Bab 14

Romance Completed 685128

Sampai sahaja ke bilik hotel, Haifa terus ke bilik air membersihkan diri dan menukar pakaian. Setelah bersiap, Haifa turun ke bawah menuju ke tempat parking keretanya. Sambil berjalan dia berfikir kejadian pagi tadi. Macam mana boleh dia tidak sedar yang dipeluknya tubuh Gibran. Aduh.. malunya. Yang Gibran pulak, tadah je tubuhnya tu untuk dipeluk. Ish!

Sebaik sampai di kereta alarm ditekan dan Haifa melolos masuk ke bahagian pemandu. Tujuannya satu, mahu ke rumah Pakcik Selamat untuk bertanyakan mengenai Fahad dan kemudian cari Fahad untuk selesaikan semua. Siap, boleh balik. Tidak sanggup lagi untuk dia berlama di sini. Semak kepala. Huzaireen.. Ah, nanti-nantilah. Ada jodoh tak ke mana. Bibir Haifa senyum nipis. Enjin kereta dihidupkan, perlahan dia memandu keluar dari kawasan hotel. Lebih kurang tiga puluh lima minit memandu, Haifa sampai di rumah Pakcik Selamat.

"Assalamualaikum" Haifa memberi salam.

"Waalaikumsalam" Pakcik Selamat keluar dari rumah lalu membuka pintu gril.

"Masuk-masuk. Haifa kan?" soal Pakcik Selamat.

"Haah, ya saya" balas Haifa sambil mengikut langkah Pakcik Selamat masuk ke dalam rumah.

"Duduklah Haifa" sapa Mariam yang datang dari dapur. Haifa mengatur langkah ke arah Mariam lalu menghulur salam.

"Duduk sekejap ya, pakcik nak ambil salinan dokumen" kata Pakcik Selamat lalu berlalu dari ruang tamu manakala Mariam pula ke dapur. Tidak lama Pakcik Selamat datang semula bersama sampul di tangan. Dilabuhkan duduk di sofa berhampiran Haifa.

"Nah, ambillah. Walid kamu minta pakcik simpankan" kata Pakcik Selamat lalu menyerahkan sampul coklat pada Haifa. Sampul diambil. Perlahan isi kandungannya dikeluarkan. Sijil nikah? Haifa panggung kepala pada Pakcik Selamat. Pakcik Selamat angguk.

"Ni salinan sijil nikah Haifa, pakcik pun tak tahu kenapa walid serah salinan ni pada pakcik. Di belakang tu ada kertas bertulis alamat syarikat Fahad" kata Pakcik Selamat lagi. Haifa keluarkan semua isi kandungan dan ada sehelai kertas kecil bertulis alamat Syarikat Future Global Holdings. Macam pernah dengar. Sijil nikah diteliti. Tertera namanya pengantin perempuan dan nama pengantin lelaki.. Fahad Gibran Haidar?

"Fahad Gibran Haidar?" Haifa sebut senafas kemudian mendongak pandang pada Pakcik Selamat. Waktu itu Mariam datang bersama air dan kuih dalam dulang.

"Iya, nama suami Haifa. Fahad Gibran Haidar. Dia anak Tan Sri Eusof Albert" kata Pakcik Selamat.

"Eusof Albert?" kuat suara Haifa berbunyi. Berubah wajahnya.

Nama suaminya disebut lagi. Fahad Gibran Haidar! Kenapa ada rasa macam tak sedap hati ni. Gibran! takkan Gibran, Gibran yang tu?

"Er.. pakcik, makcik. Saya minta diri dulu la" kata Haifa lalu menyimpan salinan sijil nikah dan alamat syarikat tadi ke dalam sampul coklat itu semula.

"Minum la dulu" kata Mariam.

"Haah, minum dulu sikit" Pakcik Selamat pula menyampuk. Haifa angguk lalu air dalam cawan diteguk sekali gus. Tangan dihulur pada Mariam lalu terus bangun.

"Pakcik, makcik. Terima kasih banyak-banyak" kata Haifa.

"Saya beransur dulu ya" kata Haifa sambil memakai kasut.

"Ye la, bincang baik-baik. Jangan gaduh-gaduh" pesan Pakcik Selamat.

Haifa angguk lalu angkat tangan. Laju kaki melangkah ke arah keretanya. Alarm ditekan lalu tubuh dilolos masuk ke bahagian pemandu. Khidmat pakcik google digunakan sekali lagi. Kemudian Haifa terfikir, apa kata masukkan nama syarikat ni. Mesti keluar apa-apa butiran mengenai pemiliknya kan.. Haifa menaip nama syarikat, jenuh diskroll tapi tak keluar pula wajah yang disangkanya. Ah.. nanti-nantilah. Kita cari pejabatnya dulu.

"Eusof Albert" sebut Haifa lagi.

Takkanlah.. tapi bukan anak dia perempuan ke dan hilang diculik semasa kecil dan sampai sekarang tak jumpa? Kepala dipegang. Sakit kepala datang balik. Kenapa dia tak tahu yang majikan walidnya dulu ada anak lelaki? Eh, ada ke walid bagitau pasal majikan dia? Aduh.. tak ingat la.. Mana nak ingat, kau kan sibuk study, habis study masuk polis lepas tu terus bertugas luar negara sampai walid meninggal baru balik sini. Balik sekali dulu pun sekejap je. Pelipis kepala dipicit. Panadol dalam pouch bag diambil dan mineral water yang ada dalam kereta dicapai lalu diteguk bersama panadol. Kepala diletakkan di atas stereng. Ah, tak boleh tunggu.

Enjin dihidupkan dan pedal ditekan. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan suaminya. Dada berdebar kuat. Tangan naik memegang dada. Kuat berdegup. Tangan kembali memegang stereng. Pedal ditekan. Laju Haifa memandu mengikut panduan pakcik google. Hampir empat puluh minit Haifa sampai di sebuah bangunan tinggi. Kereta perlahan masuk ke kawasan bangunan. Kereta diparking, pouch bag disandang pada bahu, sampul coklat dibawa. Cermin pandang belakang diintai untuk melihat wajahnya. Nafas ditarik panjang lalu daun pintu kereta ditolak. Sebaik berdiri tegak di tepi kereta, Haifa terpandang figura yang amat dikenali. Gibran. Hati dah tak sedap. Lelaki itu sedang berbual di bahagian tepi bangunan bersama Raffa. Haifa perlahan melangkah masuk ke dalam bangunan dan menuju ke meja receptionist.

"Selamat pagi Cik" Haifa menyapa. Lelaki yang berada di meja tersebut terus berdiri bersama senyuman di bibir.

"Ya, boleh saya bantu?" soal lelaki yang tanda namanya Aliff.

"Saya nak berjumpa dengan Fahad Gibran Haidar" kata Haifa. Nama penuh diberinya. Nampak perubahan pada wajah Aliff.

"Oh.. ada buat temujanji?" soal Aliff. Haifa geleng.

"Erm.. Cik siapa ya?" soal Aliff. Haifa terkaku. Takkan nak cakap saya isteri dia.

"I'm her relative" balas Haifa yakin.

"Sekejap ya Cik.. nama siapa ya?" soal Aliff sambil bersedia mahu mencatitnya.

"Haifa Wahida" kata Haifa. Aliff senyum.

"Okay, Cik Haifa duduk sekejap, nanti saya panggil" kata Aliff. Haifa angguk lalu berjalan menuju ke arah ruang menunggu. Tidak lama namanya dipanggil.

"Cik Haifa" panggil Aliff. Laju Haifa bangun mendapatkan Aliff.

"Cik Haifa naik lift hujung sana, pergi ke tingkat empat puluh dua" kata Aliff.

"Baik. Terima kasih" kata Haifa. Aliff senyum manis. Haifa melangkah ke arah yang ditunjukkan Aliff. Butang ke atas ditekan.

'Ting'

Pintu lift terbuka dan Haifa menekan butang empat puluh dua. Berdebarnya rasa hati dia.

'Ting'

Haifa melangkah keluar. Besarnya pejabat dia.. Haifa melangkah ke arah meja yang diduduki seorang perempuan. PA kot.

"Selamat pagi Cik" sapa Haifa. Nelly yang sedang sibuk menaip memandang Haifa dan pamer senyum lalu bangun.

"Ya, boleh saya bantu?" soal Nelly.

"Er.. saya nak jumpa dengan Fahad Gibran Haidar" kata Haifa. Besar mata Nelly bila mendengar nama bossnya disebut penuh begitu.

"Oh, our CEO. Sekejap ya. Siapa nama Cik?" soal Nelly. Bukan sembarangan orang yang boleh sampai ke atas ni.

"Haifa Wahidah" balas Haifa.

"Sekejap ya" kata Nelly lalu ganggang telefon dicapai. Belum sempat nombor ditekan, Gibran dilihat keluar dari pintu hujung bersama sebuah fail ditangan. Gibran terkejut, Haifa terperanjat. Gibran tak sangka secepat ini Haifa sampai di atas.

"Sir, Cik Haifa nak jumpa" kata Nelly. Gibran hampiri Nelly dan diserahkan fail ditangannya.

"Come" Gibran berkata sambil memandang Haifa. Gibran melangkah menuju ke pejabatnya, Haifa teragak-agak mengekori dari belakang. Biar betul. Sabar hati.. sabar!

Daun pintu pejabat ditolak dan ditahan sehingga Haifa masuk lalu ditutup rapat.

"Have a seat" kata Gibran. Haifa tegak memandang Gibran yang sudah melabuhkan duduk di kerusinya.

"Explain" keras suara Haifa pada Gibran.

"Honey.. please. Duduk dulu" kata Gibran. Haifa bulat mata mendengar panggilan dari Gibran.

"Who's your honey!" marah Haifa. Gibran mengeluh perlahan lalu tubuhnya dibawa berdiri lalu berjalan menghampiri Haifa. Dilabuhkan duduk pada bucu meja.

"Look. Saya bukan nak rahsiakan pada awak" Gibran mulakan kata.

"Tak nak rahsia? dah tu kenapa tak bagitau masa awak ada di rumah saya lagi? kenapa mesti saya datang sendiri?" soal Haifa. Gibran diam tak bersuara.

"Give me your IC!" kata Haifa sambil menadah tangan. Gibran kerut dahi.

"I said, give me your IC!" ulang Haifa keras.

"Nak buat apa dengan IC saya?" soal Gibran. Haifa pandang Gibran tajam.

"Okay.." balas Gibran lalu mengambil wallet yang berada di poket seluarnya lalu menarik keluar kad pengenalan dan waktu itu sekeping gambar jatuh ke lantai. Laju kakinya memijak, tidak mahu Haifa melihatnya. Kad pengenalan diserah pada Haifa, laju Haifa mengambilnya dan dibawa ke sofa ruang pejabat. Dilabuhkan duduk di situ. Gibran pula, pantas menunduk mengutip gambar yang jatuh lalu disimpan kembali dalam walletnya.

Haifa pula, sibuk meneliti nama dan nombor kad pengenalan Gibran dengan nama dan nombor kad pengenalan pengantin lelaki dalam salinan sijil nikah.

"Sama la.." kata Haifa perlahan lalu disandarkan tubuhnya ke belakang. Gibran mengatur langkah perlahan menghampiri Haifa. Dilabuhkan duduk di sofa berhampiran Haifa.

"Sorry, honey. Saya bukan tak nak bagitau tapi keadaan tak sesuai" kata Gibran.

"Stop calling me honey!" marah Haifa bersama jelingan tajam. Tubuh ditegakkan semula. Telan liur Gibran. Garangnya..

"Huh, keadaan tak sesuai.. Enam tahun tak cukup lagi? nak tunggu bila sesuai? sepuluh tahun, dua puluh tahun?" marah Haifa. Ikut hati nak je dibubuh muka handsome ni. Handsome ke? Kau.. sempat lagi kan Haifa!

"Tapi.. sepanjang enam tahun ni, sayang pun tak pernah nak cari saya" perlahan Gibran bersuara. Ish, sayang pulak! memang tak faham bahasa la dia ni.

"Sayang pun tak boleh!" marah Haifa lagi. Terkemam bibir Gibran.

Tapi betul juga cakap Gibran, sepanjang enam tahun ni kau pun tak cari dia. So.. sama-sama salah. Kau pun asyik sibuk dengan kerja! Haifa mengeluh.

"So.." Gibran berkata sambil memandang Haifa.

Tanpa ketukan daun pintu ditolak dan..

"Gib.." lunak suara Milia memanggil Gibran. Gibran raut rambut. Aduh.. bala yang ni belum selesai, tambah pula bala lagi..!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience