Bab 94

Romance Completed 685141

Setelah makan malam, Haifa terus naik ke bilik. Lupa pula dia mahu maklumkan pada Intan. Pagi tadi dia hanya mesej pada Intan yang dia tidak masuk ke pejabat kerana ke hospital. Walaupun Intan tidak bertanya lebih lanjut tetapi Haifa dapat mengagak yang Intan tahu punca dia ke hospital.

"Hello" suara Intan menyapa.

"Hello, kau dah tidur ke?" soal Haifa sambil kaki melangkah ke arah balkoni bilik tidur.

"Belum. Eh, apa cerita pergi hospital tadi?" soal Intan tidak sabar.

"Kau rasa?" soal Haifa, sengaja main tarik tali.

"Positif la tu.." kata Intan. Haifa sudah tertawa.

"Ha'ah. Baru enam minggu" kata Haifa.

"Wah.. tahniah. Tak lama lagi, welcome to the club la" usik Intan sambil ketawa. Haifa juga sama.

"Maknanya operasi yang Tuan Aniq offer tu kena tolak la" kata Intan di sebelah sana.

"Iyalah.. lupa pula aku pasal operasi tu. Tapi kalau aku tanya Gib pun kau rasa dia akan benarkan ke?" kata Haifa pula.

"Mananya dia nak bagi.. dah la lama, jauh pulak tu. Memang tak la" tambah Intan pula.

"Tu la pasal" Haifa iyakan. Gibran yang sedari tadi memerhatikan Haifa asyik berbual di telefon hinggakan panggilannya tidak dipeduli. Ralit dilihat Haifa berbual sambil ketawa di balkoni. Dia tahu Haifa berbual dengan Intan. Perlahan Gibran melangkah menghampiri Haifa lalu kedua tangannya memeluk pinggang Haifa dari belakang. Terkejut Haifa dengan tindakan Gibran itu. Menjeling tajam Haifa. Gibran pula sudah menunjukkan wajah tidak puas hati dan perlahan dibisikkan supaya tamatkan panggilan tetapi Haifa masih mahu berbual. Gibran kemudian perlahan melabuhkan cium di pipi Haifa, tertoleh Haifa ke sisi dan peluang diambil dengan menyapa bibir Haifa. Dipaut dan ditindih lembut bibir Haifa, lama. Mujur tidak terlepas telefon di tangan.

"Haifa, oit. Kau dengar tak ni?" suara Intan sedikit tinggi. Laju Haifa melepaskan pautan. Tajam dijeling Gibran.

"Kau buat apa tu? aku dah macam bercakap sorang-sorang kat sini" marah Intan.

"Ya.. ya.. aku ada ni" balas Haifa. Tangan kirinya sudah memukul perlahan tangan Gibran yang melilit pinggangnya tetapi Gibran buat tidak peduli. Dia tidak akan berhenti sehingga Haifa tamatkan panggilan. Gibran kemudian menghembus perlahan telingan Haifa dan digigit manja. Tersenget-senget kepala Haifa mengelak. Kemudian turun pula pada lehernya yang jinjang, asyik dia dengan kucupan dan urutan bibir dari Gibran hingga terlepas erangan di bibir.

"Weh, kau kenapa?" soal Intan pelik.

"Ah, tak. Kaki, tersepak kerusi" balas Haifa gagap sambil dada menahan rasa.

"Kau ni.. dah la. Tengok kaki tu letak minyak ke apa. Esok kita sambung lagi di pejabat" kata Intan dan Haifa pula dengar tak dengar sahaja suara Intan di sebelah sana hingga talian ditamatkan. Tanpa lengah tubuh Haifa terus dicempung masuk ke bilik dan perlahan diletakkan di atas katil. Urusan yang terhenti tadi disambung semula. Tidak menunggu lama tangan Gibran naik memegang dada Haifa. Dicium dan diurut lembut.

"Hm.. Just like Umii said, your breasts are getting bigger and softer" bisik Gibran. Bulat mata Haifa.

"What?" soal Haifa.

"Like Umii said, your breasts, how I did not realize it" ucap Gibran selamba dengan tangannya yang masih berada di dada Haifa. Diurut dan pegang seperti sedang membuat ukuran.

"Hey, what are you doing?" marah Haifa, dia ingat doh roti canai ke apa nak dibuat begitu. Laju tangan Haifa naik memukul tangan Gibran yang berada di dadanya.

"I just want to feel" balas Gibran dengan tidak bersalah. Tergeleng Haifa jadinya.. aduh, suami siapa la perangai tak semenggah ni..

"Dah la, honey nak tidur" marah Haifa dan sudah bersedia mahu membaringkan tubuhnya tetapi belum sempat tubuh dibaringkan, tanganya dicapai Gibran dan laju dibawa ke celahannya.

"You want to sleep while mine is hard like this" bisik Gibran di telinga Haifa. Terkaku Haifa di situ, hilang terus mengantuknya.

"Who's wrong it's going like this.." balas Haifa pula. Gibran kemudian perlahan menindih tubuh Haifa. Bibir merah dipaut dan diurut lembut bersama belaian pada wajah Haifa.

"It is okay?" soal Gibran. Haifa mengangguk perlahan. Dia juga mempunyai rasa yang sama. Tangan Gibran menjalar ke sius lampu meja sisi dan..

'Tap'

+++

"Hubby.. okay tak ni?" soal Haifa apabila melihat Gibran yang duduk di birai katil sambil memegang kepala. Kaki mengatur langkah dan berdiri di sisi Gibran, kedua tangan naik memicit kepala lelaki itu. Perlahan diurut.

"Pening lagi?" soal Haifa bimbang. Gibran angguk lalu disandarkan kepala ke perut Haifa yang sudah menampakkan bentuk. Simpati Haifa pada Gibran. Beginilah biasanya pagi-pagi, pasti mengambil masa untuk hilangkan pening kepalanya. Selepas dipicit seketika, peningnya akan hilang. Jika bukan kerana mahu ke pejabat, Gibran akan tidur semula selepas solat subuh dan selepas bangun, pening kepalanya akan hilang dengan sendiri. Semenjak Haifa disahkan mengandung, inilah yang Gibran hadapi hingga sekarang usia kandungan sudah masuk empat bulan.

"Thanks honey" ucap Gibran lalu menegakkan tubuh dan tangan Haifa di kepala dicapai dan di bawa ke bibir dan dicium lembut. Gibran kemudian bangun untuk ke bilik air tetapi belum tegak berdirinya kepala rasa berat dan Gibran terduduk di lantai.

"Hubby!" kuat Haifa menjerit apabila melihat Gibran sudah terjelepuk di lantai. Lemah terlentuk di situ.

"Umii! Umii!" jerit Haifa.

"Umii!" jerit Haifa lagi.

"Adik! kenapa ni?" soal Puan Fazidah dan Kak Ina yang sudah berlari naik ke atas apabila mendengar suara Haifa menjerit kuat sebentar tadi.

"Gib, Umii" kata Haifa yang cuba untuk membantu Gibran bangun. Kalut Puan Fazidah datang membantu tetapi dengan kudrat tuanya dan Haifa yang mengandung manakan mungkin dapat mengangkat tubuh tinggi dan sasa seperti Gibran. Sudahnya Kak Ina berlari ke bawah mencari Akim. Tidak lama Akim dan Randy masuk dan membantu mengangkat Gibran ke atas katil. Haifa pula terus hubungi Doktor Ben.

"Macam mana boleh jatuh?" soal Puan Fazidah setelah Gibran dibaringkan di atas katil.

"Gib, dia pening tapi biasanya selepas adik picitkan kepala, dah okay. Ni tak.." balas Haifa sudah bimbang.

"Adik tunggu Gib, Umii turun buatkan bubur" kata Puan Fazidah lalu keluar dari bilik tidur bersama Kak Ina.

"Gib!" panggil Raffa yang baru tiba. Semasa Akim hubunginya tadi dia sudah pun hampir sampai di rumah agam ini. Haifa toleh pandang pada Raffa yang berdiri di muka pintu.

"Gib, jatuh tadi" kata Haifa seakan mahu menangis.

"Dah call Ben?" soal Raffa. Haifa angguk sambil memicit lembut kepala Gibran. Simpati Haifa pada Gibran. Tidak lama Doktor Ben sampai dan Gibran diperiksa.

"Doktor, kenapa dengan Gib?" soal Haifa bimbang. Doktor Ben bawa tubuh bangun berdiri di sisi katil.

"Tak ada yang serius, mungkin Gib penat atau stress. Tekanan darah agak tinggi. Tapi jangan bimbang, biar Gibran rehat. Kalau boleh masakkan sup atau bubur atau apa-apa light food untuk Gib makan" kata Doktor Ben.

"Baik Doktor" kata Haifa yang turut sama berdiri.

"Raff, kau tengokkan Gib, jangan bagi dia pergi office dua tiga hari ni" kata Doktor Ben sambil menepuk lengan Raffa. Raffa angguk.

"Thanks Ben" ucap Raffa.

Setelah Doktor Ben pulang, Haifa menghubungi Intan dan maklumkan Gibran sakit dan minta Intan tolong isikan cuti untuknya selama tiga hari. Gibran yang tadi nyenyak tidur terjaga.

"Honey" panggil Gibran apabila melihat Haifa tiada di sisinya sambil bangun duduk bersandar di kepala katil.

"Hubby" tegur Haifa yang baru keluar dari bilik air. Laju langkah kaki diatur ke arah katil.

"Macam mana, pening lagi?" soal Haifa sebaik dilabuhkan duduk di birai katil.

"Dah kurang sikit" kata Gibran sambil kepala disandar dengan mata terpejam. Tangan Haifa naik memicit lembut pelipis kepala Gibran.

"Hubby.. honey ambilkan bubur ya. Hubby makan sikit" kata Haifa. Gibran geleng lemah.

"Tak bolehlah.. kena makan sikit" pujuk Haifa. Haifa kemudian mencapai telefon bimbit lalu nombor Kak Ina dihubungi dan diminta membawa bubur serta air suam untuk Gibran. Tidak lama pintu diketuk dan Kak Ina yang datang menghantar makanan.

"Hubby.. makan sikit ya" kata Haifa. Dulang diletakkan di atas meja. Mahu tak mahu Gibran terpaksa juga makan, dia tidak mahu dilihat lemah dan dia perlu kuat.

Tiga hari juga Gibran tidak ke pejabat dan sepanjang ketiadaan Gibran, Naz yang menguruskan pejabat. Mujurlah peningnya tidak lama. Selepas pulih tempoh hari, Gibran sudah tidak lagi mengalami pening-pening pada waktu pagi.

+++

"Sir.. mana la Kak Ina nak cari benda tu.. kalau boleh dimasak, memang Kak Ina dah masakkan untuk Sir" kata Kak Ina pada Gibran yang sudah tegak memandangnya. Haifa yang baru turun dari bawah mendengar bunyi bising suara di meja makan terus laju kaki melangkah ke sana.

"Hubby" sapa Haifa sebaik melihat Gibran yang berada di meja makan bersama Kak Ina.

"Eh, honey" kata Gibran pula lalu dia bangun dan menarikkan kerusi buat Haifa.

"Thanks hubby" ucap Haifa sambil tersenyum.

"Kenapa ni Kak Ina, ada masalah ke?" soal Haifa lalu melabuhkan duduk di kerusi.

"Tak.. Sir nak makan kerabu kaki ayam.. manalah nak cari malam-malam macam ni. Kedai tomyam pun bukan semuanya ada jual. Kalau bahan semua ada, Kak Ina dah masakkan tadi lagi" kata Kak Ina. Gibran sudah tayangkan wajah tidak puas hati.

"Kerabu kaki ayam?" soal Haifa. Laju Kak Ina angguk.

"Er.. hubby pernah makan ke?" soal Haifa pelik. Setahu dia Gibran memang tidak suka kaki ayam dan tak pernah makan kaki ayam.

"Bukan hubby tak suka kaki ayam ke?" soal Haifa lagi. Tajam Gibran menjeling.

"Why? kalau tak pernah makan pun, tak boleh ke kalau nak makan sekarang?" merajuk sahaja bunyinya. Haifa sudah garu kepala. Aduh..

"Kak Ina, seketul kaki ayam pun tak ada?" soal Haifa pada Kak Ina.

"Tak ada Haifa.. Sir kan tak suka kaki ayam. Manalah pernah beli. Kalau beli ayam pun, kaki ayamnya Kak Ina tak ambil" kata Kak Ina yang sudah serba salah. Haifa pandang Gibran, kesian pula dia lihat Gibran.. nak buat macam mana, dia yang mengandung Gibran pula yang mengidam. Sebelum ni diminta makan laksa yang biasa dia makan dengan Raffa dan Fatah, mujurlah waktu itu masih awal. Kalut Raffa memecut pergi membeli. Ni nak makan kerabu kaki ayam pula.. malam-malam pula tu. Alahai.. Haifa usap perut yang sudah semakin membesar, sekejap sahaja sudah masuk enam bulan.

"Hubby.. macam ni, esok hari sabtukan. Kita pergi pasar, beli kaki ayam. Nanti kita minta Kak Ina buat banyak-banyak. Okay..?" pujuk Haifa. Gibran yang masih dengan telefon di tangan hanya diam tidak membalas. Dia pun tak pasti macam mana tiba-tiba kerabu kaki ayam pula yang terasa mahu dimakan. Sedangkan kaki ayam bukanlah makanan yang biasa dia makan sebelum ini. Nafas ditarik dalam. Fikir rasional Gibran..

"Sorry Kak Ina" kata Gibran. Rasa bersalah pula dia.

"But please, esok pergi pasaraya beli bahan buat kerabu kaki ayam" tambah Gibran lagi. Kak Ina angguk dan tersenyum.

"Boleh Sir. Nanti Kak Ina ajak Akim temankan" kata Kak Ina.

"Sorry Sir" kata Kak Ina lagi. Gibran angguk.

"Er.. Sir dengan Haifa nak minum apa-apa?" soal Kak Ina.

"Buatkan saya milo panas je lah" kata Haifa. Lega dia apabila Gibran sudah sedikit reda.

"Sir?" soal Kak Ina pula.

"No, thanks" balas Gibran. Kemudian Kak Ina ke dapur bagi membancuh milo panas buat Haifa. Gibran ralit memandang skrin telefonnya yang gelap. Haifa capai jemari Gibran dan pantas Gibran memandang wajah Haifa bersama senyuman.

Esoknya selepas siapkan sarapan pagi, Kak Ina terus ke pasaraya bersama Akim. Gibran pula bagaikan tidak sabar untuk menanti Kak Ina pulang untuk memasak kerabu kaki ayam.

"Eh, hubby nak ke mana?" soal Haifa pada Gibran yang sudah melangkah keluar sebaik selesai bersarapan.

"Gazebo" balas Gibran sepatah.

"Wait" kata Haifa pada Gibran. Gibran kemudian kembali ke muka pintu untuk bersama-sama Haifa ke gazebo. Dah lama dia tidak duduk bersantai di sini. Haifa melabuhkan duduk, begitu juga Gibran.

"Hubby nak tunggu Kak Ina ke?" soal Haifa mengusik.

"No" laju Gibran membalas. Haifa sudah tertawa. Gibran menjeling tajam.

"Sorry hubby.." ucap setelah agak lama dia dan Gibran diam menikmati pemandangan taman bunga dan kolam ikan. Gibran pandang Haifa di sisi.

"For what?" soal Gibran tidak mengerti. Haifa tarik tangan Gibran dan meletakkan di atas perutnya. Gibran usap perlahan.

"Honey yang mengandung tapi hubby pula yang kena tempiasnya" kata Haifa.

"Hey, kenapa cakap macam ni.." kata Gibran sambil bahu Haifa dipeluk rapat. Ubun-ubun Haifa dicium lembut.

(23/01/2021 @ 2025hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience