Bab 22

Romance Completed 685547

"I don't know yet. Still investigate" balas Gibran. Haifa baru saja tiba di rumahnya, dua puluh empat jam pun belum sampai. Dah jadi macam ni. Tangan naik meraup wajah kemudian dilabuhkan duduk di kerusi kerjanya.

"Honey, come here" panggil Gibran. Haifa mengatur langkah ke arahnya. Tanpa amaran tubuh Haifa ditarik ke atas ribaannya. Tersentak Haifa. Wajahnya disembamkan pada dada Haifa. Bulat mata Haifa terkejut dengan tindakan Gibran. Terangkat ke atas kedua tangannya.

"I'm afraid to imagine if anything happens to you honey." kata Gibran bersama pelukan yang kemas pada tubuhnya. Terdiam Haifa lalu tangannya naik mengusap rambut dan belakang Gibran.

"Kalau takut, jangan fikir" kata Haifa. Gibran memandang wajah Haifa.

"You are my everything honey" kata Gibran lalu bibir Haifa dipaut dan Haifa turut membalasnya.

"Why you still wear this?" soal Gibran sambil menyentuh tudung Haifa sebaik ciuman dilepaskan.

"Why?" Haifa menyoal kembali.

"Ya, you are my wife. Tak ada batas antara suami isteri tapi kenapa masih pakai tudung bila ada dalam rumah?" soal Gibran lebih jelas.

Haifa kelip-kelip mata.Tidak pasti apa jawapan yang sesuai dia beri.

"Er.. I don't know. May be, saya masih cuba sesuaikan diri dengan awak" balas Haifa malu-malu. Gibran senyum lalu tubuh itu dipeluk rapat.

"Er.. awak. Kita kena ke Balai Polis buat laporan pasal ke tadi" kata Haifa. Pelukan pada pinggang Haifa dilepaskan bersama anggukan di kepala.

"Let's go" kata Gibran. Haifa bangun dari ribaan Gibran lalu mengatur langkah ke arah pintu keluar.

"Raf, take we to police station" kata Gibran sebaik sampai di luar rumah. Raffa yang waktu itu sedang berbual dengan Randy dan Kimi pantas berjalan ke arah kereta.

"Sir, madam" sapa Randy dan Kimi serentak.

"Stay here, if anything happen, call me ASAP" pesan Gibran.

"Yes, Sir" kedua mereka membalas serentak. Gibran kemudian terus melolos masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang belakang, begitu juga Haifa. Sebaik Gibran masuk, Raffa terus memand keluar dari kawasan rumah. Gibran memandang Haifa di sisinya. Apabila sedari mata Gibran melekat padanya, Haifa toleh pandang.

"What?" soal Haifa.

"Hm.. bukan honey tak boleh duduk bahagian belakang ke, sebab nanti pening" kata Gibran.

"Eh, mana ada" laju Haifa membalas. Gibran yang masih memandang Haifa tersenyum nipis. Haifa kerut kening. Dia ni dah kenapa.

Tidak lama Gibran dan Haifa sampai di Balai Polis Ampang untuk membuat laporan. Setelah selesai Gibran dan Haifa menunggu di tempat menunggu sementara laporan dimaklum pada pegawai penyiasat.

"Assalamualaikum Tuan" Zila mulakan kata.

"Hm.. Waalaikumsalam. Ada repot lagi?" soal Qais.

"Ya Tuan, laporan dibuat mengenai kejadian tembak. Pengadu seorang pegawai polis Tuan" kata Zila.

"Okay. Minta naik ke pejabat saya" kata Qais. Selepas ganggang telefon diletakkan semula. Zila bangun mendapatkan Gibran dan Haifa.

"Puan, Puan boleh berjumpa dengan Insp Q" kata Zila dan kemudian laporan yang dibuat tadi diserahkan pada Haifa. Gibran dan Haifa kemudian terus ke pejabat bahagian belakang untuk berjumpa dengan Qais.

+++

"Terima kasih Tuan Q" kata Haifa pada Qais setelah selesai memberikan keterangan berkaitan kejadian tersebut.

"Puan boleh balik dulu, saya akan datang bersama forensik" kata Qais lalu bangun menghantar Haifa dan Gibran ke muka pintu pejabatnya. Haifa angguk manakala Gibran berjabat tangan bersama Qais.

Waktu Haifa dan Gibran melangkah meninggalkan pejabat Qais, kedua mereka berselisih dengan Sand. Haifa dan Sand berbalas senyum manakala Gibran hanya angguk sahaja pada Sand.

"Q, apa kes?" soal Sand sebaik hampir pada Qais di muka pintu.

"Kes tembak. Yang perempuan tu Pegawai Polis, nak lapor ke cawangan D9 IPK Selangor" kata Qais. Sand bulat mata.

"Oo.. Itu rupanya Insp Haifa.." kata Sand.

"Kenal ke?" soal Qais. Sand geleng.

"Tak. Hari tu aku terbaca pasal pertukaran, nama Insp Haifa Wahidah ni yang gantikan tempat hubby aku" kata Sand.

"Eh, kau nak keluar siasat kes tadi ke?" soal Sand lagi.

"Yup" balas Q lalu masuk semula ke dalam pejabat dan bersiap untuk keluar ke rumah Gibran bagi membuat siasatan.

"Kenapa, nak ikut ke?" soal Qais.

"Boleh juga, aku pun free" balas Sand lalu mengekori Qais dari belakang.

+++

Haifa yang berada di tempat duduk belakang, memerhatikan wajah Gibran yang serius dengan telefon di tangan. Tiba-tiba Gibran toleh.

"What?" soal Gibran.

"Nothing" balas Haifa tapi masih lagi memandang wajah Gibran di sisi. Gibran pandang semula.

"What honey? kenapa pandang macam tu?" soal Gibran tidak selesa.

"Tak ada apa, cuma pegawai perempuan yang selisih dengan kita tadi, muka dia macam awak tapi versi perempuan" kata Haifa. Gibran kerut dahi.

"Mana tau dia polis?" soal Gibran.

"Alah, rambut pendek macam tu, pakai pulak baju ada lambang PDRM dengan tulisan CID. Dah sah-sah la polis" balas Haifa selamba.

"Hubby tak perasan pula muka polis perempuan tu tadi" kata Gibran acuh tak acuh. Iyalah, buat apa nak pandang perempuan lain kalau bidadarinya sudah ada di sisi.

"Tapi serius, muka dia macam awak tapi versi perempuan" kata Haifa bersungguh. Gibran hanya senyum nipis sambil geleng kepala.

Tidak lama Haifa dan Gibran sampai di rumah. Waktu itu Randy dan Kimi ada di luar rumah. Tidak sampai sepuluh minit, Qais dan Sand bersama jurugambar Fauzi dan Detektif White pula sampai.

"Tuan" sapa Haifa sebaik Qais dan Sand keluar dari kereta Persona silver berlambang PDRM pada pintu. Waktu itu juga kenderaan forensik masuk ke kawasan rumah.

"Boleh Puan tunjukkan di mana tempatnya?" soal Qais pada Haifa. Haifa angguk lalu menunjukkan tempat di mana dia nyaris-nyaris ditembak.

Qais dan juga pihak forensik sibuk jalankan siasatan dan pemeriksaan di tempat kejadian. Sand pula keluar di bahagian pagar rumah untuk melihat kawasan sekeliling. Waktu iti Raffa turut mengekori Sand.

"Cantik loket" tegur Raffa spontan apabila ternampak rantai bersama loket yang dipakai Sand. Sand tunduk melihat ke bawah lalu tangan naik menyentuh loket tersebut bersama senyuman di bibir.

"Oh, ni loket keluarga saya" kata Sand.

"I seem to have seen this pendant before but do not remember where" kata Raffa dengan mata yang masih melekat pada loket di leher Sand.

"Really? where?" soal Sand teruja. Sebelum ini tidak pernah ada yang menegurnya.

"I can't remember" balas Raffa. Terpamer riak kecewa pada wajah Sand.

"Sekali pandang loket ni macam tak lengkap" kata Raffa lagi. Sand pandang Raffa lalu ketawa halus.

"Haah, saya pun fikir macam tu" kata Sand dengan jari masih lagi mengusap loket.

"Sand, siap. Ada apa-apa lagi? kalau tak ada kita gerak" kata Qais pada Sand di sebalik pagar. Sand angguk.

"Ah, okay. Aku datang" kata Sand.

"I got to go" kata Sand pada Raffa. Raffa angguk lalu beriringan berjalan bersama Sand masuk ke kawasan rumah.

"Tuan Q, terima kasih" kata Haifa sebaik di dan Gibran hampiri Qais yang sedang menyimpan fail ke dalam beg sandangnya. Pegawai dan anggota forensik telah pun beredar memangkan mereka ada kes lain yang perlu diuruskan.

"Sama-sama Puan. Dah tugas saya" kata Qais.

"Kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu. Kalau saya perlukan apa-apa, saya akan hubungi Puan kemudian" kata Qais sambil hulur salam pada Gibran. Haifa pula pada Sand.

Qais dan Sand bersama Fauzi juga White melolos masuk ke dalam kereta dan terus bergerak meninggalkan kawasan rumah agam itu. Gibran jauh pandangannya ke depan memerhatikan hingga kereta itu hilang dari pandangan.

Haifa di sebelah toleh pandang pada Gibran.

"Awak.. kenapa?" soal Haifa.

"Nothing" balas Gibran.

"Dah, mari masuk" kata Gibran pada Haifa.

+++

"Adik, tak bagitau Umii pun yang adik nyaris kena tembak petang tadi" kata Puan Fazidah pada Haifa yang sedang meneguk air kosong di dapur.

"Umii.. sorry. Bukan adik tak nak bagitau" balas Haifa sambil membawa gelas ke sinki. Gelas dicuci bersih dan tangan dilap kering. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan duduk di sisi Puan Fazidah. Nampak riak bimbang pada wajah tua itu.

"Adik tak nak Umii bimbang" kata Haifa sambil mengusap tangan tua Umiinya.

"Adik, ibu mana tak bimbang kalau perkara macam ni berlaku." balas Puan Fazidah.

"Siapa mereka tu? apa mereka nak?" soal Puan Fazidah bertalu. Haifa geleng.

"Tak pasti Umii, polis sedang siasat" kata Haifa.

"Ada kena-mengena dengan Gibran ke?" soal Puan Fazidah. Bulat mata Haifa mendengar soalan yang diajukan Umiinya itu. Kepala ditoleh ke belakang, bimbang Gibran mendengar perbualan mereka dan terasa hati pula.

"Umii, sekarang ni masih belum tahu, motif tembakan tu dilakukan dan siapa yang lakukan pun belum tahu juga" balas Haifa.

"Umii tak sedap hati. Sepanjang kita tinggal bertiga sebelum ini, tak pernah berlaku perkara macam ni. Ini, tak sampai pun lagi satu hari dah jadi begini. Umii bimbang adik. Kalau betul ianya berpunca dari Gibran, Umii nak balik semula ke rumah Umii. Adik tak nak ikut pun tak apa. Umii boleh tinggal berdua dengan Amin" kata Puan Fazidah panjang lebar. Haifa tarik nafas panjang.

"Umii.. adik dapat arahan pertukaran. Kena lapor ke Cawangan D9, IPK Selangor" kata Haifa.

"Bila lagi adik dapat tahu kena tukar?" soal Umii seakan berjauh hati.

"Semalam" balas Haifa.

"Habis tu, adik tinggal di sini terus?" soal Puan Fazidah. Haifa diam tidak dapat membalas kata-kata Umiinya. Akhirnya kedua-duanya diam.

"Dah lah, Umii nak masuk bilik. Nak mandi. Kejap lagi nak mengajar Amin mengaji" kata Puan Fazidah lalu terus bangun dan melangkah keluar dari ruang makan meninggalkan Haifa sendiri. Kak Ina pula baru selesai memasak makan malam datang hampiri Haifa.

"Madam, tak nak mandi. Sekejap lagi boleh makan malam" sapa Kak Ina.

"Ye, lah. Saya naik atas dulu" kata Haifa. Lalu dengan berat hati melangkah naik ke atas menuju ke bilik tidur.

Share this novel

liyana
2021-01-31 17:36:39 

sand tu ada loket yg pasangan dia ada dekat gibran

liyana
2021-01-31 17:35:26 

salah polis perempuan

liyana
2021-01-31 17:34:31 

entah entah qais tu adik perempuan gibran yang nenda suruh cari


NovelPlus Premium

The best ads free experience