Bab 20

Romance Completed 685141

"I don't know who, but they use you to threaten me" kata Gibran. Lama Haifa pandang Gibran.

"Kenapa diaorang nak buat macam tu pula. Awak buat salah apa?" soal Haifa.

"Hubby pun tak pasti honey" balas Gibran. Dia tidak tahu punca ugutan tersebut.

Haifa pandang Gibran tidak berkelip.

"Awak siapa sebenarnya? dari awal lagi saya tanya" serius wajah Haifa. Gibran ubah duduk. Tubuh dihadapkan ke meja hadapan. Ipad diambil. Lincah jari-jarinya menari di skrin ipad tersebut dan kemudian diserahkan pada Haifa. Haifa kerut kening.

"Awak P.I?" soal Haifa tidak percaya.

"Something like that" Gibran angguk.

"I work with the upper's to find the information as requested and submit for further action. That all" terpapar wajah terkejut Haifa.

"Siapa majikan awak?" soal Haifa lagi.

"I can't tell you honey" balas Gibran.

"Patutlah cap jari tak ada dalam sistem, info pun dipadam" kata Haifa. Gibran pandang Haifa tidak percaya.

"Are you investigating me?" soal Gibran. Lupa ke, isteri kau ni polis. Gibran garu kening yang tak gatal.

"Lupa pula honey hubby ni pegawai polis" kata Gibran sambil kepala digeleng.

"I'm curious about you" kata Haifa sambil menyerahkan ipad pada Gibran semula.

"Tapi awakkan ada business sendiri, kenapa buat kerja bahaya macam ni?" soal Haifa tidak faham.

"That's something I can't share with you honey. It's very confidential" kata Gibran.

"But.. you are not bad guy right?" soal Haifa. Gibran hanya diam tidak mengiyakan.

"Habis tu awak nak saya buat apa sekarang?" soal Haifa. Keselamatan dirinya tidak dibimbang sangat tetapi umii dan Amin. Kalau jadi apa-apa pada dirinya, macam mana umii dan Amin nanti. Sedang keduanya diam berfikir, telefon bimbit Haifa berbunyi menandakan ada mesej masuk. Haifa capai telefon bimbit lalu icon whatsapp disentuh. Syafik?

Syafik : Puan dah tengok arahan pertukaran ke?

Haifa : Pertukaran apa pula?

Syafik : Puan ditukarkan ke cawangan D9 IPK Selangor

Haifa : Saya? bila?

Syafik : Petang tadi keluar. Puan kena lapor dalam tempoh empat belas hari dari tarikh hari ni.

Haifa : Ada simpan arahan tu tak? Send saya nak.

Syafik : Ada, sekejap.

Syafik : {dokumen}

Haifa : Thanks

Gibran yang sedang meneliti ipadnya menjeling pada Haifa, dia lihat ada perubahan pada raut wajah Haifa. Ada masalah ke?

"Why honey, is there any problem?" soal Gibran. Haifa dongak pandang Gibran.

"Saya kena lapor ke tempat tugas baru dalam tempoh empat belas hari" kata Haifa tidak percaya.

"Where?" soal Gibran.

"IPK Selangor" balas Haifa.

"Cawangan lama tapi tempat baru" kata Gibran perlahan tapi masih dapat didengar Haifa.

"Awak cakap apa tadi?" soal Haifa.

"Cawangan lama?" soal Haifa lagi. Gibran ketap bibir terlajak kata.

"Mana awak tahu?" soal Haifa lagi. Gibran serba salah.

"I've seen you on duty abroad" balas Gibran perlahan. Haifa terkejut.

"Awak nampak saya di mana?" soal Haifa ingin tahu. Lengan Gibran digoyang-goyangkan. Iyalah, tempat tugasnya bukan satu negara sahaja, merata-rata. Gibran hanya senyum.

"So, bila nak lapor. Kalau ikutkan tempat tugas tu dekat dengan penthouse hubby" kata Gibran yang ceria wajahnya.

"Penthouse? bukan rumah awak rumah agam tu ke?" soal Haifa.

"Itu rumah pemberian nenek. Penthouse rumah hubby sendiri" kata Gibran lalu kerjanya yang terhenti tadi diteruskan semula.

"Soalan hubby tak jawab lagi" kata Gibran.

"Soalan mana?" soal Haifa sambil kepala berfikir.

"Bila nak lapor?" ulang Gibran.

"Oh.. habis cuti nanti kena lapor tapi sebelum tu saya kena ke pejabat dulu, nak ambil barang dan siapkan apa yang patut" terang Haifa.

"Okay, I'll send you then" kata Gibran. Haifa hanya angguk lalu bangun menuju ke pintu dan menutup serta menguncinya. Kaki melangkah menghampiri Gibran semula.

"Er.. awak.. nak tidur mana malam ni?" soal Haifa teragak-agak. Iyalah, jam sudah hampir ke sebelas setengah malam. Sudah lewat.

"Dalam bilik" balas Gibran selamba. Hujung mata menjeling pandang pada Haifa. Nampak riak tidak senang duduk pada wajah itu.

"Get me a pillow. I sleep here. Got work to do" tambah Gibran. Haifa lepas pandang padanya, tidak dapat ditafsir raut wajah itu. Awak jangan macam ni Haifa.. I'm not strong enough!

"Okay" balas Haifa perlahan lalu melangkah masuk ke dalam bilik kemudian keluar semula bersama bantal dan selimut di tangan. Bantal dan selimut diletakkan di atas sofa.

"Awak, saya masuk tidur dulu. Jangan tidur lewat sangat" pesan Haifa. Gibran angguk sambil hujung mata memandang Haifa menghilang ke dalam bilik.

Gibran menggosok tengkuk yang lenguh. Tubuh disandarkan pada sofa. Sejuk juga walaupun tiada penghawa dingin. Tubuh di bawa bangun ke bilik air, sejuk lain macam. Melangkah keluar dari bilik air terus ke dapur meneguk air kosong kemudian ke atas semula. Sewaktu melintas bilik tidur Haifa kaki automatik berhenti. Kepala menoleh pada tombol pintu bilik kemudian toleh pada bantal dan selimut di atas sofa. Tengkuk diurut dengan tangan lagi. Lenguh rasa kerana menunduk terlalu lama. Akhirnya kaki melangkah ke arah sofa lalu bantal dan selimut diambil menuju ke bilik Haifa.

Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditarik. Malap sahaja cahaya dalam bilik. Pintu bilik ditutup rapat kembali. Perlahan kaki melangkah ke arah katil. Tubuh Haifa dipandang. Cantik rambut hitam pekatnya, pelik juga Gibran mengapa Haifa masih memakai tudung di dalam rumah sedangkan dia adalah suaminya. Mungkin Haifa masih belum dapat menerima keberadaannya sebagai suami. Beri Haifa masa..

Dilabuhkan duduk pada birai katil, wajah Haifa diusap. Tiba-tiba Haifa yang sedang mengereng mengadapnya berpusing mengadap ke dinding dan waktu itu selimut yang menutup tubuh terselak menampakkan baju tidur Haifa yang jarang dan seksi. Tertelan liur Gibran. Belakang tubuh Haifa yang terdedah dipandang. Tidak menunggu lama Gibran menyusup masuk di bawah selimut lalu baring di sisi Haifa. Tubuh Haifa ditarik perlahan ke dalam pelukannya. Good night honey. Please don't be mad. Perlahan Gibran memejam mata.

+++

"Apa yang berat sangat ni" soal Haifa sambil memandang dadanya. Mata yang tidak jelas kerana baru bangun tidur digosok perlahan. Tangan? laju ditoleh ke sisi. Gibran? besar mata dibuka. Bila masa pula dia masuk tidur dalam bilik. Semalam beriya sangat nak tidur di luar. Perlahan Haifa mengangkat tangan Gibran dan cuba alihkan kakinya yang ditindih lelaki itu. Setelah berjaya Haifa bangun dan mahu turun dari katil tapi belum sempat dia turun, tangan Gibran pantas menarik lengan Haifa hingga jatuh ke dadanya. Terjerit kecil Haifa. Merah padam wajahnya. Tangan pantas menahan dada Gibran dari dirinya ditarik graviti.

"Where are you going?" soal Gibran dengan suara seraknya. Pelukan di pinggang Haifa makin dieratkan. Haifa dah rasa tebal kulit wajahnya. Dah la kepala tak bertutup dengan baju tidur yang seksi. Memang bahaya betul keadaannya sekarang.

"Saya nak mandi" balas Haifa yang cuba lepaskan diri dari Gibran tapi pegangan itu tidak mampu Haifa leraikan. Panahan menggoda lelaki itu juga tidak dapat Haifa tentang. Sekelip mata kedudukan mereka berubah. Haifa berada di bawah manakala Gibran di atas. Wajah mulus itu diusap lembut, jarinya naik menyentuh bibir merah Haifa. Perlahan wajahnya dirapatkan pada wajah Haifa lalu kejadian semalam berulang lagi. Bagaikan dipukau, tangan Haifa naik memaut leher Gibran. Rasa hati dan debaran semakin kuat dirasakan. Gibran sudah tidak dapat menahan diri. Dari bibir merah itu turun ke leher jinjang Haifa, terpejam mata menikmati sesuatu yang baru pada dirinya.

"Awak.." panggil Haifa tapi panggilan itu seperti angin lalu pada Gibran.

"Awak.." panjang panggilan Haifa kali ini.

"Gib.. hubby.." panggil Haifa. Terhenti tindakan Gibran. Wajah Haifa dipandang.

"Honey.. what did you call me?" soal Gibran. Wajah Haifa dipandang.

"Awak.. we have work to do" kata Haifa lalu menolak tubuh Gibran.

"Sorry honey. You're so beautiful. I can't resist" kata Gibran lalu bangun dari menindih tubuh Haifa.

"Saya nak mandi" kata Haifa lalu menyarungkan kain batik dan tshirt bersama tuala yang diletakkan pada kepala. Kaki terus melangkah ke arah pintu tanpa menoleh pada Gibran. Kuat dadanya bergetar.

Gibran bangun lalu melabuhkan duduk di birai katil. Tangan naik memegang dada.

Selesai mandi, Haifa masuk semula ke dalam bilik dan kemudian Gibran pula mengambil giliran. Bilik air satu jadi begilirlah semuanya.

Haifa pantas bersiap, tidak dapat dia nak bertentang mata dengan lelaki itu apabila mengenangkan apa yang berlaku pagi tadi. Selesai berpakaian, Haifa turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi, waktu turun tangga dia berselisih dengan Gibran. Tunduk sahaja wajahnya. Dia sedar Gibran memandang wajah tapi hati belum kuat untuk bertentang mata. Pagi itu Haifa buatkan nasi goreng dan air kopi, untuk Amin pula dibancuh milo.

Semasa sedang bersarapan, terdengar orang beri salam.

"Assalamualaikum"

Haifa jenguk dan dapati yang datang adalah Raffa.

"Madam" sapa Raffa.

"Masuklah, Gib tengah sarapan" pelawa Haifa. Raffa angguk lalu melangkah masuk.

"Sir, we're ready" kata Raffa yang berdiri tegak di sisi Gibran. Gibran angguk.

"Dah siap?" soal Gibran pada Haifa dan Puan Fazidah. Anggukan diterima.

"You take umii and Amin. Haifa with me" kata Gibran pada Raffa.

Setelah pasti rumah sudah dikunci baik, mereka bertolak dalam dua buah kenderaan. Satu dinaiki Gibran bersama Haifa dan satu lagi dinaiki Puan Fazidah dan Amin bersama Raffa dan seorang rakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience