Bab 73

Romance Completed 685114

"Micheal?" serentak mereka bersuara.

"Hai guys. Wow! look like reunion here" Micheal keluar dari kereta sambil bertepuk tangan.

"I'm glad because you all still recognize me" kata Micheal lagi bersama senyuman.

"What do you want Mike?" soal Gibran.

"You same like before. So straight forward Gib!" Micheal mambalas malas.

"Oh, hai Raff. Makin handsome" Micheal menegur Raffa sambil ketawa. Disandarkan tubuhnya ke pintu kereta.

"Hm.. Dah lama aku nak tanya. Kau dengan Raff.." soal Micheal pada Fattah yang sejak tadi tajam memandangnya.

"Okay.. okay.. no need to answer. I know what you want to say. That's why you still single untill now. I'm sure he is better than women" kata Micheal lagi sambil ketawa sinis. Raffa sudah buka langkah mahu ke arah Micheal tetapi lengannya dipegang Fattah. Beberapa orangnya yang ada bersama sudah ketawa mendengar kata-kata Micheal.

"Kau tak payah banyak cakap la Mike. What do you want?" soal Fattah yang sejak tadi diam. Micheal putar pandang pada Gibran.

"Give me that plate" kata Micheal pada Gibran. Fattah toleh pada Gibran. Raffa dah tergeleng kepala. Anak dan bapa sama saja, kejarkan harta.

"What plate?" Gibran masih main tarik tali. Micheal ketawa lepas.

"I should have known earlier that the old man could not take care of you all! he just makes the situation getting worse" kata Micheal lalu kotak rokok dari poket dicapai dan hujungnya dinyalakan. Asap disedut dalam dan dihembus ke udara.

"But don't worry.. I make him sleep forever" kata Micheal seperti tidak bersalah. Disedut lagi rokok dan dihembus asap berkepul.

"Anyway, thanks Gill for you effort" ucap Micheal sambil rokok disedut lagi. Berkerut dahi ketiga mereka.

"What have you done?" soal Fattah pada Micheal. Sedang semua berada dalam keadaan tegang, telefon bimbit Gibran berbunyi. Gibran seluk tangan ke dalam poket lalu keluarkan telefon bimbitnya, skrin telefon digesek. Mesej dari Haifa dibaca. Berubah wajahnya.

"What's wrong Gib?" soal Raffa apabila melihat raut wajah Gibran berubah.

"Kau bunuh Morgan, Mike?" soal Gibran selepas telefon disimpan semula ke dalam poket. Micheal ketawa lepas.

"The news, so fast, huh!" balas Micheal bersama cebikan pada bibirnya.

"Oh, lupa. Your wife is police officer right?" ejek Micheal. Menggeletar tangan Gibran menahan marah. Ikutkan hatinya memang dah diserbu lelaki itu.

"Anyway, buat apa aku nak simpan kalau dah dia tak berguna" balas Micheal selamba.

"Sanggup kau bunuh bapa sendiri!" tambah Gibran lagi.

"Don't waste our time, Mike" tinggi suara Fattah berbunyi lalu dia mahu mengatur langkah ke arah pintu pemandu tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar kata-kata Micheal.

"How's Daria? semakin cantik dia sekarang. Dah semakin dewasa dia" Micheal berkata selamba. Tanpa lengah Fattah terus serbu ke arah Micheal mahu dilayangkan tumbukan ke arah lelaki itu tetapi pantas ditahan Gibran dan Raffa. Orang seperti Micheal sudah tentu banyak muslihatnya, tak guna dilayan cakapnya itu.

"Wow.. wow.. aku cuma cakap Daria cantik" laju Micheal berkata. Mujur juga Fattah dihalang Gibran dan Raffa, jika tidak sudah tentu lebam wajahnya dikerjakan Fattah.

"Don't you dare to touch her!" tinggi suara Fattah.

"I won't touch but give me that plate and settle. Easy right" kata Micheal tidak bersalah.

"Anak dengan bapa sama saja!" Raffa berbunyi. Micheal ketawa.

"Aku pun tak faham dengan Datuk dan Nenda, apa yang lebih sangat kau dan Armine pun tak tahu. Harta yang berbilion tu nak diserahkan pada korang berdua! Bullshit! Apa, aku bukan cucu dia? dan kau Gill bukan cucu dia? kenapa mesti Gib and Armine! why must them. Are we not good enough?" tengking Micheal. Rokok di tangan dicampak ke tanah. Fattah toleh pandang pada Gibran dengan dahi berkerut. Gibran rasa bersalah kerana tidak ceritakan perkara tersebut pada Fattah.

"And you Gill? Are you don't want that billion-dollar which should be ours too?" sengaja Micheal mengapi-apikan Fattah.

"I don't need that, what I have now is more than enough for me and Daria. After all, that is not belongs to me" balas Fattah yakin. Tajam pandangnnya pada Micheal. Dia tahu, Micheal sengaja cetuskan rasa marah supaya dia dan Gibran saling bermusuhan.

"Damn! Even dying is still bothering me. Apa yang orang tua tu pandang pada kau dan Armine pun aku tak tahu!" makin tinggi suara Micheal.

"Kau tak payah nak sebut-sebut orang yang dah tak ada la, Mike!" suara Gibran perlahan tetapi kasar bunyinya. Langkah perlahan diatur ke arah Micheal. Orang-orang Micheal sudah bersedia dengan senjata, menanti masa untuk diacu. Bukan boleh diharap sangat Gibran ni, datang gilanya mau mati mereka nanti.

"Kau jangan harap aku nak serahkan plate ni pada kau!" tinggi suara Gibran berbunyi. Betul-betul di hadapan wajah Micheal.

"Okay.. kalau macam tu, you don't mind if anything happen to your niece, Daria!" kata Micheal lalu dikeluarkan telefon dan ditayangkan gambar Daria sedang membeli barang di sebuah kedai bersama rakannya. Bulat mata Fattah melihat gambar Daria. Tak guna, dia intip rupanya!

"Kau!" jerit Fattah. Kali ini dia hilang sabar. Diserbu Micheal lalu dilayangkan penumbuk tepat ke wajahnya. Terlentang Micheal terhentak ke badan kereta. Apa lagi, orang-orang Micheal terus menyerang Fattah tetapi mereka silap, Fattah bukan Fattah yang dulu. Gibran dan Raffa pula tanpa lengah terus membantu Fattah. Micheal juga tidak terkecuali. Orang-orang Micheal sudah terjelepuk di atas tanah kerana penangan mereka bertiga, hanya tinggal Victor dan Micheal sahaja yang masih tegak bertahan. Dalam sibuk masing-masing saling menyerang dan bertahan, siren kereta polis nyaring berbunyi. Sayup-sayup sahaja bunyinya. Apa lagi, kelam kabut Micheal memanggil orang-orangnya supaya masuk ke dalam kereta, masing-masing membantu rakan-rakan yang dah tumbang di tanah. Sebelum beredar sempat dia berkata pada Gibran.

"Fikir baik-baik Gib sebelum aku ke hospital melawat mummy dan daddy kau!" sebaik berkata begitu, pintu kereta terus ditutup dan berdesup laju kereta dipandu meninggalkan padang.

"Tak guna! dia nak main cara kotor!" marah Gibran.

"Dah-dah, masuk! Polis sampai nanti lagi masalah" Raffa berbunyi lalu laju dia ke tempat pemandu. Manakala Fattah ke penumpang hadapan manakala Gibran ke tempat duduk belakang. Tanpa buang masa kereta dipecut laju meninggalkan padang. Sunyi sahaja di dalam kereta. Raffa nak bertanya pun rasa serba salah, sudahnya kereta dipandu menuju ke rumah miliknya. Pintu pagar automatik terbuka lalu perlahan kereta masuk ke perkarangan rumah. Sebaik sampai Raffa terus keluar dari kereta meninggalkan Fattah dan Gibran. Seakan baru tersedar, laju kedua mereka keluar dari kereta dan mendapatkan Raffa.

"Hey, Raff. Apasal balik sini?" soal Gibran pada Raffa yang sedang menolak daun pintu. Fattah juga kalut mengejar Raffa. Tanpa membalas dia terus merebahkan diri di sofa lalu bersandar dengan mata yang terpejam.

"Raff!" panggil Fattah pula.

"Apa..! Ish, mana lagi aku nak bawa kalau bukan ke rumah aku ni! dua-dua muka dah macam tempe basi. Kalau aku tanya, korang jawab ke pun?" marah Raffa. Terdiam Fattah dan Gibran.

"Dah la, aku nak mandi. Pandai-pandai korang la nak buat apa" malas Raffa mahu melayan. Terus dia bangun dan melangkah ke tingkat atas meninggalkan Gibran dan Fattah di ruang tamu. Gibran labuh duduk di sofa diikuti Fattah.

"Sorry" Gibran berkata sepatah. Fattah toleh pandang pada Gibran yang berada disisinya.

"Aku.."

"Gib, don't. Just, tell me what's going on?" pinta Fattah.

"Aku tak nak nyawa Daria jadi taruhan" kata Fattah lagi. Wajah Gibran dipandang.

"Okay.." balas Gibran lalu diceritakan semua perkara berkaitan loket dan plate pada Fattah. Fattah hanya diam mendengar penjelasan Gibran.

"So, what's now?" soal Fattah.

"Apa yang kau nak aku buat?" soal Gibran pula. Fattah lepas nafas berat.

"Gib, that plate belong to you and Armine. That's has nothing to do with me. All depends on you and Armine" balas Fattah. Gibran serba salah.

"Along, aku tak pandang pun harta tu. Kau tak perlu bimbang tapi untuk serahkan pada Mike, memang tak mungkin" kata Gibran.

"Terpulang pada kau Gib. Apa pun keputusan kau, aku sentiasa ada" kata Fattah. Paha Gibran ditepuk perlahan. Tidak lama Raffa yang sudah mandi dan menukar pakaian berjalan turun, nampak segar wajahnya.

"Huh, dah settle?" soal Raffa pada Gibran dan Fattah. Senyum sumbing keduanya.

"Dah, tak nak bersihkan diri ke? macam tak biasa pula. Baju ambil sendiri. Saiz kita tak jauh beza pun" kata Raffa sambil melangkah ke arah dapur. Dahaga tekaknya.

"Aku naik mandi dulu" kata Gibran pad Fattah. Fattah angguk. Selepas Gibran menghilang diri ke tingkat atas, Fattah melangkah ke arah dapur mendapatkan Raffa.

"Thanks Raff" ucap Fattah pada Raffa yang sedang membancuh jus oren. Ditoleh seketika pada Fattah yang sedang berjalan memasuki dapur.

"No hal lah" balas Raffa.

Gibran yang baru selesai mandi terus mendapatkan telefonnya yang berdering. Tertera nama honey pada skrin. Laju icon hijau digesek.

"Honey" Gibran bersuara.

"Hubby, where are you?" soal Haifa bimbang.

"I'm at Raffa house. Why honey. Anything happened?" soal Gibran bimbang.

"No.. I'm just worried. Are you okay?" soal Haifa pula. Gibran labuhkan duduk di birai katil.

"Why you ask?" soal Gibran.

"I know what happened. Naz told me" kata Haifa pada Gibran. Gibran hela nafas panjang. Naz ni mulut tempayan betul!

"No, I'm okay. Sekejap lagi hubby balik and I told you everything" kata Gibran.

"Okay. Be careful hubby" pesan Haifa.

"Thanks honey. Love you" kata Gibran pula.

"Love you too hubby" balas Haifa. Talian telefon dimatikan lalu telefon diletakkan di atas katil dan dia melangkah mendapatkan pakaian yang telah disediakan oleh Raffa untuknya. Dalam plastik lagi, tag harga pun belum ditanggalkan. Hurm..

Setelah siap berpakaian Gibran melangkah turun mendapatkan Fattah dan Raffa di dapur. Sebaik kaki melangkah ke arah dapur, terus terkaku kakinya apabila memandang Fattah yang tidak berbaju sedang berdiri rapat saling berhadapan dengan Raffa.

"What are guys doing?!" soal Gibran. Fattah dan Raffa laju menoleh ke arah Gibran yang berdiri tegak memandang mereka.

"Buat apa?" soal Raffa dan Fattah serentak. Kemudian Raffa dan Fattah saling berpandangan. Oh.. Fattah tak berbaju. Lalu Fattah kenyitkan mata pada Raffa. Tanpa lengah kedua tangan Fattah naik ke pipi Raffa dan menarik rapat wajah Raffa seakan mahu menciumnya. Bulat mata Gibran memandang. Tiba-tiba tercetus ketawa kuat dari Fattah dan Raffa. Memerah wajah Gibran kerana diketawakan begitu.

"Gib.. Gib.. apa yang kau fikir? kau ingat kita orang buat apa?" soal Raffa bersama ketawa tak putus-putus. Fattah juga begitu.

"Kau ingat kitaorang ni dah sangap sangat ke apa? Aduh Gib.." tambah Fattah pula. Menjeling tajam Gibran.

"Dah la, aku nak balik. Naz datang ambil aku" kata Gibran lalu mahu melangkah ke ruang tamu. Sakit pula hatinya. Fattah dan Raffa pantas mengejar Gibran. Berair mata mereka kerana ketawa.

"Hey, merajuk" kata Fattah lalu tubuh Gibran dipeluk dari belakang.

"Oit! let me go!" jerit Gibran. Tetapi tidak dipeduli Fattah, datang pula Raffa lalu dipeluk kedua-dua lelaki tadi hingga terjatuh di atas sofa.

"Gila la korang ni" marah Gibran sebaik dia terlepas dari pelukan dua lelaki tadi.

(14/12/2020 @ 1351hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience