Bab 74

Romance Completed 684558

"Korang buat apa sebenarnya tadi?" soal Gibran setelah mengambil tempat duduk di sofa. Mengah dia dikerjakan Fattah dan Raffa.

"I'm curious you know!" kata Gibran tidak puas hati. Fattah dan Raffa tak habis-habis ketawakan Gibran.

"Telinga Gill berdarah, sebab kes tadi la agaknya. Aku tolong letakkan ubat" balas Raffa selamba sambil mengambil tempat di sofa.

"Itu je? yang sampai buka baju tu dah kenapa?" soal Gibran tak puas hati lagi. Tegak dipandang wajah Raffa tidak berkelip.

"Dia la, main air. Basah baju aku. Macam budak-budak!" marah Fattah sambil membaling bantal kecil pada Raffa. Terkekek Raffa ketawa suka. Gibran pandang kedua-dua mereka silih berganti. Kecil sahaja dia nampak, rasa macam nak picit-picit.

"What!?" soal Raffa dan Fattah serentak apabila menyedari mata tajam Gibran memandang mereka.

"Nothing. Dah la aku nak balik" kata Gibran lalu bangun dari sofa. Malas dilayan Fattah dan Raffa, buat sakit kepalanya sahaja.

"How's about him?" soal Raffa.

"Who?" soal Gibran. Raffa membuang pandang pada Gibran.

"Morgan" balas Raffa sepatah. Gibran hela nafas panjang lalu dilabuhkan semula duduknya.

"Daddy call tadi. Katanya Auntie Irma yang akan urus" kata Gibran. Fattah pandang Gibran.

"Are you kidding. Aunt Irma and Morgan have been divorced for three years?" soal Fattah tidak percaya.

"Don't know.. so we don't have to worry about that" balas Gibran. Terdiam Fattah dan Raffa mengiyakan kata-kata Gibran.

"Let's go to the hospital. We met daddy" ajak Gibran. Fattah angguk, begitu juga Raffa.

"Give me time to wash up" kata Fattah lalu bangun menuju ke tingkat atas untuk mandi dan menukar pakaian. Raffa juga turut bangun mahu meninggalkan ruang tamu.

"Eh, kau nak ke mana?" soal Gibran pada Raffa. Raffa kerut kening.

"Bilik?" balas Raffa sepatah. Terhenti kakinya yang melangkah.

"Nak buat apa?" soal Gibran lagi.

"Lah.. tukar baju la. Kau ni dah kenapa?" Raffa dah tayang wajah pelik.

"Ish! Dah la, tunggu sini. Kereta aku dah minta orang ambilkan dan hantar ke parking rumah kau. Aku naik atas, tukar baju" balas Raffa. Tergeleng kepala dia dengan karenah Gibran. Entah apa yang difikirkan Gibran pun tak tahu.

Lebih kurang tiga puluh minit, Fattah dan Raffa turun dari tingkat atas.

"Let's go" ajak Fattah dan dia mendahului langkah keluar. Raffa yang terakhir keluar terus mengunci pintu dan melolos masuk ke bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan dan perlahan kereta dipandu Raffa keluar dari kawasan rumahnya.

"Now, what's your plan?" soal Fattah yang berada di penumpang belakang pada Gibran.

"About what?" soal Gibran sambil membuang pandang ke luar tingkap. Tadi telah dihubungi Haifa dan memaklumkan bahawa dia akan pulang lewat kerana mahu ke hospital melawat daddy dan mummy. Bimbang juga dia pada keselamatan Haifa walaupun orang-orangnya sentiasa ada mengawasi Haifa di rumahnya.

"Mike" balas Fattah sepatah.

"Kita kena cari ruang yang sesuai sebab Mike tu sentiasa di kelilingi orang-orang dia" balas Raffa yang sedang memandu.

"I know when he don't need his man" balas Gibran sambil memandang Raffa yang sedang memandu.

"When?" soal Fattah dan Raffa serentak. Gibran tidak membalas sebaliknya tersenyum senget.

"Right.. he likes woman" balas Fattah. Siapa tidak kenal dengan Mike yang suka melanggan wanita-wanita cantik untuk melayan nafsunya itu.

"But where can we find him?" soal Fattah pada Gibran.

"I know who can find him for us" balas Raffa.

+++

"Daddy" Gibran menyapa Tan Sri Eusof yang sedang bersandar di kepala katil hospital. Kepala ditoleh ke arah pintu.

"Gib" balas Tan Sri Eusof. Gibran yang berada di tengah pintu masuk ke wad melangkah masuk, dibelakangnya diekori Raffa dan tidak lama Fattah pula perlahan menghampiri katil Tan Sri Eusof. Terkaku pandangan mata Tan Sri Eusof pada Fattah. Tidak sangka dia dapat menatap lagi wajah anak lelakinya itu.

"Daddy" Fattah bersuara. Gibran dan Raffa beri ruang pada Fattah.

"Daddy, Raff and I went out for a while. There are a few things we need to do" kata Gibran pada Tan Sri Eusof. Bagaikan mengerti, kepala diangguk. Gibran senyum lalu membalas pandang pada Fattah. Bahu Fattah ditepuk perlahan sebelum dia beredar bersama Raffa.

"Tan Sri masih marahkan Gill?" soal Raffa sebaik kedua mereka melangkah keluar dari wad Tan Sri Eusof.

"I don't know but I don't think daddy going mad to him" balas Gibran. Raffa yang sedang bersaing langkah dengan Gibran toleh pandang padanya.

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Raffa.

"You said someone could find Mike. Who's that person?" soalan Raffa tidak dibalas sebaliknya Raffa pula diajukan soalan. Faham benar Raffa, jika soalan dibalas soalan pasti ada sesuatu yang tidak kena.

"Wait, I call him" kata Raffa lalu telefon bimbit dari poket dikeluarkan dan nombor telefon seseorang didail. Waktu itu kedua mereka telah sampai di hadapan bilik ICU yang menempatkan Puan Sri Sara. Gibran berdiri tegak di hadapan dinding bercermin kaca. Nampak tenang mummy di dalam sana tetapi entah bila dia akan sedar.

"Gib, aku dah call. Aku nak jumpa dia malam ni. You wanna to join me?" soal Raffa pada Gibran yang ralit memerhatikan Puan Sri Sara.

"Sure, what time?" soal Gibran.

"Nine pm" balas Raffa.

"Gib, Raff" Fattah menyapa. Gibran dan Raffa menoleh ke belakang.

"Gill"

"Along"

"Daddy want to see you" kata Fattah pada Gibran. Gibran angguk lalu melangkah meninggalkan Fattah dan Raffa di hadapan bilik ICU.

Perlahan daun pintu bilik wad ditolak Gibran. Dilihat Tan Sri Eusof yang sedang duduk bersandar memandang ke arahnya.

"Gib, come here" panggil Tan Sri Eusof. Gibran perlahan melangkah menghampiri katil lalu melabuhkan duduk di kerusi.

"How are you feeling dad?" soal Gibran sebaik dilabuhkan duduk.

"Much better" balas Tan Sri Eusof. Wajah Gibran dipandang. Nafas panjang dihela.

"I'm sorry Gib" kata Tan Sri Eusof perlahan. Gibran kerut kening.

"Sorry for what?" soal Gibran tidak mengerti.

"What Morgan has done to you, to your wife and your sister. Daddy sungguh tak sangka hingga sejauh ni Morgan sanggup lakukan demi harta" balas Tan Sri Eusof kecewa. Tergeleng kepalanya. Sungguh tidak dia sangka Morgan akan bertindak sebegitu.

"Daddy.. that's not your fault" balas Gibran. Belakang tangan Tan Sri Eusof ditepuk perlahan.

"But.. is it true what he said about the pendant?" soal Tan Sri Eusof. Wajah Gibran dipandang tidak berkelip. Dalam serba salah, kepala diangguk juga. Tidak guna dirahsiakan lagi perkara ini.

"So.. dah tahu apa makna kandungan plate tu?" soal Tan Sri Eusof. Gibran geleng perlahan.

"Not yet. Armine and I need to bring the plate to the Bank Of England to find out what exactly the number on the plate means" terang Gibran. Tan Sri Eusof angguk tanda faham.

"So, where's that plate?" soal Tan Sri Eusof pada Gibran. Gibran tidak membalas.

"It's okay. What important is that the plate is safe" tambah Tan Sri Eusof. Sudahnya kedua mereka diam.

"I heard about what Mike have done to Morgan" kata Tan Sri Eusof. Gibran yang tadi tertunduk memandang wajah Tan Sri Eusof.

"I don't know what to say but please be careful, Gib. I don't want you get hurt. Mike has many way to make something bad to you, Gill and anybody want to stop him from get what he want" pesan Tan Sri Eusof. Bukan dia tidak tahu bagaimana perangai Mike.

"Don't worry dad, we had our way to make Mike suffer" balas Gibran yakin. Tan Sri Eusof angguk.

"I know my sons can" balas Tan Sri Eusof. Tangan Gibran digenggam erat. Gibran dan Tan Sri Eusof toleh pandang ke arah pintu wad apabila terdengar bunyi daun pintu ditolak.

"Dad" sapa Fattah.

"Tan Sri" Raffa pula menyapa. Tan Sri Eusof angguk dan senyum. Gembira apabila melihat keakraban mereka bertiga.

+++

"So, what now?" soal Raffa apabila sampai di tempat parking.

"Hantar aku balik. Tonight you came and pick me up" kata Gibran lalu melolos masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan.

"Okay" balas Raffa lalu turut sama melolos masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu.

"Raff, are sure the person we want meet this night can help us?" soal Fattah. Gibran pandang Fattah melalui cermin pandang belakang.

"You just don't worry. He the right person" balas Raffa yakin.

"Do I know him?" soal Gibran pula. Raffa di sisi dipandang. Pertanyaan Gibran hanya dibalas dengan senyuman.

Malam itu Raffa bersama Fattah datang ke rumah Gibran dan mengambilnya untuk berjumpa dengan orang yang dikatakan Raffa dapat membantu mereka.

"So where do we want to go now?" soal Gibran pada Raffa.

"Kau tak payah nak buang masa Gib. Dari tadi aku tanya, tak dijawabnya. Entah siapa yang kita nak jumpa pun tak tau. But, if he can't do what we want. You watch out Raff" keras pesanan Fattah.

"Don't worry guy's. I'm sure he's the right man" balas Raffa lalu meneruskan pemanduan.

Hampir empat puluh minit memandu ketiga mereka sampai ke destinsinya. Sebuah restoran makanan laut di tepi pantai. Fattah yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia mengambil peluang mengamati pemandangan laut yang cantik pada waktu malam.

"I know Gill, you will like it here but, let's go" Raffa menepuk perlahan bahu Fattah yang dilihat ralit memandang laut yang tenang.

Ketiga mereka mengambil tempat duduk berhampiran dengan tepi laut dan agak jauh dari meja yang lain. Setelah masing-masing mengambil tempat duduk, tidak lama pesanan makanan sampai. Raffa telah membuat pesanan terlebih dahulu sebelum mereka tiba.

"Hai, sorry. Saya terlambat" satu suara menyapa dari belakang.

(19/12/2020 @ 1613hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience