Bab 37

Romance Completed 685141

#Flashback#

"Ala.. adik nak main juga" kata Armine yang berdiri di tangga batu. Melihat abangnya yang gembira bermain bunga api.

"Adik kecil lagi. Bahaya" pujuk Puan Sri Sara. Tangisan Armine semakin kuat hingga terdengar pada si abang yang sedang bermain di bawah. Pantas kaki berlari mendapatkan si adik.

"Adik nak main?" soal Gibran. Laju Armine angguk.

"Boleh.. tapi kena dengar cakap abang" hilang terus tangisan tadi bersama anggukan. Laju kaki mengikut si abang ke bawah.

"Ambil ni tapi jangan bakar. Tunggu abang, abang nak ambil bunga api lagi" pesan Gibran lalu diserahkan bunga api jenis batang besi. Gibran kemudian terus melangkah ke arah tangga untuk mengambil bunga api. Si adik yang tidak sabar terus membakar bunga api dan entah macam mana, batangnya menjadi panas lalu terlepas dan terpelanting pada celah paha Armine yang hanya memakai skirt waktu itu.

"Argh!!!" kuat Armine menjerit. Gibran yang sedang mengambil bunga api, terus melepaskan ke tanah dan berlari ke arah Armine yang menjerit. Celah paha Armine sudah merah melecur.

"Itu lah.. mummy tak bagi main, nak main juga" kata Puan Sri Sara yang mahu melihat kesan lecur tetapi ditegah Armine.

"Sini la mummy tengok" pinta Puan Sri Sara. Armine geleng laju.

"Nak abang.." pinta Armine yang sudah berjurai air matanya. Sejak itu, Gibran yang memandikan dan meletakkan ubat pada Armine. Tetapi tidak lama kerana selepas itu Armine hilang tanpa jejak.

#Flashbackend#

"Gib, are you okay?" soal Raffa apabila melihat Gibran yang sudah hanyut dibawa memori.

"Aku sebenarnya tak pasti samada Armine masih hidup atau pun tak tapi aku akan penuhi permintaan nenda" kata Gibran. Rantai dan loket yang ada di tangan dibawa simpan semula.

Puas Raffa cuba ingatkan sipemakai tapi tidak ingat. Faktor usia agaknya.. Itulah umur dah meningkat pun masih tidak berumahtangga. Bukan dia tidak mahu tapi kerja dan kehidupannya bahaya, bimbang keselamatan isterinya nanti. Isteri? Ting!

"Gib!" panggil Raffa. Dia sudah ingat siapa pemakainya.

Gibran yang sedang berbual di telefon mengangkat tangan minta tunggu dan tidak lama talian dimatikan.

"Raf, Haifa nak keluar. Kau tolong tengokkan dia. Aku dengan Naz ada metting dengan client" kata Gibran sambil bangun lalu menyarung coat pada tubuh dan melangkah ke arah pintu pejabatnya. Waktu itu Nelly telah pun ada di muka pintu bersama fail di tangan.

"Okay" balas Raffa. Terus terlupa dengan apa yang hendak dia katakan pada Gibran tadi.

+++

"Eh, dah sampai?" soal Haifa sebaik pintu rumah dibuka. Waktu itu Raffa telah sedia di tepi pintu kereta. Raffa hanya senyum. Haifa melolos masuk ke bahagian penumpang hadapan manakala Raffa ke bahagian pemandu.

"Kita nak ke mana?" soal Raffa.

"Hm... saya nak beli barang dapur. Tak kisah la mana-mana pasaraya pun, yang dekat-dekat sini je" kata Haifa sambil memakai seatbelt. Raffa angguk. Pedal ditekan dan kereta laju meluncur. Lebih kurang dua puluh minit kedua mereka sampai di sebuah pasaraya.

"Awak ikut sekali ke?" soal Haifa sebaik kedua-duanya keluar dari kereta. Raffa angguk.

"Ya. Tapi ikut dari jauh saja. Arahan big boss" kata Raffa. Haifa angguk lalu kedua-dua mereka melangkah masuk ke bahagian barang basah bersama troli. Mata Haifa memerhatikan barang-barang yang mahu dipilih hingga tidak sedar terlanggar troli pelanggan lain.

"Sorry-sorry" laju Haifa minta maaf.

"Puan Sand"

"Puan Haifa"

Sama-sama menyapa. Sudahnya kedua-duanya ketawa.

"Sorang saja?" soal Haifa.

"Eh, tak. Berdua. Suami saya kejap lagi sampai" kata Sand.

"Puan Haifa?" soal Sand pula.

"Tak payah formal sangatlah, kita bukan dalam tugas" kata Haifa. Sand angguk dan senyum.

"Saya dengan Raffa, ada di belakang tu. Gibran minta temankan" kata Haifa sambil ditunjukkan ke arah belakangnya. Sand angguk.

"Sayang isterikan" usik Sand.

Raffa yang sedang memerhatikan Haifa terus bulat matanya apabila melihat Sand sedang berbual bersama Haifa. Rasa teragak-agak mahu mendekati dua wanita itu tapi kaki sudah pun melangkah menghampiri. Haifa yang sedari kehadiran Raffa terus tersenyum.

"Puan Sand pun ada sekali?" sapa Raffa sambil memandang pada leher Sand. Elok tergantung loket yang sama seperti dalam simpanan Gibran. Tidak syak lagi, Sand orangnya. Tapi dia tidak boleh terburu-buru. Tak kan tiba-tiba nak tanya pasal keluarga dia pula. Raffa bingung.

"Raf!" kuat suara Haifa memanggil Raffa.

"Hah? sorry-sorry" balas Raffa sambil tangan naik garu kepala tak gatal.

"Saya tanya, nak ikut sekali tak?" kata Haifa sambil beriringan ke kaunter pembayaran.

"Nak ke mana?" soal Raffa. Haifa pandang Raffa di sisinya.

"Minum la.. ish, awak fikir apa ni Raf?" soal Haifa yang sudah tergeleng kepala. Raffa hanya tersenyum menutup malu. Dipandang pada troli yang ditolak Haifa, sudah banyak barang dibelinya. Asyik sangat fikir pasal loket sampai tak sedar Haifa sudah selesai memilih barang.

"Sayang!" panggil Syam pada Sand yang berdiri di luar kaunter. Sand senyum sambil lambai tangan.

Setelah barang kedua-dua wanita itu dibayar, mereka melangkah beriringan menuju ke arah Syam. Barang pada Haifa dipengang Raffa manakala barang-barang pada Sand diserah pada Syam. Keempat-empat mereka berjalan menuju ke Papparich berhampiran. Tempat duduk diambil melepas lelah.

Baru saja dilabuhkan duduk, telefon Haifa berbunyi. Pada skrin tertera nama hubby. Icon hijau digesek.

"Hello" Haifa mulakan bicara.

"Where are you, honey?" soal Gibran di sebelah sana.

"Oh, ada di Papparich kat dalam mall ni. Berhenti minum sekejap. Sand dengan Tuan Syam pun ada." balas Haifa.

"Okay. Take care honey" pesan Gibran.

"Okay, hubby. Bye" balas Haifa lalu talian dimatikan.

"Haifa, order" kata Sand. Haifa kemudian memilih pesanan dan ditulis Sand lalu menyerah pesanan pada waitress.

"Puan Haifa masih bercuti ke?" soal Syam sebaik waitress meninggalkan meja mereka.

"Ya Tuan. Masih cuti" balas Sand.

"Selamat bertugas di tempat baru. Jangan risau, Tuan Aniq okay, pegawai dan anggota pun sama" kata Syam pada Haifa. Haifa angguk lega.

"Sebelum ni tugas di mana?" soal Sand pula.

"Saya tugas di bahagian pentadbiran" balas Haifa.

"Bukan tugas luar negara ke dulu?" soal Sand pula.

"Oh, itu beberapa tahun lepas" kata Haifa. Rancak mereka bertiga berbual sambil menikmati hidangan masing-masing. Raffa pula hanya jadi pemerhati, lebih tepat pada memerhati loket pada leher Sand. Rasa gatal sahaja mulutnya mahu bertanya tapi bimbang disalaherti pula.

"Encik Raffa diam je dari tadi" tegur Sand. Raffa senyum.

"Nak berbual tapi macam tak masuk pula bila pegawai-pegawai polis berbual pasal kerja" gurau Raffa. Ketawa kecil mereka bertiga dengan ayat Raffa.

"Er.. Puan Sand. Saya tanya sikit boleh tapi bukan mengenai kerja" soal Raffa. Rasa tak senang selagi tidak ditanya. Sand kerut kening.

"Tanya apa? kalau boleh jawab, saya jawab" balas Sand sambil menyisip minuman di depannya.

"Puan Sand asal dari mana?" soal Raffa. Sand senyum. Dia dapat mengagak soalan yang bakal ditanya Raffa.

"Kenapa?" Sand tidak menjawab sebaliknya menyoal Raffa kembali.

"Raut wajah Puan macam mix" jawab Raffa jujur.

"Saya tak pasti dari mana asal saya, apa yang saya boleh beritahu. Saya dibesarkan di rumah anak yatim" balas Sand lalu memandang Syam di sisinya.

"Mujur juga ada orang yang sanggup terima anak yatim macam saya" sambung Sand lagi. Syam senyum sambil menggenggam jemari Sand yang berada di ribaannya.

"Tak cari keluarga kandung Sand?" soal Haifa pula.

"Mana saya cari Haifa.. siapa diaorang pun saya tak tahu. Apa yang ada pada saya hanya loket ni saja" kata Sand sambil loket di leher dipegang.

"Kalau saya.." Raffa tidak sempat habiskan ayat, terdengar suara yang amat dikenalinya.

"Honey" tegur Gibran sebaik melangkah masuk ke dalam restoran dan menghampiri meja mereka. Haifa yang mendengar namanya dipanggil terus menoleh.

"Eh, hubby" tegur Haifa lalu bangun mendapatkan Gibran. Waktu itu Sand, Syam dan Raffa juga sudah bangun. Syam dan Sand ke kaunter membuat bayaran manakala Raffa pula mendapatkan Gibran dan Haifa yang sudah berada di luar restoran. Penuh tangan Raffa dengan barang yang dibeli Haifa.

"Dah siap makan?" soal Gibran.

"Dah, hubby nak makan? honey temankan" kata Haifa.

"No need. Hubby dan makan dengan Naz lepas metting dengan client tadi" balas Gibran sambil memeluk pinggang Haifa. Tidak lama Syam dan Sand melangkah keluar. Syam berjabat salam dengan Gibran, Sand pula hanya angguk dan senyum.

"Encik Gibran lambat sikit saja, kalau tidak boleh join sekali" Sand mulakan kata.

"Oh, it's okay" balas Gibran.

"Haifa, kalau macam tu saya gerak dulu la" kata Sand pada Haifa.

"Next time roger-roger kalau nak keluar minum" kata Haifa pula. Sand angguk dan senyum.

Syam pula hulur salam pada Gibran dan Raffa. Sewaktu Sand membetulkan jaket yang dipakai, loket terkeluar dari t-shirt. Gibran yang melihatnya memandang tidak berkelip. Sand waktu itu sudah berpusing mahu melangkah pergi.

"Armine!" panggil Gibran. Sand yang sedang melangkah terus kaku kakinya. Perlahan ditoleh ke belakang.

(17/09/2020 @ 1802hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience