Bab 25

Romance Completed 684540

*WARNING* apa yang terkandung dalam cerita ini hanyalah imaginasi penulis sahaja. Tiada kena-mengena dengan mana-mana orang atau organisasi!

Sebaik Gibran masuk ke bilik air, Haifa terus menuju ke wardrobe untuk mengambil pakaian dan terpaksa dia ke bilik tetamu untuk solat. Selesai sahaja Haifa masuk semula ke bilik, waktu itu Gibran sudah siap berpakaian dan sedang sibuk dengan telefon di tangannya. Tidak mahu mengganggu, Haifa ke almari solek untuk menyisir rambut. Buat kali pertamanya dia tidak mengenakan tudung di dalam rumah. Tak guna untuk dia menutup kepala sedangkan Gibran sudah nampak hampir keseluruhan tubuhnya tadi. Panas rasa wajahnya.

"Red cheeks like tomatoes. Do you think about what happened just now?" bisik Gibran pada telinga Haifa. Berdiri bulu romanya. Terus Haifa menoleh ke arah Gibran bersama jelingan tajam. Gibran ketawa.

"What? want to continue what we do before?" soal Gibran lagi.

"Awak ni dah kenapa?" soal Haifa lalu menoleh pandang semula pada cermin di hadapannya.

"Balik semula pada awak.. erm.." kata Gibran perlahan.

Haifa yang siap menyisir rambut terus mencapai getah untuk mengikat ekor kuda rambutnya yang panjang itu. Terserlah leher Haifa yang putih. Gibran bimbang tidak dapat mengawal keinginannya terus tegakkan tubuh lalu mengatur langkah ke arah balkoni. Pintu sliding ditarik, angin pagi menerpa masuk. Kaki melangkah keluar meninggalkan Haifa di dalam bilik. Dia tidak kuat, persona Haifa sungguh tinggi. Bimbang dia tergelincir. Andai itu berlaku, pasti Haifa akan membencinya.

Hari ni Haifa sudah tidak mengenakan tudung apabila berada di dalam rumah. Untuk apa dia menutup rambutnya pada Gibran sedangkan hampir seluruh tubuhnya sudah dilihat Gibran. Haifa turun ke bawah untuk ke dapur bagi membantu Kak Ina menyediakan sarapan. Waktu dia sampai di dapur, Kak Ina sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak.

"Kak Ina" sapa Haifa. Kak Ina yang sedang sibuk di sinki menoleh ke belakang.

"Madam. Duduklah, Kak Ina baru nak siapkan bahan untuk masak. Madam dah lapar ke?" soal Kak Ina.

"Tak lah. Mari saya tolong. Ada apa-apa lagi nak buat ke?" soal Haifa lalu melangkah menghampiri Kak Ina.

"Eh, tak payah. Biar Kak Ina buat. Madam duduk. Nanti Sir nampak, dia marah Kak Ina pula nanti" Kak Ina menghalang.

"Kak Ina, tak payah la panggil saya macam tu. Pelik la, panggil nama sudah la. Saya orang melayu bukan mat salleh" kata Haifa sambil memanaskan kuali untuk menggoreng kerana dia lihat ada karipap yang hendak digoreng.

Kak Ina yang sedang mencuci bekas memandang Haifa.

"Nanti Sir marah" kata Kak Ina.

"Kalau Gibran marah, bagitau saya. Tau la saya nak buat apa" kata Haifa. Minyak dalam kuali sudah naik gelembung-gelembung kecil menandakan minyak sudah panas. Lalu karipap diambil satu persatu dan dimasukkan ke dalam kuali.

"Kalau dah madam.. Haifa cakap macam tu Kak Ina ikut saja" kata Kak Ina.

"Kak Ina ke buat karipap ni?" soal Haifa sambil menggoreng karipap dalam kuali.

"Haah, karipap sardin. Sir suka makan karipap. Kuih lain dia tak suka sangat. Biasanya Sir sarapan roti bakar dengan kopi panas, cuma kalau hari minggu atau cuti baru Sir sarapan berat" kata Kak Ina.

"Kak Ina dah lama kerja dengan Gibran?" soal Haifa sambil mengangkat karipap. Cantik perang warnanya, lalu dimasukkan lagi.

"Lama juga" balas Kak Ina.

"Er.. maaflah nak tanya, Kak Ina dah berkeluarga?" soal Haifa. Kak Ina senyum.

"Pernah tapi dah berpisah. Tak ada anak pun. Bekas suami tak boleh terima dengan kerja Kak Ina" kata Kak Ina. Haifa kerut dahi.

"Tak boleh terima? kenapa?" soal Haifa. Berubah wajah Kak Ina.

"Er.. Haifa, boleh makan pedas ke? Kalau tak tak tahan pedas, Kak Ina letak cili sikit je dalam nasi goreng ni" kata Kak Ina.

"Saya okay je tapi takut Amin yang tak tahan" balas Haifa. Kepalanya masih fikirkan kata-kata Kak Ina tadi. Apa masalah dengan bekas suami dia yang tak faham dengan kerja Kak Ina. Pembantu rumah je kan. Hm.. macam teruk sangat dengan title pembantu rumah tu.

"Adik" panggil Puan Fazidah. Haifa toleh ke belakang. Puan Fazidah melangkah menghampiri dapur bersama Amin.

"Umii" tegur Haifa sambil mengangkat karipap dari kuali. Kak Ina pula dengan nasi gorengnya.

"Umii dengan Amin duduk dulu, adik bancuh air sekejap" kata Haifa. Setelah semua selesai dimasak, makanan di bawa ke meja makan. Tidak lama Gibran turun dari tangga menuju ke meja makan.

"Umii" sapa Gibran lalu mengambil tempat di meja makan. Puan Fazidah hanya angguk sahaja. Sarapan pagi riuh dengan suara Amin.

"Amin nak tambah lagi?" soal Haifa.

"Amin dah kenyang ibu" kata Amin yang sudah bangun dari kerusi dan membawa pinggan serta cawan ke sinki.

"Gibran" panggil Umii pada Gibran sebaik melihat dia sudah selesai makan.

"Ya, ada apa Umii" balas Gibran lalu meletakkan cawan pada piring.

"Umii nak tanya." kata Puan Fazidah serius.

"Tanya apa?" soal Gibran.

"Apa yang berlaku semalam pada Haifa punca pada Gibran ke?" soal Puan Fazidah terus. Haifa terus toleh pada Puan Fazidah. Tidak sangka Umiinya akan bertanya soalan itu.

"Maksud Umii?" soal Gibran. Puan Fazidah lepas nafas.

"Haifa datang sini tak sampai satu hari dah jadi macam ni. Sebelum ni, tak pernah jadi macam ni pun. Padahal tugas Haifa sebelum ni pun bahaya juga. Apa yang Gibran dah buat sebenarnya?" soal Puan Fazidah panjang lebar. Gibran terkelu, tidak tahu apa yang mahu dikatakan.

"Cuba kamu terus terang dengan Umii" pinta Puan Fazidah. Gibran diam. Tajam pandangan mata Puan Fazidah pada Gibran.

"Kalau macam ni jadinya, lebih baik kamu tak muncul kembali dalam hidup Haifa, Gibran" kata Puan Fazidah lalu terus membawa pinggannya ke dapur. Terkejut Gibran dengan kata-kata yang keluar dari bibir Puan Fazidah.

"Umii!" tegur Haifa lalu dia turut bangun membuntuti Puan Fazidah ke dapur bersama pinggan di tangan. Sebaik sampai di sinki, Puan Fazidah toleh ke sisi memandang Haifa.

"Apa? tak betul apa yang Umii cakap! kalau macam ni, baik dia tak payah muncul semula. Hidup kita sebelum ni tenang, tak ada masalah pun. Muncul sahaja Gibran, nyawa adik nyaris melayang" keras suara Puan Fazidah. Haifa memandang Gibran yang sudah pun berada di sisinya.

"Umii.." panggil Gibran.

"Saya minta maaf di atas apa yang berlaku" kata Gibran. Dia juga tidak sangka perkara ini akan terjadi.

"Kamu ingat dengan maaf tu boleh ubah semua?" soal Puan Fazidah kasar.

"Dah la, Umii nak balik rumah Umii semula. Duduk di sini, bukannya senang hati, susah hati lagi ada" marah Puan Fazidah lalu meninggalkan ruang dapur.

"Amin, dah. Masuk bilik kita kemas beg. Kita balik rumah kita" kata Puan Fazidah sambil menarik tangan Amin yang sedang menonton tv. Terpingan-pingan Amin tidak faham. Gibran rasa serba salah. Dikejar langkah Puan Fazidah lalu dia berhenti di hadapan wanita itu.

"Umii. Saya janji, perkara ni tak berulang lagi. Saya cuma minta Umii tinggal di rumah saya hingga selesai semuanya. Tolong, Umii" rayu Gibran. Lama Puan Fazidah diam sebelum nafas panjang ditarik.

"Ingat Gibran, kalau jadi apa-apa pada Haifa. Sampai mati Umii tak maafkan kamu!" tegas kata-kata Umii bersama pandangan yang tidak berkelip.

"Baik Umii. Saya janji dengan nyawa saya" kata Gibran. Puan Fazidah tidak membalas sebaliknya tangan Amin dilepaskan dan dia terus melangkah ke bilik. Haifa yang berada tidak jauh hanya memandang Gibran dengan simpati. Haifa mengatur langkah mengahampiri Gibran. Amin terkaku di situ tidak mengerti.

"Awak, ada apa-apa yang awak nak terangkan pada saya?" soal Haifa pula. Gibran tiada pilihan lain.

"Honey pakai tudung dulu. Hubby tunggu di kolam renang" kata Gibran lalu meninggalkan Haifa di ruang tamu. Tidak menunggu lama, Haifa berlari ke bilik mengambil tudung dan terus menyarungnya. Kaki laju diatur ke kolam renang di bahagian tepi rumah. Sewaktu dia sampai Gibran sedang berdiri di tepi kolam. Tegak pandangannya ke tengah air yang jernih itu.

"Now, explain" kata Haifa. Gibran pandang Haifa di sisi. Nafas ditarik panjang.

"Satu hari saya terima satu sampul, dalam tu ada ugutan dan iainya melibatkan awak" formal sahaja ayat yang keluar dari bibir Gibran.

"Saya tidak pasti siapa yang mengugut saya dan saya tak sangka sampai begitu sekali tindakan yang mereka sanggup lakukan. Saya tidak pasti siapa, tapi tak mungkin musuh perniagaan" kata Gibran.

"Maksud awak" soal Haifa.

"Saya rasa mungkin seseorang yang berdendam dengan saya semasa saya jalankan tugas saya dahulu. Tapi apa yang berlaku waktu itu, bukan salah saya. Saya hanya jalankan tugas saya. I'm just doing the task" kata Gibran.

"Apa tugas awak sebenarnya?" soal Haifa. Gibran toleh pandang pada Haifa. Lama ditenung wajah itu.

"I hope you are not angry when you know the truth" kata Gibran.

"Try me" balas Haifa.

"Before I tell you. I do not admit what I will say after this" kata Gibran. Nafas dihela panjang.

"Understand" angguk Haifa.

"I am a mercenary. I work with an organization who responsible for maintaining national security" terang Gibran. Terngaga mulut Haifa terkejut.

"Saya tidak pasti macam mana saya dipilih cuma saya tidak ada pilihan. I must accept this job. I have no choice" terang Gibran lagi.

"Are you for real?" soal Haifa. Gibran angguk.

"That's means, after the report from my team, you the one to continue the action?" soal Haifa tidak percaya.

"Yup. And.. while Dylan and I were on a mission in London. I saw you with Intan" kata Gibran bersama senyuman nipis.

"Waktu tu.. tak tau macam mana perasaan saya.. Ikutkan hati nak saja saya hampiri awak, Haifa. I miss you so much honey" kata Gibran.

"Siapa Dylan?" soal Haifa.

"My partner" balas Gibran.

#flashback#

"Hey, what's up" kata Dylan yang sudah bersedia dengan senjata SR25 Sniper Rifle, begitu juga dirinya. Kedua-dua mereka berada di tingkat 7 bangunan. Menanti target dari tingkap bangunan bersebelahan dengan tempat target berada.

"Hey, Gib" panggil Dylan lagi.

"What?" balas Gibran. Mata tidak lepas dari memandang dua orang wanita yang berada tidak jauh dari bangunan target mereka.

"You know the girls?" soal Dylan.

"What girls?" soal Gibran pura-pura. Dylan ketawa.

"Aku nampak ke mana arah pandangan kau, Gib. Diaorang tu macam orang Malaysia. Kenal ke?" soal Dylan. Gibran senyum senget tanpa membalas.

Tidak lama orang yang dinantikan berjalan keluar dari bangunan bersebelah mereka. Dua orang lelaki berkulit putih. Selepas pengesahan diperolehi. Gibran dan Dylan terus menarik picu.

Thud thud

Kedua-dua lelaki tadi tumbang. Gibran dan Dylan terus mengemas senjata mereka lalu terus meninggalkan tempat tersebut.

#flashbackend#

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience