Bab 2

Romance Completed 684982

"Assalamualaikum" Haifa memberi salam.

"Waalaikumsalam" jawab Puan Fazidah dari dapur. Selepas menanggalkan kasut, Haifa terus melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur lalu dilabuhkan duduk di kerusi. Helmetnya diletakkan di atas meja.

"Pergi la mandi dulu, nanti boleh minum petang sekali. Umii ada buat cucur ikan bilis, cicah dengan kuah kari. Nak makan nasi pun ada" kata Puan Fazidah sambil membancuh teh o panas di dalam teko. Haifa waktu itu sudah baik punya landing kepala atas meja.

"Ibu!" panggil Amin yang datang ke arah Haifa. Laju Haifa duduk tegak.

"Hai anak ibu. Dah mandi ke?" soal Haifa sambil memegang kedua tangan Amin. Laju Amin angguk.

"Mm.. patut la wangi.." Haifa hidu dekat-dekat pada wajah Amin. Ketawa mengekek Amin.

"Amin memang wangi tapi ibu yang busuk" usik Amin lalu tutup hidung dan terus berlari ke arah Puan Fazidah. Haifa bulat mata memandang Amin.

"Busuk..?" kata Haifa lalu bangun mengejar Amin. Riuh dapur dengan jerit ketawa Amin dikejar Haifa. Puan Fazidah geleng kepala.

"Sudah.. adik, pergi mandi" tegur Puan Fazidah sambil membawa teko ke meja makan.

"Ni, kepala ni, ambik. Jangan nak letak atas meja" marah Puan Fazidah sambil menunjukkan helmet yang disebut kepala pada Haifa.

"Nenek ni.. helmet la. Bukan kepala" Amin betulkan kata Puan Fazidah.

"Kan.. apa la nenek ni. Itu pun tak tau" usik Haifa. Amin dah ketawa suka. Puan Fazidah geleng. Sabar je la budak dua orang ni.

"Okay Amin, ibu nak mandi dulu. Takut nenek bertukar jadi hulk pula nanti" bisik Haifa di telinga Amin tapi bukannya bisik, sama je kuatnya suara dia. Tak terkata Puan Fazidah dengan ulah anaknya itu. Haifa.. Haifa..

"Dah, Amin. Sini, duduk. Amin nak minum air teh ke nak air milo?" soal Puan Fazidah pada Amin yang sudah naik duduk di kerusi.

"Tak kisah, Amin okay je. Nenek buat air apa pun sedap" balas Amin sambil senyum.

"Pandainya bodek nenek" kata Puan Fazidah sambil mengusap kepala Amin.

"Kalau macam tu, nenek bancuhkan milo special untuk Amin" Puan Fazidah layankan Amin.

"Yeay.. saayyaanng nenek" kata Amin.

"Amboi, nenek je. Ibu?" soal Haifa dari belakang sambil memegang tuala di tangan.

"Tak.. sebab ibu busuk belum mandi" laju Amin membalas sambil menutup hidung. Puan Fazidah dah tersenyum.

"Dapat sebiji. Dah, pergi mandi. Nak mandi pun payah, mengalahkan kambing" bebel Puan Fazidah lagi.

"Ye.. ye.. nak mandi la ni" balas Haifa sambil melangkah ke bilik air. Hampir dua puluh minit Haifa kembali ke meja makan.

"Sedapnya dia makan" tegur Haifa sambil melabuhkan cium pada ubun-ubun Amin.

"Sedap ibu.. nenek masak. Nak rasa?" soal Amin lalu mengambil seketul cucur ikan bilis, dicicah dalam kuah kari lalu disuapkan pada Haifa.

"Erm.. sedap" kata Haifa lalu melabuhkan duduk di sisi Amin. Piring kosong diambil lalu kuah kari disendukkan ke dalam piring. Cucur ikan bilis diambil lalu dicicah dan disuap ke mulut. Makan simple macam ni pun dah sedap. Teringat pula dia masa bertugas di luar negara. Nak cari makanan melayu punya la susah. Mujurlah masa tu Intan turut sama bertugas bersama dan dia sudah biasa denga tempat tersebut. Dapat juga dicari makanan ala-ala melayu. Alhamdulillah, Intan bahagia dengan keluarganya. Aku? hm.. suami pun entah ke mana..

"Adik.." panggil Puan Fazidah. Haifa masih kaku, matanya pandang ke depan tapi entah sampai ke mana pun tidak tahu.

"Ibu! nenek panggil" Amin menepuk perlahan pipi Haifa.

"Eh, ibu panggil. Sorry, tak perasan" kata Haifa lalu menyuap cucur ke mulut. Dah kembang cucurnya kerana direndam dalam kuah lama sangat.

"Umii tanya, nak makan nasi tak? Amin nak makan nasi ni. Kalau adik nak, Umii nak sendukkan sekali" soal Puan Fazidah.

"Bolehlah. Macam lapar la pulak. Umii tak nak makan sekali ke?" soal Haifa lalu diambil seketul lagi cucur ikan bilis.

"Umii kenyang lagi, kejap lagi kalau lapar, Umii makan" kata Puan Fazidah sambil membawa dua pinggan dan semangkuk nasi. Kemudian kembali dengan gulai dan ikan goreng dan akhir sekali sepiring ulam kacang botol dan kacang panjang yang dikutip di belakang rumah pagi tadi. Tinggal di rumah kampung begini seronok, dapat bercucuk tanam. Sayur dan ulam semuanya segar-segar. Haifa menyenduk nasi untuknya dan juga Amin. Berselera Amin makan nasi, kepala anak itu diusap.

"Umii" panggil Haifa pada Puan Fazidah yang sudah melabuhkan duduk.

"Ya, ada apa? dari tadi Umii tengok adik macam fikirkan sesuatu." kata Puan Fazidah.

"Hm.. adik kena kawad dua minggu mulai esok, ada lawatan Dato' KP Selangor" balas Haifa malas. Puan Fazidah dah tersenyum.

"Apa Umii ni, tak baik tau senyum macam tu" kata Haifa. Masam wajahnya.

"Umii tak cakap apa pun" balas Puan Fazidah.

"Ibu.. kenapa sedih ni?" soal Amin apabila melihat wajah Haifa muram.

"Ibu kena kawad la Amin.." kata Fazidah sambil menyuap nasi ke mulut.

"Oo.. kawad. Tak apa, nanti Amin minta Cikgu Asnol belikan fair and lovely, bagi muka ibu putih balik" selamba Amin berkata. Puan Fazidah ketawa.

"Haah, elok tu. Minta Cikgu Asnol beli banyak sikit" balas Puan Fazidah. Amin dah sengih pada Haifa. Nenek dengan cucu elok sama naik.

"Umii ni.." Haifa masam. Tau la dia ni jenis kulit payah nak putih kalau dah terbakar berjemur di tengah panas. Ish, malas betul la..

"Ibu, nenek. Amin dah siap makan. Amin naik atas dulu ya, nak buat kerja sekolah" pinta Amin selepas selesai mencuci pinggan makannya.

"Okay" balas Haifa.

"Adik" panggil Puan Fazidah.

"Siang tadi mak Cikgu Asnol datang rumah" Puan Fazidah mulakan kata.

"Oh.. okay" balas Haifa acuh tak acuh.

"Adik.. dengar tak Umii cakap apa?" soal Puan Fazidah lagi. Haifa panggung kepala pandang Umiinya.

"Ya.. dengar. Mak Cikgu Asnol nak apa datang sini?" soal Haifa walaupun jawapan sudah dapat diagak.

"Maknya tanyakan adik la" kata Puan Fazidah. Haifa mengeluh. Nasi dalam pinggan, dikuis-kuis. Hilang selera.

"Umii.. adik bukan tak suka Cikgu Asnol tu, suka tapi suka sebagai guru pada Amin saja, Umii. Tak lebih dari tu. Adik tak boleh terima" balas Haifa lalu membawa pinggannya yang masih ada nasi ke sinki.

"Kenapa adik tak boleh terima? sebab Cikgu Asnol tu dah berumur?" soal Puan Fazidah tidak faham. Haifa mengeluh perlahan.

"Umii.. bukan macam tu.." balas Haifa sambil mengesat tangan pada tuala lalu dilabuhkan duduk di kerusi kembali.

"Dah tu? apa? Adik, Cikgu Asnol tu tak tua mana pun, baru tiga puluh tiga tahun. Segak pun segak" pujuk Puan Fazidah.

"Umii, dah la. Adik malas nak fikir" kata Haifa.

"Kalau tak nak fikir pasal Cikgu Asnol, adik cari Pakcik Selamat tu. Selesaikan apa yang tertangguh. Dia je yang tahu pasal suami kamu tu" suara Puan Fazidah sudah tegang. Air dalam cawan diteguk habis lalu dibawa ke sinki untuk dicuci kemudian laju kaki melangkah ke tangga. Ditinggalkan Haifa termangu sendirian di dapur. Haifa serba salah. Kenapa aku pulak yang nak kena cari? Ish!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience