Bab 40

Romance Completed 696735

Suasana dalam kereta sunyi, hanya suara DJ bersama lagu yang diputar berkumandang. Gibran melempar pandangannya keluar kereta. Kalau betul Sand adalah Armine adiknya, Sand juga dalam bahaya seandainya ada yang tahu keberadaannya di mana. Pelipis kepala dipicit. Raffa yang memandang ulah Gibran melalui cermin pandang belakang merasa belas. Payah.. kaya susah, miskin pun susah. Kalau kaya macam ni lah.. berebut harta.

"Kau okey ke?" soal Raffa yang tenang memandu.

"Aku pun tak pasti" balas Gibran.

"Haifa tau tak kau keluar jumpa siapa?" soal Raffa sambil menjeling sekilas pada Gibran melalui cermin pandang belakang.

"Nope" balas Gibran sepatah. Tubuh dibawa bersandar.

"Kenapa?" soal Raffa pelik.

"Perkara belum pasti. Lagipun Haifa don't know about her" balas Gibran. Raffa geleng perlahan.

"Kau tak boleh macam ni. Kalau Haifa tau kau keluar dengan Sand dan dia salah faham macam mana?" soal Raffa. Gibran hanya diam tidak membalas.

"Cuba kalau Haifa pula sembunyikan apa-apa dari kau. Apa kau rasa?" soal Raffa pula.

"Belum sampai masa untuk aku terangkan pada dia. More she knew, the more dangerous her life would be. I don't want anything happen to her. I love her so much" balas Gibran perlahan. Raffa hanya angguk. Kalau dah itu keputusan Gibran, apa dia boleh buat.

Sampai sahaja di rumah, Haifa baru selesai memasak makan malam. Makanan elok dihidangkan ketika Gibran membuka pintu. Haifa pandang Gibran yang melangkah lemah ke arahnya.

"Honey" panggil Gibran lalu melabuhkan duduk di kerusi meja makan. Haifa yang sedang berdiri di sisi terus ditarik ke ribaannya. Tersentak Haifa. Tubuh Haifa dipeluk erat, kepalanya diletakkan selesa di dada Haifa. Dalam teragak-agak tangan Haifa naik mengusap rambut lurus Gibran. Tiada kata yang keluar, sunyi seketika hingga Gibran sendiri yang leraikan pelukan.

Wajahnya memandang Haifa yang berada dalam pelukannya. Bibir Haifa disapa sekilas.

"Hubby.. what's wrong?" soal Haifa. Tidak pernah dia lihat Gibran begini. Wajah Gibran diusap. Gibran hanya senyum.

"I'm hungry" balas Gibran bersama senyuman. Haifa angguk lalu bangun dari ribaan Gibran. Walaupun banyak persoalan dalam kepalanya tapi dibiarkan dahulu. Mungkin ada sebab Gibran tidak ceritakan padanya. Haifa melangkah ke arah dapur, tidak lama dia kembali bersama mangkuk nasi di tangan. Nasi disendukkan ke dalam pinggan. Gibran pula sudah bangun ke sinki untuk mencuci tangan. Malam ini Haifa masak siakap masam manis bersama tomyam seafood juga kailan ikan masin. Gibran ambil tempat begitu juga Haifa. Makan malam sunyi hinggalah keduanya selesai makan.

Malam itu selepas makan malam, Gibran membantu Haifa mengemas meja dan kemudian dia terus ke bilik. Tidak lama Haifa pula naik ke atas.

"Raf, tomorrow, nine am, same place" kata Gibran.

Haifa yang baru melangkah masuk tegak memandang Gibran yang hanya bertuala. Air pada rambut yang masih menitis menunjukkan lelaki itu baru selesai mandi. Gibran memandang Haifa yang sedang melangkah. Haifa terus ke wardrobe dan kemudian dia keluar semula bersama tuala kecil di tangan. Gibran yang masih dengan telefon ditarik Haifa ke birai katil lalu ditarik duduk di situ. Rambutnya yang masih basah dikeringkan Haifa dengan tuala kecil di tangan. Gibran diam tidak membantah.

"Kalau hubby ada masalah, boleh share dengan honey. Kalau tidak tak guna kita berkahwin" kata Haifa perlahan. Gibran menangkap tangan Haifa yang sedang mengeringkan rambutnya. Ditarik Haifa ke ribaannya. Wajah Haifa direnung dalam. Nafas ditarik panjang.

"Honey.. I'm sorry if I make you worry. Sampai masa hubby akan ceritakan" Gibran berbisik perlahan. Tangannya naik mengusap wajah Haifa.

"I love you so much honey. So much" kata Gibran. Mata bertentang mata, hujung bibir Haifa diusap dengan ibu jarinya. Haifa hanya diam tiada balasan. Gibran yang menunggu seakan hampa apabila tiada balasan dari Haifa. Pandangan dialihkan dan tangannya naik ke pinggang Haifa, mahu mengalih Haifa dari ribaannya.

"Love you to hubby" balas Haifa. Gibran toleh pandang pada Haifa, tidak jadi untuk dia bangun. Haifa memandang Gibran dengan senyuman paling manis. Terus tubuh itu dipeluk erat Gibran. Bertalu-talu ciuman diberikan pada bibir dan wajah Haifa. Naik lemas wanita itu digomol Gibran.

"Okay.. okay.. stop" pinta Haifa apabila dia hampir sesak nafas.

"Of course I love you" kata Haifa lagi.

"Thanks honey" balas Gibran.

+++

Sand yang sudah siap mengemas meja makan melangkah ke arah Syam yang berada di ruang tamu. Dilabuhkan duduk di sisi Syam. Syam yang sedang menonton berita terus menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.

"Hubby tau kan tadi sayang keluar jumpa Gibran" kata Sand. Syam yang tadi kusyuk mendengar berita terus mencapai remote dan butang mute ditekan. Kepala ditoleh pada Sand.

"Ya, sayang ada bagitau tadi" balas Syam.

"Kenapa, apa yang jadi?" soal Syam. Dari tadi hatinya ingin tahu apa yang jadi semasa pertemuan tu tapi mengenangkan Sand tidak mahu ceritakan, takkan dia nak paksa.

"Gibran cakap sayang mungkin adik perempuan dia" kata Sand. Terkejut Syam dengan kenyataan Sand.

"Are you serious?" soal Syam tidak percaya. Sand angguk.

"Tapi macam mana dia boleh cakap macam tu?" soal Syam pelik.

"Loket" balas Sand sepatah sambil memegang loket yang tergantung pada rantai leher.

"Loket? kenapa dengan loket, bila masa dia nampak loket sayang?" soal Syam bertalu.

"Sayang tidak pasti bila Gibran nampak loket ni pada sayang, mungkin masa temankan Haifa jumpa Q tak pun masa jumpa di restoran sebelum ni" balas Sand.

"Apa yang Gibran cakap pasal loket ni?" soal Syam yang sudah ubah kedudukannya mengadap Sand.

"Gibran cakap loket ni ada pasangannya" balas Sand.

"Tapi tadi dia tak bawa jadi sayang minta dia bawa dan tunjukkan pada sayang" kata Sand lalu wajah Syam dipandang.

"Sayang percaya?" soal Syam. Mata Sand dipandang tepat.

"I don't know.. tapi.." ayat Sand terhenti.

"Tapi apa?" soal Syam.

"Hubby percayakan sayang?" soal Sand. Mata Syam ditentang.

"Sayang cakap apa ni? dah tentu hubby percayakan sayang" kata Syam yakin. Bahu Sand diusap perlahan.

"Sayang rasa Gibran memang abang sayang sebab.. sebab.. parut pada paha sayang, tak ada orang lain yang tahu selain hubby" kata Sand dengan wajah yang sudah tertunduk. Parut pada pahanya diusap. Syam pula pamer wajah tidak faham, berkerut dahinya.

"Tadi Gibran sebut tentang parut ni.. dan waktu tu macam tayangan filem. Peristiwa tu terlayar di mata sayang. Parut yang sayang sendiri tidak tahu sebabnya sebelum ini, kini sudah terjawab." kata Sand. Kepala diangkat lalu wajah Syam dipandang. Keras sahaja wajah Syam. Sand kaku.

"Hubby" panggil Sand. Syam tegak memandang Sand.

"Hubby.. sayang tak pernah tunjukkan parut ni pada sesiapa. Hanya hubby yang tahu mengenainya" kata Sand bersungguh. Takut dia andai Syam fikirkan bukan-bukan mengenai dirinya.

"Hubby.. please say something" Sand sudah memegang lengan Syam. Digoyang perlahan lengan lelaki itu. Wajah Sand seperti sudah seperti mahu menangis.

"Sorry sayang, hubby.. terkejut, tak tahu nak cakap apa" balas Syam lalu tubuh Sand ditarik dalam pelukannya.

"So.. bila lagi nak jumpa Gibran?" soal Syam. Belakang tubuh Sand diusap perlahan.

"Esok, jam sembilan. Tempat sama, hotel Caden" kata Sand. Syam angguk.

"Nak hubby teman?" soal Syam.

"Tak apa, sayang pergi sendiri" balas Sand.

"Okay tapi kalau ada apa-apa, call hubby cepat ya" pesan Syam. Sand angguk lalu tubuh Syam dipeluk erat. Andai benar Gibran abangnya, dapatlah dia bertemu dengan ibu bapanya nanti. Sand senyum kecil. Namun Sand tidak tahu apa bakal datang andai ada yang tahu dia sudah dijumpai.

+++

Selepas siap berpakaian, Haifa turun ke dapur menyediakan sarapan. Tak susah pun, pagi Gibran hanya minum kopi dan roti bakar. Haifa juga sama, cuma dia minum jus oren yang dibuat sendiri. Sedang Haifa sedang membancuh kopi, sepasang tangan memeluk pinggangnya. Haifa toleh ke sisi. Gibran labuhkan cium pada bibir Haifa.

"Hubby dah siap?" soal Haifa. Gibran angguk bersama pelukan masih di pinggang.

"Kita ke meja lah" kata Haifa. Pelukan di pinggang dilepaskan. Gibran mengekori langkah Haifa ke meja makan. Sebaik mug mengandungi kopi diletakkan di meja tempat Gibran, Haifa labuhkan duduk. Begitu juga Gibran.

"Hubby terus ke pejabat ke?" soal Haifa.

"Yup, ke pejabat" balas Gibran sambil menyisip kopi panas. Haifa pandang Gibran. Ye ke nak ke pejabat?

"Honey siap bertudung nak ke mana?" soal Gibran pula.

"Oh, honey nak ke kedai. Beli barang sikit" balas Haifa. Gibran kerut dahi.

"Bukan baru semalam beli barang?" soal Gibran.

"Ada barang lain honey nak beli" balas Haifa. Gibran angguk.

"Okay, use my car. Okay honey" pesan Gibran. Haifa angguk.

Setelah selesai sarapan, Gibran mengesat bibir lalu bangun dan bersedia untuk ke pejabat. Bibir Haifa disapa sekilas.

"Hubby pergi dulu" kata Gibran. Haifa angguk dan senyum sambil mengekori Gibran ke muka pintu. Sebaik kereta dipandu Raffa hilang dari pandangan, Haifa terus buka langkah ke lift. Tujuannya satu, nak ke garaj. Sebaik sampai, kunci kereta dicapai lalu alarm ditekan dan kepala menoleh mencari arah bunyi.

"Huh, CRV? boleh lah" kata Haifa lalu laju kaki melangkah ke arah kereta hitam berkilat itu. Pintu kereta ditarik dan tubuh dilolos masuk. Tanpa lengah laju Haifa memandu keluar dari garaj. Haifa mahu mengekori Gibran, dia mahu tau dengan siapa Gibran berjumpa.

Pedal rapat ditekan dan kereta yang dipandu Raffa ada di hadapan. Haifa mengekori dari jauh hinggalah sampai ke pejabat Gibran. Raffa berhentikan kereta di hadapan lobi lalu Gibran turun disambut Naz. Haifa yang meletakkan kereta agak jauh memerhatikan tindak tanduk Gibran. Tidak lama Gibran turun semula diiringi Naz lalu Gibran masuk semula ke dalam perut kereta yang dipandu Raffa. Perlahan kereta meninggalkan perkarangan bangunan milik Gibran.

Haifa ekori dengan hati-hati agar tidak disedari kehadirannya hinggalah sampai di hotel Caden.

"Hotel?" soal Haifa sendiri. Haifa kemudian meletakkan kereta di tempat parking agak jauh di hujung bangunan. Dilihat Gibran dan Raffa berjalan masuk ke dalam restoran hotel di bahagian tepi bangunan. Waktu itu Haifa nampak Aisyah. Laju tubuh diloloskan keluar dari kereta dan langkah kaki dibuka menuju ke arah Aisyah.

"Aisyah" panggil Haifa.

"Eh, Cik Haifa" balas Aisyah yang sedang berjalan ke arah pintu restoran.

"Cik Haifa cari Encik Gibran ke?" soal Aisyah. Mujur dia masih ingat nama Haifa dan Gibran.

"Aa.. haah. Dia ke mana? laju sangat. Tinggal saya di belakang" balas Haifa. Aisyah ketawa perlahan.

"Sini saya tunjuk" kata Aisyah lalu melangkah mendahului Haifa. Sebaik sampai di bilik VIP, Aisyah tinggalkan Haifa kerana dia ada kerja yang perlu dilakukan. Haifa nampak Raffa berada di luar pintu manakala Gibran sudah melangkah masuh bersama seorang wanita. Nampak dari belakang macam kenal.

Lama Haifa sembunyi di sebalik dinding. Kemudian Gibran keluar bersama seorang wanita. Sand?! Sebelum Sand melangkah pergi, tubuh Gibran dipeluk erat dan pelukan itu dibalas Gibran. Terkelip-kelip mata Haifa tidak percaya, terundur kaki ke belakang. Entah mana datang tong sampah pun tak perasan. Berdentang bunyi apabila stainless stell jatuh ke lantai jubin. Tiga pasang mata laju menoleh padanya. Air mata bergenang di tubir. Tanpa menoleh ke belakang. Laju Haifa mengatur langkah. Tidak dipeduli dengan panggilan Gibran padanya.

(21/09/2020 @ 2153hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience