Bab 44

Romance Completed 685128

"Honey.." panggil Gibran pada Haifa sebaik dia keluar dari bilik wardrobe. Haifa yang sedang menyisir rambut menoleh pandang pada Gibran yang sedang melangkah keluar ke arahnya sambil memasang jam pada pergelangan tangan. Dia dah siap berpakaian, lain pula nampak Gibran bila dia mengenakan pakaian lain dari biasa, nampak lebih santai dengan t-shirt dan seluar khakis. Dengan rambut yang tersisir rapi menyerlahkan lagi jawlinenya. Indah sungguh ciptaan.

"Ya.." jawab Haifa.

"Honey siap, kita dinner di luar" kata Gibran lalu melabuhkan cium pada Haifa yang sedang duduk di kerusi di meja solek.

"Hm.. sekarang?" soal Haifa sambil memandang Gibran yang sedang melangkah ke pintu bilik. Kaki Gibran berheti seketika dan menoleh pada Haifa.

"Yup, now" balas Gibran.

"Hubby tunggu di bawah okay" kata Gibran. Haifa angguk sambil senyum. Setelah Gibran keluar dari bilik, Haifa terus menuju ke bilik wardrobe untuk menukar pakaian. Lebih kurang tiga puluh minit bersiap, Haifa turun ke bawah untuk mendapatkan Gibran yang sedang duduk di sofa ruang tamu menantinya.

"Hubby" sapa Haifa sambil memaut leher Gibran dari belakang dan disapa sekilas pipi lelaki itu. Gibran tertoleh sambil tersenyum.

"Siap?" soal Gibran. Haifa hanya angguk.

"Okay, come" ajak Gibran lalu bangun dan tangan dihulur pada Haifa. Jemarinya disulam bersama.

"You're so beautiful tonight" puji Gibran. Haifa menjeling pandang.

"Malam ni je? sebelum-sebelum ni tak cantik?" kata Haifa sambil dimuncungkan bibirnya. Gibran ketawa suka.

"No.. you always my beautiful honey" balas Gibran sambil jarinya naik mencuit hidung Haifa. Haifa ketawa suka.

"Kita berdua je?" soal Haifa apabila melihat abang Kudin yang membukakan pintu kereta bahagian pemandu pada Gibran, tiada Raffa.

"Yup, only us" balas Gibran lalu dilolos masuk ke dalam perut kereta.

"Kita nak ke mana?" soal Haifa sambil menarik seat belt dan memasang pada tubuhnya. Gibran tidak membalas tetapi hanya tersenyum memandang Haifa.

Gibran kemudian memulakan pemanduan. Perlahan kereta hitam itu keluar dari perkarangan rumah. Haifa hanya memandang Gibran yang tekun memandu di sebelah. Gibran toleh seketika pada Haifa.

"Why are you keep looking at me like that?" soal Gibran. Jemari Haifa dicapai lalu dibawa ke bibirnya dan dicium sekilas. Haifa hanya geleng tidak membalas tetapi pandanganny masih tidak berkalih. Gibran toleh lagi.

"Nothing" kata Haifa perlahan.

"But.." kata-kata Haifa terhenti. Gibran toleh pandang pada Haifa apabila kenderaan yang dipandu berhenti di lampu isyarat merah.

"But what?" soal Gibran dengan kening berkerut.

"No.. cuma after this, I want you to tell me about your family. I think like I know nothing about you and your family" pinta Haifa.

"Okay honey. I will tell you averything what you want to know, okay" balas Gibran. Haifa angguk sambil tersenyum.

Setelah satu jam memandu, Gibran perlahankan kenderaan. Haifa yang sudah tidur-tidur ayam dikejut Gibran.

"Honey.. honey.. wake up. We're here" kata Gibran sambil mengusap perlahan pipi Haifa. Haifa bangun sambil menggosok perlahan matanya.

"Sorry.. terlelap" kata Haifa.

"It's okay.. come" kata Gibran lalu dia melangkah keluar dan berjalan ke arah pintu di sebelah Haifa. Daun pintu kereta ditolak Haifa lalu ditutup rapat. Gibran yang baru tiba di sisinya terus memaut pinggang Haifa.

"Kita makan di sini, okay tak?" soal Gibran pada Haifa.

"Restoran Terapung H.M Bagan Lalang" kata Haifa.

"Mestilah suka.." besar senyuman Haifa. Terus dipaut lengan Gibran. Kedua-dua mereka melangkah masuk ke restoran tersebut. Orang tidak terlalu ramai, mungkin disebabkan minggu bekerja.

Setelah tempat diambil, pesanan terus dibuat. Tidak lama, pesanan sampai. Nampak sedap dan menarik makanan yang dihidang ditambah pula dengan pemandangan yang cantik, walaupun malam gelap, cahaya lampu yang ada menambahkan seri kawasan sekitarnya.

"Honey suka?" soal Gibran sewaktu berjalan di tepi pantai setelah perut kenyang diisi. Memang sedap makanan yang ada di restoran ini, semuanya segar-segar.

"Suka. Next time kita datang bawa Umii dengan Amin" kata Haifa sambil tersenyum. Gibran angguk.

"Kita balik, it's too late" kata Gibran sambil menarik jemari Haifa yang berada dalam genggamannya. Sambil itu matanya melilau memerhatikan sekeliling, dia pasti ada seseorang sedang memerhatikan mereka. Langkah kaki dibuka besar.

Enjin kereta dihidupkan dan Gibran mula memandu hinggalah masuk ke lebuh raya. Pada mulanya kelajuan biasa tetapi semakin lama semakin laju. Haifa sangkakan Gibran mahu cepat sampai kerana perlu ke pejabat esoknya tetapi bila diperhatikan, mata Gibran asyik memandang ke cermin pandang belakang. Haifa rasa tidak sedap hati lalu dia terus toleh ke belakang dan dapati ada sebuah kereta warna gelap sedang mengekori rapat kenderaan yang dipandu Gibran.

"Hubby" panggil Haifa sambil sesekali membuang pandang ke belakang. Kereta yang dipandu Gibran usah dikatalah, laju mengalahkan F-one.

"It's okay honey. You just sit" kata Gibran. Bergerak-gerak rahangnya. Bimbang sesuatu terjadi pada Haifa.

"Siapa yang kejar kita?" soal Haifa. Sekejap dipandang Gibran, sekejap ditoleh ke belakang. Gibran tidak membalas sebaliknya pedal minyak semakin ditekan, mujurlah kenderaan tidak banyak.

Kedua-dua kereta saling kejar mengejar antara satu sama lain. Gibran tidak sesekali akan menyerah kalah. Ear phone di tekan dan panggilan terus bersambung pada Raffa.

"Hello, Raf. Send our man here now! and trace this car location. Aku tak pasti siapa yang cari masalah" kata Gibran lalu talian dimatikan. Tiba-tiba..

'Bang bang bang'

Bunyi tembakan dilepaskan. Tertunduk Haifa ke bawah. Mujurlah cermin kereta kalis peluru. Kalau tidak, ada juga yang hilang nyawa malam ni.

"Get down! get down!" jerit Gibran sambil tangan kiri naik menarik Haifa supaya tunduk ke bawah.

"Shit!" keras suara Gibran berbunyi. Pandangan di hala pada cermin sisi dan terus stereng dipusing ke kanan apabila kereta tadi mahu mencelah dan menghimpit kereta dipandu Gibran. Kedua-dua kereta saling bersaing. Gibran tidak dapat melihat siapa di dalam kereta tersebut kerana cermin yang gelap.

'Skrreeettt..!'

Bunyi tayar kereta dipandu Gibran bergesel dengan jalanraya. Mujurlah kaki sempat menekan brek, jika tidak kereta di hadapan sudah kemek dihentam kereta yang dipandu Gibran. Kereta hitam tadi meluncur pergi tetapi diperlahankan semula kenderaannya dan di himpit di sebelah kiri kereta dipandu Gibran. Waktu itu cermin kereta penumpang belakang diturunkan dan dapat dilihat wajah orangnya. Besar mata Gibran bila melihat pemandu kereta tersebut.

"You?!" kuat suara Gibran berbunyi. Haifa waktu itu terus dongak dan dia melihat seorang wanita kulit putih sedang tersenyum sinis dan tiba-tiba hujung silencer keluar dari tingkap.

'Thud thud thud'

Bunyi tembakan dilepaskan. Gibran pusing stereng lalu menghentam kereta di sebelah. Beberapa buah kenderaan lain yang turut melalui lebuh raya membunyikan hon. Nyaris tidak terbabas.

Tembakan dilepaskan lagi. Gibran sudah tidak tahan lalu butang pada panel kanan kereta di tekan dan dua laras senjatapi automatik keluar dari dash board depan. Terperanjat Haifa.

"You bring weapon?!" soal Haifa tidak sangka. Bulat matanya memandang senjatapi keluar dari dash board. Gibran tidak membalas, sebaliknya dicapai selaras dengan tangan kiri dan diserah pada Haifa. Matanya sekejap-sekejap memandang ke cermin pandang belakang melihat kereta tadi.

"I had to, honey" balas Gibran sambil sebelah tangan memegang stereng. Ditoleh seketika pada Haifa. Bagai faham, Haifa angguk. Gibran menurunkan kelajuan kereta dipandunya supaya bersaing dengan kenderaan yang mengejarnya tadi, sebaik selaras dengan kedudukan. Cermin tingkap Haifa diturunkan sedikit dan tembakan Haifa lepaskan pada cermin pemandu kereta berkali-kali dan kereta hilang kawalan lalu menghentam pembahagi jalan. Gibran terus memecut laju, waktu itu dapat dia lihat sebuah kereta di belakangnya. Raffa. Ada rasa sedikit kelegaan pada wajahnya. Haifa pula masih dengan senjatapi di tangan sambil menoleh ke belakang. Kereta tadi telah tiada. Pemandu tadi telah mati ditembak Haifa. Buat masa ini mereka selamat.

Telefon Gibran berbunyi. Raffa.

"Gib, aku belakang kau. Kau just drive. Naz dengan Lan ada di depan, tunggu kau" kata Raffa.

"Okay" balas Gibran lalu button pada earphone ditekan. Haifa di sisi ditoleh. Nampak berminyak wajah wanita itu dengan peluh. Tangan kirinya mencapai jemari Haifa yang masih kuat memegang senjatapi tadi. Haifa toleh pada Gibran.

"Are you okay?" soal Gibran.

"I'm okay. But who she is?" soal Haifa. Siapa perempuan tadi. Gibran lepas nafas kasar.

"Maria. Maria Fonseka" kata Gibran.

(30/09/2020 @ 1500hrs)

Share this novel

Mariana Ibrahim
2020-10-02 04:57:32 

:-)


NovelPlus Premium

The best ads free experience