Bab 91

Romance Completed 685141

'Tok tok tok'

"Masuk" suara Haifa berbunyi. Daun pintu ditolak dan terjengul wajah Intan.

"Intan, masuklah" kata Haifa yang baru tiba. Jaket pada tubuh ditanggalkan lalu disangkut pada kerusi kerjanya dan dilabuhkan duduk dengan malas.

"Kau baru sampai ke?" soal Intan sambil mata memerhatikan Haifa yang lelah semacam.

"Haah, baru sampai" balas Haifa malas.

"Aik, biasa kau belum jam lapan dah ada di pejabat. Ni dekat jam sembilan baru sampai. Kenapa, kereta rosak ke?" soal Intan. Haifa yang bersandar ke kerusi terus tegakkan tubuh.

"Tak.." balas Haifa meleret.

"Dah tu?" soal Intan lagi.

"Gib. Dia nak ikut aku masuk pejabat" kata Haifa.

"What?" soal Intan terkejut. Biar betul Gib ni. Ketawa suka Intan.

"Kau jangan nak ketawa sangat ek, sakit kepala aku layan karenah si Gib ni" kata Haifa lalu mencapai air mineral di atas meja lalu diteguk perlahan hingga habis.

"Dah tu, mana Gibnya?" soal Intan yang masih bersisa ketawanya. Menjeling tajam Haifa.

"Takkan aku nak bagi dia ikut. Gila kau! Puas aku pujuk, sudahnya dia cakap kalau tak bagi dia ikut, dia nak hantar dan ambik aku kerja. Lepas tu minta aku buat video call sejam sekali. Kau rasa?" panjang nafas dihela.

"Uih, parah ni. Kau buat apa ni Haifa sampai Gib minta kau lapor pada dia sejam sekali ni?" soal Intan bersama ketawa kuat. Botol air mineral kosong di tangan dibaling pada Intan.

"Oit! sakit la" jerit Intan.

"Padan muka. Ketawa la kuat lagi" marah Haifa.

"Okay.. okay.. sorry, aku tak ketawa dah" kata Intan sambil mengesat hujung mata yang berair.

"Eh, dah lah. Jom makan" ajak Haifa lalu bangun dari berdiri. Jaket di kerusi diambil lalu disarung pada tubuh. Intan yang masih berada di kerusi terkelip-kelip memandang Haifa sambil bangun berdiri.

"Cepatlah, aku lapar ni" marah Haifa.

"Pagi tadi tak sarapan ke?" soal Intan sambil melangkah keluar dari pejabat Haifa.

"Dah, nasi goreng" balas Haifa pendek. Intan toleh pada Haifa di sisi.

"Pastu, lapar lagi? kau ni 'membela' ke apa?" soal Intan.

"Tak payah banyak cakap boleh. Aku lapar ni.. nak makan, tapi tak nak makan di cafe. Kita makan kat luar" kata Haifa yang sudah melajukan langkah ke arah tangga. Tergeleng kepala Intan. Nasib baik la kawan baik.

"Kita nak makan kat mana ni?" soal Intan sambil memakai seatbelt.

"Aku nak makan mee bandung" balas Haifa. Terhenti tangan Intan yang sedang memasang seatbelt.

"Mee bandung? mana nak cari pagi-pagi macam ni?" soal Intan.

"Ada.. kedai yang biasa kita pergi tu ada jual" balas Haifa.

"Itu petang, ni baru pukul sembilan setengah pagi Haifa oi.." kata Intan yang sudah memulakan pemanduan.

"Ala.. jom je la.." Haifa sudah merengek.

"Aduh.. macam-macam la kau ni, dah macam orang mengidam" kata Intan. Kepala tak gatal digaru. Sayangkan Haifa punya pasal, Intan ikutkan sahaja permintaan Haifa. Kedai yang biasa mereka pergi semuanya masih belum siap mee bandungnya, petang sedikit baru ada.

"Haifa, nak ke mana lagi ni? kedai yang kita pergi semuanya mee bandung tak siap masak lagi" soal Intan yang sedang memandu. Nak ke mana pun sudah tidak tahu.

"Kita cari la mana-mana" balas Haifa sambil mata melilau ke luar kereta mencari kedai makan. Sudahnya Intan beri lampu isyarat ke kiri dan kereta diberhentikan.

"Eh, apasal kau berhenti pula ni?" soal Haifa pada Intan yang sudah tegang wajahnya. Tanpa balasan, Intan capai telefon bimbitnya di dalam beg lalu nombor seseorang di dail.

"Intan" panggil Haifa. Intan menjeling tajam sambil jari telunjuk naik tegak di hadapan bibir.

"Hello" Intan bersuara apabila panggilannya disambut.

"Hai sayang" sapa Caden.

"Abang sibuk ke?" soal Intan. Haifa yang berada di sisi sudah menggoyang-goyangkan lengan Intan. Besar mata Intan tanda marah pada Haifa. Memuncung bibir Haifa yang berada di kerusi penumpang hadapan.

"Tak. Ada apa sayang call abang pagi-pagi macam ni?" soal Caden.

"Erm.. sayang nak minta tolong sikit boleh tak?" soal Intan sambil hujung mata menjeling Haifa yang sudah mencuka wajahnya.

"Anything sayang" balas Caden.

"Boleh tak abang minta Chef Rizz masakkan mee bandung" pinta Intan. Sebaik Haifa mendengar mee bandung disebut Intan, terus ceria wajahnya.

"Pagi-pagi dah minta nak makan mee bandung?" soal Caden pelik.

"Bukan sayang tapi ni ha, si Haifa ni. Entah apa mimpi nak makan mee bandung pagi-pagi macam ni. Puas cari tapi tak ada yang jual, kalau ada pun. Petang sikit" terang Intan. Haifa yang di sebelah sudah tegak memandangnya. Caden yang mendengar sudah tertawa.

"Boleh.. sayang pula nak makan apa? abang mintakan Chef Rizz masakkan" soal Caden.

"Hm.. sayang kenyang lagi.. ha, sayang nak makan kek rainbow je la" kata Intan.

"Okay sayang" balas Caden.

"Thanks abang" balas Intan. Lalu talian dimatikan.

"Ha! puas hati?" soal Intan. Haifa sudah tersenyum besar.

"Tu yang aku makin sayang ni" kata Haifa lalu pipi Intan ditarik dan dilabuhkan cium pada pipi sahabatnya itu. Laju Intan menolak wajah Haifa.

"Ishh.. kau ni. Dah lah, pakai seatbelt tu. Kita ke hotel Caden. Aku dah minta tolong Caden bagitau Chef Rizz tolong masakkan mee bandung untuk kau" kata Intan lalu pedal minyak ditekan.

"Thanks Intan" ucap Haifa.

"Ye, sama-sama. Nasib baik aku sayang kau. Kalau tidak, pandai-pandai la cari sendiri" balas Intan. Haifa tayang gigi. Tergeleng Intan. Tidak lama, kereta dipandu Intan sampai di hotel Caden.

"Dah, jom" ajak Intan yang bersedia untuk keluar dari kereta.

"Eh, jap-jap. Aku nak video call Gib" kata Haifa.

"Okay. Aku tunggu di luar" kata Intan lalu dia melolos keluar meninggalkan Haifa di dalam kereta. Tidak lama Haifa keluar dari kereta bersama senyuman di bibir. Kedua mereka melangkah masuk ke restoran hotel Caden. Chef Rizz sudah bersedia di sebuah meja yang telah siap dengan hidangan.

"Puan" sapa Chef Rizz.

"Chef Rizz" sapa Intan.

"Kenalkan ini Haifa, orang yang teringin sangat nak makan mee bandung pagi-pagi macam ni. Maaflah dah susahkan Chef" kata Intan sambil melabuhkan duduk. Chef Rizz hanya tersenyum. Haifa pula angguk dan tersenyum tanda menyapa. Melihat sahaja mee bandung dalam mangkuk, kecur liurnya.

"Duduklah makan, saya ada kerja sikit" kata Chef Rizz dan tidak lama Chef Rizz beredar ke dapur. Haifa pula tanpa lengah, terus menyuap ke mulut selepas doa dibaca. Tergeleng kepala Intan melihat karenah Haifa.

"Puas hati dapat makan?" soal Intan pada Haifa yang sudah tersandar kekenyangan. Laju kepala diangguk.

"Kalau macam tu, jomlah kita balik, aku nak singgah Seven Eleven jap nak beli barang. Kita dah lama sangat keluar ni" kata Intan pada Haifa lalu berdiri. Haifa angguk dan dia juga turut sama berdiri.

"Intan, sampaikan ucapan terima kasih aku pada Caden dan Chef Rizz ya" kata Haifa sebaik melolos masuk ke dalam kereta.

"Kau pun, thanks ya" tambah Haifa lagi.

"No hal lah" balas Intan lalu memulakan pemanduan dan tidak lama kereta berhenti di petak parking.

"Kau nak turun sekali tak?" soal Intan. Haifa angguk. Intan kemudian mematikan enjin dan melolos keluar bersama Haifa dan melangkah masuk ke kedai Seven Eleven. Haifa melangkah sambil memerhatikan barang-barang jualan. Tidak tahu mahu membeli apa, hanya melihat-lihat sahaja. Tiba-tiba kaki Haifa berhenti di rak menjual tuala wanita. Terdiam dia di situ. Baru dia teringat, rasanya macam sudah hampir dua bulan dia tidak period. Teringat pula kata-kata Intan pagi tadi.

"Mengidam?" sepatah perkataan itu keluar spontan dari bibirnya. Tangan kanan naik memegang perut. Takkanlah..

"Haifa" sapa Intan yang sudah berdiri di sisinya.

"Kenapa? sakit perut ke?" soal Intan apabila melihat Haifa memegang perutnya. Intan di sisi dipandang.

"Intan.. aku rasa aku pregnant la" kata Haifa.

"Hah?"

"Tak.. aku rasa aku pregnant" ulang Haifa. Intan sudah terkebil-kebil memandang Haifa. Jari naik menggaru pipi tak gatal.

"Jom" Intan tarik tangan Haifa ke kaunter dan selepas bayaran dibuat. Tangan Haifa ditarik ke kedai di sebelah, farmasi. Laju Intan mencari pregnant test. Tiga jenis diambil lalu dibawa ke kaunter dan dibuat bayaran.

"Nah, balik nanti test" plastik yang mengandungi pregnant test dihulur pada Haifa. Haifa sudah terkelip-kelip mata memandang Intan tetapi bungkusan plastik disambut juga.

Petang itu seperti dijanjikan Gibran bersama Raffa datang mengambil Haifa setelah tamat tugas. Plastik mengandungi pregnant test diletakkan di atas riba. Gibran menjeling pandang.

"Plastik apa tu?" soal Gibran.

"Hah? Oh, gula-gula sakit tekak" balas Haifa kalut. Pantas plastik diletakkan di sisi kirinya. Gibran kerut kening.

"Honey sakit tekak ke?" soal Gibran bimbang.

"Eh tak, Kak Ina punya" kata Haifa.

"Oh, okay" balas Gibran tanpa banyak soal.

Apabila sampai sahaja di rumah, Gibran terus meloloskan diri keluar dari kereta dan mendapatkan Haifa. Jemari Haifa dipaut lalu berjalan beriringan ke pintu masuk. Setelah kasut ditanggalkan dan disimpan di dalam almari kasut. Kedua mereka terus berjalan ke tingkat atas menuju ke bilik tidur.

"Honey mandi dulu ya" kata Haifa sebaik melangkah masuk ke dalam bilik. Pouchbag diletakkan di atas meja kopi di dalam bilik bersama plastik mengandungi pregnant test.

"Okay honey" kata Gibran sambil menanggalkan kemeja lalu melangkah ke arah balkoni. Haifa yang baru keluar dari bilik closet bersama baju yang kotor tertumpah kuah mee bandung di tangan memandang plastik yang diletakkan di atas meja kopi. Laju tangan mencapainya dan sewaktu berpusing ke belakang tanpa sengaja terlanggar Gibran yang sedang melangkah ke arahnya. Lalu..

'Pap'

Plastik di tangan Haifa terjatuh ke lantai dan terkeluar segala isi kandungnya. Laju tangan Gibran mengambil salah satu daripadanya. Haifa sudah terkaku di situ.

"Pregnant test?" soal Gibran. Wajah Haifa dipandang.

"Honey?" soal Gibran. Haifa serba salah.

"Er.. I'm not sure.." balas Haifa perlahan. Gibran ambil dua kotak lagi yang masih berada di atas lantai lalu dimasukkan semula ke dalam plastik. Lengan Haifa dipegang dan ditarik ke bilik closet. Terkial-kial Haifa mengikut. Tuala dicapai dan tangan Haifa ditarik ke hadapan bilik air pula. Pakaiannya ditanggalkan satu-satu dan tuala dililit pada pinggang.

"Come" ajak Gibran pada Haifa bersama plastik di tangannya.

"Eh.. nak buat apa masuk bilik air sama-sama?" soal Haifa. Gibran sudah tegak memandang Haifa sambil plastik di tangan diangkat tinggi.

"Oh, okay.. okay.." balas Haifa lalu turut mengikut Gibran yang sudah melangkah ke dalam bilik air. Pintu bilik air ditutup rapat. Gibran keluarkan satu kotak pregnant test dan dibaca instruction pada kotak. Sementara itu Haifa merendam baju yang kotor bersama air sabun ke dalam baldi. Bimbang kesan minyak tidak hilang.

"Here" kata Gibran lalu menyerahkan pregnant test pada Haifa dan menarik perlahan tangan Haifa ke arah toilet bowl.

"Er.. hubby tunggu di luar lah" kata Haifa. Tetapi Gibran tidak berganjak.

"Hubby.." Haifa sudah merengek.

"Nope" balas Gibran sambil berpeluk tubuh.

"Are you kidding?" soal Haifa tidak percaya. Gibran masih begitu.

"Okay, fine!" balas Haifa. Malas dia mahu melayan. Nak tengok sangatkan. Ha! tengok betul-betul.

"Nah" Haifa hulurkan pregnant test pada Gibran sambil berjalan, entah macam mana kaki Haifa licin dan hampir terjatuh. Nasib baik Gibran sempat menyambut tubuh Haifa tetapi pregnant test tidak sempat diselamatkan apabila terjatuh ke dalam baldi yang mengandungi baju Haifa yang direndam dengan air sabun tadi. Bulat mata kedua-dua mereka apabila melihat pregnant test telah selamat terjun ke dalam baldi air sabun tersebut.

"Ala.." panjang suara Haifa berbunyi. Time macam ni lah nak licin pun..!

"It's okay. Ada lagi dua kan" kata Gibran yang masih lagi memeluk pinggang Haifa.

"Ish, memanglah ada dua.. tapi kena tunggu la" kata Haifa sambil berdiri tegak. Gibran kerut kening.

"Why?" soal Gibran.

"Why?" Haifa ulang. Gibran angguk.

"Hubby.. I need to pee again to do that test" kata Haifa.

"So.. what's the problem. Just pee" kata Gibran.

"Huh?" Haifa sudah julingkan mata sambil tergeleng kepalanya. Senang dia cakap, 'just pee'. Sabar je la..

"Dah la, honey nak mandi" marah Haifa. Gibran masih tegak berdiri. Haifa sudah ketap gigi.

"Okay.. okay.. let's shower together" balas Gibran.

"Huh?" Haifa bersuara tidak percaya.

"What?" soal Gibran.

"What ever" balas Haifa malas.

(18/01/2021 @ 2154hrs)

Share this novel

liyana
2021-02-02 12:42:25 

kan dh kata dua bulan x period ngandung ler tu

liyana
2021-02-02 12:39:32 

dah agak mesti si haifa ni mengandung punya sbb si gib pon macam dh start nk melekat tu mesti ada sbb

YAZNI-ERNIE
2021-01-18 06:46:02 

morning dear. awal update. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience