Bab 8

Romance Completed 685160

"Sorry Intan aku dah susahkan kau" kata Haifa pada Intan.

"Eh, no worries lah. Aku memang kebetulan lalu kawasan sini" balas Intan dari tingkap kereta.

"Urgent ke ni?" soal Intan pada Haifa.

"Urgent la juga" balas Haifa teragak. Intan keluar dari kereta lalu menarik tangan Haifa ke bangku di taman.

"Kau ada masalah ke?" soal Intan. Haifa diam dan hanya memandang ke hadapan.

"Bukan apa, dah lama kot kau tak call aku. Tiba-tiba call. Ada apa-apa yang aku perlu tahu ke?" soal Intan. Haifa geleng.

"No, aku okay. Sorry lama tak call" balas Haifa sambil memandang Intan di sisinya.

"Boleh aku tau ni cap jari siapa?" soal Intan sambil gelas dalam plastik di tangan dipandang.

"Ada orang pecah masuk pusat taekwando aku, gelas ni mungkin orang yang masuk tu guna untuk minum" balas Haifa tanpa memandang Intan. Intan tau, Haifa tidak bercakap benar tapi dia tidak mahu mempertikaikannya, mungkin Haifa ada sebab sendiri.

"Dah buat repot" soal Intan. Haifa geleng.

"Tak ada kerugian, aku cuma nak tau siapa yang masuk ke tempat aku, tu saja" balas Haifa. Intan angguk.

"Okay, aku akan cuba dapatkan resultnya secepat mungkin" kata Intan sambil bangun.

"Kalau tak ada apa-apa, aku gerak dulu" kata Intan sambil hulur tangan pada Haifa. Haifa bangun lalu menarik Intan ke dalam pelukannya. Kuat pelukan dirasa.

"I'm always here for you" bisik Intan.

"Thanks" balas Haifa lalu melepaskan pelukan.

+++

Sunyi pula bila Gibran dah tak ada. Alah, kalau dia ada pun bukannya kau berbual dengan dia sangat pun. Nak dengar sepatah kata dari lelaki tu pun payah. Haifa bagai terbayang-bayang kelibat Gibran di dalam rumah itu. Masuk hari ni sudah tiga hari Gibran pulang.

"Ibu.." panggil Amin.

"Ibu rindu uncle ke?" soal Amin sambil melabuhkan duduk di sisi Haifa atas sofa di ruang tamu. Haifa ketawa. Aku rindu dia ke?

"Entah lah.. ibu pun tak tahu" balas Haifa. Walaupun Gibran dingin dan tak mesra, kurang bercakap tapi dapat dia rasakan yang Gibran dengan dirinya seperti ada hubungan, connection tapi.. dia tak pernah berjumpa dengan Gibran sebelum ni.

"Ibu.." panggil Amin lagi.

"Ya sayang, ada apa ni?" soal Haifa sambil mengusap rambut Amin yang sudah terbaring di ribanya.

"Amin rindu uncle. Uncle baik, selalu layan Amin" kata Amin. Haifa memandang Amin yang sudah terpejam matanya. Kasihan Amin, mungkin kehadiran Gibran sedikit sebanyak dapat dia menumpang rasa kasih seorang ayah.

"Adik" panggil Puan Fazidah yang muncul di ruang tamu.

"Ya" Haifa menjawab sambil menoleh pandang pada Puan Fazidah yang melangkah menghampirinya dan melabuhkan duduk.

"Adik tak nak cari Fahad ke? berapa lama lagi nak tunggu" soal Puan Fazidah. Wajah satu-satu anaknya yang tinggal dipandang. Haifa mengeluh.

"Umii.. macam mana adik nak cari Fahad? surat nikah tak ada, gambar pun tak ada. Semua dah musnah dalam kebakaran rumah dulu. Umii nak adik cari macam mana? yang adik tahu namanya saja, Fahad Haidar" Haifa mengeluh.

"Umii masih ada alamat Pakcik Selamat. Adik pergi cari ya" pujuk Puan Fazidah.

"Umii tak apa ke tinggal berdua dengan Amin. Nanti siapa nak hantar Amin ke sekolah?" Haifa menolak dalam diam.

"Adik.. van sekolah kan ada. Tak payah nak risaukan Umii, Mak Su Senah pun ada. Boleh ajak dia tinggal sini, Mak Su pun tinggal seorang je. Anak-anak dia pun sebulan sekali baru balik jenguk" kata Puan Fazidah.

"Tengoklah macam mana. Adik kena mohon cuti dulu, bukan boleh pergi macam tu je" putus Haifa. Puan Fazidah angguk.

Haifa sandarkan tubuh pada sofa, kepala dipicit. Betul juga cakap Umii, berapa lama lagi aku nak tunggu. Cukuplah enam tahun aku jadi penunggu, digantung tak bertali.

+++

Tok tok tok

"Masuk"

Haifa memandang ke arah pintu.

"Eh Tuan Helmi" pantas Haifa bangun apabila melihat Tuan Helmi yang datang ke pejabatnya.

"Boleh saya duduk?" soal Tuan Helmi sambil menarik kerusi di hadapan Haifa.

"Boleh.. boleh.. maaf Tuan" balas Haifa lalu turut melabuhkan duduk.

"Tak pernah-pernah Tuan datang ke pejabat saya. Macam penting je" soal Haifa tanpa mukadimah. Tuan Helmi ketawa kecil.

"Tak ada apa.. saya cuma nak tanya. Lama awak mohon cuti, nak ke mana?" soal Tuan Helmi. Berubah wajah Haifa.

"Oh, pasal cuti.. saya ada hal keluarga sikit nak uruskan" kata Haifa. Betullah kan urusan keluarga tapi lebih tepat urusan peribadi. Tuan Helmi angguk.

"Ada apa-apa yang saya boleh tolong?" soal Tuan Helmi. Wajah Haifa dipandang. Haifa senyum sambil menggeleng perlahan.

"It's okay. Kalau ada apa-apa, saya bagitau" balas Haifa.

"Kalau macam tu, saya keluar dulu" kata Tuan Helmi lalu bangun dari kerusi dan melangkah ke arah pintu dan ditoleh sekali.

"Cuti dah saya luluskan" balas Tuan Helmi bersama senyuman di bibir.

"Thanks Tuan" balas Haifa yang turut sama berdiri.

+++

"Umii, adik nak keluar sekejap" kata Haifa pada Puan Fazidah yang sedang sibuk di belakang rumah bersama Amin.

"Adik nak ke mana?" soal Puan Fazidah sambil menoleh sekilas.

"Ada hal sikit. Adik pergi dulu ya" balas Haifa lalu terus melangkah menuju ke arah keretanya dan melolos masuk ke bahagian pemandu. Tidak sabar rasanya mahu berjumpa dengan Intan apabila mendapat panggilan itu tadi. Hampir tiga puluh minit memandu, Haifa sampai di tempat seperti yang telah dijanjikan. Setelah kereta dikunci, kaki melangkah ke depan. Kepala ditoleh kanan dan kiri mencari kelibat Intan. Tidak lama mata memandang tepat pada Intan waktu itu ada seorang lelaki bangun meninggalkan Intan sendiri di meja. Laju Haifa menghampiri.

"Dah lama sampai?" soal Haifa sambil melabuhkan duduk. Kelibat lelaki tadi dipandang.

"Suami aku" kata Intan. Haifa toleh pada Intan. Intan ketawa perlahan.

"Biasalah, dia risau" balas Intan.

"Sorry, aku susahkan kau lagi" Haifa rasa bersalah pula.

"Kau ni.. tak ada apalah. Dia yang nak ikut" balas Intan.

"Anak kau mana?" soal Haifa pula. Cemburu pada kebahagian Intan, entah bila pula dia akan rasainya.

"Anak aku dengan atuk dia la.." balas Intan sambil serahkan sampul pada Haifa. Laju Haifa sambut dan isi kandungan dikeluarkan.

"Cap jari dia tak ada dalam sistem. Itu je yang aku boleh bagitau. Sorry" kata Intan.

"It's okay. Anyway, thanks" balas Haifa.

Siapa dia ni.. takkan alien kot sampai cap jari tak ada dalam sistem..

"Tapi aku dah minta kawan aku semak dengan interpol, kalau ada update, aku bagitau" kata Intan.

"Thanks Intan" Haifa rasa bersalah pula bila tidak terangkan perkara sebenar.

"Intan, sebenarnya pemilik cap jari ni bukan orang yang pecah masuk pusat taekwando dan tempat tu tak kena pecah pun.." terang Intan sambil memandang Intan di hadapannya. Intan senyum sambil menepuk kekura tangan Haifa.

"Aku tau.. siapa yang berani nak pecah masuk tempat kau tu" kata Intan sambil ketawa perlahan. Haifa juga sama. Haifa ceritakan serba ringkas mengenai Gibran pada Intan.

"So sekarang ni kau nak buat apa dengan Gibran?" soal Intan.

"Yang tu aku pun tak pasti tapi apa yang aku nak buat sekarang, nak cari suami aku yang tak tahu hidup atau mati tu" kata Haifa.

"Nak cari di mana?" soal Intan.

"Hm.. esok aku nak ke Kuala Lumpur nak cari Pakcik Selamat. Umii cakap pakcik ni tau pasal suami aku" kata Haifa.

"Datang KL tinggal kat mana?" soal Intan. Bimbang pula dia pada Haifa.

"Mana-mana hotel la, mudah nak bergerak" kata Haifa. Intan diam sekejap sambil berfikir.

"Apa kata kau tidur di hotel suami aku je" kata Intan. Haifa kerut kening.

"Suami kau ada hotel ke?" soal Haifa lurus. Intan senyum sambil angguk.

"Eh, tak nak lah aku. Segan la" laju Haifa balas. Intan hela nafas.

"Kalau macam tu, aku bagi diskaun lima puluh peratus. Kau tinggal la selama mana pun yang kau nak" kata Intan. Bagi Intan, hotel Caden antara tempat yang selamat. Bukan apa, Haifa dan dia dari bidang yang sama dulu. Dia tahu bagaimana sifat hati-hati yang ada dalam diri Haifa. Lihat pada kes Gibran sudahlah, tidak diceritakan hal yang sebenar padahal dia dan Haifa bukan baru kenal. Itu satu-satu sifat yang tidak boleh dibuang hingga hari ini.

"Betul ke ni?" soal Haifa. Intan angguk.

"Jap aku send alamat hotel. Nanti sampai sana, kau sebut je nama aku nanti diaorang akan tunjuk bilik" balas Intan sambil sibuk jari menekan sesuatu pada skrin telefon. Tidak lama bunyi mesej masuk ke telefon Haifa. Haifa sentuh skrin dan lihat mesej dari Intan. Wajah Intan dipandang.

"Thanks Intan" balas Haifa.

"Perkara kecil je" balas Intan tersenyum.

"Kalau tak ada apa-apa, aku gerak dulu. Lama pula Caden tunggu dalam kereta tu" kata Intan sambil menoleh kereta Caden di tempat parking.

"Haah, sorry-sorry. Lupa pula. Sampaikan terima kasih aku pada suami kau ya" kata Haifa.

"Aku gerak dulu" kata Intan sambil bangun.

"Thanks again" ucap Haifa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience