Bab 76

Romance Completed 684540

Tok tok tok

"Come in" kuat suara Gibran berbunyi.

Daun pintu pejabat Gibran ditolak dari luar. Terjenggul wajah Nelly di celah pintu. Gibran dongak memandang wajah Nelly yang nampak serba salah.

"Yes Nelly" mendatar suara Gibran bertanya.

"Er.. sorry Sir" Nelly bersuara teragak-agak.

"What?" soal Gibran. Nelly yang waktu itu baru hendak buka mulut tiba-tiba daun pintu ditolak besar. Micheal tanpa rasa bersalah melangkah masuk ke pejabat Gibran. Memerah wajah Gibran menahan sabar.

"It's okay Nelly" balas Gibran pada Nelly. Nelly angguk lalu keluar dan pintu pejabat Gibran ditutup rapat. Micheal tanpa dipelawa terus melabuhkan duduknya di sofa ruang tamu pejabat Gibran manakala Victor pula setia tegak berdiri di sisi Micheal.

"What do you want, Mike" soal Gibran lalu bangun dari kerusinya lalu duduk di hadapan birai meja kerjanya. Micheal ketawa mengejek.

"Don't ask, you know what I want, Gib" balas Micheal sambil menyalakan api rokoknya. Tiba-tiba daun pintu ditolak kasar. Terjenggul wajah Raffa dan Naz. Laju kedua mereka melangkah masuk tanpa disuruh. Micheal yang melihat kehadiran Raffa dan Naz ketawa lagi.

"Oh.. Your loyalty dog is here.." ejek Micheal. Asap rokok dihembus ke udara. Berkepuk asap putih di dalam pejabat Gibran.

"Hey! watch out your mouth if you don't want walk out from here without your tongue!" tinggi suara Raffa menengking. Micheal ketawa lagi. Rokok yang masih bernyala ditenyeh di atas meja kopi. Gibran yang melihat tindakan Micheal hanya diam tidak berbunyi, padahal dalam hati sudah membengkak amarahnya.

"Well well wel.. if you still want to play. Okay, I'm in but do not regret it" kata Micheal lalu bangun dari sofa sambil membetulkan coat pada tubuhnya.

"We will see who will regret!" balas Gibran. Terketar-ketar tangannya menahan marah. Ikut rasa hatinya memang dah berlubang kepala Micheal dengan pelurunya. Micheal buka langkah menuju ke arah pintu pejabat Gibran dan sebelum dia melangkah keluar, Micheal toleh ke arah Gibran sambil tangannnya menyeluk ke dalam poket coatnya untuk mengambil sesuatu. Raffa dan Naz sudah bersedia tangan di senjatapi masing-masing. Bukan boleh dipercayai sangat Micheal ni, banyak putar belit.

"Take this" sekeping gambar diserahkan pada Raffa. Pantas gambar tersebut dirampas. Micheal pula terus keluar bersama Victor. Berubah wajah Raffa apabila melihat orang di dalam gambar tersebut.

"Gib" Raffa bersuara sambil laju melangkah ke arah Gibran lalu menyerahkan gambar tadi kepada lelaki itu.

"Shit! dia nak main kotor!" marah Gibran. Gambar Puan Fazidah dan Amin, mereka mungkin dalam bahaya.

"Naz, you check who allowed Mike to get up here without my knowledge!" bergegar suara Gibran di dalam bilik tersebut.

"Okay sir" balas Naz lalu tanpa lengah terus dia melangkah keluar mencari receptionist yang bertugas. Sudah banyak kali dipesan, kalau ada sesiapa yang mahu berjumpa dengan CEO, mesti dapatkan kelulusan darinya dahulu. Memang nak mati la diaorang ni! yang susah, dia juga!

Gibran hempas duduk di kerusinya. Tak guna kau Mike! Arm rest dihentak. Raffa capai gambar Puan Fazidah dan Amin di atas meja lalu diteliti. Gambar Puan Fazidah dan Amin berada di dalam resort. Maknanya orang-orang Micheal tidak dapat mendekati mereka. Mereka tahu keberadaan Puan Fazidah dan Amin tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

"Gib, aku rasa orang-orang Mike tak dapat dekati Puan Fazidah dan Amin la. Cuba kau tengok betul-betul. That picture showing of them inside the resort. Ini bermakna mereka hanya pandang dari luar tanpa boleh sentuh Puan Fazidah dan Amin" terang Raffa sambil melangkah ke sisi Gibran dan menghulur gambar tadi kepada Gibran. Lama gambar tersebut diperhatikan Gibran dan kepala diangguk perlahan.

"Raff, kau aturkan orang ambil Umi dan Amin balik ke sini. Amin should have started school but Haifa has already dealt with the school, next week he will go back to school" arah Gibran.

"Where do you want to send them?" soal Raffa pula. Wajah Gibran dipandang.

"What do you think?" soal Gibran. Serabut pula fikirkannya. Rumah agam tu tak ada masalah, semua telah dibersihkan tapi dia tidak boleh ambil keputusan sendiri.

"The mansion" balas Raffa sambil melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Gibran.

"Aku pun rasa macam tu. Nanti aku bincang dengan Haifa tapi kau standby orang-orang untuk ambil Umi dan Amin" kata Gibran.

Tok tok tok

"Come in" Gibran bersuara. Daun pintu ditolak, Naz melangkah masuk lalu berdiri di tepi meja Gibran.

"Sir" sapa Naz.

"Hm. Dah dapat tahu siapa?" soal Gibran. Tajam dipandang Naz yang berdiri di sisi mejanya. Naz angguk.

"Laila who allowed Mike to go upstairs without informing me but she was a receptionist who had just started work and was no longer familiar with company rules" terang Naz. Walaupun ada sedikit gusar pada hatinya apabila melihat pandangan tajam Gibran, dia tetap perlu terangkan pada lelaki tersebut.

'Bumm!' meja ditepuk Gibran.

"Terminate her immediately!" keras suara Gibran mengarah. Tegak Naz memandang Gibran. Dia sudah agak, memang ini yang akan dikatakan Gibran.

"What? you can't do that?" soal Gibran kasar.

"If that's the case, you quit because you can't supervise employees efficiently" marah Gibran.

"But sir.." Naz cuba mahu berdiplomasi.

"Naz, rules is rules! If even simple rules cannot be followed, how can you bear with a greater responsibility" keras suara Gibran menegur. Raffa yang melihat rasa simpati pula.

"Gib.. ini kesalahan Laila yang pertama, just give her a warning letter is enough, there is no need to be fired" pujuk Raffa pula. Kata-kata Raffa tidak dibalas sebaliknya diberikan jelingan tajam.

"Naz, kau bagi surat amaran pada Laila. Jika berlaku lagi, dia akan terus dipecat. Bukan dia sahaja tapi sesiapa juga selepas ini." kata Raffa pada Naz.

"Baik. Sir, saya keluar dulu. Thanks Raff" ucap Naz lalu menundukkan sedikit kepala dan terus berjalan keluar dari pejabat Gibran.

"Gib.. aku tau kau stress tapi jangan sampai lepaskan pada orang lain" perlahan suara Raffa memujuk.

"Dah la, jom aku hantar kau balik. Dah pukul lima setengah pun" ajak Raffa lalu bangun dari kerusi dan melangkah ke arah pintu. Ditoleh ke belakang tetapi Gibran masih keras di kerusinya.

"Gib.. kau nak aku hantar kau balik ke, kau nak balik naik grab!" ugut Raffa. Ish! perangai macam budak-budak.

"Okay!" keras suara Gibran membalas. Kasar sahaja Gibran bangun dari kerusi. Setelah barang-barang disimpan di dalam briefcase, Gibran melangkah menuju ke arah pintu pejabat yang dibukakan oleh Raffa. Tergeleng kepalanya..

"Merajuk.. macam budak-budak!" kata Raffa perlahan sebaik Gibran melangkah melintasinya di celah pintu. Laju dijelingnya Raffa.

+++

"Jangan lupa jam sepuluh malam ni" kata Gibran pada Raffa sebaik kereta dipandu Raffa berhenti di hadapan lift basement rumahnya.

"Don't worry. Lepas ambik Gill, aku terus datang sini" kata Raffa yang sudah tertoleh ke tempat duduk penumpang belakang.

"But don't use this car" pesan Gibran.

"I know" Raffa angguk tanda faham.

"Semuanya dah diatur. Danny akan bantu. Q pun ada sekali tapi dia pantau dari jauh. Anything happened, he will help" tambah Raffa lagi.

Gibran angguk dan kemudian dia terus melangkah keluar dari kereta menuju ke lift. Setelah melihat Gibran hilang dalam perut lift, barulah Raffa bergerak meninggalkan tempat tersebut.

Password pada pintu ditekan dan daun pintu ditolak. Senyap sahaja rumahnya. Di mana Haifa.

"Honey" panggil Gibran sebaik melangkah masuk.

Senyap sahaja. Mana pula Haifa ni. Kepala ditoleh kanan dan kiri tetapi tiada kelibat Haifa. Kaki terus melangkah ke arah kolam renang apabila dia melihat riak air berkocak. Di situ rupanya. Tersenyum senget Gibran. Briefcase di tangan diletakkan di atas meja kopi ruang tamu lalu kaki terus melangkah masuk ke bilik tidur, tidak lama dia keluar semula siap dengan swim trunk di tubuh. Tanpa lengah kaki terus melangkah ke arah pintu sliding. Terhenti kakinya melangkah apabila melihat susuk tubuh Haifa yang melintuk liuk berenang di dalam kolam. Dari biasan air dapat dilihat pakaian yang dipakai Haifa. Bikini?!

Haifa yang tidak sedari kehadiran Gibran terus berenang di dalam kolam. Sudah lama dia mahu berenang cuma hari ini dapat dia lakukan. Itu pun apabila terjumpa bikini semasa mengemas pakaian untuk masuk kerja nanti. Sedang asyik berenang tiba-tiba kakinya ditarik seseorang. Apa lagi, mode fighting terus on. Diselam ke dalam air lalu kakinya yang dipegang tadi ditarik ke dada membuatkan Gibran tertarik ke arahnya dan apabila menyedari orang itu adalah suaminya laju Haifa melonjak ke permukaan air. Tercungap dia mendapatkan oksigen. Tidak lama Gibran muncul di permukaan air sambil tersenyum.

"Hubby!" jerit Haifa. Gibran ketawa suka lalu perlahan dia berenang mendapatkan Haifa di tengah kolam.

"So sexy" bisik Gibran sambil tangannya naik memeluk pinggang Haifa dan ditarik ke tempat yang lebih cetek di hujung kolam dan dilabuhkan duduk di tangga kolam. Haifa pula laju memaut leher Gibran.

"Tak pernah nampak pun baju ni, dah lama beli?" soal Gibran. Tajam matanya memandang tubuh Haifa yang terdedah. Memerah wajah Haifa kerana dia tahu ke mana arah mata lelaki itu kalau bukan ke tengah dadanya.

"Bukan beli, orang bagi" balas Haifa. Terus berubah wajah Gibran.

"Who?" soal Gibran. Tajam pandangan matanya. Haifa sudah ketawa suka.

"Intan la.. kita orang beli masa tugas luar negara dulu tapi tak pernah pakai pun. Cuma teringin nak beli" terang Haifa. Gibran tayang wajah tidak percaya.

"Can I belive you?" soal Gibran sambil mata dikecilkan.

"Nope, I was wore once" kata Haifa lalu dilepaskan pegangan pada leher Gibran dan terus dia berenang ke tengah kolam. Laju Gibran mengejarnya.

"What?!" soal Gibran kalut. Ketawa suka Haifa dapat kenakan Gibran. Ketawa suka kedua-dua mereka. Hampir dua puluh minit kedua mereka berenang, mujur tidak kecut.

"Hubby, sejuk.." kata Haifa pada Gibran.

"Let's go" ajak Gibran lalu laju dia naik ke atas dan tangan dihulur pada Haifa yang sedang memanjat tangga kolam renang. Tertelan liurnya apabila melihat permandangan yang indah begitu. Kepala digeleng perlahan lalu tuala di atas kerusi di tepi kolam dicapai dan dibalut tubuh Haifa.

"Thanks hubby" ucap Haifa lalu dilabuhkan cium pada pipi Gibran yang sejuk itu. Kemudian dia pantas mengeringkan tubuhnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik bersama Gibran. Asalnya Haifa mahu mandi sendirian tetapi belum sempat pintu bilik air dikunci, laju sahaja Gibran memintas masuk. Sudahnya dari mandi dua puluh minit jadi mandi satu jam. Layan je la Haifa..

+++

Seperti yang dijanjikan, Raffa datang mengambil Gibran menuju ke kelab seperti yang dinyatakan oleh Danny pagi tadi. Raffa memandu ke lorong belakang lalu memberhentikan kereta di tempat yang telah disediakan Danny. Ketiga-tiga mereka masuk melalui pintu belakang dan terus masuk ke pejabat Danny. Menurut Danny, dua tiga hari ini Micheal kerap berkunjung ke kelabnya dan harap-harap, malam ini juga sama.

"Welcome. Have a seat" sapa Danny lalu salam dihulur pada ketiga mereka dan dilabuhkan duduk di sofa di dalam pejabat Danny.

"You guys don't worry, Q dah bagitau aku. We just wait" kata Danny.

"Bilik CCTV di mana?" soal Fattah.

"Next room. Let's go, I show" kata Danny lalu bangun menuju ke connecting door di sebelah kiri pejabatnya. Sebaik melangkah masuk, terpapar berbelas monitor menunjukkan rakaman CCTV di luar dan di dalam kelab.

"Dann" sapa dua orang lelaki yang sedang mengendalikan bilik CCTV.

Danny memandang jam di pergelangan tangannya, jarum menunjukkan jam sebelas lima minit malam.

"Usually this time Mike will come with his people" kata Danny dan bagai tahu-tahu sahaja dari kamera pintu masuk dapat dilihat Micheal bersama seorang wanita di sisinya manakala Victor dan beberapa orangnya mengekori dari belakang. Gibran yang melihat lentuk liuk cara wanita di sisi Micheal berjalan seakan dia kenal wanita itu. Berkerut dahinya minta supaya bukan seperti yang dia fikir.

"Hey, can you zoom in that lady face" pinta Gibran. Hatinya rasa tidak sedap. Sebaik wajah wanita itu dibesarkan. Bulat mata Gibran.

"What she doing here? oh, shit!" marah Gibran. Fattah dan Raffa juga terkejut dengan kehadiran wanita itu.

(20/12/2020 @ 2201hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience