Bab 75

Romance Completed 685141

"Hai, sorry. Saya terlambat" satu suara menyapa dari belakang.

"It's okay. We just arrived" balas Raffa sambil menghulur salam.

"Insp Q?" Gibran bersuara. Fattah yang mendengar laju menoleh pandang pada wajah Gibran. Insp? polis ke?

"Just, Q. I'm not on duty" kata Qais lalu dihulur salam pada Gibran pula.

"Have a seat. Kenalkan, Fattah. Gibran older brother" Raffa perkenalkan Qais pada Fattah. Fattah hulur salam, kuat tangan dipaut dan kemudian Qais labuhkan duduk bertentangan dengan Gibran. Nyata sekali wajah terkejut dan cuak terpapar pada wajah Gibran. Raffa dipandang inginkan jawapan.

"Gib, don't look at me like that.." kata Raffa. Tahu sangat apa yang ada di fikiran Gibran.

"Kita makan sambil bincang" tambah Raffa lagi.

"Q, are you sure you can help us?" soal Gibran seakan tidak percaya. Iyalah, Qais pegawai polis takkanlah pula dia mahu terlibat dalam perkara ni.

Tanpa ragu kepala dianggukkan. Qais yang sedang menyuap makanan meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan.

"Sand sahabat saya, susah senang Sand sentiasa ada. Kalau ada orang yang mahu apa-apakan dia.. itu jadi tanggungjawab saya untuk lindungi dia" balas Qais tegas. Gibran angguk.

"So.. how?" soal Fattah pula. Makanan dalam pinggan hanya dikuis-kuis sahaja.

"I think Raff and Gib know my friend, Danny. He can arrange place and what ever you want. Just say and I told him" kata Qais. Wajah ketiga mereka dipandang satu-satu.

"Armine know about this?" soal Gibran bimbang.

"Don't worry. Just me" balas Qais lalu air dalam gelas disisip perlahan.

"Kalau macam tu kita makan dulu. After this we talk about the detail" kata Raffa yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati.

"I think you guys know what happened to Morgan, right?" kata Qais setelah agak lama mereka diam kerana menikmati makan malam. Terhenti ketiga-tiga mereka yang sedang menikmati makan malam.

"What do you mean?" soal Fattah. Wajah Qais dipandang.

"The autopsy found that the cause of death was heart disease" balas Qais. Fattah kerut dahi.

"Sakit jantung?" soal Gibran pula.

"Yup, mulanya saya pun tak percaya tetapi saya sendiri yang melihat laporan tu" balas Qais.

"So that's mean, laporan tu tidak menunjukkan hasil bedah siasat yang sebenar?" soal Raffa pula.

"Hm.. something like that" balas Qais tanpa selindung. Tisu diambil lalu bibir dikesat.

"Jadi, kematian Morgan bukan kerana dibunuh. Macam tu?" soal Gibran pula.

"I asked my friend to have a test on Morgan's blood and as a result there were other substances in the blood that caused the heart to fail" terang Qais panjang lebar. Sedar tak sedar sudah habis makanan dalam pinggannya. Begitu juga dengan lain. Hanya tinggal air dalam gelas masing-masing.

"He's cunning!" kata Gibran. Terdiam mereka mendengar penerangan Qais. Sungguh licik permainan Mike.

"Dik, tolong kemaskan" Raffa memanggil pekerja restoran untuk mengemas meja makan. Tidak lama datang seorang lelaki pekerja kedai mengemas dan membersihkan meja.

"Thanks" ucap Raffa selepas pekerja tadi selesai mengemas meja. Hanya tinggal gelas air yang masih berbaki sahaja.

"Before Raffa call me ask my favor, saya dah dapatkan maklumat mengenai Micheal dari Danny" Qais mulakan bicara.

"Kes tembak tempoh hari itu pun saya dah agak siapa yang terlibat dan sebab itulah Tuan Syam minta saya yang uruskan" tambah Qais lagi.

"Berbalik pada Micheal, dia kerap berkunjung ke beberapa kelab terkemuka di pusat bandar dan dia pasti melanggan wanita-wanita bersamanya. Ini antara senarai kelab-kelab tu" kata Qais lalu tangannya menyeluk poket jaketnya dan mengeluarkan beberapa helai kertas dan meletakkan di atas meja. Turut disertakan gambar Micheal bersama Victor dan orang-orangnya.

"So, how can I help" soal Qais. Ketiga-tiga wajah mereka dipandang silih berganti.

Hampir satu jam perbincangan mereka berlangsung sebelum keempat-empat mereka bangun meninggalkan restoran dan menuju ke tempat parking. Setelah bersalaman, Qais melolos masuk ke dalam kereta dan meninggalkan kawasan parking. Fattah agak terkejut apabila melihat kereta yang dipandu Qais.

"Siapa dia?" soal Fattah lalu menoleh pada Raffa. Gibran juga begitu.

"He is quite influential too dan boleh tahan juga kayanya. Dia pemilik syarikat minyak di Malaysia. Tak silap aku ada lima buah" terang Raffa sambil melolos masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu. Gibran dan Fattah juga berbuat yang sama.

"Not bad.. tapi kenapa kerja polis?" soal Fattah pelik.

"Who's know.." Raffa hanya angkat bahu.

"So, tomorrow night?" soal Raffa.

"like what we discuss before" balas Gibran.

+++

"Honey" Gibran mengejut Haifa yang tertidur di sofa kerana menantinya.

"Eh, hubby. Dah balik?" soal Haifa sambil menggosok mata dan terus bangun duduk.

"Why you sleep here? I told you no need to wait for me" kata Gibran sambil dilabuhkan duduk di sisi Haifa. Haifa yang mengantuk terus terlentuk di bahu Gibran lalu memeluk lengan sasa lelaki itu.

"Come" ajak Gibran lalu berdiri bangun.

"Angkat.. mengantuk.." Haifa bersuara sambil mata terpejam. Tergeleng kepala Gibran dengan karenah Haifa. Sudahnya terus dicempung tubuh Haifa lalu dibawa ke bilik dan dibaringkan di atas katil. Dahi Haifa disapa sekilas lalu tubuh itu diselimutkan dan tubuh di bawa bangun dari birai katil. Belum sempat berdiri, lengannya dipegang Haifa.

"Where are you going?" soal Haifa. Wajah Gibran dipandang.

"I what to take a shower. Why? wanna to join me?" soal Gibran bersama senyum senget.

"I already take" balas Haifa manja. Gibran hela nafas panjang lalu dilabuhkan semula duduknya di birai katil.

"I'm sorry honey. I'm quite busy today" Gibran mohon maaf. Wajah Haifa diusap perlahan. Tangan kiri Haifa naik memegang tangan kanan Gibran yang mengusap wajahnya.

"It's okay. I understand" balas Haifa lalu tapak tangan Gibran diciumnya.

"Honey.. My body is sticky, I need to take a shower now because I want to hug you tightly" bisik Gibran di telinga Haifa.

"Peluk je..?" soal Haifa meleret. Gibran pejam mata.

"Oh honey, you make me crazy" balas Gibran lalu bibir Haifa disapanya. Lama.

"Hey.. tadi siapa yang cakap nak mandi sebab badan melekit ya..?" sengaja Haifa mengusik Gibran sebaik pautan bibir dilepaskan.

"Naughty wife" kata Gibran. Hidung Haifa dicuit. Terkekek ketawa suka dia . Gibran kemudian terus dibawa tubuh berdiri. Tidak boleh lama-lama, takut nanti mandi lain pula yang jadi.

Setelah dua puluh minit membersihkan tubuh yang melekit, Gibran melangkah keluar dari bilik air dengan wajah yang segar bersama lilitan tuala di pinggang. Dilihat di atas katil kosong. Mana Haifa. Dengan rambut yang masih menitis air dibawa langkah menghala ke pintu bilik. Belum sempat tangannya mencapai pemegang pintu, daun pintu ditolak dari luar. Terjenggul wajah Haifa bersama sebuah mug di tangan, masih berasap lagi.

"Eh, hubby nak ke mana?" soal Haifa pelik apabila melihat Gibran seperti mahu keluar dari bilik.

"I'm looking for you" balas Gibran lalu memberi laluan pada Haifa untuk melangkah masuk. Daun pintu ditutup rapat.

"Looking for me?" soal Haifa kembali sambil meletakkan mug berisi coklat panas di meja sisi katil. Kemudian dipusing tubuh ke belakang mengadap Gibran.

"Come, sit here. I'm help you" kata Haifa lalu menarik lengan Gibran. Laju Gibran melabuhkan duduk di birai katil. Haifa kemudian mengambil mug dan menyerahkan pada Gibran.

"For me?" soal Gibran lalu menyambut huluran Haifa dengan senyuman.

"Thanks honey" ucap Gibran sambil perlahan menyisip air coklat panas. Sebelum ini dia hanya kenal dengan air kopi sahaja tetapi sejak adanya Haifa, semua air yang dibancuh Haifa diminumnya.

"Anything for you hubby" balas Haifa sambil melangkah ke arah closet untuk mengambil tuala. Tidak lama Haifa kembali bersama tuala di tangan dan menghampiri Gibran di birai katil. Gibran yang sedang memegang mug, terus meletakkannya semula di meja sisi. Haifa kemudian terus berdiri di celah kaki Gibran bagi memudahkannya mengeringkan rambut yang basah itu. Gibran pula laju sahaja tangannya naik memeluk pinggang Haifa.

"Hubby.. can I ask you something" soal Haifa sambil tangan ligat mengeringkan rambut Gibran.

"What honey?" soal Gibran malas.

"Hm.. are you busy today because of Mike?" soal Haifa. Gibran yang tadi terpejam mata kerana ralit dengan pergerakan Haifa mengeringkan rambut terus terbuka luas matanya.

"Why do you ask?" soal Gibran pula.

"Nothing.. I just feel like you're going to do something about that" balas Haifa. Terus tangan Gibran naik memegang kedua pergelangan Haifa yang sedang mengeringkan rambutnya. Nafas dihela keras lalu ditarik Haifa duduk di atas ribanya.

"Look honey.. I don't want you to think about that. What's the most important, your health. Hubby tak mahu honey fikirkan semua tu. Honey masih belum betul-betul sembuh" balas Gibran. Dipeluknya rapat tubuh Haifa.

"I'm worry about you. Ayah dia sendiri pun dia sanggup bunuh, inikan pula hubby" balas Haifa. Tuala diletakkan di atas ribanya lalu tangannya naik mengusap wajah Gibran.

"How do you know about this?" soal Gibran. Tegak dia memandang Haifa.

"Don't looking at me like that. I just know.." balas Haifa. Mana mungkin dia tak tahu mengenai perkara itu, sudah tentu Sand yang beritahu padanya. Bukan dia tidak tahu, Gibran pasti ada merancang sesuatu bersama Raffa dan Fattah.

"So.. can I know what's your plan?" soal Haifa lagi.

"What plan?" soal Gibran buat-buat tidak faham.

"Hubby.. don't mess with me.." suara Haifa meleret. Gibran sudah tersandar di dada Haifa, tangannya pula memeluk erat pinggang Haifa.

"Honey. Bukan hubby tak nak beritahu, cukuplah yang honey tahu yang hubby takkan diamkan diri selagi Mike masih bernyawa" keras suara Gibran berbunyi. Tegang sahaja wajahnya. Terus terdiam Haifa. Tidak berani dia mahu bertanya lagi. Tubuh Gibran dipeluk erat.

"Okay.. but please be careful" pesan Haifa bimbang.

"I know honey. Now, stop thinking about others. It's late, we going to sleep." kata Gibran. Haifa kemudian bangun dari ribaan Gibran.

"Give me that towel" pinta Gibran lalu Haifa menyerahkan tuala dan Gibran bangun menuju ke closet untuk menukar pakaian. Tidak lama Gibran keluar bersama seluar pijamanya. Malam ini agak sejuk. Haifa sudah bersandar di kepala katil. Gibran memanjat naik dan terus menyusup di bawah selimut. Tubuh Haifa ditarik rapat ke dalam pelukannya.

"Love you honey" bisik Gibran.

"Love you too hubby" balas Haifa perlahan.

+++

Gibran sudah bersiap mahu ke pejabat terus melangkah ke arah dapur mendapatkan Haifa.

"Morning honey" sapa Gibran lalu dilabuhkan cium di pipi Haifa yang sedang membancuhkan kopi untuk Gibran. Kemudian Gibran terus melabuhkan duduk di kerusi meja makan.

"Morning hubby" balas Haifa lalu membawa teko kopi panas ke meja. Perlahan dituangkan kopi hitam pekat ke dalam cawan di hadapan Gibran. Sesudah itu dilabuhkan duduk.

"You want to go anywhere today?" soal Gibran sambil kopi panas disisip perlahan.

"Hm.. rasanya tak ke mana. Nak rehat di rumah sahaja lagi pun tak lama dah nak masuk kerja" kata Haifa.

"Aik, awalnya. Bukan next week ada appointment dengan hospital ke?" soal Gibran. Haifa tersenyum senget.

"Ya.. tapi honey dah call minta supaya jangan sambung cuti sakit lagi. Lama sangat dah cutinya" kata Haifa.

"No! You are still in treatment" laju Gibran bersuara.

"Ala.." Haifa bersuara mahu membantah.

"No, means no!" keras suara Gibran berbunyi. Haifa sudah tayang wajah sedih. Sengajakan.. Gibran hela nafas panjang.

"Honey.. sorry. Hubby tak bermaksud nak marah honey but I'm worry about you" kata Gibran. Jemari Haifa dicapai dan dibawa ke bibir.

"I know.." balas Haifa. Mendung sudah wajahnya.

"Okay, like this. Next week kita tengok apa keputusan doktor. Kalau betul doktor sahkan honey boleh bertugas semula. It's okay but if not.. you must rest. Okay honey" pujuk Gibran. Haifa angguk sambil pamer senyum.

(19/12/2020 @ 2028hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience