Bab 61

Romance Completed 696735

"Ah.. tak sabar nak berada dalam dakapan Gibran.. menikmati malam-malam yang romantis, kematu la kau perempuan!" bisik Milia pada telinga kiri Haifa.

Tiba-tiba

"Kau langkah mayat aku dulu" sepatah-sepatah suara serak Haifa berbunyi dan serentak dengan itu tangan kanannya naik mencengkam rambut Milia.

"Argghhh..!!" jeritan nyaring berbunyi.

Terkejut Gibran yang waktu itu kebetulan baru menolak daun pintu wad.

"Honey!" Pantas kaki berlari ke arah katil. Tergamam Gibran apabila melihat apa yang dilakukan Haifa. Nampak menggigil tangan itu mencengkam rambut Milia. Manakala tangan kanan Milia pula sudah memegang pergelangan tangan kanan Haifa.

"Milia! let go!" jerit Gibran sambil tangannya naik memegang lengan Milia yang memegang lengan Haifa tetapi Milia enggan.

"No!" jerit Milia. Merah padam wajahnya.

"I cakap lepas Milia!" tengking Gibran. Mahu tak mahu terpaksa Milia lepaskan pegangannya pada pergelangan tangan Haifa. Sebaik Milia lepaskan pegangan, Haifa juga berbuat perkara yang sama. Cengkaman pada rambut Milia turut dilepaskan. Gibran terus menolak Milia hingga terjatuh ke lantai. Menjerit sakit Milia kerana terhentak. Kusut jadinya rambut dengan lipstik yang comot kerana terkena pada selimut di dada Haifa.

"Get lost!" tegang suara Gibran sambil tangannya naik lurus menunjuk ke arah pintu.

"Don't you dare show your face in front of me again!" keras suara Gibran berbunyi. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

Milia dengan wajah tidak puas hati perlahan bangun berdiri. Tajam dipandang wajah Gibran. Bersama langkah kasar Milia berjalan ke arah meja kopi mengambil beg tangannya dan kemudian menonong berlari keluar dari wad dengan sumpah seranah dari bibirnya. Gibran pula sudah tidak pedulikan Milia, terus tubuh Haifa dipeluknya tetapi tiada balasan dari Haifa. Sebaik pelukan dilepaskan, jelingan tajam yang Gibran dapat. Berkerut dahi Gibran tidak mengerti.

Jururawat dan Doktor Aizat yang tadi kaku berdiri di hadapan pintu kerana melihat adegan yang tidak disangka itu terus bergegas ke arah katil di sebelah kanan apabila menyedari yang Haifa telah sedarkan diri.

"Honey.." panggil Gibran. Haifa buat tidak dengar sahaja panggilan lelaki itu.

"Encik, biar saya periksa keadaan isteri Encik dahulu ya. Encik tunggu di luar, nanti saya panggil" kata Doktor Aizat. Dalam berat hati Gibran angguk dan perlahan melangkah menuju ke arah pintu.

"Puan" panggil Doktor Aizat yang berada di sisi katil Haifa. Haifa toleh pandang pada Doktor Aizat.

"Saya buat pemeriksaan sedikit ya" kata Doktor Aizat lembut. Haifa hanya angguk.

"Sebelum tu saya nak tanya, siapa nama puan?" soal Doktor Aizat.

"Tak ingat" dalam serak Haifa membalas. Hujung matanya dapat dilihat riak wajah Gibran yang terkejut ketika menoleh padanya sewaktu melangkah ke arah pintu.

"Tak ingat?" suara Gibran berbunyi. Doktor Aizat angkat tangan kanan tegak di atas. Terus Gibran terdiam.

"Encik tunggu luar sebentar sementara saya lakukan pemeriksaan" pinta Doktor Aizat lagi. Bersama keluhan panjang, Gibran melangkah keluar dari wad. Hampir dua puluh minit, Doktor Aizat bersama jururawat keluar dari bilik Haifa. Pantas Gibran mendapatkan doktor muda itu.

"Doctor, what about my wife? Is it true that she does't remember who she is?" soal Gibran bimbang. Doktor Aizat lempar senyum.

"Puan Haifa stabil. Walaubagaimana pun Puan Haifa perlu berada di wad beberapa hari lagi untuk saya jalankan beberapa ujian" kata Doktor Aizat.

"Doc, you still not answer my question. Betul ke Haifa tak ingat siapa diri dia?" ulang Gibran. Tergambar riak bimbang.

"Encik boleh masuk jumpa isteri" balas Doktor Aizat sambil menepuk perlahan bahu Gibran lalu terus meninggalkan Gibran di hadapan pintu wad. Liur ditelan rasa berpasir. Perlahan daun pintu ditolak. Waktu itu Haifa dilihat sedang duduk bersandar di kepala katil. Alat bantuan pernafasan sudah ditanggalkan. Haifa tahu Gibran sedang memandangnya waktu itu tetapi sengaja dibuat tidak peduli.

"Honey.." panggil Gibran bersama langkah yang semakin merapati katil Haifa. Haifa hanya diam tidak berbunyi. Tegak pandangannya dibuang ke hadapan.

"Honey.." panggil Gibran lagi. Dilabuhkan duduk di kerusi di sisi katil. Jemari Haifa dicapai lalu dibawa ke bibir dan dicium lama dengan mata yang terpejam. Panas rasa mata menahan air mata yang hanya menunggu masa untuk keluar.

"Thanks honey, you come back to me" kata Gibran. Menitis juga air matanya. Tubir matanya yang basah diseka dengan hujung jari. Wajah Haifa yang tidak beriak dipandang.

"Honey.." panggil Gibran lagi.

"Honey.. honey.. pergi la pada Milia tu!" tegang bunyi suara Haifa, tak padan dengan suara serak nak marah orang. Gibran simpan senyum. That's my honey! Terus dia naik ke sisi katil dan tubuh itu ditarik lagi ke dalam pelukannya. Dapat dirasa perbezaan tubuh yang agak kurus berbanding sebelum kejadian itu berlaku. Pada mulanya Haifa hanya kaku tetapi tidak lama sepasang tangan Haifa perlahan naik memeluk tubuh Gibran. Agak susut tubuh sasa itu. Kemudian terdengar esakan halus terbit dari bibir Haifa.

"Sshhhh..." pujuk Gibran bersama usapan lembut di belakang tubuh Haifa.

"It is true you want to marry Milia?" soal Haifa sebaik pelukan dileraikan. Gibran senyum sumbing.

"No! where do you heard this nonsense?" soal Gibran sambil jemarinya naik menyeka pipi Haifa yang basah dengan air mata. Tubuh Haifa dipeluk lagi, kali ini lebih erat.

"Thanks honey" ucap Gibran lalu melabuhkan ciuman pada pelipis Haifa.

"Thanks because you came back to me.. thanks honey" bisik Gibran perlahan.

+++

"Haifa!" suara Sand berbunyi sebaik daun pintu wad ditolak. Di belakang Sand ada Syam. Haifa dan Gibran serentak memandang Sand dan Syam yang muncul di muka pintu. Lebar Haifa pamer senyum. Walaupun sedikit pucat tetapi riak gembira terpapar di wajah Haifa. Tidak menunggu lama Sand terus mendapatkan Haifa dan tubuh itu dipeluk perlahan. Lama keduanya berkeadaan begitu. Syam pula menghulur salam pada Gibran.

"Kau okay?" soal Sand setelah pelukan dilepaskan dan dia melabuhkan duduk di birai katil. Perlahan Haifa angguk.

"Alhamdulillah.." balas Haifa sambil tersenyum.

"Haifa.. aku tak tahu macam mana nak balas budi kau. Besar sangat" ucap Sand. Haifa geleng perlahan.

"Kita sama" balas Haifa.

"Aku cedera kerana nak lindungi kau dan kau luka kerana aku. Kita sama" balas Haifa. Sand angguk mengiyakan. Gibran yang berada di kerusi di sisi katil hanya diam menjadi pemerhati.

"Kau pula macam mana?" soal Haifa.

"Aku cuma calar terkena peluru. Dah okay pun" balas Sand sambil menunjukkan lengannya yang masih bertampal. Haifa angguk.

"Cuma tu lah, sama ada petang ni atau pagi esok aku kena ke IPK untuk beri keterangan. Rasanya kau pun pasti kena ke sana juga nanti" kata Sand.

'Tok tok tok'

Daun pintu yang ditolak dan diketuk. Terjenggul wajah Naz.

"Naz, come here" panggil Gibran. Naz yang berada di tengah pintu terus melangkah menghampiri Gibran.

"Puan Haifa" sapa Naz. Haifa senyum dan angguk.

"Lega saya Puan dah sedar. Saya doakan semoga Puan cepat sembuh" ucap Naz.

"Terima kasih Naz" balas Haifa dengan senyuman.

"Semua fail dah aku siapkan. Clear my schedule this week. Any metting or appoinment, postpone next week" arah Gibran.

"Okay Sir. Anything else?" soal Naz.

"That's all" ucap Gibran.

"Kalau macam tu, saya balik dulu. Puan Haifa, saya balik dulu. Rehat banyak-banyak ya" kata Naz kemudian terus dia melangkah ke arah meja kopi sofa lalu diambil fail dan dimasukkan ke dalam beg. Dia kemudian terus meninggalkan bilik itu.

+++

Haifa duduk di birai katil dengan kaki yang berjuntai ke bawah. Niat di hatinya mahu ke bilik air mandi. Gibran waktu itu ada di luar pintu berjumpa dengan Doktor Aizat.

"Honey.." panggil Gibran sebaik melangkah masuk. Haifa menoleh pada Gibran sambil tersenyum.

"Hubby.. honey nak mandi la. Boleh tolong tak?" soal Haifa sambil mendongak memandang Gibran yang berdiri di hadapannya.

"Mandi?" soal Gibran lalu melabuhkan duduk di birai katil. Jemari Haifa digenggam kemas. Haifa angguk.

"Dah petang ni. Honey tak selesa la. Nak berjalan sendiri ke bilik air tapi honey masih tak kuat lagi" perlahan suara Haifa. Serak masih ada tapi sudah berkurang. Tanpa sepatah kata, tubuh Haifa terus dicempung Gibran menuju ke bilik air. Terjerit kecil Haifa kerana terkejut. Gibran senyum manis lalu melabuhkan cium ke pipi Haifa.Tertunduk malu dia di dada Gibran.

"Let me bathe you, okay honey" kata Gibran bersama kaki yang sedang melangkah. Haifa angguk.

Haifa didudukkan di atas table top sinki kemudian Gibran meletakkan kerusi plastik di dalam shower room. Tidak lama dia kembali semula mengangkat Haifa dan perlahan di dudukkan di atas kerusi plastik tadi. Pakaian yang dipakai Haifa ditanggalkan satu-satu. Merah padam wajah Haifa.

"You blushing" tegur Gibran. Laju tangan Haifa naik memukul lengan Gibran. Ketawa suka dia. Sengaja mengusik Haifa, bukan dia tidak tahu Haifa malu. Hampir dua puluh minit Gibran selesai mandikan Haifa. Mujurlah luka pada kaki sudah semakin sembuh cuma kesan jahitan masih ada. Kesan lebam dan bengkak juga sudah semakin pudar. Melihat kesan pada tubuh Haifa sewaktu memandikannya tadi menyebabkan dada Gibran rasa membengkak, geram dan marah pada Maria membara kembali. Bergerak-gerak rahang menahan rasa hati.

"Hubby.." panggil Haifa bersama sentuhan di lengan Gibran yang berada di sisi katil. Haifa lihat wajah Gibran tegang sekali. Ada yang tidak kena ke?

"Oh, sorry honey" balas Gibran dan terus dimaniskan raut wajah.

"What's wrong hubby?" soal Haifa. Wajah lelaki itu dipandang dengan mata yang tidak berkelip. Gibran hela nafas panjang.

"I'm so sorry honey.. Because of me, you are injured like this. Ikutkan hati hubby yang marah, mati Maria tu kena bunuh!" tegang suara Gibran berbunyi. Haifa geleng perlahan.

"Maria dah ditangkap pun kan. Jadi biar undang-undang yang jatuhkan hukuman pada dia. Lagipun dia dikehendaki bukan sahaja di Malaysia tapi lima buah negara lain." pujuk Haifa. Lengan Gibran diusap dan perlahan dilabuhkan cium pada bibirnya. Tersentak Gibran. Memerah telinganya. Haifa ketawa suka.

"Not enough" ucap Gibran bersama renungan yang penuh makna.

"Hey.. jangan nak mengada, honey baru sedar pagi tadi" marah Haifa bersama jelingan tajam.

"You do not know how much I suffer as long as you are unconscious. I am hungry for your love, honey" bisik Gibran di telinga Haifa. Memerah wajah itu.

"Ehem.." bunyi seseorang di belakang. Laju kedua-duanya menoleh. Itulah, asyik sangat. Orang masuk pun tak sedar.

"Haifa" tegur Raffa.

"Raff" sapa Haifa kembali bersama senyuman. Gibran menjeling pada Raffa.

"Kau nak apa?" soal Gibran.

"Amboi, sombong. Tau la Haifa dah sedar. Kalau tidak tu, dua puluh empat jam asyik aku je yang kau cari" usik Raffa. Ketawa suka Haifa.

(12/11/2020 @ 1038hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience