Bab 13

Romance Completed 685114

Petang itu sambil berbaring di atas katil Haifa berfikir mengenai apa yang dikatakan oleh Huzaireen. Haifa letak tangan di dada dan nama Huzaireen disebut berulang kali tapi dadanya tiada rasa. Mata dipejam rapat. Apa akan jadi agaknya bila dia jumpa Fahad. Ingatkah lagi Fahad siapa dirinya? Pelipis kepala dipicit sambil mata terpejam, tiba-tiba sakit kepala menyerang. Dengan memikirkan masalah yang ada, serabutnya.. sedang asyik berfikir, telefon bimbit Haifa berbunyi. Tangan mencapai telefon yang berada di meja sisi, sebaik nama pada skrin dipandang laju tubuh dibawa bangun perlahan. Icon hijau digesek.

"Assalamualaikum pakcik" Haifa memberi salam.

"Waalaikumsalam. Makcik bagi tahu Haifa datang cari pakcik" Pakcik Selamat mulakan kata.

"Ya, saya ada hal sikit nak tanyakan pada pakcik" Haifa mengiyakan.

"Kalau macam tu, esok Haifa datang rumah pakcik. Kita bincang. Kalau hari ni pakcik penat sikit sebab baru saja sampai rumah" kata Pakcik Selamat.

"Eh, tak apa. Esok je saya datang. Terima kasih ya pakcik" lega Haifa mendengar. Tidak lama lagi dia akan bebas.

"Kalau macam tu esok kita jumpa. Assalamualaikum pakcik" kata Haifa.

"Waalaikumsalam" balas Pakcik Selamat lalu talian dimatikan.

Haifa bersandar pada kepala katil. Bersediakah dia untuk berjumpa dengan suaminya nanti. Berat kepala. Haifa turun dari katil lalu terus ke bilik air untuk mandi dan turun ke bawah. Dia mahu ke convenience store membeli panadol. Kepalanya tiba-tiba sahaja pening bila memikirkan perkara ini. Selesai mandi dan berpakaian, Haifa melangkah perlahan menuju ke lift untuk turun bawah. Sebaik panadol dibeli bersama air mineral, Haifa keluar dari kedai tersebut dan berhenti seketika di tepi bangunan. Tiga biji panadol diambil lalu dimakan bersama air mineral, kalau kepalanya sakit sangat, setakat dua biji memang tidak beri kesan. Baru kaki nak melangkah ada suara yang menegur.

"Seronok keluar dating?" Macam kenal saja suara ni. Haifa toleh lalu dilepaskan keluhan. Aku dah la sakit kepala, datang pula dia ni.. lagi tambah sakit kepala aku.

"Awak nak apa ni.. saya nak balik. Kepala sakit" Haifa malas melayan. Kepala makin berdenyut.

"Dah jumpa buah hati pun sakit kepala?" Gibran sengaja menaikkan marah Haifa.

"Apa masalah awak ni?" soal Haifa pada Gibran yang memandangnya tajam.

"Ikut suka saya la nak keluar dengan siapa! tak ada kena mengena dengan awak pun" Haifa sudah sudah tinggi suara. Kepala yang sakit dipegang. Ditoleh pada Gibran yang mencerlun memandangnya.

"Dah la tepi, saya nak balik" Haifa mula melangkah pergi, Gibran pula memandangnya tak berkelip. Macam aku buat salah besar pada dia pulak. Gibran senyum sinis. Haifa tidak endahkan Gibran. Dia terus mengatur langkah untuk pulang ke bilik dan rehat.

"Who's that guy?" soal Gibran sambil menyambar lengan Haifa. Haifa yang sakit kepala cuba menarik lengannya yang kemas dalam pegangan Gibran.

"Lelaki mana awak ni?" soal Haifa. Ikut suka dia la nak keluar dengan siapa pun. Dia siapa nak sibuk.

"Eh, lepas la. Tak malu ke orang tengok?" suara Haifa sudah tinggi.

"Do I care?" Gibran bersuara kasar sambil menarik Haifa ke arah keretanya di tepi jalan. Haifa sudah jalan pun tidak lurus. Kepala makin berdenyut. Ish, hilang sabar nanti ada juga yang kenyang makan penumbuk ni!

"Awak jangan cabar saya!" Haifa angin. Dia ni sengaja cari pasal. Aku dah la sakit kepala. Kau nak cari pasal pulak. Tangan kanan Haifa naik menyiku Gibran di dada tetapi pantas tangannya ditahan Gibran bersama jelingan tajam. Kedua-dua tangan Haifa sudah dipegangnya.

"Get in!" kasar Gibran bersuara. Pintu kereta sudah sedia terbuka.

"I don't want!" balas Haifa degil. Tidak mahu dia masuk. Tah ke mana-mana dibawanya nanti.

"You ask for it Haifa" kata Gibran lalu dia mencempung tubuh Haifa lalu dilempar ke bahagian penumpang belakang dan dia juga turut melolos masuk.

"Raf, let's go!" arah Gibran. Haifa meronta tapi disebabkan kepala yang semakin pening, matanya sudah berbalam-balam. Tangan naik memegang kepala sambil disandarkan tubuh ke belakang, mata dipejam rapat. Gibran yang melihat keadaan Haifa mula bimbang.

"Haifa.. Haifa.." panggil Gibran sambil memegang bahu Haifa.

"Honey, are you okay?" soal Gibran bimbang. Tubuh Haifa dibawa ke pelukannya. Sesekali dipandang pada wajah lemah Haifa.

"Raf, hurry up!" arah Gibran. Raffa menekan pedal, laju kereta meluncur.

Sampai sahaja di rumahnya, Haifa dicempung naik ke biliknya. Tidak lama seorang lelaki datang bersama sebuah beg besar. Raffa mendahului lelaki tadi ke tingkat atas.

"Gib, Doktor Ben dah sampai" kata Raffa di celah pintu dan Doktor Ben masuk.

"Ben, please" ada riak bimbang pada wajah Gibran. Ben membuka beg perubatan yang dibawa dan dia mulakan pemeriksaan pada Haifa. Setelah selesai, dia bangun dari birai katil.

"She's fine. Tak ada apa yang serius. Mungkin stress. Bagi ubat ni bila dia bangun nanti" kata Ben lalu menyimpan peralatannya dan melangkah keluar tetapi kaki berhenti melangkah.

"Gib, is that the wife you've been looking for?" soal Ben. Gib angguk.

"Take care of her" pesan Ben lalu berjalan meninggalkan Gibran bersama Haifa di dalam bilik. Raffa menutup rapat pintu bilik lalu mengiringi Ben hingga ke pintu.

Gibran menghampiri katil lalu dilabuhkan duduk di sisi Haifa. Wajah mulus Haifa diusap perlahan lalu wajahnya dirapatkan pada pipi merah itu dan disapa sekilas. Nampak lena sekali tidurnya, mungkin kesan ubat. Haifa mengiring ke arah Gibran lalu memeluk tangannya yang berada di wajah Haifa tadi. Ingin ditarik tangannya tapi bila melihatkan pulasnya Haifa lena, tidak jadi dia berbuat demikian. Sudahnya dia naik ke atas katil dan berbaring rapat di sisi Haifa.

+++

Puas Haifa tidur. Sakit kepalanya pun sudah hilang. Selesa pula tidur kali ni bersama pelukan rapat pada bantal peluk. Bantal peluk? Mana datang bantal peluk kat hotel ni! Haifa buka mata.

'Arghhh...!'

Kuat Haifa menjerit lalu melompat turun dari katil. Gibran yang masih dengan pakaian semalam bangun duduk. Mata digosok perlahan. Sebaik mata dibuka, dilihat Haifa dah macam pemangsa menunggu masa menerkam mangsanya.

"Macam mana saya boleh ada kat sini? Awak buat apa pada saya?" soal Haifa bertalu. Pakaian pada tubuh ditilik. Tiada apa yang berubah.

Gibran sapu wajah dengan tangan lalu berjalan ke bilik air. Haifa ternganga. Dia buat tak tau! Kurang asam. Tidak buang masa Haifa mengejar Gibran masuk ke bilik air. Merah padam wajah Haifa apabila melihat Gibran sedang menanggalkan pakaiannya. Laju kaki melangkah keluar, memerah wajahnya. Gibran senyum. Nak ikut sangat!

"Tak senonoh, masuk bilik air bukan nak kunci" bebel Haifa. Tak kunci pun tak apa, yang kau gatal masuk siapa suruh? ada dia ajak ke..

"Ish..!" marah Haifa tidak puas hati, tak berhenti kakinya melangkah ke sana ke sini dalam bilik itu.

Pintu bilik air dipandang. Kemudian Haifa ambil keputusan untuk turun ke bawah. Dicari telefon bimbit dan pourch bagnya, nampak! Ada di atas meja sisi. Lalu kaki melangkah keluar dari bilik. Dari tangga dah bau wangi, siapa yang masak ni. Perlahan kaki melangkah ke arah dapur. Dilihat seorang wanita lingkungan umur empat puluhan sedang sibuk membancuh air dan membawa teko ke meja makan. Apabila menyedari kehadiran Haifa, senyuman diberikan.

"Selamat pagi Madam" sapa Kak Ina.

"Duduklah, Kak Ina ambilkan sarapan untuk Madam" kata Kak Ina lalu kaki melangkah ke arah dapur.

Haifa pelik tapi diatur juga kaki ke ruang makan sambil itu mata memerhatikan sekeliling. Tiba-tiba daun pintu utama rumah terbuka dan masuk seorang lelaki yang pernah dilihat di rumahnya dahulu. Lelaki itu senyum.

"Morning Madam" kata Raffa dalam waktu yang sama Raffa menoleh pandang pada Gibran yang melangkah turun dari anak tangga.

"Morning Sir" sapa Raffa. Gibran angguk. Haifa toleh pandang pada Gibran.

"Ni rumah siapa? kenapa awak bawa saya ke sini?" soal Haifa.

Gibran tidak membalas sebaliknya menarik lengan Haifa untuk turut sama melabuhkan duduk di meja makan.

"Makan dulu. We'll talk after this" kata Gibran.

Waktu itu Raffa turut mengambil tempat di meja makan. Haifa tarik kerusi dan dilabuhkan duduk. Kak Ina menyendukkan nasi goreng ke pinggannya manakala Gibran hanya minum secawan kopi dan roti bakar, begitu juga Raffa.

"Awak.." Haifa bersuara tapi Gibran angkat tangan kirinya tanda tidak mahu Haifa bersuara.

"Please" kata Gibran sepatah.

"Bukan, saya nak ke bilik air sekejap" kata Haifa. Baru bangun tidurkan tadi. Gibran angguk. Haifa bangun.

"Kak Ina, tunjukkan tandas" kata Gibran.

Kalut Kak Ina datang ke meja makan mengiringi Haifa ke tandas. Lebih kurang lima belas minit Haifa kembali ke meja makan, waktu itu Raffa sudah tiada. Hanya Gibran sahaja. Perlahan Haifa melabuhkan duduk kembali.

"Makanlah, lepas tu ambil ubat ni. For migraine" kata Gibran sambil memerhatikan Haifa.

Haifa capai cawan dan meneguk perlahan air panas kemudian nasi goreng disuap ke mulut, tak sempat habis nasinya. Kepala ditoleh pada Gibran. Sudu dan garfu diletak dalam pinggan.

"Kenapa awak bawa saya ke sini?" soal Haifa. Gibran letak cawan pada piring.

"You fainted yesterday. So I brought you here. Doktor cakap mungkin awak stress" kata Gibran.

Haifa kerut kening. Pengsan? Lama dia berfikir baru teringat kejadian semalam. Terus berubah wajahnya.

"Kenapa awak cari saya semalam?" soal Haifa.

Gibran tidak membalas sebaliknya dia terus bangun mahu ke pejabat. Suit pada tubuh dibetulkan.

"You want to stay here or I'll send you to the hotel?" soal Gibran sambil mengambil briefcase di atas kerusi.

Laju Haifa bangun mengikutnya. Gila, takkan aku nak duduk sini. Haifa memerhatikan sekitar rumah Gibran, lebih tepat rumah agam. Besar, kawasan luas. Macam orang berada. Kereta berderet bawah porch.

"What?" soal Gibran.

"Dah, masuk. Saya ada metting pagi ni, nanti lambat" kata Gibran lalu melolos masuk begitu juga Haifa.

"Raf" kata Gibran sepatah. Tidak tunggu lama, perlahan kereta bergerak keluar dari kawasan rumah agam itu.

Apabila keluar dari kawasan rumah agam itu, Haifa memerhatikan kawasan sekeliling kemudian memandang Gibran di sisi. Gibran sibuk dengan telefon di tangannya tapi sesekali hujung matanya turut memandang Haifa.

Apabila sampai di hadapan hotel tempat Haifa menginap, Raffa berhentikan kereta. Haifa pandang Gibran sekilas kemudian daun pintu ditolak dan dia melolos keluar. Tidak lama kereta Gibran meluncur pergi.

"Dia nak apa sebenarnya?" soal Haifa sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience