Bab 15

Romance Completed 685664

"Sorry Sir, I already told her that you have a guest but.." Nelly yang berkejar ke pintu pantas berkata. Gibran angkat tangan.

"It's okay Nelly" kata Gibran.

"Okay Sir" balas Nelly lalu daun pintu ditutup rapat.

"Gib.." Milia bersuara manja lalu melabuhkan duduk di sisi Gibran lalu memaut lengan sasa itu. Gibran toleh pada Haifa sambil meleraikan pelukan di lengannya.

"Gib! you ni dah kenapa?" marah Milia. Gibran masih belum kalih pandangan dari wajah Haifa yang nampak tegang.

"Hey, you! who are you? what are you doing here?" soal Milia bertalu sambil tangan masih lagi sibuk nak memaut lengan Gibran walaupun pautannya ditolak.

"Sorry, I'm insurans agent" kata Haifa selamba sambil memberikan pandangan tajam pada Gibran. Tangannya pula sibuk menyimpan kembali dokumen ke dalam sampul yang dibawa lalu tubuh di bawa berdiri.

"Here" Haifa hulurkan semula kad pengenalan pada Gibran. Gibran turut bangun begitu juga Milia.

"Hey, why do you have.."

"Saya dah cakap tadikan, saya agen insuran" balas Haifa malas lalu terus melangkah pergi. Gibran kelam kabut mahu mengejar tapi lengannya ditarik Milia.

"Honey!" panggil Gibran tapi Haifa sudah hilang di sebalik daun pintu.

"Honey?" soal Milia. Gibran betulkan tekak.

"I mean, Hani. Her name, Hani" Gibran membalas laju. Milia pandang Gibran tepat. Gibran mengeluh sambil berjalan ke arah kerusi kerjanya.

"What bring you here?" soal Gibran.

"This, for you" kata Milia lalu serahkan sampul pada Gibran.

"Who gave?" soal Gibran. Sampul tiada pengirim diambil. Hanya ada namanya sahaja.

"Don't know. Aliff minta I bagi pada you" balas Milia.

Gibran buka sampul dan keluarkan isi kandungannya. Gambar Haifa dan satu nota bertulis 'you want she live, you give your life'. Dengan geram nota itu diramas. Tubuh dibawa bangun lalu dicapai telefon bimbit di atas meja dan nombor Raffa didail.

"Let's go now. I'm on my way" kata Gibran lalu telefon dimasukkan ke dalam poket. Suit pada tubuh ditanggalkan hanya tinggal kemeja sahaja.

"You nak ke mana?" soal Milia bila lihat Gibran seakan mahu keluar.

"I got something to do. So please" kata Gibran yang sudah pun memegang pemegang pintu pejabatnya. Milia masih lagi berdiri tidak berganjak.

"It's okay, I'll wait" kata Milia lalu dilabuhkan duduk di sofa. Gibran ketap gigi.

"I did not return" balas Gibran geram tapi Milia buat tidak peduli.

"Please Milia" Gibran cuba berdiplomasi.

"Ish.. fine!" akhirnya Milia bangun lalu mengambil beg tangan dan terus melangkah keluar. Gibran tarik daun pintu dan berhenti di hadapan meja Nelly.

"I tak balik pejabat, kalau ada apa-apa, just take note and inform me later" pesan Gibran lalu dia terus melangkah menuju ke lift. Nelly hanya angguk.

+++

"Ee..! geramnya aku.." marah Haifa sambil memukul stereng keretanya. Tapi apa yang aku geram? Geram sebab suami kau sebenarnya Gibran atau geram sebab Milia? Ish!! Apa-apa lah!

Enjin kereta dihidupkan dan perlahan kereta bergerak keluar dari parking bangunan pejabat Gibran. Ikutkan hati Haifa nak je balik sekarang juga, habiskan cuti di rumah dari tempat yang buatkan dia sakit hati dan semakkan kepala. Tapi bila difikirkan balik, dah lama dia tak ke bandar besar begini. Dah alang-alang dia ada di sini, baik ambil saja kesempatan yang ada. Haifa tekan pedal minyak. Hari ini dia nak hiburkan hatinya dan lapangkan fikiran yang sudah serabut.

Hampir jam sembilan malam baru Haifa pulang semula ke hotel. Ada beberapa buah tangan yang dibeli untuk Umii dan Amin. Pasal Gibran nanti-nanti saja di fikirkan. Kaki perlahan menapak menuju ke biliknya. Kad disentuh dan daun pintu dibuka lalu dimasukkan kad pada card holder, terang biliknya dengan lampu tidur di meja sisi. Daun pintu ditutup dan beg yang mendandungi barang yang dibeli tadi diletakkan di tepi bilik. Tiba-tiba Haifa rasa tegak bulu romanya, hish! takkan Intan bagi bilik 'berpenghuni' pada aku kot. Pandangan dihala ke hadapan. Dalam teragak-agak Haifa pusing ke belakang. Terjerit kecil Haifa. Laju tangan naik mengurut dada.

"Macam mana awak boleh masuk ke sini?" soal Haifa marah. Dengup jantung yang laju masih belum surut.

"Where did you go?" soal Gibran yang berpeluk tubuh sambil bersandar pada dinding bilik. Soalan Haifa tidak dibalas, diajukan pula soalan lain.

"Soalan saya awak tak jawab!" marah Haifa lalu melangkah ke suis lampu tapi belum sempat tangannya mencapai suis, Gibran dulu menyambar tangan Haifa.

"Answer me honey" keras suara Gibran. Haifa menarik tangannya kasar dari pegangan Gibran tapi sedikit pun tidak lepas.

"Eh, lepas la." Haifa menarik lengannya.

"Dah la suka-suka hati masuk sini. Apa! awak ingat awak tu suami saya, awak boleh buat sesuka hati? Jangan nak perasan la kalau setakat suami atas kertas" suara Haifa meninggi. Terus terlepas pegangan tangan Gibran. Mencerlung matanya memandang Haifa lalu tubuh itu diangkat dan dibawa ke katil.

"Eh, awak nak buat apa ni? dah gila?" marah Haifa yang tercampak di atas katil. Gibran pula sudah merapatinya dan berada di atas tubuh Haifa.

"Awak jangan buat saya hilang sabar!" ugut Haifa tapi Gibran tidak berganjak sebaliknya kedua-dua tangan Haifa ditekan ke tilam.

"Lepaslah. Awak jangan menyesal nanti!" tambah Haifa lagi tapi Gibran semakin menunduk wajahnya ke bawah. Aku dah ingatkan tapi kau yang tak nak dengar. Haifa pejam mata dan dengan sekuat hati dihantukkan dahinya ke hidung Gibran.

'Arghh..!'

Terdengar jeritan Gibran bersama tangannya naik memegang hidung. Haifa pantas menolak tubuh Gibran ke tepi dan laju dia turun dari katil. Suis lampu dibuka dan dilihat Gibran sudah tertunduk bersama cairan merah yang meleleh dicelah tangan. Ah, sudah. Patah ke hidung dia. Haifa dah serba salah. Siapa suruh, aku dah cakap tadikan.

"Awak.. awak.." panggil Haifa dari sisi katil.

"Awak.. awak okay tak?" soal Haifa. Bimbang juga dia. Buatnya jadi apa-apa, jenuh dia nanti. Haifa hela nafas panjang. Kaki dibawa melangkah ke bilik air mengambil tuala kecil dan memanjat naik ke katil. Tangan Gibran yang menutup hidung cuba ditarik tapi Gibran mengelak ke tepi bersama jelingan tajam.

"Sorry.. saya dah cakap tadikan. Siapa suruh tak lepas" kata Haifa.

"Sini la saya tengok" pinta Haifa. Jangan patah sudah, tak handsome nanti. Kisah pulak kau kalau dia tak handsome. Eh, suami kot, rugilah kalau dah tak hamdsome. Eh eh eh.. tadi tak ngaku suami. Haifa geleng kepala.

Waktu itu tajam sahaja pandangan mata Gibran memanah Haifa. Nak tak nak dilepaskan juga pegangan pada hidung. Pantas Haifa mengambil tuala dan mengelapnya. Gibran hanya diam. Kemudian tuala yang sudah penuh dengan darah dibawa ke bilik air dan dicuci kemudian datang semula pada Gibran. Diulang beberapa kali hingga tiada lagi kesan darah cuma hidungnya merah dan seperti bengkak mujur tidak patah.

Haifa mengambil pouch bagnya yang berada di tepi dinding bersama barang-barang yang dibeli tadi lalu mengambil pembalut luka. Mahu dilekatkan pada hidung Gibran. Terkaku tubuh Haifa sebaik dia berpusing mengadap Gibran yang berada di atas katil.

"Kenapa buka baju?" soal Haifa cuak. Elok je Gibran menayang tubuhnya.

"Kotor kena darah" balas Gibran selamba. Haifa tak jadi nak menghampiri Gibran. Rasa macam makin bahaya pula. Tanpa kata Gibran berlalu ke bilik air bersama kemejanya yang kotor. Haifa sudah terkebil-kebil di tepi dinding. Hampir dua puluh minit Gibran keluar dari bilik air dengan hanya bertuala separas pinggang dengan tubuh yang masih basah dan air rambut yang menitis. Haifa waktu itu yang berada di atas katil laju turun dari katil.

"Kenapa awak mandi?" soal Haifa pada Gibran yang sedang berdiri sambil memegang telefon. Ditoleh sekali pada Haifa.

"Why? tak boleh?" soal Gibran lagi.

"Ye lah, awak mandi ni ada baju nak pakai ke? Takkan nak balik pakai macam ni?" soal Haifa yang sudah rasa lain macam.

"Siapa cakap saya nak balik" balas Gibran selamba lalu bergerak ke katil. Haifa dah cuak.

"Eh, tak nak balik? tak kan nak tidur sini?" soal Haifa lurus. Gibran memandang Haifa yang masih kaku di tepi meja solek.

"Are you scared?" soal Gibran lalu membaringkan tubuhnya di atas katil. Penat rasa tubuhnya. Seharian mencari Haifa. Bimbang perkara buruk berlaku padanya. Haifa dalam bahaya, dia tak boleh biarkan Haifa sendirian. Tak dapat dia maafkan dirinya andai Haifa diapa-apakan.

"Awak.. awak.." panggil Haifa. Tapi Gibran yang sudah pejam matanya tiada balasan. Aik, takkan dah tidur.

"Awaakkk..." panjang Haifa panggil. Terus terbuka mata Gibran mendengar suara Haifa memanggilnya begitu.

"Takkan nak tidur macam tu?" soal Haifa tidak puas hati.

"Tak apalah, awak tidur sini. Saya cari bilik lain" kata Haifa lalu bangun dan mahu keluar dari bilik tersebut. Tidak sanggup dia. Baru tangan nak memegang pemengang pintu, pintu diketuk dari luar.

Haifa toleh pandang pada Gibran yang sudah duduk di birai katil.

Tok tok tok

Pintu diketuk lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience