Bab 5

Romance Completed 685128

"Adik" panggil Puan Fazidah di celah pintu bilik Amin. Amin waktu itu sedang berada di ruang tamu menonton tv.

"Ya Umii" balas Haifa sambil melipat sejadah dan menyimpannya di rak lalu bangun menghampiri Puan Fazidah sambil menyarung tudung di kepala. Ni yang payah, ada si Gibran ni dalam rumah pun nak kena bertudung.

"Mana Gibran?" soal Puan Fazidah.

"Eh, tadikan ada kat dapur makan. Dah pergi mana pulak?" soal Haifa lalu melangkah laju ke dapur. Eh, tak ada la tapi meja siap kemas. Pinggan makan pun dicuci.

"Ye la, ke mana pulak malam-malam macam ni?" soal Haifa pada Puan Fazidah yang berdiri di sisinya di atas tangga. Haifa kemudian turun ke dapur dan terus ke pintu. Daun pintu dibuka lalu kaki menyarung selipar. Kepala ditoleh kanan dan kiri, mana dia ni. Memanglah kawasan luar ada lampu tapi tak nampak ke mana perginya. Haifa melangkah ke belakang rumah, di tepi kebun turut dicari.

"Dia ni hilang sungguh ke? kalau betul, lega aku" kata Haifa sendiri sambil melilau mata memandang sekeliling rumah.

"Who's gone?" sapa satu suara dari tepi telinga Haifa. Terperanjat punya pasal, dapat sebiji. Terngaduh Gibran.

"Sorry.. sorry!" laju Haifa mohon maaf apabila menyedari orang itu adalah Gibran. Laju tangannya naik memegang pipi Gibran yang menjadi mangsa. Mata kedua mereka saling berbalas.

"Ehem!" Puan Fazidah menegur. Bulat matanya memandang Haifa, senget-senget bibirnya menahan marah. Haifa laju menarik semula jarinya yang tadi baik punya memegang wajah Gibran.

"Kenapa ni?" soal Puan Fazidah.

"Er.. Gibran kejutkan orang, apa lagi. Dapatlah sebiji" balas Haifa sambil menjeling pada Gibran yang masih mengusap pipi sakit dek penumbuk Haifa. Jangan main-main na.. black belt tau!

"Where are you going?" soal Haifa yang baru teringat tujuan asal dia keluar rumah malam-malam begini.

"Just walk" balas Gibran lalu melangkah masuk semula ke dalam rumah. Puan Fazidah yang berada di tengah pintu terus ke tepi beri laluan pada Gibran.

"Just walk pungkok hang!" marah Haifa sambil cekak pinggang. Gibran yang berada di celah pintu, menjeling tajam pada Haifa.

"Eh, dia faham cakap melayu ke? rasa tadi aku cakap bahasa melayukan?" Haifa dah bercakap sendiri.

"Dah.. dah.. dok keras kat situ lagi buat apa, masuk" tegur Puan Fazidah. Kalut Haifa berlari masuk rumah dan terus ke bilik air.

"Mana Gibran?" soal Haifa pada Puan Fazidah sebaik keluar dari bilik air.

"Atas" balas Puan Fazidah.

"Eh eh eh nak buat apa cari Gibran?" soal Puan Fazidah. Haifa tidak membalas sebaliknya laju kaki melangkah ke tangga menuju ke atas. Pintu bilik yang dihuni Gibran diketuk. Tidak lama terjengul wajah seriusnya di celah daun pintu.

"What?" sepatah disoal pada Haifa.

"Eh, can you speak malay?" soal Haifa. Gibran tidak membalas sebaliknya daun pintu di tutup rapat. Merah wajah Haifa menahan marah.

"Isshh.. dia ni! kurang asam" marah Haifa lalu diketuk pintu bertalu-talu.

"Apa ni adik, bising malam-malam macam ni?" tegur Puan Fazidah.

"Tak ada apalah" balas Haifa lalu mengatur langkah ke bilik Amin.

Esoknya Haifa awal lagi dah keluar rumah, ada latihan penuh kawad pagi ni. Kalau ikutkan jadual asal, dua minggu lagi majlis lawatan tersebut tetapi dicepatkan pada Isnin depan pula. Jadinya, walaupun cuti tetap perlu hadir latihan kawad. Sebelah petangnya pula Haifa akan ke pusat taekwando, mengajar di situ. Kelas sabtu dan ahad sahaja akan Haifa hadiri, selain dari itu anak buahnya yang akan menjadi pengajar. Hari ni balik sahaja dari latihan kawad, Haifa makan nasi dan mandi. Kemudian terus ke pusat taekwando bersama Amin. Malas dia nak ambil tahu mengenai Gibran. Ikut hati nak aje dia hubungi bilik gerakan supaya datang ke rumahnya ambil si Gibran ni. Tapi bila dua kali fikir, buatnya dia buat aduan yang dia dipukul, jenuh pulak.

"Umii!" panggil Haifa dari atas motor.

"Ish, apa kamu ni? tak malu jerit-jerit" marah Puan Fazidah.

"Orang nak pergi dah ni. Amin salam nenek" kata Haifa pada Amin yang sudah duduk di seat belakang. Laju Amin hulur tangan.

"Kamu tak penat ke? siang latihan kawad, petang mengajar pulak?" soal Puan Fazidah. Haifa hanya senyum tak sudah.

Hampir jam lima setengah petang baru Haifa dan Amin pulang. Waktu itu dilihat Umii sedang berbual bersama Mak Su Senah di belakang rumah. Kepala terjenguk-jenguk juga, mana perginya Gibran.

"Haifa, jenguk-jenguk cari siapa?" sapa Mak Su Senah.

"Tak cari siapa pun" laju balas Haifa. Amin waktu itu sudah masuk ke dalam rumah untuk mandi. sekejap lagi nak mengaji.

"Kak Da, Senah balik dulu la. Nak malam dah ni" kata Mak Su Senah pada Puan Fazidah.

"Ha, ye lah" balas Puan Fazidah lalu turut bangun berdiri dari duduknya di bangku kayu.

"Umii, orang ingat isnin nanti lepas kawad, orang nak bawa Gibran ke balai polis buat repot" kata Haifa lalu melabuhkan duduk di bangku kayu.

"Buat repot apa?" soal Puan Fazidah. Haifa menoleh pandang pada Puan Fazidah.

"Eh Umii ni, dah hilang ingatan ke apa?" soal Haifa.

"Buat repot la apa yang berlaku pada Gibran tu, lepas tu kena rujuk ke Jabatan Imigresen dan kedutaan. Kemudian hantar dia balik ke negara asal la" balas Haifa. Puan Fazidah senyum lalu bangun dan terus masuk ke dalam rumah. Waktu itu Gibran datang mengambil tempat Puan Fazidah tadi. Haifa memandang Puan Fazidah pelik. Umii ni dah kenapa? Gibran yang baru melabuhkan duduk dipandang tajam.

"Why are you here?" soal Haifa.

"Fate" balas Gibran sepatah dengan pandangan di hala ke hadapan. Haifa lepas nafas panjang.

"Awak siapa sebenarnya ni?" soal Haifa sambil memandang Gibran.

"Your mate" balas Gibran lalu melangkah meninggalkan Haifa sendirian.

"Ish, dia nikan, faham aku cakap melayu! Sengaja nak speaking" marah Haifa lalu mengejar Gibran.

"Wait" panggil Haifa lalu menyauk lengan lelaki itu. Gibran memandang jemari Haifa yang memegang kemas lengannya. Cantik cincin dijari.

"What?" soal Gibran tanpa mahu melepaskan lengannya dari pegangan Haifa. Mata Haifa ditentang.

"Apa tujuan awak datang sini?" soal Haifa sambil melepaskan pegangan lengan Gibran.

"Like i told you before, fate!" balas Gibran. Haifa panas hati. Kolar baju Gibran dicekak.

"Saya bukan seorang yang penyabar, jangan sampai luka di kepala ni koyak balik!" marah Haifa. Gibran senyum sambil menggeleng kepala.

"You wrong, you are indeed a patient wife. Sanggup tunggu suami yang tak muncul-muncul hingga sekarang" balas Gibran. Terlepas pegangan kolar baju. Berubah wajah Haifa.

"Kau jangan sebut pasal lelaki tak guna tu la!" marah Haifa lalu laju kaki melangkah meninggalkan Gibran di belakang.

"I'm not a useless man, Haifa" balas Gibran. Belakang Haifa dipandang.

#Flashback#

"Nenda tak kira, kalau betul sayangkan Nenda, Fahad kena kahwin dan kahwin mesti dengan gadis melayu" keras suara Tengku Badariah.

"Apa ni nenda, kahwin bukan benda main-main" balas Fahad sambil melangkah menghampiri Tengku Badariah yang memandang tajam pada Fahad.

"Mummy apa ni?" soal Fahad tidak puas hati pada Puan Sri Sara.

"Gib, nenda tak mahu Gib jadi macam along. Tengoklah sekarang, isteri entah ke mana. Hanya dia yang besarkan anak-anak sendiri. Isteri dia mana? nenda tak nak perkara sama berulang lagi" balas Puan Sri Sara.

"Mummy, Gib bukan macam along. Kenapa harus samakan dengan along pula" wajah tidak puas hati dipamerkan lalu tubuh dihempas kasar di atas sofa. Menjeling Tengku Badariah.

"Hah, melawan!" tegur Tengku Badariah.

"Apa susah, anak Zali tu ada. Baik budaknya. Cantik pun cantik, ada lesung pipit lagi" Tengku Badariah berbunyi.

"Nenda.. tak ada kena mengena dengan Gib nak ke Italy tu dengan kahwin ni. Gib uruskan businesskan, bukan pergi nak cari isteri pun" balas Fahad. Ya ke business.. Memang dia ada urusan perniagaan tapi itu bukanlah tujuan asal. Kontrak sudah ditandatangani, nak tak nak dia kena juga pergi.

"Sama lah macam si Fattah tu, pergi uruskan business last-last balik bawa isteri mata biru" marah Tengku Badariah.

"Alah, Daddy pun mata biru juga" laju Fahad membalas.

"Gib.." tegur Puan Sri Sara. Tan Sri Eusof dah menjeling. Fahad terus tertunduk.

"Nenda tak kita, sebelum ke Italy, mesti nikah dulu. Kalau tidak, tak payah pergi" putus Tengku Badariah lalu bangun meninggalkan ruang tamu.

#Flashbackend#

"Maafkan saya Haifa, bukan saya tak cuba cari tapi belum rezeki. Tengok sekarang, saya tak cari tapi awak yang datang sendiri" Gibran berkata sendiri. Bersama senyuman di bibir, kaki melangkah masuk ke rumah.

+++

"Umii.. buat apa pagi-pagi kat belakang ni?" soal Haifa. Tadi dia menolak daun tingkap bilik Amin dan nampak Puan Fazidah sedang mengambil daun pandan di kebun belakang.

"Umii nak ke kubur" balas Puan Fazidah perlahan. Lama Haifa diam. Baru teringat, hari inilah tarikh keramat yang meragut nyawa abang dan kakak iparnya.

"Umii nak pergi bila?" soal Haifa. Waktu itu Amin dah pun siap berbaju melayu dan songkok memanggil neneknya di celah pintu.

"Amin dah siap? nak jumpa mama dengan papa?" soal Puan Fazidah. Laju Amin angguk. Bergenang air mata ditubir mata Haifa.

"Umii tunggu jap, orang tukar baju dan ambil kunci kereta" kata Haifa lalu laju langkah dibuka menuju ke tingkat atas. Mujurlah waktu itu Gibran tiada di dalam bilik, senang Haifa mahu menukar pakaian. Setelah siap, Haifa melangkah turun. Waktu itu Puan Fazidah, Amin dan Gibran sudah pun berada di sisi kereta. Gibran menadah tangan. Haifa memandang Puan Fazidah, kepala diangguk lalu kunci berpindah tangan. Gibran masuk ke bahagian pemandu manakala Haifa ke bahagian penumpang hadapan. Puan Fazidah dan Amir pula ke bahagian belakang. Perlahan kerera Myvi hitam bergerak keluar dari bawah garaj.

"Tau ke mana nak pergi?" soal Haifa pada Gibran di sisi. Gibran angguk. Haifa toleh pandang ke hadapan, dari cermin pandang belakang dapat dilihat wajah sayu Umiinya. Tidak sangka, abang dan kakak iparnya pergi sekelip mata dan meninggalkan anak mereka Amin yang masih kecil. Haifa tidak kisah pun tanggungjawab membesarkan Amin diserahkan padanya tapi cara keluarga kakak iparnya itu yang tidak boleh diterima. Dicampak begitu sahaja Amin pada mereka dengan alasan Amin menjadi tanggungjawab keluarga sebelah suami. Ikutkan marah Haifa, mau bertumbuk juga dia dengan abang sulong kakak iparnya itu tapi ditahan Puan Fazidah. Biarlah, perkara dah lepas. Tak guna nak kenang yang penting Amin, satu-satunya anak saudaranya itu mesti dijaga dan dibesarkan dengan sempurna. Hm.. sempurna? nak sempurna macam mana, suami kau pun entah ke mana..

Share this novel

liyana
2021-01-30 19:45:17 

penat gelak


NovelPlus Premium

The best ads free experience