Bab 7

Romance Completed 685128

"Why so late?" kasar suara Gibran bertanya.

"I'm sorry Sir" balas Raffa sambil menundukkan kepala. Tanpa kata Gibran melangkah masuk ke dalam rumah diikuti Raffa dari belakang manakala tiga lelaki tadi menanti di luar rumah.

"Gibran" tegur Puan Fazidah yang melangkah ke arah pintu masuk tetapi langkahnya terhenti apabila melihat ada seseorang yang tidak dikenali mengekori Gibran dari belakang.

"Puan" sapa Raffa. Puan Fazidah hanya pandang tanpa berkata apa-apa apabila melihat lelaki tadi turut sama masuk ke dalam rumah.

"Umii" panggil Gibran sambil menoleh pada Puan Fazidah.

"Hah, ya" jawab Puan Fazidah sambil melangkah ke arah Gibran yang sudahpun melabuhkan duduk di kerusi.

Gibran hela nafas panjang.

"Do you bring what I'm want?" soal Gibran pada Raffa.

"Yes Sir" balas Raffa lalu menyerahkan satu sampul pada Gibran. Huluran disambut dan isi kandungan dikeluarkan. Sehelai kertas diserahkan pada Puan Fazidah.

"Ini salinan, yang asal ada pada saya" kata Gibran. Puan Fazidah menyambut huluran dan butiran pada kertas itu dibaca dan diteliti. Lama kertas tersebut diteliti kemudian wajah Gibran di hadapan dipandang. Gibran angguk.

"Tapi kenapa baru sekarang?" soal Puan Fazidah. Gibran geleng.

"Belum masanya saya jawab soalan tu" kata Gibran.

"Tolong simpan, jangan tunjuk pada sesiapa termasuk Haifa" kata Gibran. Puan Fazidah angguk kemudian terus naik ke atas menyimpannya di dalam bilik. Apabila dia turun dilihat Gibran sedang berbincang bersama Raffa, lalu kaki terus ke dapur membancuh air dan dibawa ke meja makan.

"Minumlah dulu" pelawa Puan Fazidah.

"Terima kasih Puan" kata Raffa.

"Minum dulu" kata Gibran pada Raffa dan dia juga turut meneguk air dari gelas.

+++

Haifa rasa tidak sedap hati hari ini. Mujurlah majlis berjalan dengan lancar tiada sebarang masalah. Lega satu tugas dah selesai. Tangan naik memegang dada, kali terakhir rasa begini hadir sehari sebelum menerima berita walid meninggaldunia waktu dia sedang bertugas di luar negara. Takkan lah ada sesuatu yang buruk berlaku di rumah pula.

"Tahniah Puan, jod job" sapa Tuan Helmi pada Haifa yang masih tercegat di tepi pentas VIP.

"Thanks Tuan" balas Haifa dengan tabik hormat.

"Next time saya tak payah cari pegawai wanita lain untuk jadi pegawai baris" kata Tuan Helmi setelah hormat balas diberi.

"Eh, Tuan jangan macam tu. Puas pulak saya nak cerahkan kulit yang tak berapa cerah ni" laju Haifa membalas. Tuan Helmi ketawa kecil sambil wajah Haifa dipandang.

"Awak cerah ke gelap ke tetap cantik pada mata saya Haifa" balas Tuan Helmi sambil kenyit mata dan dia terus berlalu bersama senyuman di bibir. Haifa terkaku di situ.

"Peewwiittt..." bunyi usikan daripada beberapa anggota wanita kawalan kehormatan. Mereka berjalan menghampiri Haifa.

"Amboi Puan.. Tuan Helmi jual minyak ke?" soal salah seorang dari mereka.

"Ish, tak payah nak merepek" merah wajah Haifa diusik begitu. Dia tahu, Tuan Helmi ada menaruh hati padanya melalui beberapa orang rakan setugas. Tetapi dia tidak pernah menerimanya. Salah satu sebab kerana dia masih lagi isteri orang dan tidak ramai yang tahu mengenai statusnya itu kerana dia tidak pernah declare pada Jabatan memandangkan perkahwinan tersebut sebelum dia menyertai pasukan polis tambahan pula, suami pun entah ke mana.

"Hai Puan.. jauhnya menung, fikir pasal Tuan Helmi ke? tu.. dari tadi Tuan Helmi asyik pandang sini" tegur anggota wanita tadi sambil menunjukkan ke arah bawah khemah tempat sarapan. Haifa toleh pandang, Tuan Helmi lempar senyuman. Alahai..

"Dah.. dah.. jangan nak merapu yang bukan-bukan. Serah senjata dulu, lepas tu pergi sarapan. Jangan nak jadi makcik bawang pulak" tegur Haifa.

"Malu la tu.." giat anggota wanita itu lagi. Haifa dah geleng kepala. Ketawa suka mereka.

"Okay lah, saya nak kena balik dulu ni" kata Haifa.

"Okay, Puan. Terima kasih Puan" balas serentak dari anggota-anggota wanita tersebut.

Haifa terus membuka langkah menuju ke pejabatnya. Rasa tidak enak tadi masih belum hilang. Sebaik sampai di pejabatnya, pedang istiadat yang tersarung di pinggang ditarik bersama tali pinggang dan diletakkan di atas meja, kasut kawad ditanggalkan dan disarung dengan ankle boot. Baju uniform pula ditanggalkan dan digantikan dengan t-shirt hitam lengan panjang. Jaket disarung pada tubuh dan kemudian helmet pula. Pouch bag dipasang pada pinggang sambil menarik daun pintu.

"Opps!" Haifa terperanjat. Tuan Helmi bersama sepiring kuih di tangan.

"Eh, Tuan Helmi" tegur Haifa di hadapan pintu pejabatnya.

"Tuan buat apa kat sini?" soal Haifa sambil mengunci pintu pejabat.

"Ni" balas Tuan Helmi sambil menunjukkan kuih yang dibawanya. Haifa tunjuk wajah tidak faham.

"Untuk awaklah, tadi saya tengok awak terus naik pejabat, tak datang ke khemah sarapan" balas Tuan Helmi.

"Oo.. saya dah sarapan di rumah pagi tadi" balas Haifa serba salah. Aduh.. nak jaga hati punya pasal, Haifa ambil seketul karipap dari piring yang dipegang Tuan Helmi.

"Thanks Tuan. Er.. saya pergi dulu ya" kata Haifa. Tuan Helmi senyum. Susahnya nak pikat burung seekor ni.. mata memandang Haifa yang hilang disebalik pintu keluar.

"Hai Tuan.. burung tak makan jerat ke?" usik Shafik sambil tersengih.

"Nah, ambil ni" Tuan Helmi beri piring yang mengandungi kuih pada Syafik kemudian menonong masuk ke pejabatnya.

"Ai.. marah! Ikut lah Tuan oi.. yang penting, kau kuih, masuk perut aku" kata Syafik sendiri lalu membawa piring kuih ke mejanya.

+++

Laju Haifa tunggang motorsikalnya, rasa macam jauh pula dari IPD ke rumahnya. Dari jauh Haifa lihat ada dua buah kereta hitam berhenti di hadapan rumahnya. Laju Haifa memecut motorsikal. Sebaik sampai dilihat ada tiga orang lelaki berdiri di tepi halaman rumah di bawah pokok. Sebaik melihat Haifa masuk bersama motorsikalnya, ketiga-tiga mereka berdiri tegak dan sedikit menunduk. Siapa pula ni.. Setelah motorsikal ditongkat di tepi rumah, laju Haifa melangkah masuk sambil menanggalkan helmet. Buru-buru Haifa masuk.

"Umii" panggil Haifa. Bersama itu serentak tiga pasang mata yang berada di meja makan memandangnya. Seorang lelaki yang tidak dia kenali tegak memandangnya tanpa kelip kemudian lelaki tersebut memandang Gibran di depannya.

"Umii, ada apa ni? awak siapa? apa tujuan datang ke sini?" bertalu soalan dari bibir Haifa sambil helmet diletakkan di atas meja makan. Puan Fazidah tidak membalas sebaliknya berjalan ke arah dapur mengambil sebiji gelas untuk Haifa.

Gibran bangun dari kerusi diikuti dengan lelaki tadi.

"My friend, Raffa" Gibran kenalkan pada Haifa.

"Madam" Raffa sedikit menunduk. Haifa kerut kening.

"Saya minta diri dulu. Madam, Puan" kata Raffa. Kemudian dengan sopan Raffa keluar dari rumah menuju ke tempat tiga orang yang lain tadi dan berdiri di situ. Haifa memandang Gibran.

"Who are you? answer me!" suara Haifa sudah meninggi.

"Not now" balas Gibran lalu mengambil sampul yang ada di atas meja lalu dibawa bersamanya menuju ke pintu rumah mahu keluar melintasi Haifa. Memerah wajah Haifa menahan marah. Macam tu dia jawab. Laju Haifa buka langkah lalu disauk kaki Gibran dan bahu ditolak ke bawah.

'Bedebuk'

Gibran terperanjat dengan tindakan tidak disangka dari Haifa. Lutut Haifa betul-betul disendal pada tekak Gibran dan tangan kanannya yang sudah terlipat di belakang badan. Menjerit Puan Fazidah melihat keadaan itu.

"Adik! adik buat apa ni?" tegur Puan Fazidah. Bukan dia tidak tahu bagaimana keadaannya kalau Haifa mengamuk.

"Umii jangan campur!" balas Haifa tanpa menoleh pada Puan Fazidah. Tajam pandangannya pada Gibran yang sudah terlentang, merah padam wajah itu.

"Don't do this honey" Gibran berkata dengan suara tersekat.

"Who's your honey!" makin ditekan lutut pada tekak Gibran. Gibran ketap bibir kerana terlepas kata. Tidak dapat menahan lagi, tangan kiri Gibran masuk menyauk bawah pinggang Haifa manakala kaki kirinya pula melonjak badan dan sekelip mata Haifa pula berada di bawah dan Gibran sudah naik melintang tangan kanan pada dada Haifa. Buntang mata Haifa terkejut dengan tindakan pantas Gibran. Haifa mahu membalas tetapi Gibran menggeleng.

"Don't" kata Gibran kasar. Mata Haifa ditentang. Dia tidak mahu menyakiti Haifa.

"Lepas!" kuat suara Haifa berbunyi. Gibran pantas lepaskan pegangan pada Haifa.

'Buk'

Sebiji penumbuk melayang ke pipi Gibran. Wajah garang Haifa dipandang Gibran. Rasa berdengung telinga. Pipi diusap lalu dibawa tubuh bangun berdiri.

"I got to go" kata Gibran lalu mengutip kembali sampul yang sudah jatuh di atas lantai lalu terus keluar rumah menuju ke salah sebuah kereta hitam. Gibran masuk ke bahagian penumpang belakang, Raffa pula ke bahagian pemandu manakala lagi tiga orang dalam sebuah kereta lagi. Tidak lama, kedua-dua kereta itu terus beredar. Haifa dengan kasar bangun berdiri. Daun pintu rumah ditumbuk kuat kemudian terus berlari naik ke biliknya. Menjerit Puan Fazidah terkejut. Tidak lama Haifa turun kembali bersama satu plastik di tangan dan menghampiri meja makan.

"Mana satu gelas yang Gibran guna?" soal Haifa pada Puan Fazidah. Laju Puan Fazidah tunjukkan. Gelas diambil lalu dimasukkan ke dalam plastik lalu dibawa keluar dan tidak lama terdengar bunyi enjin kereta keluar dari halaman rumah. Puan Fazidah jenguk, dapati Haifa sudah keluar bersama keretanya. Keluh panjang orang tua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience