Bab 72

Romance Completed 684982

"Along" panggil Gibran. Fattah yang masih mengesat bibir kerana tersedak dengan kata-kata Gibran tadi mendongak wajah memandang Gibran. Dianggukkan sekali kepala tanda membalas panggilan.

"I'm still curious, what make you to be like this?" soal Gibran. Raffa yang mendengar soalan Gibran terus putar pandang pada Fattah. Empat pasang mata tepat memandang Fattah tanpa kelip. Nafas dihela panjang bersama gelengan kepala.

"You guys still same like before, get pressed until you get the answer, huh!" kata Fattah sambil senyum senget. Siapa yang tidak kenal dengan Gibran, apa yang dia mahu pasti dia akan dapatkannya.

"Remember Celline?" soal Fattah. Baki air di dalam gelas disedut.

"Your ex-wife" balas Gibran.

"Kenapa dengan dia?" soal Raffa pula.

"She came to Spain and kidnap Daria from the school" kata Fattah. Tergambar riak marah, geram pada wajahnya. Tidak dapat dia lupa apa yang berlaku waktu itu, bagaikan hendak tercabut jantungnya apabila dia sampai di sekolah dan dapati Daria telah pun dibawa pulang oleh ibunya. Silap dia juga kerana tidak memaklumkan kepada pihak sekolah supaya jangan benarkan sesiapa mengambil Daria tanpa pengetahuannya. Ah! mana lah dia sangka Celline akan dapat kesan keberadaannya dan Daria di Spain. Ini semua disebabkan Morgan tak guna tu!

"What?!" serentak Gibran dan Raffa bersuara.

"How can she know you are there and find you and Daria?" soal Gibran pelik. Seingatnya hanya beberapa orang sahaja yang tahu dimana Fattah dan Daria berpindah. Takkanlah..

"That bustard told her!" terang Fattah geram. Kuat tangan digenggam. Nampak berurat di lengannya.

"Who? Morgan?" teka Gibran. Tak salah lagi.

"Who else. Only him like to expose about other!" keras suara Fattah berbunyi.

"Tak guna! apa masalah dia tu!" tinggi suara Raffa.

"Shit!" Gibran pula berbunyi.

"That old man always make other people life hard!" Raffa pula menyampuk.

"Tapi macam mana dia boleh tau kau dan Daria tinggal di sana?" tambah Raffa lagi. Tiada jawapan yang diprolehi, hanya wajah menyinga dari Fattah sahaja yang ada.

"But when she came to our house before, she seems like to have changed. I thought he has become better" kata Gibran pula. Tidak sanga Celline hanya berpura-pura.

"Huh! she's very good in acting" balas Fattah sambil tubuh disandarkan ke kerusi. Kedua tangan naik memeluk tubuh.

"So, how do you deal with that?" soal Raffa pula. Fattah lepas pandang ke arah jalanraya yang tidak sesibuk mana. Macam mana? terlayar kembali satu-satu perkara yang berlaku. Rasa seperti baru semalam semuanya terjadi.

"Mungkin kebetulan atau nasib berpihak pada aku. Tak pun memang dah takdir. I found Rick. No, Rick found me" balas Fattah. Kedua wajah Gibran dan Raffa dipandang bergilir. Nampak kerutan di wajah kedua mereka. Nafas ditarik dalam.

"He help me to resolve this problem and make me like this. I train myself, not only me. Daria too. Now, she got her own man to make sure her safety. I'm not really worried about her anymore" terang Fattah bersama riak lega di wajah. Bukan sedikit kerja kerasnya dan Daria untuk sampai ke tahap ini. Bukan sahaja pada hidupnya tapi juga pada perniagaannya yang kini semakin berkembang dengan bantuan Rick. Dia tidak pasti mengapa Rick sanggup membantunya tapi, bukan sekadar bantuan biasa.. tiada apa yang percuma dalam dunia ni. Tapi dia selesa dengan apa yang dia ada sekarang.

"What do you mean by that?" soal Gibran. Jangan cakap Fattah dah join Rick pula. Biar betul along ni!

"Kau jangan cakap yang kau dah join mafia pula Gill!" Raffa pula berkata. Tegak dipandang wajah Fattah. Soalan Gibran dan Raffa tidak dibalas. Fattah merenung jauh ke depan. Tidak berkelip matanya. Gibran pandang Raffa, sama pula apa yang dia fikirkan dengan soalan yang diajukan Raffa.

"Kau kenalkan siapa Rick dan apa yang mampu dia lakukan" Gibran berkata bimbang. Alah, cakap pada orang. Dia pun sama. Dua kali lima.

"Ya, I know. Tapi kalau bukan kerana Rick aku tak kan dapat kembali Daria dalam hidup aku" kata Fattah mendatar. Seperti orang hilang rasa.

"So, what happend to Celline?" soal Raffa pula. Fattah pandang Raffa tetapi tiada jawapan yang keluar.

"Along" panggil Gibran. Ditoleh pandang pada Gibran. Kiri kanan soalan diaju, dah macam orang salah pula tapi dijawab juga pertanyaan Gibran.

"She deserves to get for what she has done to Daria!" keras suara Fattah membalas. Terdiam Raffa dan Gibran. Seperti dapat diagak bagaimana nasib Celline. Lama ketiga-tiga mereka diam bagi meredakan perasaan masing-masing.

"Sorry Gib" Fattah tiba-tiba minta maaf. Gibran tayang wajah tidak faham.

"Kau dah kenapa tiba-tiba minta maaf ni?" soal Gibran pelik. Raffa hanya diam mendengar. Ais batu di dalam gelas diambil dengan sudu dan dimasukkan ke mulut. Berbunyi-bunyi apabila dikunyahnya. Mata masih memandang Fattah.

"I'm coward!" Fattah berkata sambil kepala tertunduk memandang meja. Kedua tangannya yang memeluk tubuh dibawa naik ke atas meja lalu keduanya berpaut antara satu sama lain, digenggam erat bersama.

"Apa kau cakap ni Along? aku tak faham la" Gibran keliru. Alongnya ni dah kenapa pula.

"Aku tahu perbuatan siapa yang menyebabkan kemalangan kereta berlaku hingga mengakibatkan George mati dan kau tersesat hingga berjumpa kembali dengan Haifa" terang Fattah. Wajah diangkat dan dipandang Gibran yang nampak keliru. Raffa yang mendengar juga seakan tidak faham. Tidak dapat Fattah bayangkan kesukaran yang Gibran hadapi.

"Maksud kau? kemalangan aku dulu?" soal Gibran. Fattah angguk. Gibran teringat kembali kemalangan yang telah meragut nyawa salah seorang pengikutnya yang setia, George. George sanggup mengorbankan dirinya demi keselamatan dirinya. Kalau tidak kerana George minta dia melompat keluar, sudah pasti waktu ini dia tiada bersama mereka berdua. Argh!! I'm sorry George.

"Yup. Kemalangan tersebut sepatutnya meragut nyawa kau sekali tetapi hanya George yang menjadi korban" sambung Fattah. Terasa sakit dadanya bila kenangnya sikapnya dahulu yang pengecut dan lepas tangan terhadap apa yang berlaku dalam keluarga mereka. Apa yang difikirkan waktu itu hanyalah dirinya dan Daria sahaja.

"Who?" soal Gibran. Bergerak-gerak rahangnya menahan rasa.

"Morgan" kata Fattah.

"Apa masalah dia ni..!" Raffa sudah bengang. Tak habis-habis nama si Morgan yang muncul!

"He ordered victor to finish you off, Gib" terang Fattah.

"But how do you know about this?" soal Gibran. Wajah Fattah dipandang tepat.

"I overheard him and Victor talking. But at that time I did not have the strength to stop. I'm a coward. I'm sorry Gib. Aku sebagai abang sepatutnya lindungi keluarga kita tapi aku lari dari tanggungjawab! Sepatutnya aku bagitahu pada kau, tapi tak. Aku pentingkan diri" terbias riak sesal di wajah Fattah. Gibran hela nafas panjang. Raffa pula tidak tahu apa yang harus dia katakan.

"Enough Along, perkara dah lepas. No need to think again. I'm happy what you have done now. Apa yang penting, this time" kata Gibran. Tangan Fattah digenggam erat. Gibran tahu Fattah kesal dengan tindakannya itu.

"Thanks Gib. Thanks.." ucap Fattah. Pegangan tangan Gibran dibalas. Diam mereka seketika.

"Aku rasa.. ada orang intip kita" Fattah tiba-tiba bersuara.

"What?!" Gibran dan Raffa bersuara.

"Intip apa pula lagi ni" kata Raffa. Tak sudah-sudah. Siapa pula yang masih tidak puas hati dengan mereka ni. Tak boleh nak tengok orang senang sikit.

"Where?" soal Gibran. Mata melingas kiri dan kanan.

"On your left, seberang jalan, blue car. They take our photo" kata Fattah. Wajah masih tegak ke hadapan tetapi matanya memandang ke arah kereta yang berada di seberang jalan.

"Aku rasa kita kena gerak sekarang" kata Raffa. Fattah dan Gibran angguk lalu masing-masing bangun dari kerusi. Gibran terus bangun menuju ke kaunter dan membuat bayaran. Manakala Fattah dan Raffa pula sudah mula mengatur langkah sambil mata memerhatikan keadaan sekeliling. Tidak lama Gibran melangkah laju ke arah mereka berdua sambil mata memerhatikan sekeliling. Hatinya rasa tidak enak.

"Kau nak naik dengan aku ke dengan Gill?" soal Raffa pada Gibran. Langkah yang diatur berhati-hati. Bimbang perkara tidak diingini berlaku.

"I'm with Along" balas Gibran. Tiba-tiba kakinya berhenti melangkah. Huh, kau!

"Ada sebuah kereta lagi" Gibran bersuara. Fattah dan Raffa toleh pandang pada Gibran yang berjalan di sebelah kiri mereka berdua.

"Aku kenal siapa orangnya!" walaupun perlahan suara Gibran berbunyi tetapi masih dapat didengari Fattah dan Raffa. Gibran dapat lihat dengan jelas kerana cermin kereta diturunkan seperti sengaja mahu dia dikenali Gibran. Tanpa menoleh, Fattah bertanya.

"Who?" soalnya.

"Victor" balas Gibran.

"Victor? orang kepercayaan Morgan?" soal Raffa. Penumbuk digenggam kuat. Kalau ada depan wajahnya sekarang, memang lumat dia kerjakan.

"Aku tak sedap hati ni" Fattah pula bersuara. Tidak sempat sampai ke kereta kaki mereka melangkah tiba-tiba bunyi tembakan ke arah mereka bertiga. Mujur juga sudah jauh dari gerai makan, kalau tidak, pasti ramai yang tercedera. Gibran dan Fattah berlindung di sebalik kereta yang ada, Raffa pula sudah keluarkan walternya dan berbalas tembakan. Keretanya yang diletakkan agak jauh dipandang.

"Kereta aku" kata Fattah. Raffa dan dan Gibran angguk.

"Count of three" tambah Fattah lagi sambil tiga jarinya naik untuk mengira. Tiga, dua, satu. Ketiga-tiga mereka berlari ke arah kereta Fattah dan dengan pantas melolos masuk. Tanpa lengah enjin dihidupkan dan terus ditekan pedal minyak lalu laju kereta meluncur pergi. Kereta biru tadi masih mengekori kereta dipandu Fattah dari belakang dan ada sebuah lagi mengekori belakang kereta biru tadi. Gibran membuka drawer dan mengambil senjatanya. Suitnya yang terjatuh di atas lantai kereta diambil dan dicampak ke kerusi penumpang belakang. Magazine dikeluarkan dan peluru diperiksa lalu dimasukkan semula ke dalam magazine. Fattah pula sambil memandu tangan kirinya mencapai di bawah tempat duduk pemandu dan mencapai walter miliknya pula. Raffa yang berada di tempat duduk belakang pula sibuk berbalas tembakan.

"Tak guna! Gill, belok kiri, ada padang tepi dewan. Go there. Aku tak nak ramai pula yang jadi mangsa peluru sesat pula nanti!" Raffa yang berada di tempat duduk belakang memberi arahan. Tanpa lengah laju kereta meluncur ke arah padang di tepi dewan.

'Skreettt!!'

Bunyi tayar kereta bergesel dengan tanah dan batu-batu kecil di padang. Pantas ketiga-tiga mereka keluar berselindung disebalik kereta dan tidak lama kereta biru tadi bersama sebuah lagi kereta warna hitam sampai lalu berhenti hampir dengan tempat mereka bertiga. Masing-masing sudah bersedia dengan senjatapi masing-masing. Mereka yakin sebentar lagi polis akan sampai kerana pasti ada diantara orang awam yang mengubungi polis disebabkan kejadian tembak menembak tadi.

Benar seperti tekaan Gibran. Victor orang kepercayaan Morgan keluar dari tempat duduk hadapan kereta berwarna hitam. Kemudian Victor mencapai pemegang pintu kereta penumpang belakang. Berkerut dahi ketiga-tiga mereka. Siapa pula yang ada di belakang tu? Cermin kereta yang bertinted gelap menyukarkan mereka untuk meneka orangnya.

(13/12/2020 @ 1957hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience