Bab 66

Romance Completed 684540

"Ops! sorry." suara jururawat berbunyi di depan pintu wad. Tertoleh kedua-dua suami isteri itu ke arah pintu. Merah padam wajah jururawat itu, begitu juga Haifa. Laju tangannya naik menolak wajah Gibran supaya menjauh.

"It's okay" balas Gibran lalu bangun dari birai katil lalu membetulkan pakaiannya.

"Er.. Puan Haifa dah boleh discharge. Ini ubat dan juga bil rawatan. Temujanji seterusnya ada pada kad temujanji" kata jururawat yang berjalan menghampiri Haifa. Ubat di dalam plastik diletakkan di meja sisi kemudian gunting dari poket diambil dan tag pada pergelangan tangan Haifa digunting.

"Puan dah boleh balik. Semoga cepat sembuh ya" ucap jururawat tersebut sambil tersenyum lalu melangkah ke arah pintu.

"Terima kasih" ucap Haifa.

"Sama-sama" balas jururawat lalu menghilang di sebalik pintu. Gibran yang tadi berdiri di sisi katil terus menghampiri Haifa untuk membantu turun dari katil. Haifa kemudian perlahan berjalan ke arah bilik air dan laju diekori Gibran dari belakang. Terhenti kaki Haifa sambil menoleh ke arah Gibran.

"Hubby nak ke mana?" soal Haifa dengan dahi berkerut.

"Nak ikut honey la" balas Gibran lurus.

"Nak ikut buat apa? honey nak salin pakaian" kata Haifa.

"I thought you need help" ucap Gibran sambil senyum senget. Menjeling Haifa sambil buat muka.

"Di hospital pun nak menggatalkan" balas Haifa. Suami siapa la ni.. Gibran hanya pamer senyum miangnya.

Selepas menukar pakaian, Haifa melangkah keluar dari bilik air, waktu itu dilihat Gibran sedang menantinya di sofa. Baru Haifa nak melabuhkan duduk, pintu wad ditolak. Muncul Raffa yang tersenyum di sebalik pintu.

"Hai Haifa, dah siap?" soal Raffa. Haifa angguk sambil tersenyum manakala Gibran pula sudah tegak berdiri.

"Dah, tak payah banyak tanya. Just take the bag to the car" tegur Gibran. Tergeleng Raffa. Isteri dah boleh balik masih nak 'berangin' satu badan.

Setelah urusan discharge Haifa selesai, ketiga mereka berjalan ke arah lobi. Gibran dan Haifa tunggu di luar lobby manakala Raffa ke tempat parking mengambil kereta. Tidak lama kereta dipandu Raffa sampai dan Gibran membukakan pintu kereta pada Haifa dan membantu isterinya untuk masuk di tempat duduk penumpang belakang di sebelah kiri. Sesudah itu laju Gibran meloloskan dirinya masuk ke bahagian penumpang belakang di sebelah kanan pula.

"Awak suka makan coklat Raff?" soal Haifa semasa berada di dalam kereta di bahagian penumpang belakang. Satu bar coklat elok terletak berhampiran gear dipandang.

Raffa yang sedang memasang tali keledar terus memandang ke arah bar coklat yang diberi Sand tadi. Merah padam wajahnya.

"Eh, tak juga" balas Raffa segan. Gibran senyum senget.

"Awek malang mana yang beri kau coklat tu?" usik Gibran.

"Hubby! tak baik la" marah Haifa sambil menepuk perlahan lengan Gibran. Menjeling Raffa pada Gibran melalui cermin pandang belakang.

"Sand yang beri sebagai tanda terima kasih sebab temankan dia beli barang tadi" balas Raffa jujur.

"Sand?" soal Haifa dan Gibran serentak. Laju Raffa toleh ke belakang memandang wajah suami isteri itu silih berganti.

"Ye la. Korang ni dah kenapa?" soal Raffa pelik

"Nothing" balas Gibran.

"Tak ada apa" balas Haifa pula.

"Enough, let's go" Gibran bersuara. Raffa kembali mengadap ke hadapan dan memulakan pemanduan. Serius.

"Welcome back honey" ucap Gibran sebaik Haifa melangkah masuk ke panthouse mereka.

"Er.. kenapa kita balik sini?" soal Haifa. Perlahan langkah kaki diatur menuju ke bilik tidur. Daun pintu ditolak Gibran. Haifa terus melangkah masuk lalu melabuhkan duduk di birai katil. Raffa pula berada di ruang tamu. Beg pakaian Haifa ada di tepi pintu bilik. Tidak mahu dia mengganggu pasangan itu.

"Honey, not that I don't want to take you back to the mansion but here it is safer. You know how Morgan is. I knew he was just waiting for time to make action" balas Gibran sebaik melabuhkan duduk di sisi Haifa. Kedua jemari Haifa digenggam.

"After all mummy and daddy are here. They want to see you" tambah Gibran lagi. Haifa angguk. Dia tahu apa yang Gibran lakukan semuanya demi kebaikan mereka bersama.

"When they want to come here?" soal Haifa. Tubuh yang baru hendak pulih itu mudah benar terasa penatnya. Tambahan pula luka pada pahanya masih lagi terasa ngilunya. Perlahan tubuh itu bersandar pada dada Gibran.

"Honey penat?" soal Gibran tanpa membalas soalan Haifa. Kepala Haifa mengangguk perlahan.

"Sini. Baring" kata Gibran sambil menarik Haifa supaya baring di atas katil untuk lebih selesa. Tudung di kepala ditanggalkan dan diletakkan di meja sisi kemudian tubuh direbahkan di atas katil.

"Honey rehat, okey" kata Gibran yang sudah bersedia untuk bangun tetapi pantas tangan Haifa memegang tangan lelaki itu. Terkaku seketika pergerakannya. Wajah Haifa dipandang tidak berkelip.

"Temankan honey sekejap sampai terlena boleh" pinta Haifa dengan wajah mengharap. Gibran melepas nafas perlahan.

"Oh, honey.. how could I refuse with your those eyes like this" balas Gibran. Perlahan tubuhnya dibawa baring di sisi Haifa. Pantas tubuh sasa itu dipaut Haifa, rapat. Selesa rasanya berada di dalam pelukan lelaki itu. Mudah sahaja matanya disapa lena.

+++

Haifa bangun duduk di atas katil. Rasa puas dapat melelapkan mata tadi. Gibran di sisi telah tiada. Jam di dinding dipandang. Sudah berenjak ke petang, patutlah perutnya berbunyi. Perlahan Haifa turun dari katil menuju ke bilik wardrobe untuk mengambil tuala. Mahu membersihkan diri sebelum dia keluar mencari Gibran. Hampir setengah jam berada di dalam bilik air, Haifa melangkah keluar. Siap berpakaian, Haifa melangkah ke arah pintu bilik. Tangannya baru memegang pemegang pintu dan belum membukanya lagi tetapi sudah terdengar suara Gibran beradu dengan Raffa di luar.

"Gib, kau tahukan tindakan kau ni bahaya. Sekarang Morgan hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak" suara Raffa berbunyi.

"Aku dah cakap, kau tak perlu bimbang. Aku tahu apa aku buat" balas Gibran. Kuat terdengar dengusan Raffa.

"Masalahnya sekarang ni, Sand dah jadi target dia!" keras suara Raffa berkata.

"Kemalangan tu, itu semua kerja Morgan. Mujur juga Sand tak apa-apa cuma Syam sahaja yang cedera" bebel Raffa tidak berhenti.

"So what?! kau nak aku hentikan apa yang aku sedang lakukan sekarang? Ikutkan hati aku, dah tembus kepala Morgan dengan peluru!" balas Gibran yang tadi hanya diam.

Apa yang Gibran dah buat? soal Haifa sendiri. Tidak dapat menahan lagi. Pemegang pintu bilik dipegang dan daun pintu ditolak. Kaki dihayun ke arah ruang tamu. Nampak tegang wajah kedua-dua mereka. Gibran yang menyedari kehadiran Haifa terus bergerak ke arah Haifa.

"Honey" sapa Gibran. Terus berubah riak wajah yang menyinga tadi.

"What happened?" soal Haifa sambil bersilih pandang wajah Gibran dan Raffa. Raffa hanya diam. Gibran lepas nafas perlahan.

"Come, sit with me" panggil Gibran pada Haifa sambil menarik perlahan lengan wanita itu.

"I have to do this" balas Gibran. Haifa kerut dahi.

"Apa yang hubby dah buat?" soal Haifa sambil melabuhkan duduk di sisi Gibran. Waktu itu Raffa juga sudah mengambil tempat di sofa bertentangan dengan mereka.

"I destroyed his factory and warehouse in London" terang Gibran. Haifa tayang wajah tidak mengerti. Gibran hela nafas kasar.

"Lucc helped me" tambah Gibran lagi.

"Lucc? mafia tu? you're kidding me!" suara Haifa berbunyi tidak percaya. Wajah Gibran dipandang tepat. Mata Gibran sekalipun tidak berkelip. Berubah wajah Haifa.

"Hubby! why Lucc?" soal Haifa.

"Lucc is a good guy. Don't get wrong even though he is a Mafia" balas Gibran. Haifa geleng kepala.

"What Lucc wants in return?" soal Haifa bimbang. Kedua tangannya naik memeluk tubuh bersama wajah tidak puas hati.

"Nothing" balas Gibran sepatah. Tubuhnya dibawa bersandar di sofa.

"Nothing? mana ada yang percuma dalam dunia ni" suara Haifa membalas. Laju tubuh Haifa bangun berdiri. Jelas tergambar bimbang pada riak wajahnya.

"You just don't worry.. He owe me, a lot" balas Gibran. Haifa terdiam.

"Senang hubby cakapkan! kalau jadi apa-apa lepas ni pada hubby macam mana?" soal Haifa keras. Gibran duduk tegak lalu tangannya menarik lengan Haifa supaya kembali duduk di sisinya.

"Bukan macam tu.. you know what I mean, right?" soal Gibran perlahan. Mata Haifa ditentang.

"Hm.. sebab tu lah dia bertindak macam tu pada Sand?" soal Haifa.

"Might be" balas Gibran.

"But don't worry. Kalau dia masih nak teruskan apa yang dia lakukan sekarang, cawangannya di New Zealand pula jadi mangsa" balas Gibran bersama riak wajah serius.

"Morgan is here" sampuk Raffa.

"I know. I will wait for he action. He will know, who I really am" balas Gibran.

Tiba-tiba telefon Gibran di atas meja kopi berbunyi. Pantas tangannya mencapai. Skrin dipandang. Hann.

"Yup Hann" suara Gibran menyapa.

"Memang benar, kereta yang mengekori Sir dan Puan tadi adalah pengikut Morgan" Hann bersuara di sebelah sana.

"So?" soal Gibran.

"Mereka diminta supaya memantau dan memberitahu lokasi rumah Sir" balas Hann.

"Morgan mahu lakukan serang hendap" tambah Hann lagi. Terketap-ketap gigi Gibran sebaik mendengar kata-kata Hann.

"Okay.. I will wait!" balas Gibran bersama senyum senget.

"Er.. macam mana dengan dua pengikutnya ni?" soal Hann.

"Settle them like usual" balas Gibran lalu talian dimatikan.

"Dia nak ambush?" soal Raffa bimbang.

"Biar dia datang. Memang itu yang aku tunggu" balas Gibran geram. Kuat tangan digenggam.

(03/12/2020 @ 2010hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience