Bab 41

Romance Completed 685128

Sebaik sampai di restoran hotel, Sand telah pun sampai dan menunggu Gibran. Seperti semalam, Raffa mendahuli langkah diikuti Sand dan Gibran. Raffa menunggu di luar, tidak mahu mengganggu dua beradik itu berbincang.

"Duduklah" kata Gibran pada Sand. Kali ini Sand melabuhkan duduk di sisi Gibran. Gibran senyum.

"Dah sedia?" soal Gibran. Sand angguk.

Gibran tarik keluar seutas rantai bersama loket dari bekas kain warna biru. Besar mata Sand apabila melihat loket dalam pegangan Gibran.

"May I" pinta Sand sambil memandang wajah Gibran. Gibran angguk. Rantai bersama loket dalam tangan Gibran diambil lalu ditilik. Sama dengan loketnya. Kemudian loket tadi diletakkan di atas meja lalu rantai yang dipakainya ditanggalkan lalu loket itu diacukan pada loket yang dibawa Gibran.

'Tap'

Kedua-dua loket itu bercantum. Gibran dan Sand saling memandang. Tiba-tiba ada sesuatu yang keluar dari celah loket yang telah bercantum tadi, seakan plat besi. Gibran mengambil plat kecil itu dan ditilik. Ada beberapa nombor dah huruf.

"Apa ni?" soal Sand pada Gibran yang pada wajah itu juga nampak bingung.

"I don't know" balas Gibran. Dia juga tidak tahu akan kehadiran plat ini pada loket tersebut.

"But I think this thing must be something important." kata Gibran sambil menyerahkannya pada Sand. Sand angguk setuju.

"Abang tak tau ke ni benda apa?" soal Sand. Gibran padang Sand tidak berkelip.

"Apa?" soal Sand apabila tiada balasan dari Gibran. Kepala ditoleh pandang pada Gibran.

"Nothing, I like when you call me abang" balas Gibran bersama senyuman manis lalu ditarik tubuh Sand ke dalam pelukannya.

"I'm sorry.. I'm so sorry Armine" kata Gibran bersama usapan lembut di belakang tubuh Sand. Sand geleng.

"No, bukan salah abang" balas Sand. Pelukan Gibran leraikan.

"Maafkan abang, lambat temui adik" balas Gibran sambil menyeka air mata yang meleleh di pipi Sand.

"Tak.. adik yang patut ucap terima kasih pada abang kerana masih berusaha mencari adik" balas Sand lalu tubuh Gibran dipeluk lagi. Basah baju Gibran dengan air mata Sand.

"Tapi apa benda yang keluar dari loket ni?" soal Sand apabila tangisan gembiranya reda.

"Abang pun tak pasti" plat yang panjang berukuran lebih kurang 1.5cm itu diteliti. Di satu bahagian ada sepuluh konsonan termasuk nombor, di bahagian satu lagi pula tertera huruf 'E' huruf besar 'o' huruf kecil dan 'E' huruf besar. Tulisan kecil sangat, jenuh diteliti.

"EoE?" kata Sand sambil memandang wajah Gibran dengan dahi berkerut.

"EoE or EoB?" soal Gibran pula. Puas diteliti. Apa benda pula ni?

"Apa ni? dah la tulisan kecil sangat" kecil mata Sand menilik tulisan pada plat.

"Ish, takkan harta karun kot! Dah macam cerita National Treasure Hunt la pula" Sand berkata selamba sambil ketawa. Gibran juga lepas tawa tetapi tiba-tiba tawanya berhenti.

"Abang rasa tak sedap hati la dengan benda ni" kata Gibran bersama helaan nafas panjang.

"Apa maksud abang?" soal Sand.

"I don't know but I feel like this thing can make worse to us" kata Gibran. Sand pandang Gibran.

"Habis tu, apa abang nak buat sekarang?" soal Sand.

"Takkan nak buang pula" tambah Sand lagi.

"Do you trust me?" soal Gibran sambil memandang tepat wajah Sand.

"Of course I trust you, abang!" balas Sand tanpa teragak. Gibran angguk.

"Kalau macam tu adik serah plat ni pada abang, let me keep this and you take this" kata Gibran lalu loket yang bercantum tadi dileraikan semula lalu diserahkan pada Sand. Sand ambil dan sarung semula rantai ke lehernya.

"You pretend like you don't know about the existence of this plate" kata Gibran. Sand pandang wajah Gibran.

"Can you?" tambah Gibran lagi.

"Yes, I can" balas Sand bersama anggukan.

"But, you must be careful after this. Abang rasa tak sedap hati. Abang takut ada yang dah tahu mengenai adik" kata Gibran. Dia tidak mahu kehilangan adiknya lagi.

"Kalau tahu pun apa masalahnya?" soal Sand tidak faham.

"I'm worry about you" kata Gibran bersama tangannya naik mengusap bahu Sand.

"Abang lupa ke, adik ni siapa?" kata Sand bersama jelingan. Gibran ketawa.

"Ya.. ya.. I know, you are police officer. Tough woman" usik Gibran.

"But you still my lovely sister" balas Gibran. Hidung Sand dipicit. Terkial Sand mahu lepaskan hidungnya dari menjadi mangsa Gibran.

"Abang..! suka tau buat macam ni" kata Sand selamba. Gibran yang ketawa terus tegak memandang Sand.

"You remember?" soal Gibran tidak percaya. Sand angguk.

"Selepas jumpa abang, kadang-kadang, kenangan itu datang macam tayangan gambar pada layar. Kalau sebelum ini, tayangannya putus-putus tapi sekarang, adik dah mula ingat sikit-sikit" kata Sand. Gibran terus memeluk tubuh Sand.

"I'm so happy" balas Gibran.

"Me too" kata Sand.

"So, sekarang ni. Plat ni abang simpan dan abang akan cuba cari apa makna yang tertulis pada plat ni. Any news, I'll inform you" kata Gibran.

"Okay abang. Kalau tak ada apa-apa, adik kena gerak dulu. Nak masuk office" kata Sand lalu bangun berdiri. Begitu juga Gibran. Loket bersama plat tadi disimpan semula dalam sarung kain dan dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Dia akan teliti dan siasat, apa makna tulisan yang terdapat pada plat tersebut. Mungkin ini semua memberi jawapan mengapa adiknya diculik lama dahulu.

Kedua mereka berjalan keluar dari bilik. Raffa yang melihat dua beradik yang kembali bertemu setelah lama terpisah rasa terharu.

"Adik gerak dulu" kata Sand. Kemudian tubuh Gibran dipeluk erat, Gibran juga turut membalas pelukan tersebut.

'Klentang!'

Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah bunyi yang datang. Bulat mata Gibran apabila melihat Haifa yang berada tidak jauh dari mereka. Pelukan Sand dilepaskan.

"Honey! honey!" panggil Gibran bersama langkah kakinya mengejar Haifa tetapi laju bagaikan lipas kudung Haifa menyelinap meninggalkan Gibran di belakang.

"Arghhh! shit!" jerit Gibran. Raffa yang melihat terus berlari mendapatkan Gibran. Begitu juga Sand.

"Sorry abang" ucap Sand. Rasa bersalah pula.

"No! not your fault" kata Gibran.

"It's okay. I can handle this. Adik balik dulu" kata Gibran.

"Are you sure?" soal Sand susah hati.

"Yup, you just go" kata Gibran lalu telefon bimbit di dalam poket dicapai.

"Sand balik dulu. Jangan risau. Saya bantu Gib cari Haifa" kata Raffa. Sand angguk lalu terus meninggalkan tempat tersebut.

"Hello. Abang Kudin" kata Gibran sebaik talian disambut.

"You check now, which car Haifa uses and switch on the GPS!" arah Gibran lalu talian dimatikan. Telefon digenggam di tangan kanan manakala tangan kiri naik meraup rambut dengan kasar. Ke sana ke sini kaki melangkah sementara menunggu panggilan dari abang Kudin.

Tidak lama abang Kudin hubungi semula. Laju icon hijau digesek.

"Madam guna CRV. Abang dah switch on GPS. Sir akan terima notification" terang abang Kudin.

"Okay, thanks" balas Gibran. Tidak lama notification GPS masuk ke telefonnya. Laju jari menari pada skrin.

"Raf, let's go" balas Gibran lalu membuka langkah laju ke arah pintu keluar. Raffa mengekori langkah Gibran tanpa bantah.

Sebaik masuk ke dalam kereta, Gibran alihkan location dari telefonnya ke skrin di dalam kereta untuk memudahkan Raffa mengekori kereta yang dipandu Haifa.

Raffa laju menekan pedal lalu kereta dipandunya keluar dari kawasan hotel mengekori kereta dipandu Haifa. Lebih kurang tiga puluh minit memandu, kereta Haifa berhenti bergerak. Raffa perlahan memandu semakin ke hadapan. Kiri kanan bukit dan apabila sampai di atas, dari jauh dapat dilihat Haifa yang berdiri tegak di tepi tebing. Pandangannya tegak ke hadapan memandang pemandangan Kuala Lumpur.

Berderau darah Gibran. Bimbang jika Haifa hilang pertimbangan lalu melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Raffa pantas berhentikan kereta di tepi jalan raya. Tergesa-gesa Gibran keluar berlari mendapatkan Haifa. Raffa pula hanya berdiri di tepi kereta. Tidak mahu dia campur tangan dalam urusan suami isteri itu.

"Honey.." panggil Gibran perlahan. Haifa yang tadi tegak memandang ke depan menoleh ke sisi. Tajam pandangannya pada Gibran. Gibran telan liur. Tiada manis pada raut wajah itu tambahan pula cahaya matahari sudah semakin meninggi, makin garing wajah putih yang sudah bertukar merah.

"Why you here?!" keras sahaja soalan Haifa pada Gibran.

Gibran melangkah perlahan ke arah Haifa.

"Jangan dekat!" kata Haifa. Terus kaku kaki Gibran. Bimbang dia jika Haifa buat perkara yang tidak sanggup untuk dia fikirkan.

"Okay.. okay.." balas Gibran bersama kedua tangannya naik seperti orang mengaku salah. Memang dia bersalah pun! Cakap Raffa tak nak dengar. Ha, sekarang, tanggunglah!

"Mana mana tau saya kat sini?" soal Haifa yang masih lagi memandang Gibran tajam. Bulay matanya memandang Gibran. Kecil besar kecil besar je dia nampak Gibran di situ.

"GPS" balas Gibran sepatah. Menjeling Haifa. Ditoleh pula pada Raffa yang turut memandangnya dari jauh.

"Explain!" kata Haifa sambil berjalan turun dari tebing.

"I'm sorry honey.." kata Gibran perlahan. Dia tahu ini semua terjadi kerana salah diri sendiri.

"Honey.. baby.. kita balik dulu boleh. Panas ni" pujuk Gibran.

"Panas? Ish! panas lagi hati saya bila tengok awak sedap berpeluk dengan perempuan lain! Awak milik saya tau tak! You are mine!" keras suara Haifa. Terketap-ketap giginya. Kalau tadi memang di sedih dan menangis tapi bila kenangkan latar belakang Gibran, rasa itu terus hilang. Mungkin itu adalah menjadi satu kebiasaan pada orang macam dia tapi tidak padanya. Gibran milik dia. Hanya dia!

"Okay.. okay.. I'm sorry" Gibran mengatur langkah perlahan ke arah Haifa hingga dia berdiri di hadapan Haifa.

"Saya tak nak dengar awak cakap sorry la!" marah Haifa dan bersama itu melayang penumbuk ke perut Gibran. Tertunduk Gibran dengan penangan Haifa. Raffa yang melihat laju berlari mendapatkan Gibran. Bimbang pula keadaan jadi semakin teruk.

Menggigil tangan Haifa. Dia pun tidak tahu macam mana boleh bertindak begitu. Beberapa kenderaan yang lalu kawasan tersebut mula perlahankan kenderaan.

"Sir!" jerit Raffa.

"Awak tak payah sibuk, Raf. Kalau nak rasa, sila!" marah Haifa. Mak ai, garannya! Tak jadi Raffa nak mendekat.

Gibran angkat tangan pada Raffa.

"Raf, kau balik dulu" kata Gibran yang sudah tegak berdiri. Boleh tahan juga kuatnya penangan Haifa.

Raffa tidak bergerak, masih keras di tempat dia berdiri tadi.

"It's okay. Kau balik" kata Gibran lagi. Nak tak nak, Raffa pusing ke belakang lalu melangkah ke arah kereta yang diletakkan di tepi jalan tadi. Sesekali ditoleh ke belakang. Kemudian dia melolos masuk ke dalam kereta dan terus meninggalkan tempat itu.

(22/09/2020 @ 2121hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience