan kekuran tangan Haifa.

"Kalau tak berjaya macam mana?" soal Haifa sambil wajah Puan Fazidah dipandang.

"Doa banyak-banyak" kata Puan Fazidah. Haifa buang pandang ke luar. Kebetulan waktu itu Gibran baru sampai dan sedang melangkah menghampiri pintu rumah. Belum sempat Gibran melangkah masuk, Haifa berdiri dan berjalan ke muka pintu.

"We need to talk" kata Haifa lalu melangkah ke luar rumah menuju ke kereta Gibran. Langkah Gibran menukar arah kembali ke keretanya.

"Where?" soal Gibran sebaik tubuh dilolos masuk ke bahagian pemandu.

"Saya tunjuk jalan" kata Haifa. Lebih kurang lima belas minit, sampai di sebuah gerai tepi jalan. Laksa dan ais kacang. Haifa melolos keluar dan mengambil tempat di meja hujung. Pandangan di buang ke sekitar kedai. Tidak ramai orang, mungkin masih awal. Biasanya dalam pukul lima petang penuh meja dengan pelanggan. Kadang-kadang kena tunggu giliran untuk makan. Haifa memesan dua ais kacang special.

"Awak nak makan ke?" soal Haifa.

"Nope, thanks" balas Gibran.

"Berapa lama awak nak tinggal di sini?" soal Haifa tanpa mukaddimah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience