Bab 23

Romance Completed 685128

Haifa menolak perlahan daun pintu bilik, waktu itu dilihat Gibran sedang menyarung jaket pada tubuhnya. Kaki melangkah mendapatkan Gibran yang memandangnya dari bias cermin.

"Awak nak ke mana malam-malam macam ni?" soal Haifa yang berdiri di belakang Gibran. Gibran pusing tubuh berdepan dengan Haifa.

"I want to meet someone. No need to wait for me. Honey tidur dulu okay" kata Gibran lalu menyapa bibir Haifa sekilas.

"Awak nak jumpa siapa?" soal Haifa sambil memandang wajah Gibran.

#flashback#

"Gib, your uncle, Mr. Morgan. Dia ada di sini" kata Raffa sambil memandang sekilas pada Gibran di tempat duduk belakang melalui cermin pandang belakang.

"Dia buat apa datang sini?" soal Gibran yang tegak membuang pandang ke luar tingkap kereta.

"Business matters" balas Raffa.

"Business apa? setahu aku dia tak ada business di sini" balas Gibran.

"Itu aku tak pasti tapi selain dari tu, dia nak jumpa kau" kata Raffa.

"See me? for what?" soal Gibran.

"Tak pernah-pernah nak cari aku. All of a sudden, why?" soal Gibran tak puas hati.

"Don't know" balas Raffa pendek.

"When he want to see me?" soal Gibran.

"Tonight" balas Raffa.

"Set the place at Hotel Indah Kasturi at nine" kata Gibran. Raffa balas pandang Gibran pada cermin pandang belakang.

"Caden's hotel?" soal Raffa.

"Yup, that's the safe place to meeting with man like Morgan" balas Gibran.

"Okay sir" kata Raffa.

#flashbackend#

"Awak" panggil Haifa sambil menggoyangkan tangan di hadapan wajah Gibran.

"Sorry honey, out off space" balas Gibran lalu mencuit hujung hidung Haifa.

"I got to go" kata Gibran lagi sambil jam di pergelangan tangan di tilik. Pipi Haifa disapa sekilas lalu kaki laju melangkah keluar dari bilik. Haifa hanya memandang tubuh Gibran yang hilang di sebalik pintu bilik. Nafas ditarik panjang lalu kaki diatur ke bilik wardrobe untuk mengambil tuala. Nanti-nantilah bincang pasal tadi..

Lebih kurang dua puluh minit mandi, Haifa keluar dari bilik air lalu menunaikan solat maghrib yang sudah di hujung-hujung waktunya. Selesai solat telekung digantung lalu dilabuhkan duduk pada kerusi almari solek. Sedang asyik menyisir rambut bunyi mesej masuk di telefon bimbitnya. Haifa bangun lalu mencapai telefon yang di letakkan di atas katil. Icon whatsapp disentuh. Huzaireen?

Huzaireen : Assalamualaikum Wahidah

Haifa : Waalaikummussalam

Huzaireen : Maaflah ganggu malam-malam macam ni.

Haifa : Eh, it's okay. Tak ganggu pun

Huzaireen : Awak sihat?

Haifa : Alhamdulillah.

Huzaireen : Erm.. macam mana dengan kes suami awak hari tu. Dah settle ke?

Jari Haifa terhenti, kaku seketika. Tidak tahu apa yang patut dia balas. Tidak lama, masuk mesej dari Huzaireen lagi.

Huzaireen : Kalau awak tak nak cerita, it's okay. Saya sentiasa ada untuk awak, Wahidah.

Gibran : Honey, don't forget to take supper.

Haifa : Thanks Huzay

Gibran : Who's Huzay?

Erk! alamak. Salah send mesej. Aduh.. Mesej masuk dalam masa yang sama. Tidak lama telefon Haifa berbunyi. Di skrin tertera nama Gibran. Nak tak nak Haifa jawab juga call.

"Hello.." suara Haifa berbunyi.

"Who's Huzay?" keras suara Gibran bertanya.

"Kawan saya" balas Haifa.

"Is that the guy you went out with before?" soal Gibran

Haifa ketuk dahi dengan telefon kemudian ditekapkan semula pada telinga.

"Ya.. kawan biasa saja. Tak lebih dari tu pun. Awak jangan salah faham. Saya"

Toot.. toot.. toot..

Haifa pandang telefon. Terkelip-kelip mata melihat skrin.

"Dia boleh letak? aku tak habis cakap dia letak telefon??!!" tinggi suara Haifa. Kuat tubuh dihempas pada birai katil.

Lebih-lebih dia ni..! Geram hati Haifa. Tak pe! berbuku rasa di hati.

+++

Raffa yang sedang memandu memandang sekilas pada cermin pandang belakang, kelat sahaja wajah Gibran selepas talian dimatikan. Pandangannya dibuang ke luar tingkap. Aduh.. apa pula yang tak kena ni..

"Is there something wrong?" soal Raffa.

"Nothing" balas Gibran. Tegang sahaja wajahnya.

Baru sekejap aku keluar, kau boleh mesej dengan lelaki lain Haifa? Huzay, pegawai bomba ni pun satu. Sibuk nak mengendeng isteri orang dah kenapa. Dah habis dah perempuan bujang dalam dunia ni! Gibran membebel dalam hati. Ish.. tak boleh biar ni!

Tidak lama kereta dipandu Raffa sampai di Hotel Indah Kasturi. Gibran dan Raffa melangkah masuk ke hotel menuju ke tempat yang dijanjikan. Raffa menolak daun pintu bagi Gibran melangkah masuk. Di dalam bilik tersebut sudah ada yang menunggu. Sebaik Gibran melangkah masuk, empat pasang mata memandang tepat padanya dan Raffa.

"My nephew.. long time no see" sapa Morgan lalu bangun mendapatkan Gibran bersama kedua tangannya dibuka mahu memeluk tubuh Gibran tetapi laju tangan kanan Gibran naik tegak menandakan dia tidak suka dengan tindakan Morgan. Morgan angkat kedua bahunya kemudian diatur kembali langkah ke tempat duduknya tadi. Gibran tanpa dipelawa terus melabuhkan duduk di kerusi manakala Raffa berdiri di sisi Gibran.

"What bring you here?" soal Gibran tanpa mahu membuang masa. Morgan ketawa kecil.

"How rude.." balas Morgan sambil geleng.

"You are not welcome here" balas Gibran tanpa riak.

"Oh dear, my heart is broken with your words" Morgan masih mahu bermain kata. Gibran mendengus lalu mengangkat tubuh dari kerusi dan mahu berlalu pergi. Buang masanya sahaja.

"Hey, are you leaving? I'm not done yet" kata Morgan sambil ketawa. Kaki Gibran terus berhenti melangkah.

"What do you want Morgan?" soal Gibran. Ikutkan hati malas dia mahu berjumpa dengan adik daddynya ini. Tak ada guna pun.

"Nothing, just want to meet you" balas Morgan.

"I heard, you got married long time ago" kata Morgan. Dengar sahaja ayat itu, laju Gibran memusingkan tubuh lalu melangkah laju menuju ke arah Morgan.

"Who told you?" keras suara Gibran, tajam pandangan pada Morgan yang berada di kerusi. Morgan ketawa mengejek.

"It's not important. The important is, did she know who you are?" kata Morgan.

"Shut up!" kuat suara Gibran sambil tangannya naik mencekak leher baju Morgan. Tiga orang lelaki yang berada di belakang Morgan laju menuju ke arah Morgan mahu meleraikannya tetapi dia terlebih dahulu mengangkat tangan supaya tidak perlu masuk campur.

"How do you know about that?" soal Gibran dengan pandangan tajam menikam mata Morgan. Tangan Morgan naik memegang lengan Gibran, Raffa pula sudah bersedia andai apa-apa berlaku pada Gibran.

"Hey.. chill okay.. I only ask. No more than that" kata Morgan.

"If you touch her! you know the consequences" kata Gibran lalu melepaskan pegangan pada leher baju Morgan dengan kasar. Morga ketawa.

"I will not touch her" kata Morgan.

"But on one condition" sambungnya lagi.

"What?!" soal Gibran. Tegang sahaja wajahnya.

"Well, have a seat and we have our supper first. My stomach is empty" kata Morgan sambil mengusap perutnya. Demi Haifa terpaksa juga Gibran ikutkan.

+++

"Gib, are you sure?" soal Raffa sebaik kedua mereka sudah meloloskan diri ke dalam kereta.

"I have to, this is for Haifa's sake" kata Gibran. Kuat genggaman tangannya hingga timbul urat-urat pada lengan.

"Tapi kau tau kan, siapa Haifa dulu dan apa yang dia mampu buat. Kalau dia tahu apa yang kau buat nanti.." Raffa tidak meneruskan ayatnya.

"I know what I'm doing Raf" kata Gibran.

"Aku rasa kau patut bincang dengan Haifa dulu Gib" nasihat Raffa.

"Enough Raf, just drive me home" pinta Gibran. Tangan naik memicit pelipis. Macam mana Morgan boleh tahu mengenai Haifa sedangkan perkahwinannya itu, tiada sesiapa pun dari keluarga daddynya yang tahu dan tiada kepentingan pun untuk diberitahu. Gibran serabut.

Sampai sahaja di rumah agamnya, Gibran terus melangkah naik ke bilik tidur. Daun pintu di tolak perlahan lalu matanya terus memandang ke arah katil. Haifa sudah lena diulit mimpi bersama selimut yang membalut tubuh. Gibran terus ke wardrobe mahu mengambil tuala dan ke bilik air untuk bersihkan diri kemudian menukar pakaian. Tidak lama dia keluar dari bilik air dan menyarung boxer lalu terus melangkah ke arah katil dan menyelinap masuk di bawah selimut. Tubuh Haifa ditarik ke dalam pelukannya. Hati masih marah tetapi mengenangkan mata yang mengantuk dan badan yang penat, esok sahaja disambung marahnya itu. Ubun-ubun Haifa dicium sekilas bersama bisikan halus.

"Good night honey, love you" kata Gibran bersama mata yang semakin berat dan terus terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience