Bab 34

Romance Completed 684975

"Hello, assalamualaikum" Haifa memberi salam.

"Waalaikumsalam. Maaf Puan, saya call pagi-pagi macam ni" ucap Qais di hujung talian.

"Eh, tak apa. Ada hal apa ya Tuan Qais call?" soal Haifa.

"Saya nak jumpa Puan boleh?" soal Qais.

"Boleh, nak jumpa bila?" soal Haifa pula.

"Dalam jam sepuluh macam tu. Puan datang pejabat saya" kata Qais.

"Okay. Jam sepuluh saya datang" balas Haifa lalu talian dimatikan. Aduh.. kena guna kereta Gibran la ni. Haifa kemudian melangkah menuju ke lift. Butang ditekan.

'Ting'

Kaki melangkah masuk ke dalam lift. Sewaktu jari nak menekan panel nombor, teringat pada tingkat tingkat B2A. Tanpa berfikir panjang laju jari menekan B2A lalu keluar panel password.

"Ala, password pula.. apa ya?" Haifa tertanya-tanya. Apa yang ditekan semua error. Kemudian dia teringat dengan password telefon bimbit Gibran. Tak salah mencuba, lalu jari menekan pada panel tarikh nikah mereka. Butang B2A menyala, Haifa tekan dan lift bergerak. Berdebar juga dadanya. Ke mana lift nak bawa dia.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Haifa memandang keluar. Gelap. Perlahan kaki melangkah keluar dan waktu itu automatik lampu menyala dan keadaan menjadi terang. Kepala menoleh kanan dan kiri. Cuak juga rasa apabila berada di tempat asing begini. Kaki perlahan melangkah di sebelah kanan ada satu pintu, tombol dipegang dan dipulas. Terkejut Haifa, bilik CCTV? banyaknya CCTV, satu rumah. Mujur dalam bilik dengan bilik air tak ada CCTV. Haifa menutup kembali pintu dan melangkah ke arah satu pintu di hadapan tadi.

Tombol dipegang dan dipulas lalu ditarik. Eh, vault door? ada password. Apa pula passwordnya ni.. dicuba tarikh nikah mereka tapi tidak berjaya. Tarikh apa pula? Macam-macam nombor dimasukkan tapi tetap tidak berjaya.

"Takkan tarikh lahir aku pula?" soal Haifa sendiri tetapi jari menekan juga pada panel. Lampu hijau menyala. Tak sangka Gibran letak tarikh lahirnya sebagai password. Terharu pula rasa. Dalam pada terharu itu, Haifa memegang pembuka pintu berbentuk bulat lalu dipusingkannya sehingga longgar. Daun pintu yang agak berat itu ditarik. Terkejut Haifa apabila melihat pelbagai jenis senjatapi dan peluru ada di dalam bilik ini. Terkaku kaki Haifa di situ. Macam orang nak berperang lagaknya. Senjata yang tersusun di rak di perhati satu-satu. Bukan sahaja senjata ringan, senjata berat pun ada. Dia nak buat apa banyak-banyak macam ni?

"What are you doing down here?" keras bunyi suaranya. Laju Haifa toleh ke belakang. Gibran?

"Hubby.." ada sedikit getar pada suara Haifa.

"What are you doing here?" soal Gibran lagi. Tegang sahaja wajahnya.

"Nothing" balas Haifa.

"Honey nak ke garaj, nak ambil kereta. Nak ke IPD Ampang, Insp Qais call nak jumpa" balas Haifa yakin walaupun ada sedikit gugup. Bimbang juga Gibran naik angin padanya.

"Sini bukan garaj" balas Gibran, mendatar sahaja.

"Ya, I know" balas Haifa.

"Where you got all these weapon?" soal Haifa ingin tahu. Wajah Gibran ditentang. Gibran mengeluh perlahan.

"How do you know the password?" soal Gibran.

"I just try" balas Haifa selamba.

Gibran melanglah masuk ke bilik yang mengandungi pelbagai jenis senjata itu.

"Ini semua, ada yang dibeli, ada sebagai hadiah dan ada juga hasil rampasan" balas Gibran lalu mengambil salah satu pistol kegemarannya Glock Meyer 22. Kemudian dihulur pada Haifa. Haifa ambil lalu diteliti senjatapi tersebut. Dilocok beberapa kali lalu diacukan ke depan dan picu ditarik. Sedap bila berada dalam genggaman.

"You like it?" soal Gibran. Dah tentu la Haifa angguk tapi cara dia tanya macam pistol ni pistol mainan, boleh dibawa ke sana sini gayanya.

"You can take if you like" tambah Gibran lagi. Haifa dah pandang wajah Gibran tidak berkelip. Dia sedar tak ini senjata sebenar, bukan senjata mainan dan memiliki senjatapi tanpa lesen yang sah boleh di dakwa di bawah Akta Senjatapi? dah la isteri dia ni polis. Haifa pandang Gibran tidak berkelip.

"What?" soal Gibran bila Haifa tidak membalas kata-katanya. Tanggannya masih meneliti beberapa pucuk pistol yang ada.

"Hubby, you know right, memiliki senjatapi tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan?" ha.. keluar dah aura polis dia.. Gibran ketawa kecil.

"Honey.. ofcourse I have license" balas Gibran. Bulat mata Haifa tidak percaya.

"Are you for real? semua ni? tak kan lah.." soal Haifa tidak percaya. Gibran ketawa.

"Of couse not!" balas Gibran selamba.

"What?" soal Haifa. Bulat mata Haifa.

"Dah.. kita keluar. Nanti ada yang tak naik atas pula" ajak Gibran sambil menarik tangan Haifa mengikutnya keluar. Pintu ditutup rapat kedua-duanya. Nak tak nak, Haifa ikut juga hingga keduanya masuk ke lift.

"Apa lagi yang hubby sorok dalam rumah ni? jangan cakap kereta kebal pun ada dalam rumah ni!" soal Haifa geram. Gibran ketawa.

"So funny" balas Gibran sambil menoleh pandang pada Haifa di sisi. Dalam pada marah terfikir pula Haifa. Kenapa Gibran balik?

"Kenapa patah balik, ada tertinggal sesuatu ke?" soal Haifa pada Gibran di sisinya. Gibran tidak membalas, hanya diam memandang ke depan.

#Flashback#

"Raffa, let's go" ajak Gibran lalu melolos masuk ke dalam kereta.

Raffa memandu perlahan keluar dari kawasan rumah. Sedang Gibran sibuk dengan ipad tiba-tiba alarm telefon Gibran berbunyi. Skrin telefon dipandang dan dapati ada seseorang cuba memasukkan password yang salah pada panel lift ke tingkat B2A. Gibran senyum senget.

"Raf, turn back" arah Gibran. Raffa pandang melalui cermin pandang belakang.

"Patah balik? ada masalah ke?" soal Raffa bimbang.

"Someone entered the armory" balas Gibran. Raffa cuak.

"Siapa?" soal Raffa lalu memecut kenderaan.

"Haifa" balas Gibran sepatah. Berubah wajah Raffa.

"Haifa?" soal Raffa tidak percaya.

#Flashbackend#

"Honey nak ke mana tadi?" soal Gibran sebaik keluar dari lift.

"Ke IPD Ampang, Insp Qais call nak jumpa" balas Haifa.

"Okay. Tukar baju, I'll wait outside" kata Gibran lalu dia terus melangkah ke luar rumah. Haifa pula terus ke bilik menukar pakaian. Sambil mendaki tangga, jenuh Haifa berfikir. Dia ni simpan senjata banyak-banyak nak buat apa? Puas Haifa berfikir. Rasa macam tak sedap hati pula.

Tidak lama Haifa keluar dan waktu itu Gibran sedang berbual dengan Raffa. Setelah pintu ditutup. Haifa melangkah menghampiri Gibran.

"Jom" ajak Haifa. Gibran angguk lalu dia melolos masuk ke bahagian penumpang belakang, begitu juga Haifa.

+++

"Puan Sand" sapa Haifa apabila melihat Sand sedang melangkah naik ke tingkat atas. Terus Sand menoleh.

"Eh, Puan Haifa. Nak jumpa Q ke?" soal Sand.

"Ya, Tuan Qais ada?" soal Haifa.

"Ada, marilah naik" ajak Sand pada Haifa dan Gibran sambil mendahului langkah.

"Puan Sand asal mana?" soal Haifa semasa mendaki tangga.

"Saya orang sini je" balas Sand sambil menoleh ke belakang seketika.

"Kenapa tanya?" soal Sand apabila sudah sampai ke tingkat dua pejabat mereka.

"Tak.. air muka macam mix. Cantik" puji Haifa. Sand ketawa segan.

"Eh, jangan macam tu. Saya biasa-biasa je mana ada cantik pun" balas Sand lalu hentikan langkah apabila sampai di hadapan pejabat Qais.

Tok Tok Tok

Sand mengetuk pintu yang terbuka. Qais yang sedang menulis sesuatu dongak.

"Q, ni Puan Haifa dah sampai" kata Sand pada Qais.

"Masuklah, saya ada kerja sikit" kata Sand pada Haifa lalu melangkah masuk ke pejabatnya dan hanya anggukkan kepala pada Gibran sewaktu berjalan di sisi lelaki itu.

"Puan Haifa, Encik Gibran. Masuklah" ajak Qais lalu menghulur salam pada Gibran. Haifa ambil tempat begitu juga Gibran.

"Maaflah saya ganggu Puan. Patutnya saya tak maklumkan pada Puan pun tak mengapa tapi disebabkan Puan juga pegawai polis jadi mungkin Puan nak tahu mengenai perkara ini" kata Gibran sambil melabuhkan duduk di tempatnya.

"Perkara apa?" soal Haifa.

"Forensik dan persenjataan Bukit Aman sudah kenal pasti jenis senjatapi yang digunakan berdasarkan peluru yang diambil dari tempat kejadian" kata Qais. Haifa pandang Qais.

"Senjata jenis M14" kata Qais. Berubah wajah Gibran bila mendengar jenis senjata yang disebut.

"Senjata tempur US?" soal Haifa.

"Yup, itu yang menjadi tanda tanya" kata Qais lagi sambil menunjukkan beberapa keping senjata jenis M14 kepada Haifa. Qais yang menyedari perubahan pada wajah Gibran terus memandang wajah lelaki itu.

"Do you know something?" soal Qais. Haifa toleh pandang pada Gibran.

"No, I know nothing about this" balas Gibran.

"Saya tahu Puan pernah berkhidmat di luar negara dulu. Puan rasa ada kemungkinan tak ini berkaitan dengan tugas Puan sebelum ni?" soal Qais pada Haifa.

"Saya tak pasti laTuan Q tapi kalau betul, kenapa baru sekarang setelah bertahun-tahun saya pulang ke Malaysia" kata Haifa sambil gambar diteliti. Qais angguk mengiyakan.

"Tak apalah. Puan cuba ingat-ingatkan, kalau ada apa-apa maklumat yang boleh membantu. Puan bagitau saya" kata Qais.

"Baik, ada apa-apa saya akan maklum segera" balas Haifa sambil angguk.

"Kalau tak ada apa-apa, saya balik dulu" kata Haifa lalu bangun berdiri, begitu juga Gibran dan Qais.

"Terima kasih Puan, Encik Gibran" kata Qais sambil hulur salam. Mata Gibran ditenung. Gibran hanya berlagak biasa. Sewaktu melangkah keluar dari pejabat Qais, Haifa ditegur Sand.

"Nak balik dah?" soal Sand pada Haifa. Haifa toleh pada Sand di muka pintu pejabatnya.

"Ya, nak balik" balas Haifa.

"Okay, jumpa lagi" kata Sand sambil hulur salam pada Haifa. Haifa angguk lalu melangkah meninggalkan pejabat Qais bersama Gibran. Qais pandang pasangan itu hingga hilang dari pandangan.

"Kau kenapa, pandang macam tak puas hati je?" soal Sand pada Qais.

"Aku rasa suami Puan Haifa tu tau sesuatu la" balas Qais.

"Apasal kau cakap macam tu?" soal Sand sambil mengikut Qais masuk ke pejabatnya.

"Masa aku sebut senjata yang digunakan semasa kejadian tu M14, berubah wajah Gibran tu" kata Qais.

"Dah tu, kau rasa kes tembak ni punca dari Gibran? macam tu?" soal Sand.

"Aku pun tak pasti. Aku ada cuba semak latarbelakang Gibran ni tapi tak ada dalam sistem. Kau rasa siapa si Gibran ni?" soal Qais. Sand angkat bahu.

"Mana aku nak tahu. Tapi kau yakin ke Gibran punca?" soal Sand lagi. Qais geleng kepala.

(12/09/2020 @ 2150hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience