Bab 9

Romance Completed 698978

"Where are we going Sir?" soal Raffa pada Gibran di tempat duduk belakang.

"My home" kata Gibran.

"Ok" balas Raffa lalu pedal ditekan dan kereta meluncur laju meninggalkan rumah Haifa.

Gibran memandang ke luar cermin kereta. Ikutkan hati, dia masih mahu tinggal di rumah tersebut tetapi bahaya bagi Haifa, Umii dan Amin jika keberadaan mereka diketahui. Sehingga kini puas dia memikirkan siapa yang sanggup melakukan perkara tersebut pada dirinya. Bila dia ingatkan balik hampir seminggu dia hilang sebelum dia berjaya masuk ke rumah Haifa.

"Apa jadi pada George?" soal Raffa. Raffa memandang Gibran melalui cermin pandang belakang.

"Dia mati di tempat kejadian" balas Raffa. Penumbuk kuat digenggam.

"Who else knows about this?" soal Gibran.

"Nobody Sir. they thought you and George were going to Italy" kata Raffa lagi.

"Good. Keep like that" balas Gibran. Dia perlu siasat siapa dalang disebalik kejadian yang berlaku padanya. Tak mustahil ada musuh dalam selimut.

"Sir, are you okay stay alone right now?" soal Raffa sebaik sampai di rumah milik Gibran. Gibran yang sudah tersandar di sofa menjeling pada Raffa yang tegak berdiri.

"Tell them to stay like usual and you stay in my house" arah Gibran.

"Kak Ina?" soal Raffa. Gibran duduk tegak dan mengeluh perlahan.

"Minta Kak Ina datang pagi esok. Kerja macam biasa. Abang Kudin sekali" kata Gibran lalu bangun mendaki tangga ke tingkat atas.

"Okay Sir" balas Raffa.

Gibran menolak daun pintu bilik tidurnya dan tubuh dibantingkan ke atas katil. Bantal peluk diambil dan dipeluknya rapat. Terpejam mata membayangkan Haifa. Rindu pada bau Haifa. Sudah lama dia tidak tidur lena. Berada di rumah Haifa dan tidur di atas katil yang lekat dengan bauan Haifa buatkan dirinya mudah dijemput lena. Haifa..

Tok tok tok

Mata terpisat-pisat apabila terdengar pintu bilik diketuk. Jam di dinding ditoleh. Lamanya dia terlelap. Dengan malas Gibran bangun dan menuju ke arah pintu bilik. Daun pintu ditarik.

"Ya, what's up?" soal Gibran.

"Do you want to eat anything Sir?" soal Raffa. Gibran hela nafas panjang.

"Dah dah la Raf, sakit telinga aku ni. Sir sir sir" kata Gibran lalu melangkah masuk semula ke katil dan dilabuhkan duduk. Raffa senyum.

"Kau boss.. aku kuli" balas Raffa. Gibran jeling.

"Dah la kau! Malam ni makan apa?" soal Gibran.

"La.. lapar. Ingatkan dah kenyang" usik Raffa. Gibran bangun dari birai katil menuju ke bilik air.

"Aku dah minta Naz keluar beli makan. Kau mandi dulu. Aku tunggu di bawah" kata Raffa. Gibran hanya angkat tangan lalu masuk ke bilik air. Raffar keluar dan menutup rapat pintu bilik.

"Apa plan kau sekarang?" soal Raffa pada Gibran yang sedang menikmati pizza di ruang makan.

"Esok ikut aku masuk office. Aku nak kau hantar orang untuk tengokkan Umii dan Amin" kata Gibran. Raffa senyum senget.

"Umii dan Amin ke.. Haifa?" usik Raffa. Gibran jeling.

"Okay.." balas Raffa.

+++

"Morning Sir" sapa Nelly sebaik Gibran masuk melintasi mejanya.

"Morning. Anything for me?" soal Gibran pada Nelly sebaik kaki berhenti melangkah di hadapan meja itu.

"Setakat ni tiada apa-apa Tuan" balas Nelly yang tegak berdiri bersama Ipad di tangan. Gibran angguk lalu meneruskan langkahnya ke pejabat bersama Raffa di belakang.

Tubuh dihempas perlahan pada kerusi pejabatnya. Mata memerhatikan sekeliling. Raffa dipandang dan isyarat mata diberi. Tanpa menunggu lama, Raffa memulakan tugasnya. Habis semua tempat dan ceruk dalam pejabat Gibran dicari dan akhirnya jumpa juga di dalam jarum jam di dinding. Kamera dicabut dan diserah pada Gibran.

"Aku dah agak" kata Gibran.

"Kau siasat siapa yang masuk dan pasangkan benda ni!" arah Gibran. Raffa angguk lalu kamera tadi disimpan di dalam poket lalu melangkah keluar dari pintu tetapi belum sempat pemegang pintu dipegang, daun pintu telah terbuka.

"Tuan Megat" sapa Raffa. Tidak jadi dia hendak keluar. Tengku Afiq angguk pada Raffa.

"Uncle" sapa Gibran lalu bangun mendapatkan Megat Afiq.

"Bila balik? kenapa tak bagitau uncle, boleh uncle minta Milia ambil di airport" kata Megat Afiq sambil tubuh Gibran dipeluk mesra.

"Baru lagi, it's okay. Raf ada" balas Gibran dan pelukan dilepaskan.

"Ni dah kenapa muka macam ni?" soal Megat Afiq.

"Takkan bergusti dengan Raf lagi?" soal Megat Afiq sambil melabuhkan duduk di kerusi dan wajah Raffa dipandang. Tau sangat dengan Gibran, tak ada benda lain nak dibuat untuk isi masa lapang. Raffa la yang jadi mangsa sparingnya. Gibran dan Raffa saling memandang dan hanya senyum.

"Gib, aku keluar dulu" pinta Raffa. Gibran angguk.

"Tuan Megat, saya keluar dulu" Raffa bersopan.

"La.. baru uncle nak ajak sarapan. Milia kejap lagi sampai la tu" kata Megat Afiq. Gibran buat muka pada Raffa, minta bantuan. Raffa garu pelipis tak gatal.

"Okaylah" balas Raffa.

"Gib.." nyaring suara Milia sebaik daun pintu pejabat Gibran ditolak. Aduh.. bala dah sampai!

"Hah, sampai pun anak daddy" tegur Megat Afiq. Tersenyum Milia pada daddynya lalu melangkah laju ke arah Gibran dan tanpa silu dilabuhkan duduk pada armrest kerusi Gibran. Merah telinga Gibran. Raffa simpan senyum.

"Marilah uncle kita ke cafe, sarapan" laju Gibran bangun, mujur Milia tak jatuh.

"Hey! nasib baik I tak jatuh. You ni.." Milia bersuara manja. Lengan Gibran dicapai tetapi perlahan Gibran menepisnya dan laju dia bergerak ke sisi Raffa.

"Gib!" marah Milia sambil hentak kaki. Megat Afiq geleng kepala.

"Dah.. Gib penat tu, dia baru sampai semalam kan" Megat Afiq bersuara. Keempat-empat mereka menuju ke lift untuk turun ke cafe syarikat.

"How your daddy and mummy?" soal Megat Afiq sebaik dilabuhkan duduk pada kerusi cafe.

"Diaorang sihat" balas Gibran lalu melabuhkan duduk di hadapan Megat Afiq. Tidak lama datang pelayan membawa makan. Terdapat bilik khas untuk VVIP syarikat ini untuk makan, tidak bercampur dengan bahagian luar cafe, untuk privasi. Milia yang baru sampai terus melabuhkan duduk di sisi Gibran, Raffa yang ada di meja hanya memandang Gibran yang tidak selesa.

Perbualan semasa sarapan pagi itu hanya berkisar mengenai syarikat sahaja, tiada yang lain. Milia sudah buat muka bosan.

"Daddy.. boringlah. Asyik business je.." Milia menyampuk. Gibran toleh pada Milia. Kalau boring, tak payah tunggu. Pergi je la.. ayat itu hanya bergema dalam fikiran sahaja, tidak diluahkan. Megat Afiq ketawa.

"Kita di office kan, so we talk about work. Right Gib?" soal Megat Afiq pada Gibran. Gibran hanya angguk mengiyakan.

"You ni Gib.. bukan nak back-up I" Milia dah muncung tapi tak dipeduli Gibran. Kopi dalam cawan diteguk.

"Ish, nak balik lah" kata Milia lalu bangun. Balik la cepat sikit.. Gibran berkata dalam hati.

"Raf, hantar I balik" pinta Milia lalu menarik lengan Raffa yang sedang makan. Tergesa-gesa Raffa mengikut Milia. Gibran senyum pada Raffa. Layanlah kau Raf.. Megat Afiq geleng kepala.

"Umur dah meningkat pun perangai masih macam budak-budak" kata Megat Afiq.

"Kahwinkan je dia Uncle" laju Gibran membalas. Megat Afiq tegak memandang Gibran. Gibran dah terkaku. Tolong la jangan sebut!

"Kalau Gib setuju, uncle tak kisah" kata Megat Afiq. Dia sebut juga.. terus Gibran letak cawan pada piring. Gibran berdeham.

"Uncle. Uncle pun tahukan, Gib anggap Lia macam adik sendiri. Tak lebih dari tu" kata Gibran perlahan. Tidak mahu hubungannya dan keluarga Megat Afiq yang dibina bertahun-tahun oleh daddynya musnah.

"Uncle cuba nasib" balas Megat Afiq sambil ketawa nipis. Gibran senyum sumbing. No way uncle, saya takkan duakan Haifa.

Telefon Gibran berbunyi. Diskrin telefon nama Raffa.

"Sorry uncle, Gib jawab call sekejap" Gibran minta diri lalu bangun dari kerusi dan bergerak ke arah hujung bilik. Icon hijau digesek.

"Ya Raf" Gibran bersuara.

"Gib, Naz baru call dia bagitau Haifa ada di KL" kata Raffa.

"What? When?" soal Gibran tidak percaya.

"Baru sampai dan dia menginap di Hotel Indah Kasturi" kata Raffa.

"Indah Kasturi? hotel Caden?" soal Gibran.

"Yup" laju Raffa balas.

"Keep eye on her" arah Gibran. Talian dimatikan. Cepatnya dia sampai.

"Gib, ada masalah ke?" panggil Megat Afiq. Gibran toleh kepala.

"Eh, no. Tak ada" laju Gibran membalas dan melangkah ke arah meja dan dilabuhkan semula duduknya.

Setelah selesai bersarapan, Gibran naik semula ke pejabatnya manakala Megat Afiq pula kembali ke pejabatnya yang terletak bersebelahan dengan bangunan pejabat Gibran.

+++

"Intan, aku dah sampai kat hotel suami kau ni" Haifa bersuara di talian.

"Okay, aku ada di hotel ni. Tunggu aku di lobby" balas Intan. Tidak lama Intan sampai dan menyapa Haifa.

"Haifa" panggil Intan. Haifa bangun dari kerusi dan dapatkan Intan.

"Nah ni kunci bilik" kata Intan lalu menyerahkan kad bilik pada Haifa.

"Ecah" Intan memanggil Aishah.

"Ya" laju Aishah melangkah menghampiri Intan.

"Ni kawan saya, saya nak awak yang jaga kawan saya ni sepanjang dia ada di sini. Saya dah maklumkan Cik Rahim mengenai ni, so jangan risau okay" kata Intan. Aishah hanya angguk.

"Ni Aishah. Kalau ada apa-apa, kau cari dia ya" kata Intan.

"Tolong tunjukkan Haifa bilik" kata Intan pada Aishah.

"Thanks Intan" balas Haifa. Intan tunjuk tumb up sambil senyum.

"Haifa, kejap" panggil Intan.

"Lupa pula aku. Ni" sampul yang dikepit pada tangan diserahkan pada Haifa. Haifa pandang Intan.

"Aku ada cakap nak semak dengan interpol kan. Kau tengok la sendiri. Butiran diri dia banyak dihitamkan. Nama sebenar ditutup. Cuma butiran tak penting saja yang dapat dilihat. Aku rasa boleh jadi dia ni interpreter, important person atau pun wanted person sebab bukan sembarangan orang yang butiran diri dihitamkan macam tu" kata Intan. Haifa angguk. Ish.. siapa pulak la dia ni..

"Thanks Intan. Kau banyak bantu aku" kata Haifa.

"It's okay. Aku gerak dulu. Aishah" panggil Intan. Intan datang kembali pada Haifa.

"Bye" Intan meninggalkan Haifa dan Aishah. Sampul dipegang rapat di dada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience