Bab 88

Romance Completed 684558

"Dah, saya dan Randy dah masuk dalam sekolah dan cari bersama-sama dengan beberapa orang guru dan pengawal keselamatan sekolah tetapi tidak berjumpa" kata Akim bimbang. Haifa sudah ke hulu ke hilir kakinya melangkah. Faizal dipandang tidak berkelip.

"Awak cari dulu di kawasan sekitar, apa-apa call saya semula" kata Haifa lalu talian dimatikan dan disimpan di dalam pouch bag lalu dia terus menghampiri Faizal. Kolar kemeja Faizal dicekak.

"Baik kau cakap, mana kau sorok Amin!?" jerit Haifa bersama penumbuk tangan kanan sudah dihalakan ke arah wajah Faizal. Faizal yang terkejut dan tidak sangka terus naik kedua tangannya memegang tangan Haifa yang mencekak kolar bajunya.

"Kau cakap apa ni?" soal Faizal yang sudah tinggi suaranya. Mencerlung mata Haifa memanah mata Faizal. Pandangan orang yang melalui kawasan itu tidak dipeduli. Faizal yang cuba mengilas tangan kiri Haifa tetapi tidak berjaya apabila tangan kanan Haifa laju melepaskan tumbukan ke wajah Faizal. Terundur ke belakang Faizal kerana impak tumbukan dari Haifa. Bibir dikesat dengan jari, ada cecair merah di situ. Faizal tegakkan tubuh. Haifa dipandang tidak puas hati. Kuat kedua tangan digenggam. Kalau bukan difikirkan Haifa ni perempuan, dah lama tangannya naik singgah ke wajah itu.

"Kau cakap Faizal, mana kau sorok Amin" tengking Haifa yang sudah berjalan semakin menghampiri Faizal.

"Aku tak tau la, lepas kelas tadi aku terus keluar. Masa aku keluar pun loceng kelas masih belum berbunyi!" Faizal pertahankan diri.

"Puan" Hann yang berlari datang ke arah Haifa dan Faizal. Tertoleh Haifa dan Faizal ke arah suara yang memanggil tadi.

"Hann! awak buat apa di sini?" soal Haifa.

"Er.. Sir minta saya tengokkan Puan" balas Hann serba salah. Haifa geleng kepala perlahan.

"Amin hilang" kata Haifa sambil mata menjeling Faizal yang sedang mengesat bibirnya dengan kain sapu tangan.

"Apa? macam mana boleh hilang?" soal Hann pula.

"Awak tanya la Faizal" balas Haifa sepatah sambil dipandang tajam pada Faizal. Hann pandang Faizal.

"Siapa Faizal ni?" soal Hann.

"Faizal, bapa saudara Amin" balas Haifa geram.

"Aku tak tau la Haifa. Takkan aku nak sorok anak saudara sendiri!" marah Faizal.

"Siapa lagi yang tau Amin bersekolah di sini?" soal Hann. Faizal tidak membalas pertanyaan Hann, hanya jelingan sahaja yang diberikan.

'Kelepuk'

"Eh, Hann tanya tu jawablah" ucap Haifa sambil tangan kanan naik menampar bahu Faizal. Dengan wajah tidak puas hati, terpaksa juga dia menjawab. Garang bukan main perempuan seorang ni! nasib baik cantik.

"Along dengan Angah" balas Faizal.

"Kau jangan nak cakap diaorang yang culik Amin pulak!" laju Faizal menambah.

"Aku tak tuduh pun!" balas Haifa marah. Tiba-tiba telefon bimbit Haifa berbunyi dan skrin telefon dipandang. Akim!

"Ya Akim" Haifa bersuara.

"Puan, saya semak CCTV sekolah. Ada seorang lelaki yang tarik Amin masuk ke dalam sebuah kereta warna merah. Nanti saya send gambar kereta dan nombor pendaftaran. Randy sedang semak butiran. Dah dapat nanti saya bagitau Puan segera" terang Akim.

"Thanks Kim" balas Haifa lalu talian dimatikan dan tidak lama bunyi mesej masuk. Gambar didownload. Kereta Honda CRV warna hitam tetapi muka lelaki itu tidak jelas. Haifa kemudian menghulur telefon bimbitnya pada Faizal. Mana tahu Faizal kenal kereta atau lelaki tersebut.

"Nah! tengok ni" kasar sahaja suara Haifa berbunyi sambil dihulurkan telefon bimbitnya pada Faizal. Belum sempat Faizal sambut huluran, terdengar suara seseorang memanggil.

"Honey!" tertoleh Haifa apabila mendengar suara tersebut.

"Hubby" sapa Haifa lalu mendapatkan Gibran. Telefon di tangan ditarik semula tanpa sempat dicapai Faizal. Haifa kemudian bersama Gibran berjalan kembali menghampiri Faizal dan Hann.

"You know this address?" soal Gibran sambil menghulurkan ipad pada Faizal. Berubah wajahnya. Haifa dan Gibran dipandang bergilir.

"Ini rumah Angah" kata Faizal cuak. Biar betul, takkan Angah yang culik Amin.

"Mana hubby dapat alamat ni?" soal Haifa sambil mengambil ipad dari tangan Faizal.

"GPS tracker" balas Gibran selamba.

"GPS tracker?" ulang Haifa. Gibran hela nafas perlahan.

"I put GPS tracker on his school bag" terang Gibran. Bulat mata Haifa terkejut. Begitu juga Faizal.

"What?" soal Haifa tidak percaya.

"I can feel something wrong is going to happen" balas Gibran selamba.

"Kau tengok kereta ni, ini kereta siapa?" soal Haifa lalu dihulur semula telefon pada Faizal. Terkelip-kelip matanya memandang.

"Ini kereta Angah.." balas Faizal lambat-lambat.

"Apa yang Angah buat ni" kata Faizal lalu telefon bimbitnya dikeluarkan dan nombor telefon abangnya didail tetapi talian masuk ke peti suara. Faizal pandang Haifa dan Gibran sambil kepala digelengkan beberapa kali. Tegang wajah Gibran lalu memusing ke belakang sambil menarik lengan Haifa.

"Let go" kata Gibran lalu membuka langkah.

Kereta dipandu Raffa laju meluncur diikuti kereta Faizal dan kemudian kereta yang dipandu Hann. Haifa yang berada di tempat duduk belakang sudah tidak senang duduk. Janganlah terjadi apa-apa pada Amin. Itulah satu-satunya anak saudara yang dia ada. Lebih kurang empat puluh lima minit memandu, mereka sampai di sebuah rumah lot dua tingkat. Dari luar dilihat tidak ada yang tidak kena dengan rumah ini, cantik dan kemas. Sebaik sampai pintu pagar terus terbuka dan waktu itu Haifa lihat Amin sedang bergelak ketawa di tepi kolam ikan bersama pasangan tua suami isteri. Tanpa lengah pintu kereta terus dibuka dan kaki laju berlari ke arah Amin.

"Amin!" jerit Haifa. Amin yang sedang seronok memberi ikan makan terus tertoleh apabila mendengar namanya dipanggil.

"Ibu!" jerit Amin juga lalu dia terus berlari mendapatkan Haifa. Tubuh Amin dipeluk erat. Kemudian tubuh anak itu diperiksa.

"Amin.. Amin okay? sakit mana-mana tak?" soal Haifa dan waktu itu Gibran bersama Raffa dan Hann sudahpun berada di belakang Haifa. Amin gelengkan kepala sambil tersenyum.

"Ayah" sapa Amin pula lalu terus dia dapatkan Gibran dan pinggang Gibran dipeluk.

"Haifa.. kita masuk dulu" kata Faizal yang berjalan menghampiri Haifa. Puan Fatimah dan Encik Hashim yang berada di tepi kolam hanya memandang Haifa dengan wajah bersalah.

"Er.. kita bincang di dalam. Saya tahu saya salah dan tidak sepatutnya saya lakukan begini" sampuk Faizan yang datang dari dalam rumah. Faizan pandang Haifa. Lamanya kita tidak berjumpa Haifa, awak masih sama macam duli.

Haifa pandang Faizan kecil sahaja. Ikutkan marahnya memang dah lebam biji mata Faizan ditumbuknya. Bercakap macam tiada apa-apa!

"Haifa, Gibran" panggil Faizal lagi. Haifa tarik lengan Gibran. Haifa tahu Gibran sedang kawal marahnya, jika bukan kerana Amin. Entah apa yang jadi, dia pun tidak pasti.

"Duduklah" kata Faizan serba salah. Haifa tarik Gibran untuk sama-sama labuhkan duduk, Amin pula masih berada di luar mahu memberi ikan makan. Raffa dan Hann tidak ikut sama, mereka hanya menanti di luar menemani Amin.

"Pakcik dan makcik minta maaf" Encik Hashim membuka kata. Faizal sudah labuhkan duduk di sisi Faizan menoleh pandang pada ayahnya.

"Jangan salahkan anak-anak pakcik, mereka hanya lakukan apa yang pakcik minta" tambah Encik Hashim lagi.

"Makcik tahu, makcik dan pakcik tak layak mendapat kasih sayang Amin kerana sebelum ini, kami yang buang dia.. kami yang tak hargai dia.. patutnya Amin diberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang, bukannya dibuang begitu" Puan Fatimah sudah menitis air matanya.

"Makcik minta maaf Haifa. Makcik tahu Haifa jaga Amin dengan baik dan sempurna" kata Puan Fatimah lagi. Haifa hanya diam tidak membalas, tidak tahu apa yang patut dia katakan. Nafas dihela panjang.

"Makcik.. Pakcik.. saya tak pernah menidakkan hubungan makcik, pakcik dan anak-anak dengan Amin tetapi bukan begini caranya. Mujurlah saya tidak buat laporan polis. Kalau tidak, tak pasal-pasal kena tangkap sebab menculik" kata Haifa sambil menjeling Faizan yang duduk tidak jauh darinya. Dalam rasa kasihan, terselit juga rasa geram. Gibran hanya diam tidak menyampuk namun matanya tidak lepas memandang Faizan yang sejak tadi memandang Haifa tidak berkelip. Hatinya diketuk sesuatu.

"Angah pun, kenapa boleh buat kerja gila macam ni?" soal Haifa. Faizan hanya diam, terus pandangannya pada Haifa dikalih.

"Kan usu dah cakap, nanti kita setting masa yang sesuai untuk kenalkan Amin pada mak dan ayah. Kenapa sampai suruh angah buat macam ni. Angah pun, takkan lah tak boleh fikir logik. Angah ni lawyer kot, biasa handle kes-kes polis tapi diri sendiri buat perkara macam ni!" bebel Faizal. Sakit hatinya bila fikirkan angahnya boleh buat kerja macam ni. Kalau bab uruskan kes client, hebat tetapi bila melibatkan keluarga sendiri, apa pun tak boleh!

"Er.. angah lawyer? Faizan and Co tu syarikat angah ke?" sampuk Haifa. Faizan yang tadi hanya diam menunduk mendongak memandang Haifa. Perlahan kepala diangguk bersama senyuman.

"Ya, syarikat angah. Kenapa?" soal Faizan bimbang. Iyalah bukan dia tidak tahu siapa Haifa.

"Tak.. nama Faizan and Co ni antara syarikat lawyer yang hebat. Banyak memenangi kes-kes besar" puji Haifa ikhlas.

"Eh, taklah. Biasa-biasa saja" balas Faizan bersama senyuman tidak lekang di bibir. Segan pula apabila dia dipuji begitu. Gibran pula sudah terketap-ketap bibirnya apabila melihat tingkah Faizan terhadap Haifa.

"Erm.. nampaknya kes Amin dah settle ke macam mana ni?" soal Faizal yang berada di sisi Faizan. Haifa hela nafas.

"Kita semua ni darah daging Amin, Amin berhak untuk dapat kasih sayang kita semua" kata Haifa.

"Alhamdulillah.. terima kasih Haifa. Hah Mah, pergi la buatkan air tak pun makan malam di sini lah ya" kata Encik Hashim pada Haifa.

"Tak payahlah susah-susah. Esok sabtu tak sekolah. Kalau nak jumpa Amin, datang je rumah. Tak ada masalah pun. Lagipun dah lewat ni, kami nak beransur dulu. Kasihan pula pada Umii yang tunggu kitaorang" kata Haifa lalu bangun berdiri. Gibran juga turut sama.

"Lah, nak balik dah. Eh, lupa pula. Ni suami Haifa ke?" soal Encik Hashim sambil menghulur salam pada Gibran.

"Haah, ni suami Haifa. Gibran" balas Haifa. Gibran sambut huluran salam Encik Hashim sambil sedikit angguk.

"Oh.. ini la yang lama hil.." terhenti kata-kata Encik Hashim apabila dia disiku oleh Puan Fatimah. Laju kepala ditoleh ke sisi. Bulat mata Puan Fatimah bersama ketapan gigi dan senget-senget bibitnya tanda tidak mahu suaminya meneruskan ayat yang mungkin akan menyinggung perasaan sesiapa nanti. Tersenyum sumbing Encik Hashim jadinya. Berubah wajah Gibran dengan ayat yang dituturkan Encik Hashim.

"Ibu.." panggil Amin lalu mendapatkan Haifa. Penyelamat keadaan.

"Ibu, kita nak balik dah?" soal Amin sambil mendongak memandang Haifa.

"Ya, dah lewat" balas Haifa.

"Okay" kata Amin lalu dia berjalan mendapatkan Encik Hashim dan Puan Fatimah yang juga sudah berdiri.

"Opah, atuk. Amin balik dulu ya. Nanti Amin datang lagi. Tak pun minta Pakngah bawakan opah dengan atuk datang rumah Amin. Bolehkan Pakngah?" soal Amin yang sudah berada di tengah-tengah antara Encik Hashim dan Puan Fatimah sambil tersenyum.

"Boleh.. nanti pakngah bawa opah dengan atuk ya" kata Faizan, tangan naik mengusap kepala Amin.

"Kalau macam tu, balik dulu ya Makcik, Pakcik" kata Haifa lalu bersalam bersama Puan Fatimah. Tubuh Haifa dipeluk erat Puan Fatimah.

"Terima kasih Haifa" ucap Puan Fatimah perlahan sambil belakang tubuh Haifa digosok lembut. Haifa hanya angguk. Tidak perlu dia berdendam atau marah, ini juga keluarga Amin. Gibran pula sudah bersalam bersama Faizal dan apabila tiba pada Faizan, tajam pandangannya pada Faizan sebagai amaran. 'She's mine!'. Kuat tangan digenggam. Gibran tidak pasti apa, tetapi pasti ada sesuatu.

"Nanti Amin datang lagi ya" kata Amin sebaik kaki melangkah bersama Gibran dan Haifa. Raffa dan Hann pula sudah bersedia di sisi kereta.

"Er.. Haifa" panggil Faizan. Haifa toleh ke belakang kemudian dia pandang Gibran. Walaupun hati berat terpaksa juga Gibran angguk. Haifa hentikan langkah kaki lalu mendapatkan Faizan.

(15/01/2021 @ 1143hrs)

Share this novel

Yazni Ernie
2021-01-15 13:01:37 

hi dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience