Bab 84

Romance Completed 685141

"Along" panggil Gibran pada Fattah yang mahu melangkah keluar dari bank. Fattah toleh ke belakang lalu berhenti melangkah.

"Yup. Kenapa?" soal Fattah.

"Er.. urusan kita dah selesaikan" kata Gibran. Fattah kerut dahi. Apa sopan sangat adik aku ni?

"Kau dah kenapa?" soal Fattah pelik.

"Yo, korang ni dah kenapa nak berbual tengah-tengah jalan macam ni?" tegur Raffa yang baru sampai bersama Sand.

"Sini" ditarik lengan kedua mereka ke tepi hingga bahagian menunggu lalu dilabuhkan duduk di sofa.

"Duduk. Jangan nak buat hal kat tengah-tengah tu" tambah Raffa lagi. Gibran menjeling tajam pada Raffa. Tapi dilabuhkan juga duduknya, begitu juga Fattah. Sand pula sedang berbual di telefon di hujung meja, pasti berbual dengan Syam.

"Yup, we done here" kata Fattah.

"Syarikat daddy. Kau setujukan?" soal Gibran. Fattah senyum.

"Memang sepatutnya dari dulu lagi aku bantu daddy tapi syarikat tu tetap milik kau" kata Fattah. Gibran hela nafas.

"Along.. I do not want, with what I have now is enough in addition to the property that Nenda left. What is so much luxury for?" soal Gibran.

"Gib, itu harta pusaka. Nak tak nak kau kena terima, nenda dah wasiatkan pada kau, aku, Sand. Aku tak sangka nenda masih sayangkan aku walaupun aku dah tinggalkan keluarga dulu" sayu sahaja bunyinya. Gibran serba salah. Sungguh dia tidak sangka nenda membahagikan harta kepada semua cucu-cucunya termasuk Mike tetapi disebabkan Mike sudah tiada, hartanya akan dipindahkan pada ibunya. Itulah rezeki namanya. Tidak perlu berebut, semua sudah nenda tetapkan dan nilai harta yang diterima tiap-tiap seorang bukan sedikit dan harta yang ada bukan hanya wang tunai tetapi juga lain-lain aset yang ada.

"Okay.. tapi syarikat daddy tu, I'm just vice president. Full stop" tegas suara Gibran berbunyi. Fattah angguk.

"So, now. Aku nak balik Malaysia" kata Gibran.

"What?!" kuat suara Raffa berbunyi. Terus tertegak duduknya yang tadi hanya bermalasan sambil bermain dengan telefon.

"Apa kau ni.. kata seminggu" Raffa sudah membebel. Gibran menjeling Raffa yang bising mulutnya tak berhenti bercakap.

"Bising la kau. Aku cakap aku yang nak balik. Aku tak ajak kau pun!" marah Gibran. Terkebil-kebil mata Raffa.

"Dah tu kau balik seorang ke?" soal Raffa tidak percaya.

"Ye la, kenapa nak temankan aku?" soal Gibran marah. Fattah yang melihat sudah ketawa sambil menggeleng kepala.

"Jadi aku boleh stay sini la kan?" soal Raffa gembira. Sudah lama dia tidak bercuti.

"Yup!" balas Gibran malas.

"Yes!!" jerit Raffa lalu ditarik kepala Gibran dan dilabuhkan cium pada pipi lelaki itu. Laju tangan Gibran naik menolak wajah Raffa. Terkekek ketawa Raffa kerana gembira.

"Crazy!" marah Gibran. Beberapa orang pelanggan yang melihat turut sama ketawa. Gibran pantas bangun berdiri. Pipi dikesat dengan belakang tangan.

"Dah la. Along, I went back to the hotel first" kata Gibran. Fattah bangun berdiri begitu juga Raffa yang tersengih-sengih dari tadi.

"Along, abang. Adik pun nak balik Malaysia" kata Sand ceria.

"Eh, adik pun nak balik?" soal Fattah. Laju Sand menganggukkan kepala. Gibran pandang Raffa dan Fattah bergilir.

"What?" soal Raffa pelik.

"Kau balik ikut aku!" kata Gibran. Takkan dia nak tinggalkan Raffa dengan Fattah berdua!

"Oit! otak kau fikir apa? ingat aku dah sangap sangat?" marah Raffa. Fattah mulanya tidak faham tetapi kemudian terletus ketawa. Dia kemudian perlahan melangkah ke sisi Raffa lalu tangan kirinya naik memeluk pinggang Raffa. Raffa yang mulanya terkejut tetapi sengaja dilayankan Fattah dengan tangannya juga naik memeluk pinggang Fattah. Buntang mata Gibran, Sand pula sudah ketawa suka. Merah-merah wajahnya.

Malas Gibran mahu melayan, laju langkah kaki dibuka meninggalkan ruang menunggu.

Sudahnya hanya Gibran dan Sand sahaja yang pulang ke Malaysia. Raffa tidak ikut serta. Dia mengungkit pada Gibran mengenai dirinya yang berjaya memujuk Fattah untuk menerima syarikat Tan Sri Eusof. Nak tak nak, sebagai tanda terima kasih Raffa minta untuk tinggal di London beberapa hari lagi.

"Kenapa masam je ni?" soal Sand pada Gibran setelah kapal terbang selamat mendarat di bumi Malaysia.

"Dari naik flight tadi, sampai dah sampai Malaysia ni ha, muka masam macam minum cuka sebotol dah kenapa?" soal Sand lagi.

"Tak ada apa?" balas Gibran lalu bangun dan turut sama berjalan bersama penumpang yang lain.

"Hm.. ni mesti pasal Haifa cedera masa operasikan.." kata Sand yang berjalan di belakang Gibran. Terus terhenti langkah kaki Gibran dan laju dia menoleh ke belakang. Penumpang lain yang ada turut sama terhenti langkahnya.

"Eh.. apa abang ni. Orang lain nak turun ni" marah Sand lalu menolak tubuh Gibran dengan kedua tangannya sambil kepala ditoleh ke belakang dan mengucap kata maaf kepada penumpang lain.

Gibran yang tidak puas hati terpaksa terus melangkah memandangkan penumpang masih ramai yang mahu turun. Nanti kau dik.. dah tau tapi sengaja rahsia ya.

Selepas luggage diambil, Gibran dan Sand menanti di ruang menunggu sementara menantikan Hann dan Syam untuk datang.

"Adik" panggil Gibran yang dari tadi tegak berdiri. Sand sudah senyum sumbing. Nak marah la tu.

"Apa?" balas Sand lalu merapati Gibran yang tegang sahaja wajahnya.

"Kenapa tak bagitau abang pasal Haifa?" soal Gibran serius. Sand tayang gigi.

"Bukan tak nak bagitau tapi Raff cakap urusan di sana hari tu belum selesai lagi. Raff bimbang nanti abang nak balik Malaysia terus, Along pun cakap yang sama" balas Sand. Besar mata Gibran.

"Raff dan Along tau?" soal Gibran. Laju Sand angguk. Gila nak tanggung sendiri. Tunggu la nasib korang.. Tak guna kau Raff! Along pun sama! Kuat digenggam penumbuk.

"Sir" Hann memanggil Gibran. Gibran toleh ke belakang dan dalam waktu yang sama Syam juga turut sampai. Syam hulur salam pada Gibran lalu salam disambut bersama anggukkan. Tidak menunggu lama Gibran terus melangkah ke arah Hann, terkial-kial Hann menarik luggage milik Gibran. Syam yang melihat memandang pelik.

"Kenapa tu?" soal Syam pada Sand.

"Abang marah sebab kitaorang tak bagitau pasal Haifa cedera semasa operasi" balas Sand. Syam geleng kepala.

"Kenapa tak bagitau?" soal Syam sambil memeluk pinggang Sand dengan tangan kirinya manakala tangan kanan pula menarik luggage milik Sand.

"Raff cakap, kalau bagitau nanti urusan di London tertangguh lagipun Akim bagitau, Haifa tak teruk pun" terang Sand.

"Sayang.. pada kita tak teruk tapi pada Gibran, walau pun sikit dah cukup buat dia bimbang. Isteri kot" kata Syam. Sand hanya angguk tanda setuju.

+++

"Adik, lewat balik, dah malam baru sampai. Banyak sangat ke kerjanya?" soal Puan Fazidah pada Haifa yang sedang menutup daun pintu.

"Banyak juga, siapkan repot operasi semalam" kata Haifa.

"Dah makan?" soal Puan Fazidah pada Haifa yang sudah melangkah menghampiri anak tangga.

"Dah, adik makan dengan kawan tadi" balas Haifa sambil melangkah masuk.

"Umii, adik naik atas dulu lah, nak mandi. Penat sangat" kata Haifa.

"Adik nak makan apa-apa tak? kek yang Kak Ina buatkan untuk adik ada lagi" kata Puan Fazidah.

"Tak apa lah Umii. Kenyang lagi tadi kawan-kawan belanja sempena hari jadi adik hari ni" kata Haifa.

"Ye lah" balas Puan Fazidah lalu dia turut melangkah ke arah biliknya manakala Haifa pula melangkah ke atas menuju ke bilik tidurnya. Pagi tadi Kak Ina buatkan kek harilahir untuk Haifa tetapi Amin yang suka. Dia pula yang sibuk potongkan kek. Katanya nak ajak Gibran sambut harilahir Haifa bila Gibran pulang nanti. Haifa hanya angguk dan tersenyum. Pagi tadi Gibran telah hubunginya dan mengucapkan selamat hari lahir tetapi tidak pula diberitahu bila akan pulang.

Haifa capai baju milik Gibran yang berada di atas katil, sengaja tidak dibasuhnya. Bajunya itu dibuat peluk semasa tidur. Jadilah buat lepas rindu, tak dapat peluk orangnya, dapat peluk baju pun bolehlah.. Dicium dalam baju milik Gibran sebelum diletakkan semula di atas katil.

"Ah.. mandi dulu lah" bisik Haifa pada dirinya. Pakaian yang ada pada tubuh ditanggal satu satu dan kemudian perlahan dia melangkah masuk ke bilik air. Tidak lama setelah selesai bersihkan diri, Haifa melangkah keluar bersama tuala di tubuh. Tangan mencapai tuala kecil yang ada di atas kerusi di dalam bilik untuk mengeringkan rambut. Sedang dia asyik mengeringkan rambut di hadapan cermin di dalam bilik closet, terasa seperti dirinya sedang diperhatikan. Terhenti tangannya yang tadi lingat mengeringkan rambut. Haifa melangkah ke arah suis lampu bilik closet tetapi belum sempat jarinya sampai pada suis lampu, tubuhnya telah dipeluk dari belakang. Apalagi mood fighting terus on. Diangkat kaki kanannya tinggi lalu dihendak tumit pada kaki kanan orang yang berada di belakangnya.

"Auch!" bunyi suara mengaduh. Terus terlepas pelukan pada tubuhnya. Haifa ambil kesempatan menekan suis lampu lalu memusing ke belakang dan menghayun penumbuk. Sikit lagi penumbuknya nak sampai ke wajah orang di depannya lampu bilik closet bernyala.

"Hubby!" jerit Haifa terkejut. Apa lagi terus diserbu Gibran yang sudah terduduk di atas sofa bulat menggosok kaki yang sakit kerana 'ditumitkan' Haifa tadi. Memerah telinga lelaki itu.

"Hubby.." Haifa sudah mahu menangis. Kaki Gibran digosok lembut. Gibran yang tadi terasa sakit kaki ditumit Haifa terus hilang bagai disuntik ubat bius apabila melihat keadaan Haifa yang seksi begitu. Dengan rambut yang masih basah, tuala ditubuh yang sudah hampir terlucut serta paha putihnya yang licin. Tertelan liur Gibran. Haifa yang tadi kalut menggosok kaki Gibran terasa berdiri bulu romanya tiba-tiba. Dia mendongak memandang Gibran. Tidak berkelip mata Gibran memandang ke arahnya lalu dia tunduk memandang diri sendiri. What!! kalut Haifa mahu bangun berdiri tetapi belum sempat Haifa larikan diri lengannya ditarik Gibran hingga terjatuh ke ribaan lelaki itu. Pantas kedua tangannya melilit pinggang Haifa.

"Where do you want to run?" bisik Gibran di telinga Haifa.

"Huh! run? mana ada run!" balas Haifa kalut. Segan malu rasa bersalah semua ada. Dipandang wajah Gibran. Pandangan matanya itu sudah cukup buatkan bulu roma Haifa merinding, tau sangat makna pandangan itu.

"Honey nak am.." tidak sempat habis ayat dituturkan bibir basah itu laju ditindih Gibran bagi melepas rindu yang tidak tertanggung. Lama pautan bibir mereka hingga tangan Haifa naik menepuk dada Gibran.

"I need to breathe" kata Haifa sebalik pautan bibir dilepaskan.

"Sorry honey.. I really miss you" balas Gibran. Wajah Haifa diusap lembut. Pipi yang masih ada samar-samar kesan merahnya disentuh perlahan.

"It's okay. Sikit je ni" kata Haifa. Gibran tayang wajah tidak puas hati.

"Eh, kejap. Bila hubby sampai?" soal Haifa yang masih berada di ribaan Gibran.

"Baru lagi, dalam setengah jam sebelum honey balik" balas Gibran. Haifa kerut kening.

"Maknanya masa honey masuk bilik tadi, hubby dah ada?" soal Haifa. Laju Haifa sembamkan wajahnya ke leher Gibran.

"Hubby nampak la tadi?" soal Haifa. Aduh.. malunya.. Gibran nampak dia dah macam orang kemaruk apabila asyik mencium baju milik Gibran tadi. Gibran ketawa suka.

"It's okay.. I know you miss me too" balas Gibran lalu memeluk erat tubuh Haifa. Bau wangi dari sabun mandian pada tubuh Haifa membuatkan rasa tadi datang kembali. Bahu putih Haifa dicium perlahan. Dari bahu merayap ke leher, lama disedut hingga memerah dan kemudian sampai ke telinga. Digigit dan dijilat lembut hingga terkeluar suara asyik dari bibir Haifa.

"Honey.. it is okay today?" bisik Gibran. Haifa hanya angguk. Tanpa lengah tubuh Haifa diangkat lalu dibawa ke katil. Perlahan Haifa diletakkan di atas katil. Tuala yang melilit tubuh ditarik perlahan. Tangan Haifa naik menutup wajah. Gibran ketawa. Dirapatkan wajahnya pada wajah Haifa lalu ditarik lembut kedua tangan itu dari melindungi wajahnya.

"I want to see your beautiful face, honey" bisik Gibran dan bersama itu bibir Haifa disapa lagi. Rindu yang tertangguh akhirnya telah dilangsaikan dengan penuh kasih sayang dan keasyikan.

(08/01/2021 @ 1457hrs)

Share this novel

Hawani Hashim
2023-09-01 00:10:49 

Balik dr London trus dpt nyum2

ellalovenus
2021-01-08 21:07:07 

keep update...can't wait next chapter...,awwwhhh i like this story....

ellalovenus
2021-01-08 21:06:52 

keep update...can't wait next chapter...,awwwhhh i like this story....


NovelPlus Premium

The best ads free experience