Bab 78

Romance Completed 685114

Password pada pintu ditekan dan daun pintu ditolak perlahan. Terang keadaan di dalam rumah dan sebaik Gibran memusing tubuh mengadap ke dalam rumah setelah menutup pintu rapat, tertegak Haifa di depannya.

"Honey!" laju Gibran menyapa. Terkejut dia dengan kehadiran Haifa. Tanpa kata, Haifa terus memeluk tubuh Gibran. Erat sekali. Gibran yang terkejut dengan tindakan Haifa pantas membalas pelukan wanita itu. Diusap perlahan belakang tubuh Haifa. Haifa mendongak memandang Gibran.

"What?" soal Gibran. Haifa geleng perlahan.

"Come" ajak Gibran sebaik pelukan dileraikan. Briefcase yang tadi terjatuh di atas lantai, diambil semula. Jemari Haifa pula kemas dalam genggamannya. Ditarik Haifa ke arah sofa di ruang tamu dan briefcase diletakkan di atas meja kopi lalu dilabuhkan duduk. Haifa juga mengikut sama. Lengan Gibran dipaut rapat.

"Kenapa tak tidur lagi?" soal Gibran. Wajah Haifa di sisi dipandang. Haifa tidak membalas. Hatinya rasa lega kerana Gibran pulang dengan selamat walaupun dia pasti ada sesuatu yang berlaku kerana pakaian yang dipakai Gibran tidak sama dengan pakaian yang dipakai sewaktu dia keluar tadi. Jemari Gibran dicapai, dapat dilihat kesan merah yang masih baru pada buku limanya. Wajah Gibran dipandang. Soalan Gibran tadi dibiarkan tanpa jawapan. Sebaliknya dia pula yang mengajukan soalan.

"What happened?" soal Haifa. Tubuh dikalihkan mengadap Gibran. Wajahnya penuh pengharapan jawapan.

"Don't worry, it's all over" balas Gibran. Haifa pandang tepat wajahnya. Gibran tarik nafas panjang. Kedua tangannya naik memegang kedua pipi Haifa.

"Honey.. tak ada apa yang hubby nak terangkan. it's all over now" kata Gibran.

"Micheal?" soal Haifa. Wajah Gibran tiada riak apabila sepatah nama itu disebut Haifa.

"He's dead" balas Gibran pendek.

"How?" soal Haifa lagi. Kepala digeleng perlahan. Inilah dia Haifa, selagi tak dapat jawapan yang dia mahu, selagi itu akan disoal hingga puas hati.

"What?" soal Haifa apabila melihat Gibran yang menggelengkan kepala.

"I know, you will keep asking until you get the answer you need" kata Gibran. Menjeling Haifa. Muncung bibirnya.

"Don't do like that.." kata Gibran perlahan.

"Buat apa?" marah Haifa. Marah mengada, bukan serius pun.

"Dah la, tak nak bagitau sudah!" laju Haifa bangun berdiri mahu meninggalkan Gibran tetapi pantas pergelangan tangannya disambar Gibran. Laju Haifa memandang tangannya yang berada dalam pegangan Gibran.

"Where are you going?" soal Gibran.

"Tidur! hubby tidur la sorang-sorang kat sini" meleret jelingan diberikan pada Gibran. Gibran senyum senget. Pegangan tangan yang masih belum dilepaskan, pantas ditarik hingga Haifa terjatuh di atas ribaannya.Terus dipeluk rapat tubuh itu. Naik lemas Haifa. Kalut dia meronta minta nyawa.

"Hubby! lemas la.." Haifa sudah bersuara. Pantas Gibran melonggarkan pelukan. Bimbang juga kalau Haifa benar-benar tidak dapat bernafas.

"Lemas?" soal Gibran. Berkerut dahinya. Risau juga.

"Lemas.. lemas dalam cintamu.. kui kui kui" Haifa ketawa suka apabila dapat mengenakan Gibran. Gibran terkebil-kebil memandang Haifa. Haifa pula ambil kesempatan untuk lepaskan diri. Laju dia bangun dari ribaan Gibran dan berlari masuk bilik. Gibran apa lagi, terus bangun mengejar Haifa. Ingat boleh lari.. terjerit-jerit Haifa digeletek Gibran hingga terguling-guling keduanya di atas katil.

"Okay.. okay.. I'm surrender" Haifa angkat tangan tanda menyerah. Tidak tahan dia apabila digeletek begitu. Tersandar Haifa di kepala katil. Gibran pula tersenyum menang.

"Sejak bila pandai buat pick-up line ni?" soal Gibran yang sudah kembali ke katil setelah menukar pakaian, dipanjat katil dan diselinap masuk di bawah selimut. Haifa tersenyum suka.

"Mana?" soal Haifa segan.

"Mana apa?" soal Gibran pelik.

"Mana cukup cintamu.." balas Haifa gedik. Besar senyum Gibran sambil tergeleng kepala. Parah.. parah.. Gibran tiba-tiba pegang dada. Haifa yang tadi elok bersandar di kepala katil terus duduk tegak apabila melihat tangan Gibran naik memegang dada.

"Hubby, kenapa pegang dada? sakit ke?" soal Haifa. Gibran geleng perlahan.

"Dah tu?" soal Haifa lagi. Dah kenapa pula dia ni, takkan sakit jantung.

"Hubby tanya dada. Nama siapa di dalamnya? cia cia cia.." kata Gibran sambil senyum menggoda. Haifa pula terus melayan suka. Tersenyum-senyum dia di sisi Gibran.

"Nama siapa?" soal Haifa teruja.

"Aci jual maruku" laju Gibran membalas.

"Hubby!! menyampah tau!" marah Haifa lalu diambil bantal pantas dibaling pada Gibran. Ketawa besar Gibran. Suka dia mengusik Haifa. Tubuh Haifa ditarik rapat pada tubuhnya yang bersandar di kepala katil lalu dilabuhkan cium pada pipi wanita kesayangannya itu. Muncung-muncung bibir Haifa tidak puas hati. Gibran pula tidak habis-habis ketawa sebelum dia bersuara. Serius bunyinya.

"You know, kalau bukan disebabkan Along, I might not be here now" kata Gibran. Bahu Haifa diusap lembut. Haifa toleh ke sisi.

"What do you mean?" soal Haifa tidak mengerti. Gibran hela nafas panjang.

"Mike shoot me" balas Gibran. Tertegak tubuh Haifa. Terus dikalih tubuhnya mengadap Gibran.

"What? Mike shoot you?! tak guna, berani dia!" marah Haifa tidak percaya. Besar matanya memandang Gibran tetapi Gibran hanya begitu wajahnya, tiada rasa.

"But Along had shot him before Mike fired a shot at me" terang Gibran. Gibran pandang Haifa. Sebaris senyuman diberi.

"Dah.. tak guna marah, dia dah tak ada pun" kata Gibran lalu ditarik semula Haifa rapat ke tubuhnya. Haifa diam. Nasib baik umur dia tak panjang, kalau tidak.. memang nahas Micheal ni. Tangan kanan Gibran yang berada di dada dicapai.

"Ini luka disebabkan Mike?" soal Haifa. Diusap perlahan belakang tangan yang masih berbekas merah. Gibran hanya senyum senget tanpa membalas.

"Honey.. how about Umii and Amin?" soal Gibran tiba-tiba.

"Kenapa dengan Umii dan Amin?" soal Haifa tidak faham. Tiba-tiba keluar pasal Umii dan Amin pula.

"Next week Amin should start school. Lusa hubby minta Randy dan Akim bawa balik Umii dan Amin. Kak Ina juga" kata Gibran.

"Okay.. so?" soal Haifa masih tidak mengerti. Haifa tayang wajah blur.

"Where should they live, mansion or here?" soal Gibran. Haifa terdiam. Ya juga..

"Hubby rasa?" soal Haifa pula.

"Up to you, honey" balas Gibran.

"Rumah agam tu dah okay kan?" soal Haifa lambat-lambat.

"Dah okay? maksud dah okay tu, okay yang macam mana?" soal Gibran tidak mengerti. Serba salah pula mahu Haifa luahkan.

"Er.. kan Abang Kudin dengan Lan.." ayat Haifa tergantung. Mata terkelip-kelip memandang Gibran.

"Oh. Don't worry. The house has been renovated and the interior has changed" terang Gibran. Haifa angguk.

"Kalau macam tu, ke rumah agam je la. Tapi.. nanti kita ke sana dulu boleh sebelum Umii dan Amin balik" pinta Haifa. Gibran angguk dan senyum.

"Anything for you honey" balas Gibran.

"Tapi.. kita kena tinggal di sana juga ke?" soal Haifa.

"Why do you ask?" soal Gibran. Haifa geleng.

"Nothing.. but I like here" balas Haifa jujur.

"So.. we live here. Umii and Amin stay at mansion. Nanti sesekali kita lawatlah mereka. Okay?" soal Gibran. Laju Haifa angguk.

"Dah, kita tidur. Dah lewat sangat" kata Gibran sambil jam di dinding dijeling, hampir jam tiga setengah pagi, patutlah matanya berat mahu terpejam. Suis lampu meja sisi ditekan. Begitu juga Haifa. Gelap bilik tidur, hanya cahaya dari celah-celah langsir sahaja yang masuk ke bilik.

+++

"Honey" sapa Gibran lalu dilabuhkan cium pada pipi Haifa yang sedang menuang air kopi ke dalam cawan dan dilabuhkan duduk di kerusi. Haifa pula setelah selesai menuang air, dia juga turut melabuhkan duduk. Telefonnya yang berada di atas meja dicapai, skrin yang tadi gelap, apabila disentuh terus menyala lalu dihulurkan pada Gibran. Gibran yang sedang menyisip kopi memandang wajah Haifa, kening diangkat tanda bertanya.

"Bacalah" pinta Haifa. Gibran letakkan semula cawan di atas piring air lalu telefon yang dihulur Haifa disambutnya. Harian Metro. Bulat matanya memandang tajuk berita online tersebut.

"Tembak-menembak antara dua kumpulan gengster tumpas di tangan pihak polis" Gibran membaca dengan jelas. Butiran berita dibaca. Kemudian bibir pamer senyum senget. Hebat juga Q, mujur juga dia sudi membantu. Nak kena jumpa Danny juga ni..

"Hubby" panggil Haifa. Gibran masih ralit dengan berita yang dibacanya.

"Hubby" panggil Haifa lagi. Aih, biar betul, kusyuknya dia ni.

"Hubby" panggil Haifa lagi bersama tepukan perlahan pada lengan Gibran. Laju kepala mendongak memandang Haifa.

"Yes, honey" sahut Gibran.

"Itu kerja hubby kan?" soal Haifa tanpa berlapik. Gibran tidak membalas sebaliknya telefon diserah semula pada Haifa. Baki air kopi di dalam cawan, diteguk habis lalu tubuh dibawa berdiri. Sebelum melangkah pergi pipi Haifa dicium lagi.

"Bye honey. Love you" kata Gibran lalu meninggalkan Haifa yang penuh tanda tanya.

"Tak apa.. nanti aku tanya Sand" kata Haifa sendiri.

+++

"Kau ada baca Harian Metro?" soal Gibran pada Raffa sebaik dia melabuhkan duduk di tempat duduk penumpang belakang. Raffa pandang Gibran melalui cermin pandang belakang.

"Nope. Why?" soal Raffa sambil memandu keluar dari tempat parking.

"Nothing" balas Gibran sepatah.

"What happened to Victor?" soal Gibran. Mata dibuang pandang ke luar kereta.

"He's dead" balas Raffa. Gibran angguk.

"So, what's your plan now?" soal Raffa.

"I want to go to London" balas Gibran pendek. Raffa memandang sekilas pada Gibran melalui cermin pandang belakang.

"When?" soal Raffa.

"Dalam masa terdekat" kata Gibran.

"Siapa lagi?" soal Raffa. Gibran diam berfikir.

"Who do you think should go?" soal Gibran inginkan pendapat. Raffa diam seketika sebelum membalas.

"Kau dengan Sand yang sepatutnya pergi tetapi pada aku, Gill ikut bersama pun lebih baik" kata Raffa telus. Gibran anggukkan sedikit kepalanya, dia juga fikirkan perkara yang sama.

"Okay. I'll tell you later" balas Gibran.

"Kau dah bincang dengan Haifa pasal Puan Fazidah dan Amin?" soal Raffa. Gibran angguk.

"Send them to mansion. Kau atur orang ambil mereka esok" kata Gibran.

"Okay" balas Raffa sepatah.

(21/12/2020 @ 2133hrs)

Share this novel

liyana
2021-02-01 22:48:04 

eeei dia main pickupline plk dah

Noraliza Mohamad
2020-12-26 18:52:40 

next plezz..


NovelPlus Premium

The best ads free experience