Bab 21

Romance Completed 685141

"Kak Ina" panggil Gibran sebaik melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.

"Ya Sir" laju Kak Ina datang mendapatkan Gibran.

"Tunjukkan bilik pada Umii dan Amin" kata Gibran. Kak Ina angguk.

"Puan, sini ikut saya" kata Kak Ina pada Puan Fazidah. Haifa yang berada di sisi Gibran toleh pandang.

"What?" soal Gibran.

"Er.. where's my room?" soal Haifa.

"My room is your room. Here" kata Gibran lalu memaut jemari Haifa supaya mengikutnya ke tingkat atas. Menonong tubuh Haifa ditariknya.

Sebaik sampai di tingkat atas, Gibran menolak daun pintu dengan tangan kirinya dan memandang pada Haifa. Haifa teguk liur. Aku kena tidur dengan dia ke? macam bahaya je..

"Rumah ni banyak bilikkan, tak boleh ke kalau saya pilih salah satu?" soal Haifa yang masih kaku di tengah pintu bilik dengan mata yang tegak memandang ke dalam bilik.

"Nope. You're my wife. So.. here your place" kata Gibran dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Haifa masih lagi tercegat di situ tanpa menunjukkan tanda-tanda mahu masuk. Gibran mengeluh perlahan lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bilik bersama pengangan tangan pada bahu Haifa. Nak tak nak terpaksa juga Haifa mengikut. Gibran dudukkan Haifa pada birai katil.

"Look honey. I'm sorry what have I done before. I can't control myself when I with you. You drive me crazy" kata Gibran. Haifa menunduk memandang lantai. Dagu Haifa dipaut supaya memandang wajahnya.

"I promise, I'll never do it again before your permission" janji Gibran. Haifa buka mulut mahu berkata sesuatu tetapi tidak terkeluar kata-katanya. Hatinya berperang dengan perasaan dan akhirnya bibir bawah digigit perlahan. Gibran telan liur.

"Don't do that honey" kata Gibran. Tajam pandangan matanya pada bibir yang digigit itu.

"Do what?" soal Haifa tidak mengerti. Gibran geleng perlahan.

"Nothing.." balas Gibran lalu melangkah ke arah pintu di sebelah kiri bilik. Haifa hanya memandang Gibran yang hilang di sebalik pintu itu. Tidak lama Gibran keluar semula dengan pakaian yang sudah ditukar.

"Honey, I have something to do. You just rest. Nanti Kak Ina panggil makan tengah hari. I got to go" kata Gibran sebaik kaki berhenti di hadapan Haifa yang masih menunduk. Melihat pada reaksi Haifa, Gibran terus memusing tubuh lalu mengatur langkah ke arah pintu bilik tetapi belum jauh langkah kaki, pinggangnya dipaut sepasang tangan. Terus terhenti pergerakan kaki.

"I'm sorry.." kata Haifa yang sudah memeluk rapat tubuh Gibran di belakang. Gibran tarik nafas panjang bersama mata yang terpejam lalu tubuhnya dipusing mengadap Haifa. Matanya mencari mata Haifa. Kedua tangannya naik memegang pipi wanita itu. Mata yang bening menimbulkan satu rasa yang sukar ditafsirkan. Rasa ketat dadanya untuk bernafas.

"May I" soal Gibran. Haifa hanya angguk. Bersama itu kedua bibir berpaut. Lama dan dalam sekali hingga tangan Haifa naik menolak perlahan dada Gibran. Tidak cukup nafas dia dengan tindakan Gibran.

"I need to breathe" kata Haifa perlahan. Memerah wajahnya.

"Sorry honey" kata Gibran lalu dilabuhkan cium pada dahi Haifa. Rapat tubuh itu ditarik dalam pelukannya. Ikutkan hati tidak mahu dia lepaskan Haifa tapi ada sesuatu yang perlu dia lakukan.

"Ah.. I must go now" kata Gibran bersama leraian pelukan. Waktu itu juga telefon bimbit dalam poketnya berdering. Tangan menyeluk ambil dan nama Raffa tertera pada skrin. Icon hijau digesek.

"Yup" kata Gibran

"We got to go now" kata Raffa

"Give me five minute" kata Gibran lalu talian dimatikan dan telefon disimpan semula ke dalam poket.

"Honey, hubby kena pergi sekarang. Anything you can call me. Okay" pesan Gibran lalu bibir Haifa disapa sekilas. Berat rasa hatinya mahu meninggalkan Haifa sendiri.

"Awak nak ke mana?" soal Haifa. Gibran hanya senyum tanpa membalas lalu langkah diatur ke pintu dan tubuhnya hilang di sebalik pintu.

Tangan Haifa naik memegang dada. Kuat dengupan jantungnya. Nafas dihembus perlahan.

Tok tok tok

Mendengar pintu diketuk, laju kaki Haifa melangkah ke arah pintu lalu pantas daun pintu ditarik, sangkanya Gibran yang kembali tetapi lain pula yang datang. Seorang lelaki umur mungkin lewat tiga puluhan berdiri bersama beg pakaian Haifa.

"Madam. Saya Abang Kudin, pembantu rumah ni. Ini beg pakaian" kata Abang Kudin. Terpapar riak kecewa pada wajah Haifa. Aduh hati ni.. kau ingat Gibran ya..

"Oh. Okay, terima kasih" kata Haifa lalu menarik beg pakaiannya ke dalam bilik.

"Makan tengah hari dah siap. Madam boleh turun makan" kata Abang Kudin lagi.

"Baik, sekejap lagi saya turun" balas Haifa. Baru sahaja Abang Kudin mahu melangkah turun. Haifa memanggilnya.

"Ya?" jawab Abang Kudin.

"Gibran dah pergi?" soal Haifa.

"Ya, Sir dah keluar dengan Mr. Raf" kata Abang Kudin. Haifa angguk. Kemudian perlahan pintu bilik ditutup. Beg pakaian ditarik ke tengah bilik. Diperhatikan bilik tidur ini. Besar, ada bilik wardrobe sendiri lalu beg dibawa ke bilik tersebut. Melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dapati ada ruang yang telah dikosongkan untuk pakaiannya. Haifa buka beg lalu menyusun pakaian yang ada. Tidak banyak pakaian yang dibawa. Setelah selesai, Haifa ambil tuala lalu ke bilik mandi untuk bersihkan diri dan menukar pakaian. Tidak lama dia turun ke bawah. Waktu itu Puan Fazidah dan Amin sudah bersedia di meja makan.

"Ibu" sapa Amin. Haifa senyum lalu melabuhkan duduk di sisi Amin.

"Gibran mana? tak nak makan sekali ke" soal Puan Fazidah.

"Gibran dah keluar, ada hal. Kita makan dulu" kata Haifa. Puan Fazidah hanya angguk sambil menyendukkan nasi.

Berselera Amin makan. Selesai makan, Puan Fazidah dan Amin berehat di ruang tamu sambil menonton tv manakala Haifa pula keluar rumah. Diperhatikan sekeliling rumah agam ini. Sebelum ini tidak sempat untuk dia perhatikannya. Kaki melangkah di sekitar kawasan luar. Luas kawasannya. Ada beberapa orang lelaki berada di luar kawasan rumah, macam bodyguard pun ada. Apabila mereka nampak Haifa, kepala sedikit menuduk hormat. Haifa hanya senyum dan turut angguk sedikit.

Di bahagian belakang rumah ada sebuah rumah kecil, macam pondok pun ada. Mungkin tempat menyimpan barang-barang berkebun. Kawasan rumah cantik tapi tiada pokok bunga. Hijau sahaja pemandangannya. Ada gazebo berhampiran kolam ikan. Kaki Haifa melangkah le arah gazebo tersebut lalu dilabuhkan duduk. Sedang mata memerhatikan sekeliling, telefon bimbitnya berbunyi. Berkerut dahi Haifa. Intan? Icon hijau digesek.

"Assalamualaikum" suara Intan menyapa.

"Waalaikumsalam" Haifa membalas.

"Tahniah.. bila nak lapor? office kita sebelah-menyebelah je ni" soal Intan. Ceria sahaja suaranya.

"Eh, kau pun tau?" soal Haifa. Terdengar Intan ketawa.

"Of course la. Kau gantikan tempat Tuan Syam. Dia dah naik pangkat tukar ke IPD Ampang" kata Intan.

"Oh, ya ke" balas Haifa.

"Kenapa macam tak suka je bunyinya?" soal Intan.

"Bukan tak suka tapi aku dah lama tak buat kerja macam ni, skill dah tumpul" balas Haifa. Terdengar Intan ketawa.

"Kau tak payah nak mengada sangat. Apa susah, aku ada. Kita traning sama-sama macam dulu. Private shooting range kan banyak. Kita boleh pergi mana-mana satu yang ada." kata Intan. Berbual dengan Haifa akan menggamit memori sewaktu bertugas bersama dengannya di luar negera dalam beberapa misi. Rindu ingin beraksi begitu semula.

"Intan" panggil Haifa.

"Yup. Sorry, out off space kejap" balas Intan dengan ketawa kecil.

"Ingat cerita dulu la tu" kata Haifa pula. Intan ketawa di hujung sana.

"Okaylah, sorry ganggu masa kau waktu-waktu macam ni" kata Intan.

"Tak ada apalah. Anyway aku ada kat KL ni, kat rumah husband aku" laju Haifa berkata. Bila tersedar terlepas kata, kuat bibir diketap.

"Husband? kau dah kahwin?" soal Intan terkejut.

Tangan kiri Haifa naik menutup muka. Aduh.. berbual dengan Intan, ni la bahayanya. Mulut ni laju je.. Intan ni, selangi dia tak dapat jawapan yang dia nak, pasti ada lagi soalan yang akan keluar.

"Yup" balas Haifa sambil tangan meraup wajah.

"When?" soal Intan lagi.

See, betul tak? kalau tak jawab nanti lagi banyak soalan yang akan keluar. Pelipis kepala dipicit. Haifa tarik nafas panjang.

"Lama dulu seminggu sebelum aku masuk polis" kata Haifa.

"That's mean, masa kau cerita masa kita misi di London tu kisah kau sendiri la?" soal Intan tak percaya. Oh, my..

"Wait wait wait! kau jangan cakap yang Gibran tu husband kau pulak" kata Intan. Tapi rasanya macam ya dah!

"Yup, that's my husband" balas Haifa malas.

"Patut la kau beriya nak tau pasal dia.. Haifa.. Haifa" kata Intan tidak percaya.

"Okaylah, aku tak nak ganggu mood orang nak honeymoon." usik Intan.

"Honeymoon apa kau ni?" memerah wajah Haifa.

"Honeymoon la, baru jumpa balik kan. Okaylah. See you later" kata Intan lalu talian dimatikan.

"Ish perempuan ni. Honeymoon apa nya!" marah Haifa. Tergeleng kepala.

Honeymoon ya! panas rasa wajah bila ingatkan tindakannya tadi. Entah apa yang merasuk hingga dia boleh bertindak memeluk tubuh lelaki itu pun tidak tahu. Sedang senyum sendiri, Haifa sedari ada sebuah kereta warna biru gelap memandu perlahan di hadapan rumah Gibran. Laju Haifa memandang, walaupun agak jauh tapi cahaya merah yang dilihat tepat mengenai ke arah Haifa. Besar mata Haifa lalu terus dia merebahkan badan ke atas rumput di sebalik gazebo.

Thud Thud

Dua das tembakan dilepaskan ke arahnya lalu kereta tadi laju memandu pergi. Pasti senjatanya dipasang silencer, tembakan tidak kuat didengari. Dua orang bodyguard yang berada tidak jauh dari Haifa laju berlari ke arahnya bersama pistol di tangan.

"Madam! are you okay?" soal salah seorang dari mereka apabila mendengar bunyi tembakan. Kepala pantas menoleh ke arah jalanraya. Haifa terus bangun setelah nampak kereta tadi berlalu pergi. Berdegup laju jantung mengepam darah. Seorang lagi pula berlari ke arah pagar di tepi kawasan rumah tetapi kereta tadi telah tiada dan kemudian kembali pada Haifa.

"Madam okay?" soal lelaki yang baru kembali tadi. Haifa angguk.

"Madam, kita masuk" kata yang seorang lagi. Kedua-dua lelaki tadi mengiringi Haifa hingga ke pintu masuk.

"Madam, ada apa-apa Madam panggil. I'm Randy and this Kimi" lelaki tadi kenalkan diri.

"Okay. Thanks" kata Haifa lalu kaki melangkah masuk. Mujurlah Puan Fazidah tidak mendengarnya kerana mereka berada di dapur. Jika tidak pasti Umiinya itu bimbang. Haifa tarik nafas. Nasib baik dia sedar, jika tidak. Terbang sudah nyawanya tadi.

"Adik" panggil Puan Fazidah pada Haifa yang melangkah masuk.

"Eh, kenapa ni. Muka pucat je?" soal Puan Fazidah lalu berjalan menghampiri Haifa. Haifa senyum.

"Tak ada apalah. Adik jalan-jalan kat luar tadi. Panas agaknya" balas Haifa.

"Madam nak air?" soal Kak Ina.

"Tak apa, saya ambil sendiri" kata Haifa lalu kaki melangkah menghampiri fridge, daun pintu ditarik dan jus oren dikeluarkan. Gelas dicapai lalu jus dituang. Perlahan air diteguk. Kejadian tadi diulang tayang semula dalam fikirannya. Difokus pada kenderaan yang dinaiki. Sama seperti kereta yang mengekorinya semasa mencari rumah Pakcik Selamat dahulu. Siapa mereka ni?

"Honey honey!" terdengar suara Gibran yang mencari Haifa. Sebaik dilihat Haifa sedang minum di dapur, laju langkah kaki dibuka mendapatkan Haifa lalu tubuh itu ditarik dalam pelukannya. Haifa terkaku dengan tindakan Gibran. Pelukan dileraikan.

"Honey, are you okay?" soal Gibran pada Haifa. Bagai nak luruh jantungnya bila Randy beritahu apa yang jadi tadi. Terus diajak Raffa pulang.

"Gibran, kenapa ni?" soal Puan Fazidah pelik. Haifa beri isyarat mata pada Gibran.

"Oh, tak. Tadi Haifa call bagitau dia pening" kata Gibran. Haifa juling mata. Aduh.. alasan.. tak kukuh langsung.

Puan Fazidah kerut kening kemudian dia ingat yang sewaktu masuk tadi, wajah Haifa pucat.

"Patut lah masa masuk tadi wajah adik pucat" Puan Fazidah iyakan. Gibran hanya angguk.

"Umii, saya nak bercakap dengan Haifa sekejap" kata Gibran lalu menarik jemari Haifa mengikutnya berjalan ke bilik hujung. Daun pintu dibuka Gibran dan Haifa ditarik masuk. Haifa pandang keliling. Bilik kerja dia..

"Honey. Are you really okay?" soal Gibran sambil kedua-dua bahu Haifa dipegang. Haifa angguk.

"Ya, I'm okay" balas Haifa.

"Tapi siapa mereka tu?" soal Haifa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience