Bab 16

Romance Completed 684982

Tok tok tok

Haifa intai melalui door view, Aishah? Dengan teragak-agak Haifa menarik daun pintu.

"Aishah" sapa Haifa pelik sambil menoleh belakang arah Gibran kemudian memandang Aishah semula.

Gibran yang tadi asalnya hanya mahu rehatkan tubuh yang penat, sudahnya terlena sungguh.

"Ada apa ya?" soal Haifa sambil memandang troli yang berada di hadapan Aishah.

"Saya bawakan makan malam" kata Aishah. Haifa kerut kening.

"Saya tak ada order, Aishah silap bilik tak" kata Haifa. Memang la perut lapar, ingat lepas mandi baru nak turun beli makan tapi dia tak ada pula buat pesanan. Jari naik menggaru kening.

"Saya cuma hantarkan saja, sebab chef sendiri yang minta saya hantarkan ke bilik ni" kata Aishah serba salah. Haifa juga begitu. Hm.. mungkin juga si Gibran ni, tengok sahajalah, bilik ini pun dia boleh masuk sesuka hati, inikan pula pesanan makanan.

"Kalau macam tu, biar saya ambil" kata Haifa. Tidak mahu dia benarkan Aishah masuk ke dalam bilik. Nanti nampak pula aksi terlampau Gibran. Jealous la tu..

Setelah troli diserah pada Haifa, Aishah mahu berlalu pergi tapi dipanggil Haifa semula.

"Ya, ada apa?" soal Aishah.

"Er.. saya nak tanya. Ada tak sesiapa minta kunci bilik saya?" soal Haifa.

"Minta kunci? bilik ni?" soal Aishah. Haifa angguk laju.

"Rasanya tak ada la pula tapi tak tau lah kalau bukan melalui kaunter" kata Aishah.

"Bukan melalui kaunter?" soal Haifa tidak faham.

"Ha'ah tapi biasanya bagi special guest" kata Aishah. Hai, Gibran ni special guest ke?

"Kenapa Cik Haifa tanya?" soal Aishah pelik.

"Tak ada apa. Er.. thanks ya" kata Haifa mematikan perbualan. Aishah angguk dan terus melangkah ke arah lift.

Haifa menolak troli makanan ke meja makan dan pintu terus tertutup. Setelah makanan diletakkan ke atas meja, Haifa melangkah menuju ke arah Gibran di atas katil. Ish! dia boleh tidur dengan keadaan macam ni. Tak sejuk ke. Dipandang tubuh Gibran dari atas ke bawah. Liur ditelan. Haifa.. apa kau fikir tu! Ish, sejak bila pula jadi macam ni. Kepala digeleng perlahan.

"Awak.." panggil Haifa.

"Awak.." panggil Haifa kali ini jari telunjuk dicuit pada lengan Gibran. Tiada reaksi. Dicuit lagi, tapi masih sama.

"Tidur mati ke apa dia ni!" bebel Haifa. Makanan di atas meja dipandang, liur ditelan. Lapar la pulak. Kaki diatur ke meja. Penutup makanan dibuka.. ada chicken chop, spaghetti, mushroom soup. Air dalam flusk dibuka, kopi panas. Aduh.. pandai pulak perut berbunyi. Gibran di atas katil dijeling. Seksi sungguh la tidur pakai tuala macam tu. Kalau terselak la.. naya!

Tok tok tok

Pintu diketuk lagi. Amboi Aishah ni.. takkan nak ambil troli dah kot. Makan pun belum lagi. Haifa melangkah ke arah pintu lalu daun pintu dibuka.

"Ya Aishah.." kata Haifa tetapi sebaik pintu terbuka bukan Aishah, lain pula orangnya.

"Madam" sapa Raffa. Haifa terkelip-kelip mata memandang Raffa.

"Saya Raffa, Sir Gibran minta saya hantarkan pakaian dan personal itemnya" kata Raffa lalu menghulurkan sebuah beg hitam pada Haifa. Bagai dipukau, Haifa menyambut beg tersebut lalu senyum dan terus berlalu pergi. Haifa menutup daun pintu. Eh, macam tu je..

"Raffa dah hantarkan pakaian?" soal Gibran yang sudah berdiri di belakang Haifa. Terkejut Haifa hingga terlepas beg di tangan dan jatuh menimpa kakinya.

"Auchh.." jerit Haifa dan imbangan badan tidak stabil dan hampir jatuh. Mujur Gibran sempat memaut pinggang Haifa, jika tidak jatuh ke lantai la jadinya.

"Careful" laju Gibran berkata.

"Thanks" kata Haifa dan cuba lepaskan diri dari Gibran. Merah padam wajahnya.

"Why keep running away from me?" soal Gibran sambil menunduk ambil beg di lantai.

"Lari? mana ada" laju Haifa membalas sambil berjalan ke arah katil. Dilabuhkan duduk di tepi katil dan kaki yang ditimpa beg tadi digosok perlahan. Lari apa la dia ni. Siapa yang lari? dia yang lari dari tanggungjawab!

Gibran jeling Haifa lalu dengan selamba memakai pakaian di hadapan Haifa. Segan dengan apa yang dilihat, Haifa kalih wajah ke sisi. Gibran senyum nipis.

Setelah lengkap berpakaian seluar sukan dan tshirt slim fit, Gibran melabuhkan duduk di meja makan. Penutup makanan dibuka.

"Come, kita makan. Saya lapar sangat. Seharian cari honey sampai tak sempat nak makan" ajak Gibran.

"Come.." panggil Gibran lagi.

"Tak nak makan dengan hubby ke?" kata Gibran sambil Haifa dilandang. Haifa pula masih diam tak bergerak dari birai katil. Ee.. hubby siapa dia ni? Haifa sudah buat muka geli.

"Honey.. come here. I know you hungry" kata Gibran sambil tangan dihulur pada Haifa.

"Tak payah nak hubby honey sangatlah!" marah Haifa sambil bangun melangkah menuju ke arah Gibran. Gibran bangun lalu menarik kerusi untuk Haifa dan kemudian dilabuhkan duduk pada tempatnya semula.

"Kita makan dulu. We chat after this okay my dear" kata Gibran lalu mencapai sudu dan garfu.

Ish.. my dear pula. Jenis tak faham bahasa ke apa ni.

Gibran yang kelaparan terus menyuap spaghetti ke mulut. Dikunyah perlahan bagi menikmati rasa. Haifa di sisi dipandang dengan hujung mata.

Haifa masih diam tidak menyentuh makanan. Gibran mengeluh perlahan lalu spaghetti diputarkan pada garfu dan dibawa ke hadapan mulut Haifa.

"Makan" kata Gibran bersama panahan mata yang tajam. Haifa ketap rapat bibirnya. Gibran sudah merah telinganya menahan marah. Degil juga awak ye Haifa. Gibran letak kembali garfu dalam pinggan lalu tangannya naik memaut dagu Haifa.

"Do you want to eat with a fork or use my sexy lips? you choose" kata Gibran dengan pandangan yang tajam. Nak tak nak terpaksa juga Haifa makan.

"Makan pun kena paksa" kata Gibran. Habis sepinggan spaghetti Haifa makan begitu juga Gibran.

"Rasa ni" kata Gibran sambil menyuakan potongan chicken chop pada Haifa.

"Dah kenyang" Haifa geleng kepala.

"Sikit je. Cepat" kata Gibran tidak putus asa. Nak suruh orang makan, muka tu tak manis langsung.

"What?" soal Gibran.

"Cepatlah. Lenguh dah tangan ni" kata Gibran. Mengalah juga Haifa. Perlahan makanan dikunyah.

"Awak tak payah nak hubby-hubby, honey-honey sangatlah" kata Haifa sebaik makanan lepas dari tekak. Gibran menoleh pandang pada Haifa.

"Why?" soal Gibran.

Ish, why.. why.. tak ada perkataan lain ke nak sebut. Haifa tunduk memandang cawan kosong di hadapannya. Flusk air panas diambil lalu dituangkan air ke dalam cawannya dan cawan Gibran.

"Awak tak kenal saya rapat pun, macam tu juga saya. Saya kenal awak seminggu saja" kata Haifa.

"So?" soal Gibran lalu menyua potongan ayam pada Haifa tapi Haifa geleng. Garfu pada tangan diletakkan di dalam piring.

"Saya kenal awak dah lama Haifa" kata Gibran. Haifa angkat kepala memandang Gibran.

"Kenal dah lama?" soal Haifa tidak percaya.

"Mungkin awak tak sedar kehadiran saya. Kali pertama saya nampak awak masa saya datang ke rumah lama semasa majlis kahwin abang Hairil. Saya tak boleh lupa dengan senyuman lesung pipit ni. Manis sangat. Sentiasa terbayang wajah awak lepas dari majlis tu. Awak dah curi hati saya, Haifa" kata Gibran. Wajah Haifa dipandang lama.

"Tapi masa tu saya tak tau yang awak anak pemandu daddy. Itu sebab masa nenda paksa saya kahwin, saya tolak tapi beberapa hari lagi sebelum majlis akad nikah, saya tergerak hati untuk lihat gambar yang nenda beri. I was surprised, that you in the picture. I'm so lucky" kata Gibran lalu tangannya naik mengusap pipi Haifa. Mata yang bening itu ditatap hingga ke dasar hatinya.

"Tapi kenapa awak tinggalkan saya pada hari tu?" soal Haifa. Gibran tarik semula tangannya.

"I had to" kata Gibran.

"Terpaksa?" soal Haifa.

"Apa ni? tadi awak cakap lain, ni cakap lain pula" Haifa tidak faham. Cakap berbelit-belit.

"Kalau awak tak suka dengan saya kenapa terima saya untuk jadi isteri?" Haifa sudah mula mendung wajahnya.

"No! who say's?" Gibran sudah tinggi suara.

"Honey.. sepatutnya hari nikah tu, nenda nak ikut tapi disebabkan kesihatan, nenda dibawa ke London untuk rawatan. Sebaik saja selasai akad nikah. I got a call. Nenda tenat dan perlu rawatan segera. So.." kata Gibran terhenti.

"Nenda macam mana?" soal Haifa. Walaupun dia tidak kenal siapa nenda tapi ditanya juga. Gibran geleng kepala.

"She's could not survive and.." kata Gibran. Kalau bukan kerana sayangkan nenda dia dan Haifa tak mungkin jadi sejauh ini.

"Sorry.." balas Haifa perlahan. Lama kedua-duanya diam.

"Tomorrow, you need to get out of here and stay in my house" kata Gibran sambil menghirup kopi dalam cawan. Haifa menoleh laju pada Gibran di sisi.

"Esok saya nak balik rumah. Urusan saya kat sini dah selesai" laju Haifa menolak.

"Honey.. please listen to me" kata Gibran.

"Ish, tak payah panggil saya macam tu boleh. Honey.. honey.." marah Haifa tapi Gibran buat tidak dengar sahaja.

"I don't care. Tomorrow you must follow me" kata Gibran lalu bangun dan menuju ke bilik air, tidak lama dia keluar semula dan melangkah menuku ke katil dan perlahan katil dipanjat naik. Haifa terkebil-kebil memandang. Eh eh eh..

"Eh, awak nak tidur situ ke?" soal Haifa.

"Yup" balas Gibran lalu ditarik selimut hingga paras dada. Haifa tunjuk wajah tidak puas hati. Ish.. suka hati dia je kan. Haifa pandang makanan di depannya. Sayangnya la hai.. takkan nak buang. Haifa ambil sudu dan mushroom soup disudukan ke mulut sesudu. Rasa sikit pun jadi la.. Gibran yang berada di atas katil dipandang. Mudahnya dia lena..

Siap kemas bekas makanan, Haifa menolak troli ke luar pintu bilik. Kemudian dia mengambil tuala dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Hampir dua puluh minit, Haifa keluar dari bilik air bersama tuala di badan. Gibran dah tidur, tak apa. Pakaian dalam beg diambil dan dibawa ke almari solek untuk dipakai.

Tanpa Haifa sedar, Gibran sedari tadi belum terlena, tingkah Haifa dipandang dengan hujung mata sahaja. Rasa yang satu itu seakan rancak bergendang di dada. Laju mata dipejam rapat tapi makin dipejam makin jelas wajah Haifa yang cantik manis berlesung pipit serta rambut ikal hitamnya. Gibran kalih tubuh memandang ke arah dinding. Nafas ditarik dan dihembus. Dia mahu Haifa terima dirinya dengan sepenuh hati sebagaimana dirinya yang sayangkan Haifa sejak dulu lagi. Dia tidak mahu Haifa terima dirinya hanya sekadar gelaran suami.

Puas mata dipejam tapi lena tidak bertandang. Dikalih tubuh mengadap ke arah bertentangan. Haifa elok lena di atas sofa. Gibran bangun dari katil lalu melangkah ke arah Haifa yang lena tidurnya. Perlahan tubuh itu diangkat dan diletakkan di atas katil lalu diselimutkan tubuh itu. Hm.. tidur pun pakai tudung. Gibran geleng kepala.

Kaki dibawa ke arah tingkap bilik hotel. Kenangan lama menjengah kembali.

Share this novel

liyana
2021-01-30 21:09:18 

aii nak cweet cweet pulak main hubby dgn honey


NovelPlus Premium

The best ads free experience