Bab 3

Romance Completed 685141

Masuk hari ni dah tiga hari Haifa menjalani latihan kawad sempena Lawatan Dato' KP Selangor. Muka dah berjelaga jadinya. Pantulan wajah pada cermin tandas perempuan di IPD di tilik.

"Layan je la Haifa oi.. nak buat macam mana. Dah tugaskan" ngumam Haifa sendirian. Kemudian tangan dicuci lalu direnjiskan ke lantai lalu ditepuk-tepuk pada wajah. Jaket disarung dan helmet dicapai. Mujurlah hari ni cuaca redup sedikit dari biasa. Kaki terus melangkah ke arah tempat parking motorsikal. Tidak mahu berlengah, Haifa terus menghidupkan enjin dan menderum motorsikal pergi keluar dari kawasan IPD.

Asyik menunggang motorsikal kepala sempat memikirkan mengenai suaminya. Hm.. nak salahkan arwah walid pun tak boleh juga kalau dah jodoh.

#Flashback#

"Adik, Fahad ni baik orangnya.. takkan lah walid nak jodohkan adik dengan orang sembarangan pulak.." Encik Zali yang sedang menggulung rokok daun di parkin bawah pokok berkata. Haifa memandang Walidnya dengan riak tidak puas hati.

"Tapi walid, kenapa sekarang pulak. Lagi pun, lagi dua minggu adik dah nak masuk pusat latihan. Buat apa kahwin, bukan boleh jumpa pun nanti. Adik latihan sembilan bulan kot" Haifa cuba membantah.

"Adik.. adik dengar cakap ayah sekali ni boleh tak? semua ayah yang akan uruskan. Adik nikah saja dulu minggu depan. Majlis kita buat lepas adik tamat latihan. Apa yang susah" kata Encik Zali sambil menyedut rokok daunnya.

"Kalau dah macam tu, tunggu je la adik tamat latihan nanti. Sama je" balas Haifa yang sudah berpeluk tubuh. Encik Zali terus toleh pada Haifa yang berada hujung parkin. Haifa terus menunduk.

"Ikut suka hati walidlah" balas Haifa lalu berlari naik ke atas rumah, terpelanting selipar ke tanah. Puan Fazidah yang menatang dulang memandang Haifa yang sudah masam wajahnya masuk ke bilik. Kepala digeleng lalu kaki melangkah turun mendapatkan Encik Zali yang berada di parkin bawah pokok. Encik Zali memandang sekilas sebaik Puan Fazidah meletakkan dulang berisi teko kopi panas dan pisang goreng.

"Hm.. awak tak nak cakap apa-apa ke Da?" soal Encik Zali. Puan Fazidah hembus nafas perlahan.

"Saya nak cakap apa abang Li oi.. saya ikut saja sebab saya tau apa yang abang buat ni bersebab" kata Puan Fazidah. Encik Zali mengeluh, rokok daun di tangan diletak pada bekas rokok.

"Awak pun tau kan, kita dah banyak sangat makan budi mereka sekeluarga. Kalau ayahnya Fahad tak ambil saya bekerja. Tak tau la macam mana hidup kita sekeluarga sekarang ni" kata Encik Zali sambil memandang jauh ke depan. Haifa yang ada di balik pintu hanya diam mendengar butiran kata walid dan umii nya..

Seperti yang dikatakan walid, hari ni adalah majlis akad nikahnya dengan lelaki yang hanya dikenali dengan nama Fahad sahaja. Tak ada hati untuk dia teliti butiran lelaki itu pada borang daftar perkahwinan yang walid mintanya semak sebelum ini. Tak ada rasa langsung di hati dia untuk bernikah dan sekarang ni, majlis akad nikah hanya dihadiri oleh ahli keluargannya, Pakcik Selamat, ayah Fahad dan dua orang lagi lelaki yang tidak dia kenali. Lelaki itu pun dilihat dari belakang sahaja. Dengan sekali lafaz, Haifa sah menjadi milik Fahad. Haifa menunggu juga Fahad datang menghampirinya untuk batal air sembahyang tapi tiada. Bila didongak, tempat Fahad tadi dah kosong. Aik, hilang. Umii pula yang menyarungkan cincin pada jari Haifa yang diserahkan oleh abangnya. Haifa dah termangu.

"Fahad dengan ayahnya dah balik, ada kecemasan" kata Hairil. Haifa saling memandang umiinya dan mendongak memandang abangnya yang hanya berdiri diam.

#Flashbackend#

"Adik" panggil Puan Fazidah.

"Adik" panggil Puan Fazidah lagi. Ish, budak ni dah kenapa, keras atas motorsikal tu tak turun-turun. Lalu kaki disarungkan selipas dan Haifa yang berada di atas motor dihampiri.

"Adik" panggil Puan Fazidah bersama tepukan di lengan. Terjerit Haifa tetapi pantas Puan Fazidah menukup mulut Haifa.

"Eh.. apa umii ni main tutup-tutup mulut orang pulak ni" laju Haifa menepis tangan umiinya yang menutup mulut. Lemas.

"Jangan kuat-kuat, nanti dia terjaga" marah Puan Fazidah.

"Dia?" soal Haifa lalu menongkat motorsikal dan helmet ditanggalkan. Puan Fazidah mengangguk. Haifa pelik.

"Umii.. siapa pulak ni? jangan main-main" marah Haifa.

"Umii tak main-main. Sini" laju Puan Fazidah menarik tangan Haifa masuk ke dalam rumah dan lebih spesifik lagi ke dalam biliknya. Bulat mata Haifa apabila melihat ada seorang lelaki baik punya sedang baring atas katilnya tapi nampak macam cedera di kepala dia. Bulat matanya. Takkan umii yang pukul kot. Puan Fazidah dah tersengih-sengih bila Haifa memandangnya dengan pandangan tidak percaya.

"Umi ketuk sikit je" kata Puan Fazidah. Haifa geleng kepala.

"Umii ketuk dengan apa?" soal Haifa. Puan Fazidah serba salah nak beritahu.

"Kayu baseball yang adik bagi tu la.." kata Puan Fazidah. Haifa picit kepala.

"Sampai macam tu sekali cederanya?" soal Haifa. Biar betul, kuatnya umii aku ni.

"Eh.. tak" laju Puan Fazidah geleng.

"Umii ketuk sikit je. Kepala dia dah memang cedera, bukan kepala je, tangan badan pun ada kesan cedera, luka-luka" terang Puan Fazidah. Aduh.. ni penjenayah ke apa yang ada dalam rumah aku ni. Haifa dah pening kepala. Kaki perlahan melangkah menghampiri lelaki yang terbaring. Dengan dahi berbalut, pipi bertampal, bibir bengkak, rambut panjang. Aduh.. jangan dia penjenayah yang terlepas sudah. Mati, dengan dia-dia sekali kena sebab sembunyikan penjenayah.

"Umii" panggil Haifa sambil tangan menggamit Puan Fazidah.

"Ni macam baju arwah walid" kata Haifa.

"Haah, baju arwah walid. Baju dia dah kotor dengan koyak-koyak" kata Puan Fazidah sambil memerhatikan sekujur tubuh yang tenang berbaring di atas katil Haifa.

"Umii yang tukarkan?" soal Haifa terkejut sambil menoleh pada Puan Fazidah.

"Ish kamu ni, umii minta Amin yang tolong" kata Puan Fazidah.

"Aminnya mana?" soal Haifa sambil melingas pandang ke pintu.

"Amin ke rumah Mak Su Senah, bagi gulai rebung. Kejap lagi balik la tu" balas Puan Fazidah. Haifa melangkah keluar dari bilik.

"Umii, sini. Bagitau adik macam mana boleh jadi macam ni" panggil Haifa sambil berjalan turun ke dapur. Puan Fazidah dengan berhati-hati menutup pintu bilik Haifa.

Puan Fazidah melabuhkan duduk pada kerusi, begitu juga Haifa.

"Umi sibuk di dapur sendukkan nasi pada Amin. Tengah melayan Amin makan, Umii dengar bunyi macam benda jatuh. Apa lagi, Umii ambil la kayu baseball yang adik bagi tu. Perlahan umii naik ke tingkat atas, tengok-tengok lelaki tadi ada di balik pintu bilik adik. Terkejut punya pasal, laju la umii hayun kayu tu kena kepala kemudian lelaki tu terus jatuh. Dah tu, takkan umii nak biar, buatnya mati macam mana?" kata Puan Fazidah.

"Kenapa umii tak call adik?" soal Haifa.

"Umii dah call, adik yang tak jawab" balas Puan Fazidah. Haifa tepuk dahi. Iyalah, kawad mana boleh bawak telefon. Telefonnya disimpan dalam beg.

"Assalamualikum.." Amin beri salam.

"Anak ibu dah balik" tegur Haifa. Laju Amin datang memeluknya.

"Ni, Nenek Su bagi" kata Amin sambil menyerahkan bekas makanan yang mengandungi keledek rebus. Masih panas. Laju tutup bekas dibuka. Wanginya bau..

"Ibu, kesian uncle tadi tu. Badan dia banyak luka.." kata Amin. Haifa lepas nafas panjang. Aku nak buat apa ni, tak kan nak call Bilik Gerakan pula. Buatnya dia pengsan sebab Umii ketuk dah jadi kes polis pula. Dah tu aku nak buat apa? Dah la muka bukan macam orang melayu. Yang paling masalah, lelaki tu tidur dalam bilik dia. Argh..!

"Adik, kita nak buat apa sekarang?" soal Puan Fazidah bimbang.

"Buat apa lagi, tunggu dia sedar la. Lepas tu adik bawa la dia ke Balai Polis buat laporan. Tengok pada muka dia macam buka orang melayu" kata Haifa. Puan Fazidah angguk.

"Tapikan.. muka dia tu macam umii pernah tengok la.." kata Puan Fazidah.

"Tengok mana pula.." kata Haifa.

"Macam pelakon" sampuk Amin. Haifa geleng kepala, Puan Fazidah senyum sumbing.

Share this novel

Nurkhairunnisa Nisa
2021-01-26 18:51:49 

haifa..haifa suami sendiri pun tak kenal ehh..tak de ke mirip Amin tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience