Bab 51

Romance Completed 685107

Tok tok tok

"Tuan" sapa Qais pada Syam yang nampak serabut.

"Q. Duduk" kata Syam.

"Saya dah minta tolong Aniq kesan telefon Sand. Lokasi terakhir di sini. Baru tadi Aniq call bagitau" kata syam lalu menyerahkan sehelai kertas pada Qais. Pantas Qais bangun.

"Kita gerak sekarang, saya panggil anggota detektif" kata Qais.

"Tak perlu. Kita berdua saja. Let's go" kata Syam. Daun pintu pejabat ditutup.

"Tuan Syam, Q. Nak ke mana? kalut je?" soal Tuan Shukri. Syam dan Qais dah saling memandang.

"Oh, tak ke mana. Nak keluar siasat kes Insp Q. Tuan buat apa datang hari sabtu macam ni?" soal Syam bermanis muka.

"Hm.. isnin ni ada Mesyuarat Bulanan Jenayah di IPK. Saya nak sediakan apa yang patut. Nanti bising pulak Tuan SP" kata Tuan Shukri.

"Oh.. kalau macam tu, saya dengan Q gerak dulu la Tuan" kata Syam. Tuan Shukri angguk lalu terus melangkah ke arah pejabatnya.

"Er.. Tuan tak maklum dengan Tuan J ke?" soal Qais sewaktu melangkah turun dari tangga. Syam pandang Qais sekilas.

"Kita siasat dulu, kalau betul. Baru maklum. Saya takut, saya yang paranoid lebih" balas Syam. Qais hanya angguk.

Lebih kurang tiga puluh minit memandu, Syam dan Qais sampai di lokasi terakhir telefon Sand. Sebaik melihat motorsikal Sand terpakir di tepi jalan, pantas Syam keluar dari kereta.

"Eh, ni motor Sand" kata Qais yang turut laju keluar dari kereta. Mata memerhatikan sekeliling tetapi tiada kelibat Sand. Qais lihat Syam sudah melangkah masuk ke arah kedai mini market dua puluh empat jam tersebut. Buru-buru Qais ikut langkah Syam.

"Assalamualaikum. Saya ASP Syam dari IPD Ampang Jaya" Syam perkenalkan diri sambil menunjukkan kad kuasa pada penjaga kaunter kedai tersebut satu lelaki Melayu.

"Ya Tuan. Ada apa-apa boleh saya bantu?" soal lelaki itu.

"Saya nak lihat rakaman CCTV" kata Syam.

"Rakaman CCTV?" soal lelaki itu.

"Ya, ada maklumat mengenai kes penculikan" kata Syam.

"Oh.. tadi pun ada yang datang nak tengok CCTV juga" kata lelaki tadi. Syam dan Qais berpandangan sesama mereka.

"Siapa?" soal Qais.

"Pekerja kepada perempuan yang kena culik katanya. Saya pun tak pasti" kata lelaki tadi sambil menunjukkan rakaman pada Syam dan Qais.

"Pekerja perempuan?" soal Qais.

"Culik?" soal Syam pula.

Rakaman CCTV diteliti. Terkejut Syam dan Qais apabila melihat rakaman CCTV.

"Haifa!" serentak Syam dan Qais menyebut.

"Tuan, ini dah jadi serius ni. Culik pegawai polis" kata Qais pada Syam. Syam angguk.

"Q, copy rakaman ni masuk pendrive" arah Syam. Qais pantas menyalin rakaman CCTV ke dalam pendrive yang dibawa lalu mengekori langkah Syam yang sudah keluar dari kedai. Sebelum pintu kedai ditutup, sempat Qais ucapkan terima kasih pada lelaki tadi.

+++

"Kenapa baru nak maklum?!" marah Tuan Shukri.

"Awak tau tak, ini kes serius. Culik pegawai polis. Bukan seorang, dua orang pulak tu" tambah Tuan Shukri.

"Maaf Tuan. Saya tidak pasti yang Sand diculik. Saya perlu siasat dahulu untuk kepastian" kata Syam. Qais yang berada di sisi hanya diam.

Tuan Shukri kemudian mendail nombor seseorang di talian.

"Hello. Assalamualaikum" Tuan Shukri mulakan kata.

"Waalaikumsalam" balas Aniq.

"Tuan Aniq" panggil Tuan Shukri. Syam mendengar nama Aniq dipanggil terus mendongak memandang Tuan Shukri.

Hampir sepuluh minit Tuan Shukri mentaklimatkan Aniq di telefon.

"Kita tunggu pasukan dari D9, D7 dan pasukan khas dari IPK" kata Tuan Shukri.

"Ops Scopian perlu dilaksanakan" kata Tuan Shukri. Syam dan Qais angguk akur.

"Boleh keluar siapkan apa yang perlu. Saya nak maklum pada Ketua Polis Daerah" kata Tuan Shukri. Syam dan Qais bangun tegak.

"Terima kasih Tuan" kata mereka serentak lalu melangkah keluar dari pejabat Tuan Shukri.

Tidak lama telefon Syam berbunyi. Telefon dalam poket dikeluarkan dan nama Aniq tertera. Icon hijau disentuh.

"Aniq" sapa Syam. Lemah sahaja suaranya.

"Syam, macam mana boleh jadi macam ni?" soal Aniq.

"Aku pun tak pasti Niq" balas Syam.

"Aku ada bawah ni" kata Aniq lalu talian dimatikan. Sebaik kaki memijak anak tangga terakhir. Syam dengar namanya dipanggil.

"Syam" Syam toleh pandang.

"Aniq" Syam menyapa.

"Tuan Aniq" Qais bersuara. Aniq hanya angguk.

"Semua dah sampai, mana bilik taklimat?" soal Aniq. Syam terus mendahuli langkah ke tingkat satu bangunan dan menunjukkan bilik taklimat yang akan dijadikan bilik Ops Scopian.

"Intan tak ada sekali?" soal Syam apabila tidak nampak kelibat wanita itu.

"Dia ada tugas lain. Tak dapat bantu sekali" kata Aniq.

"It's okay. Dah tugas" balas Syam.

Qais membantu pegawai dan anggota dari IPK set up bilik taklimat. Segala butiran diberikan pada Aniq bagi melancarkan operasi.

+++

"Gib" panggil Raffa. Gibran kalih pandang pada Raffa.

"Orang kita baru sahkan, Haifa dan Sand ada di lokasi" kata Raffa.

"Tapi.." kata-kata Raffa terhenti. Gibran pandang Raffar.

"But what?" soal Gibran.

"They have M14" kata Raffa.

"So what? kau takut?" soal Gibran.

"Bukan, aku bimbangkan mereka berdua" kata Raffa. Bergerak-gerak rahang Gibran.

"Let's go" kata Gibran.

"Gib, kau tak nak call Syam?" soal Raffa. Terhenti tangan Gibran yang sedang bersedia dengan kelengkapan.

"Sand adik kau tapi dia isteri Syam" kata Raffa. Gibran tidak membalas sebaliknya meneruskan perbuatannya yang terhenti tadi. Tanpa hiraukan Raffa dia terus melangkah setelah tactical boot selamat disarung pada kakinya dan tactical knife. diselit pada boot. Naz dan Hann hanya diam mendengar perbualan dua-dua sahabat itu.

Gibran terus melangkah keluar. Beg galas dicampak pada Hann. Laju beg disambut dan digalas. Hann pantas mengikut langkah Gibran.

"Raff, let's go" kata Naz sambil menepuk perlahan bahu rakannya itu. Raffa geleng perlahan sambil kakinya turut mengikuti jejak Naz. Lokasi dimasukkan pada GPS. Tidak berlengah Naz memandu kereta laju keluar dari bangunan tersebut. Gibran memandang keluar bersama tangan yang sudah dikepal kuat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Nama Abang Kadir terpapar. Laju icon hijau disentuh.

"Ya, Abang Kadir" kata Gibran.

"Oh.. you still alive" terdengar satu suara di hujung sana. Suara yang amat Gibran kenali.

"Morgan!" kasar Gibran menyebut nama lelaki itu. Raffa yang berada di sisi laju menoleh pada Gibran yang sedang bercakap di telefon.

"My dear nephew" kata Morgan.

"What do you want?" soal Gibran tidak sabar. Terdengar Morgan ketawa kuat.

"Don't be very fierce. I just want to know, where do you hide the pendant plate?" soal Morgan.

"Why do I need to tell you?" soal Gibran pula. Morgan ketawa kuat.

"Okay, then say goodbye to your people!" kata Morgan dan disusuli dengan dua das tembakan. Terpejam mata Gibran. Telefon terus dicampak ke lantai kereta.

"Shit!!" maki Gibran. Kuat tangan digenggam. Maafkan saya Abang Kudin, Lan.

Diam ketiga-tiga mereka. Tiada yang berani mahu bertanya.

Tidak lama kereta dipandu Naz berhenti berhampiran sebuah hutan nipis.

"Sir, kita kena turun di sini. Risiko tinggi kalau bawa kereta ke depan lagi" kata Naz. Gibran angguk lalu daun pintu ditolak kasar. Matahari yang sudah tegak di atas kepala menyebabkan renik-renik peluh meleleh di dahi dan wajah masing-masing. Ski mask disarung pada wajah masing-masing. Naz mendahuli langkah, diikuti Gibran, Hann dan akhir sekali Raffa. Raffa memandang telefon bimbit yang ada di tangan.

"Sorry Gib. I have to" kata Raffa dalam hati. Lalu mesej dihantar pada seseorang. Bimbang andai tindakan mereka tidak membuahkan hasil.

(14/10/2020 @ 1345hrs)

Share this novel

eida chezam
2020-10-18 14:41:22 

fifi next chepter plz


NovelPlus Premium

The best ads free experience