Bab 35

Romance Completed 685141

Sebaik masuk ke dalam kereta, telefon bimbit Gibran berbunyi. Icon hijau digesek.

"Yup Naz, anything?" soal Gibran.

"Sir, saya dah tau siapa yang pasang kamera dalam pejabat tu" kata Naz di sebelah sana.

"Who?" soal Gibran.

"Mrs. Fonseka" balas Naz sepatah.

"Mrs. Fonseka?" soal Gibran sambil memandang Haifa di sisi. Raffa yang sedang memandu juga turut memandang Gibran melalui cermin pandang belakang.

"You mean Maria? Maria Fonseka!?" soal Gibran.

"Shit!!" kuat suara Gibran.

"Thanks. You know what to do?" soal Gibran pada Naz.

"Yes Sir. I do" balas Naz.

"Okay, anything update immediately" arah Gibran lagi lalu talian dimatikan.

"You know Fonseka?" soal Haifa pada Gibran. Gibran tidak mahu sembunyi lagi.

"Yup, I know him" balas Gibran bersama penumbuk digenggam kuat.

"How do you know him?" soal Haifa. Gibran mendengus kasar.

"Don't say that person is you?!" bulat mata Haifa menyoal. Kedua tangannya naik menutup mulut.

"That's mean, you were there at that time?" soal Haifa tidak percaya. Orang yang menembak mati dua orang lelaki di London beberapa tahun dahulu semasa dia bertugas dengan Intan, adalah Gibran? Oh my.. Susah untuk dia percaya. Mereka dekat tetapi jauh..

"Yup, I'm the one who shot Fonseka and his brother dan pada masa tu honey dan Intan yang jadi pemerhati" balas Gibran. Senyap sunyi keadaan dalam kereta. Haifa tidak tahu apa yang patut dia cakapkan. Sungguh dia terkejut dengan apa yang baru dia ketahui.

"Tapi macam mana Maria tahu hubby orangnya?" soal Haifa pelik.

"I don't know" balas Gibran.

"M14" kata Gibran sepatah. Haifa pandang pada Gibran.

"Kenapa dengan M14?" soal Haifa.

"Itu senjata yang Fonseka nak bawa masuk ke dalam negara tetapi selepas dia dibunuh, tiada lagi cubaan untuk seludup senjata itu ke Malaysia" balas Gibran. Berubah wajah Haifa. Maknanya orang yang cuba menembaknya adalah orang-orang Maria, isteri Fonseka?

"You're in danger honey" kata Gibran. Jemari Haifa dicapai lalu disulam bersama jemarinya.

"Raf, kita ke pejabat" kata Gibran. Haifa pandang Gibran tidak mengerti. Takkan nak bawa aku ke pejabat. Aku nak buat apa kat sana?

"You follow me wherever I go" putus Gibran. Haifa hanya kaku tidak membalas. Perkara ini sudah melibatkan dua negara dan mereka tiada bukti untuk menuduh Maria. Ah, serabut!

Sebaik turun dari kereta, Gibran membawa Haifa menaiki lift peribadinya. Dari parking basement terus ke pejabatnya. Haifa hanya menurut.

"Morning Sir" sapa Nelly pada Gibran.

"Morning" balas Gibran lalu berhenti di hadapan meja Nelly.

"Cancel all my appointment today and reschedule" kata Gibran pada Nelly dan kemudian meneruskan langkah ke pejabatnya. Waktu itu Raffa bersama Haifa mengekori Gibran dari belakang. Daun pintu dibuka Raffa lalu Gibran dan Haifa melangkah masuk.

"Raf, add a few more man to guard the house" arah Gibran. Raffa angguk lalu keluar dari pejabat Gibran. Haifa labuhkan duduk di sofa. Belum panas duduknya, daun pintu pejabat Gibran ditolak kasar.

"Gib.." Milia dengan suara mengadanya masuk. Nelly hanya berdiri di muka pintu pejabat.

"It's okay Nelly" kata Gibran.

"What do you want Milia?" soal Gibran malas. Dah la tengah serabut, tambah lagi dengan Milia.

Milia yang tidak sedar dengan kehadiran Haifa laju sahaja langkahnya ke arah Gibran dan mahu melabuhkan duduk di ribaan Gibran. Haifa yang melihat, tajam sahaja pandangannya. Gibran telan liur. Milia yang datang merapat ditolak perlahan.

"Milia stop! I'm busy here" balas Gibran bersama pandangan mata pada Haifa di sofa. Milia yang sedar dengan pandangan itu memandang ke arah sofa. Bulat matanya bila melihat Haifa ada di situ.

"Hey, you again?" kuat suara Milia berbunyi.

"Yup. I'm again" balas Haifa selamba.

"Sudah-sudahlah kalau orang dah tak nak beli insuran you tu!" marah Milia. Kecik besar kecik besar je Haifa tengok si Milia ni. Ikut hati memang lebam muka plastik dia kena lepuk.

"Milia, please stop. Jangan buat kecoh boleh tak?" Gibran sudah tidak tahan.

"Mana ada.." balas Milia mengada.

"Tak, yang you nak menangkan sangat perempuan ni kenapa? tak faham la!" soal Milia yang sudah bercekak pinggang di sisi Gibran.

"Listen. Milia, listen to me" pinta Gibran lalu ditarik tangan Milia.

"Can you go out now, I have something to talk about with honey" Gibran sudah bangun berdiri. Serba salah Gibran jadinya.

"Ya.. I remember. Your name Hani right?" soal Milia pada Haifa. Haifa tunjuk muka pelik. Hani? Wajah Gibran dipandang. Gibran garu kening tidak gatal.

"You go first, please. I call you later, okay?" kata Gibran memujuk.

"Promise?" soal Milia mengada.

"Promise" Gibran angguk.

"Don't ignore my call anymore" pinta Milia lagi dengan suara menggedik dia tu. Gibran angguk lalu melangkah keluar dari pejabat Gibran. Semasa melewati hadapan Haifa sempat dia berpesan.

"Jangan nak lebih-lebih. Jual insuran tu buat cara jual insuran" lentik-lentik jarinya di hadapan wajah Haifa. Haifa hanya buat tidak peduli. Sebaik Milia keluar, laju Gibran mengunci pintu pejabatnya.

"Siapa Milia?" soal Haifa dengan wajah tidak puas hati. Gibran serba salah. Dilabuhkan duduk di sofa. Tangan Haifa dicapai lalu tubuh itu ditarik ke atas ribaannya.

"Come here" panggil Gibran. Malas-malas Haifa ikut kehendak Gibran.

"Siapa Milia?" soal Haifa sekali lagi. Gibran melepas nafas perlahan.

"Milia anak kawan daddy" kata Gibran. Tubuh Haifa dipeluk erat.

"Hubby tak ada apa-apa hubungan dengan dia.." kata Gibran lagi.

"Kalau tak ada hubungan, kenapa tak nak bagitau apa hubungan kita!" marah Haifa.

"It's difficult to explain, honey" kata Gibran.

"Explain juga. Kalau tak honey nak balik" ugut Haifa dan sudah mahu bangun tetapi ditarik Gibran.

"Okay.. okay.." Gibran mengalah.

"Ingat tak hubby ada cerita pasal kena tembak dan terima rawatan di hospital hingga pulih?" soal Gibran. Haifa angguk.

"That time, Milia was there" kata Gibran.

"Dia sakit?" soal Haifa. Gibran angguk.

"Yes and no. Dia sakit tapi dah hampir pulih. That time, I'm struggle to recovered and she came help me" kata Gibran.

"Dia sakit apa?" soal Haifa sekali lagi.

"Desperation. Chronic Desperation. Milia hampir bunuh diri. Uncle Megat terpaksa bawa Milia ke luar negara untuk rawatan and daddy suggest that hospital to Uncle Megat. From there I meet Milia. Bukan dia sahaja bantu hubby tapi dengan kehadiran hubby juga sedikit sebanyak membantu Milia untuk pulih" terang Gibran.

"That's why I can't push she away just like that" tambah Gibran lagi. Rasa sakit dan sempit dada Haifa dengan apa yang Gibran terangkan. Susah untuk dia hadam.

"Tapi kenapa sampai tak boleh bagitau apa hubungan kita?" soal Haifa.

"Milia desperation disebabkan kecewa dengan bekas tunangnya yang curang di depan mata. Milia hampir bunuh diri. Jadi hubby bimbang kalau dia tahu apa hubungan kita, Milia akan kembali dengan penyakit lamanya" kata Gibran lagi. Pelukannya pada tubuh Haifa erat sekali.

"I'm sorry honey.. I can't. But after all this settle, I will tell her about us" janji Gibran. Tiada sesiapa lagi yang nak dia gembirakan selain dari Haifa. Kekasih hati sampai matinya ini.

Haifa tarik nafas panjang.

"I'm sorry too" kata Haifa. Tubuh Gibran dipeluk rapat. Gibran pandang wajah Haifa.

"I'm sorry because I wasn't there when you need someone to cling" kata Haifa.

"No! Not your fault" potong Gibran. Sedang keduanya melayan perasaan telefon bimbit Gibran berbunyi. Haifa bangun dari ribaan Gibran lalu Gibran melangkah ke arah mejanya untuk mengambil telefon bimbit.

Berubah wajah Gibran sebaik mendengar berita yang disampaikan. Terduduk dia di bucu meja kerja. Haifa yang melihat bingkas bangun mendapatkan Gibran.

"Hubby.. what's wrong?" soal Haifa sambil mengusap belakang tubuh lelaki itu.

"Dylan" kata Gibran yang masih menunduk.

"Dylan? who's Dylan" soal Haifa.

"My mission partner" balas Gibran.

"His dead" perlahan Gibran berkata. Haifa tidak tahu mahu berkata apa.

"I think Dylan's death has something to do with Maria" kata Gibran lalu dia berdiri tegak memandang Haifa. Baru Haifa faham. Dylan partner Gibran semasa jalankan misi di London yang melibatkan Fonseka dan adiknya.

"Now, she looking for me. Sorry honey, I put you in danger" Gibran rasa bersalah.

"Enough hubby, don't say sorry anymore. I know we can handle this" Haifa tidak mahu Gibran salahkan dirinya lagi.

"Now what should we do?" soal Haifa. Gibran geleng.

"You do nothing. Just sit and wait" arah Gibran.

"What?" soal Haifa tidak percaya.

"No, what I mean. Honey, tunggu hubby nak siapkan kerja apa yang patut. Lepas tu kita keluar makan. Okay?" balas Gibran.

"Oh.. okay" balas Haifa lalu dilabuhkan cium pada bibir Gibran sekilas. Kemudian dia melangkah ke sofa dan membiarkan Gibran melakukan kerjanya.

(13/09/2020 @ 0016hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience