Bab 90

Romance Completed 685014

"Honey" seru Gibran sebaik melangkah masuk ke bilik tidur. Haifa waktu itu baru keluar dari closet terus masuk kembali mengambil tuala dan dia kemudian melangkah untuk mendapatkan Gibran.

"Semua orang dah balik ke?" soal Haifa.

"Yup" balas Gibran yang berhenti melangkah di hadapan pintu bilik air. Pakaian pada tubuh ditanggalkan satu-satu. Mahu segera membersihkan diri. Haifa yang baru tiba terus menghulurkan tuala pada Gibran.

"Thanks honey" ucap Gibran lalu terus dia melangkah ke bilik air.

Tidak lama lebih kurang dua puluh minit, Gibran keluar semula bersama tuala dililit di pinggang. Waktu itu dia lihat Haifa sudah bersandar di kepala katil dengan telefon di tangan. Entah apa yang dilihatnya hingga tersenyum begitu tidak pasti. Gibran kemudian ke bilik closet dan memakai seluar tidur lalu memanjat katil. Pipi Haifa dicium sekilas.

"Tengok apa tu, sampai senyum-senyum dari tadi" tegur Gibran yang juga sudah bersandar di kepala katil. Haifa tersenyum lalu merapatkan tubuhnya pada Gibran untuk menunjukkan apa yang sedang dilihatnya.

"Ni, gambar majlis tadi" kata Haifa bersama senyuman tak lekang dari bibir.

"You like it?" soal Gibran sambil matanya turut sama melihat skrin telefon Haifa yang terpapar gambar sekitar majlis tadi. Laju Haifa anggukkan kepala. Banyak gambar yang diambil. Orang yang menjadi mangsa dah tentulah Raffa, mengalahkan jurugambar profesional dia tadi tapi itulah, Raffa pun suka melayan karenah Haifa. Padahal jurugambar untuk majlis tersebut sudah sedia ada tetapi Haifa mahu mengambil sendiri untuk disimpan di dalam telefonnya.

"Suka. Thanks hubby" ucap Haifa bersama ciuman di pipi Gibran. Gibran kemudian menunduk mengambil sesuatu dari laci meja sisi katil. Satu bekas baldu warna biru diletakkan di atas riba Haifa. Haifa laju menoleh Gibran dengan riak tidak mengerti.

"Apa ni?" soal Haifa lalu telefon di tangan di letakkan di atas katil. Kotak baldu dibelek.

"Bukalah" kata Gibran yang sudah duduk bersila. Haifa duduk tegak dan wajah Gibran dipandang lagi. Gibran angguk. Perlahan Haifa bukakan bekas tersebut. Bulat mata Haifa tidak percaya.

"Cantiknya.." kata Haifa teruja. Jemarinya dilarikan di atas set barang kemas dihiasi dengan permata bewarna hijau zamrud.

"Here, I'll help you" kata Gibran lalu mengambil rantai leher dan dipakaikan pada leher Haifa. Nampak sangat cantil dan sesuai pada leher jinjang Haifa. Rambut yang tadi dipegang kini dilepaskan. Jemari Haifa naik menyentuh rantai leher yang cantik dihiasi permata hijau zamrud. Haifa bangun menuju ke arah cermin besar. Ditilik rantai yang bergantung di leher. Gibran laju mengekori langkah Haifa dan berdiri rpat di belakang isterinya itu. Bahu putih Haifa dicium sekilas. Haifa toleh ke sisi dan kemudian memandang semula dirinya di cermin.

"Cantik.. mesti mahal" kata Haifa.

"This from nenda" kata Gibran. Haifa terus memutar tubuh mengadap Gibran.

"Seriously?" soal Haifa tidak percaya. Gibran angguk.

"Tapi.. macam mana boleh nenda bagi pada honey pula?" soal Haifa seakan tidak percaya.

"Why, you do not believe it?" soal Gibran.

"Come. You can read yourself" kata Gibran sambil menarik lengan Haifa supaya mengikutnya ke katil semula. Haifa panjat semula katil mengikut Gibran.

"Open it" kata Gibran sambil menunjukkan pada bekas baldu tadi. Haifa pandang Gibran dengan riak tidak mengerti. Gibran hela nafas perlahan lalu dia menarik bahagian bawah bekas dan terselit sesuatu di situ. Haifa kemudian mengambil kertas tersebut dan dibuka lipatannya. Tulisan tangan.

"Tulisan nenda?" soal Haifa. Gibran senyum. Haifa membaca apa yang ditulis pada kertas tersebut.

"Istimewa buat Haifa Wahida cucu menantu nenda." pendek sahaja tulisannya. Haifa pandang Gibran.

"Tapi macam mana?" soal Haifa.

"They told me, arwah nenda kept this at BOE for a long time. Almost six years" terang Gibran.

"Arwah nenda yang design sendiri. Special for you" tambah Gibran lagi. Sayu rasa hati Haifa. Dia tidak mengenali arwah nenda tetapi nenda berikan padanya sesuatu yang sangat bernilai begini. Tangan Haifa naik menyentuh rantai di leher. Tubir mata rasa panas tiba-tiba dan entah bagaimana laju sahaja air matanya menitis membasahi pipi. Jemari besar Gibran naik menyeka. Ditarik Haifa ke dalam pelukannya dan belakang tubuh Haifa diusap perlahan. Makin lama semakin kuat pula esakan Haifa.

"Hey! kenapa ni?" soal Gibran. Dagu Haifa ditarik mengadapnya. Haifa geleng perlahan.

"Come" Gibran menarik Haifa untuk berbaring tetapi Haifa menolak. Gibran kerut kening.

"Bukakan rantai ni dulu" pinta Haifa.

"Oh, okay" balas Gibran lalu dibukakan rantai tadi dan disimpan semula ke dalam bekas tadi bersama surat tulisan tangan arwah nenda. Gibran menyimpan semula di dalam laci meja sisi. Lampu tidur dipadam, suram keadaan di dalam bilik. Haifa berbaring selesa di dalam pelukan Gibran.

"Thanks hubby" ucap Haifa. Sengau bunyi suaranya kerana hidung yang tersumbat kerana menangis tadi.

"Sshh.. not need to thank me honey" kata Gibran. Ubun-ubun Haifa dicium sekilas.

+++

"Haifa, macam mana tugas di sini, sudah hampir dua bulankan awak di sini?" soal Aniq pada Haifa selepas satu mesyuarat bulanan diadakan. Intan yang sedang mengemas fail memandang Haifa.

"Tak ada masalah Tuan, saya seronok bertugas di sini" kata Haifa bersama buku catitan di tangan. Aniq angguk perlahan.

"Tuan Saiful minta saya cadangkan dua pegawai kanan wanita untuk satu operasi khas ni. Kalau awak berminat, boleh saya cadangkan nama awak" kata Aniq.

"Operasi?" soal Haifa teruja. Intan yang berada di sisi Haifa sudah memasang telinga.

"Ya, operasi bersepadu bersama D9 Bukit Aman" kata Aniq.

"Er.. siapa seorang lagi pegawai yang Tuan cakapkan tadi?" soal Haifa ingin tahu. Intan sudah tersenyum simpul.

"Hm.. pegawai yang seorang ni belum pasti lagi dia nak sertai atau tak operasi ni. Katanya kalau awak setuju, baru dia setuju" balas Aniq. Haifa rasa macam tahu sahaja siapa orangnya lalu pantas dia menoleh ke sisi. Intan sudah tersenyum besar. Agak dah.. Intan.

"Sebelum saya setuju, boleh saya tau serba sedikit mengenai operasi ni?" soal Haifa.

"Pemerdagangan manusia" balas Aniq sepatah.

"Oh, macam serius bunyinya Tuan" kata Haifa.

"Ya, memang ini perkara serius. Jadi kalau awak setuju, saya akan cadangkan nama awak dan Intan tapi kalau awak tak setuju pun tidak mengapa, saya tak paksa. Cuma Bukit Aman minta saya cadangkan nama pegawai wanita terbaik yang saya ada" balas Aniq sambil melangkah ke arah pintu keluar bilik mesyuarat.

"Dan satu lagi, awak perlu ke tempat lain dalam tempoh lima bulan minimum dan satu tahun maximum" tambah Aniq lagi.

"Jadi, sebelum setuju. Fikir masak-masak dahulu" pesan Aniq.

"Baik Tuan" kata Haifa.

"Saya gerak dulu" kata Aniq.

"Terima kasih Tuan" kata Haifa dan Intan serentak dalam keadaan sedia. Aniq angguk lalu terus berjalan meninggalkan Haifa dan Intan.

"Intan" panggil Haifa pada Intan yang berjalan beriringan dengannya.

"Kau macam mana?" soal Haifa. Kaki berhenti di hadapan pejabatnya.

"Aku memang berminat tapi kena tanya Caden dulu sebab lama tu.." kata Intan.

"Tu la.. aku pun rasa macam berminat tapi samalah kena tanya Gib dulu. Dah la sejak akhir-akhir ni perangai Gib tu lain macam" kata Haifa sambil daun pintu ditolak.

"Lain macam?" soal Intan sambil dilabuhkan duduk di sofa dalam pejabat Haifa. Haifa pula melabuhkan duduk di kerusi kerjanya.

"Ya.. asyik nak melekaaattt.. je dengan aku. Tegur sikit merajuk" kata Haifa. Intan sudah tertawa.

"Apa pelik sangat?" soal Intan.

"Itu lah. Kau rasa kalau aku bagitau la pasal operasi ni, apa dia cakap?" kata Haifa.

"Dah sah-sah la tak boleh" laju Intan menjawab. Haifa hela nafas panjang bersama tubuh disandar ke belakang.

"Eh, dah la. Dah pukul berapa ni. Jomlah balik. Lambat-lambat nanti jalan jem pula" kata Intan yang sudah bangun berdiri dan mencapai fail yang diletakkan di atas meja Haifa tadi.

"Ye lah, aku pun nak balik juga ni. Jumpa esok" kata Haifa pada Intan yang sudah laju keluar dari pejabatnya.

+++

"Umii" tegur Haifa pada Puan Fazidah yang berada di ruang tamu menonton tv.

"Hah, baru balik" balas Puan Fazidah pula.

"Gib dah lama ke balik?" soal Haifa sambil menoleh ke tingkat atas. Sewaktu masuk tadi dia nampak kasut kerja Gibran sudah tersimpan elok di dalam almari kasut di luar.

"Belum pukul lima dah sampai rumah" balas Puan Fazidah. Haifa yang tadi duduk bermalasan terus tegak duduknya.

"Uih, awalnya balik" kata Haifa.

"Er.. adik naik bilik dulu la Umii" kata Haifa lalu terus bangun.

"Eh, nak naik dah. Kak Ina dah buatkan air ni" kata Kak Ina yang baru sampai bersama dulang berisi air dalam teko dan karipap pusing.

"Tak apa la Kak Ina. Saya nak naik mandi. Badan melekit" kata Haifa lalu laju berlari naik ke tingkat atas. Daun pintu ditarik perlahan dan kepala dijenguk ke dalam.

"Aik mana hubby ni, tak ada pun" kata Haifa sendirian lalu dia melangkah masuk dan daun pintu di tutup rapat.

"Oh.. ada di balkoni. Mesti nampak aku balik tadi ni" kata Haifa perlahan. Tanpa menyapa Gibran, Haifa ke bilik closet mengambil tuala dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Tidak lama Haifa keluar. Rasa segar tubuh setelah disiram air. Alamak! tajamnya renungan. Haifa yang baru melangkah keluar rasa mahu masuk ke bilik air semula apabila melihat pandangan tajam Gibran padanya. Ah sudah.. merajuk lagi la tu. Nafas ditarik dalam lalu kaki melangkah ke arah Gibran yang sedang duduk di sofa bilik.

"Hubby" sapa Haifa lalu melabuhkan duduk di ribaan Gibran.

"Kenapa ni?" soal Haifa sambil tangan naik mengusap pipi Gibran. Tegang sahaja wajahnya. Gibran tidak membalas sebaliknya diberikan jelingan tajam pada Haifa.

"Auch! tajamnya renungan hingga menusuk jantung" kata Haifa sambil beraksi tangannya naik memegang dada. Wajah Gibran masih sama. Aduh..

"Why do not reply to my message?" soal Gibran yang sudah memeluk tubuh.

"Mesej? bila hubby hantar mesej?" soal Haifa lalu mahu bangun berdiri untuk mengambil telefon bimbitnya di dalam pouchbag tetapi pantas pergelangannya dilelar Gibran hingga terduduk semula. Tidak jadi dia bangun.

"I'm sorry.. tadi metting lambat habis. Lepas metting honey terus balik. Lupa nak tengok phone" kata Haifa. Kedua tangannya disangkut ke leher Gibran. Kemudian hidung mancung lelaki iti dicium sekilas.

"Sorry.. jangan la merajuk" pujuk Haifa tetapi Gibran masih lagi tiada tanda-tanda mahu senyum.

"Balik tadi tak jumpa hubby pun, terus mandi. Why?" soal Gibran. Mata Haifa dipandang tepat. Haifa sudah terkelip-kelip matanya. Aduh..

"Badan honey peluh. Hubby dah mandi nanti lekat pula masam peluh honey" kata Haifa.

"Sorry.." kata Haifa lagi lalu dilabuhkan cium pada pipi, mata, hidung, dahi, dagu dan akhir sekali bibir seksi Gibran. Mulanya Gibran hanya diam tetapi tidak lama apabila kedua tangan Gibran naik memeluk pinggang Haifa.

"Starting tomorrow, you must reply to my message immediately and before taking a shower must meet me first" kata Gibran sebaik pautan bibir dilepaskan.

"Okay, anything for you hubby" balas Haifa bersama anggukan kepala. Apa-apalah hubby oi.. pelik-pelik. Haifa kemudian bangun mahu memakai pakaian tetapi pautan pada pinggangnya masih lagi erat. Haifa pandang tangan Gibran yang melilit pinggangnya. Tualanya yang sudah mahu terlucut laju dipegang.

"Hubby.. honey nak pakai baju ni. Sejuk la" kata Haifa. Gibran diam tidak membalas. Aduh.. apa lagi ni..

"Sekejap saja. Lepas siap, honey datang sini semula" kata Haifa. Gibran geleng.

"Dah tu, takkan nak turun makan nasi dengan bertuala macam ni" kata Haifa geram. Ish!

"Hubby temankan" kata Gibran lalu turut sama bangun berdiri dan tangan Haifa ditarik ke bilik closet. Gibran kemudian melabuhkan duduk di sofa dalam bilik closet memerhatikan Haifa.

"Er.. honey nak pakai baju ni" kata Haifa. Gibran buat tidak faham dan masih tegak memandangnya. Takkan nak tengok aku pakai baju. Hurm, ikut sukalah hubby oi.. Haifa kemudian memilih pakaian untuk dipakai dan kemudian dengan selamba tuala dilucutkan lalu menyarungkan pakaian dalam satu persatu. Gibran masih lagi memandangnya tidak berkelip hinggalah Haifa selesai berpakaian. Haifa kemudian melangkah keluar dari bilik closet ke almari solek untuk menyisir rambut. Gibran yang melihat Haifa berjalan keluar, dia juga turut mengekori Haifa dari belakang. Dah macam anak itik. Mengikut sahaja ke mana Haifa pergi.

"Okay, siap. Jom turun makan" kata Haifa pada Gibran. Gibran hulur tangan kanannya pada Haifa. Haifa pandang tangan Gibran.

"Kenapa, sakit ke?" soal Haifa lalu tangan kanannya naik memegang jemari Gibran, sebaik jemarinya menyentuh jemari Gibran, pantas jemarinya dipaut dan disulam bersama jemari besar Gibran. Oh, nak pegang tangan. Haifa ketawa sambil tergeleng kepala.

"Turun makan pun nak pegang tangan" kata Haifa pada Gibran. Gibran toleh pandang pada Haifa, masam wajahnya. Ah, sentap pula.

"Okay.. okay.." Haifa mengalah lalu melangkah ke arah pintu bersama Gibran. Layan je la Haifa oi..

(17/01/2021 @ 1830hrs)

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-17 20:47:30 

tqvm dear

suzi idayu rahim
2021-01-17 19:33:01 

aifa dah ada isi ke,lain mcm manja laki dai


NovelPlus Premium

The best ads free experience