Bab 80

Romance Completed 685141

"Gib!" Raffa dan Naz memanggil sebaik daun pintu ditolak.

Buntang mata mereka apabila melihat Milia tertolak ke dinding dan Gibran pula sedang mencekik leher Milia dengan tangan kanannya, tangan kiri pula mencekak rambut panjang Milia. Pasu dan rak di tepi sudah terbalik. Kepala Gibran pula sudah berdarah meleleh hingga ke bahu.

"Gib! kau buat apa ni?" soal Raffa. Milia waktu itu sudah merah wajahnya tidak cukup nafas, kedua tangannya pula sudah naik memegang tangan Gibran yang mencekiknya minta supaya dilepaskan. Meleleh air mata ke pipi Milia. Gibran toleh pandang pada Raffa. Memerah matanya.

"Apa aku buat!?" soal Gibran kembali.

"Kau tau tak apa yang perempuan ni dah buat!?" soal Gibran. Mencerlung matanya memandang Raffa dan Naz.

"Kau tau tak?!" jerit Gibran kuat sambil memandang wajah Milia kembali. Milia sudah meronta-ronta mahu dilepaskan, merah padam wajahnya. Naz sudah terkaku di celah pintu. Tidak pernah dia melihat Gibran sebegini rupa dan tambahan pula dengan wanita. Kalau lelaki, itu sudah perkara biasa.

"Raff, kau nak bunuh Milia ke!?" soal Raffa yang sudah berjalan mendekati Gibran dan Milia. Gibran sudah seperti harimau kelaparan. Kalau dibiar, mahu mati Milia ni nanti.

"Gib, lepas tangan tu!" pinta Raffa. Gibran tidak peduli, cekikan pada leher Milia semakin diketatkan dan rambut makin kuat dicengkam. Kecil sahaja dipandang Milia di hadapannya.

"Sir.. kepala Sir cedera" pujuk Naz pula.

"Tak nak tanya macam mana boleh cedera?!" tengking Gibran. Terdiam Naz. Raffa tidak boleh menunggu lama. Mau ada yang mati nanti. Hanya seorang sahaja yang boleh jinakkan Gibran. Raffa seluk tangan ke dalam poket lalu nombor telefon Haifa didail.

"Haifa!" kuat suara Raffa berbunyi. Mendengar sahaja Raffa menyebut nama Haifa, laju Gibran toleh pada Raffa, tanpa tunggu lama terus Gibran menolak Milia ke lantai. Terbatuk-batuk Milia mencari nafas. Kalut Naz mahu membantu Milia bangun. Ikutkan hatinya mati Milia dicekik.

"Naz!" keras suara Gibran memanggil Naz. Tajam dipandang Naz yang sedang membantu Milia. Dalam serba salah, Naz bangun berdiri tanpa membantu Milia. Milia yang tadi terbatuk-batuk mencari nafas, tiba-tiba ketawa suka. Terpaling ketiga-tiga kepala ke arah Milia yang sudah kusut rambut dan comot make-upnya.

Raffa yang selesai bercakap dengan Haifa terus menyimpan telefon di dalam poket dan terus ke rak di belakang meja mengambil first-aid. Kemudian dia menghampiri Gibran.

"Get lost Milia! Get lost! sebelum aku hilang sabar sekali lagi!" jerit Gibran lalu berjalan ke arah meja kerjanya. Milia pula yang sudah bangun berdiri membetulkan pakaian dan rambutnya. Beg tangan di atas lantai dicapai. Belakang tangan naik mengesat bibir yang sudah comot lipstiknya. Dia ketawa lagi. Raffa dan Naz terkaku di tepi dinding. Apa yang berlaku sebenarnya.

"Kau akan menyesal Gib! kau tunggu!" kata Milia. Gibran yang sedang menongkat kedua tangan pada meja kerjanya toleh pandang pada Milia.

'Bum!!' meja ditumbuk kuat. Milia ketawa lagi sebelum dia keluar dari pejabat Gibran.

"Hubby!" Haifa yang baru tiba terus berlari mendapatkan Gibran yang masih kaku di hadapan meja. Topi keledar di tangan dicampak ke atas sofa ruang tamu pejabat. Raffa yang sedang membersihkan luka pada kepala Gibran terus meletakkan kapas di atas meja lalu berjalan ke arah Naz dan menarik lelaki itu keluar dari pejabat bagi memberi ruang kepada Gibran dan Haifa. Pintu pejabat di tutup rapat.

Haifa memandang keadaan pejabat Gibran yang berselerak. Apa yang dah jadi ni. Perlahan Haifa melangkah ke arah Gibran. Lengan kanan Gibran disentuh perlahan. Pantas Gibran toleh ke kanan memandang Haifa. Tubuh dipusingkan ke hadapan dan dia bersandar di birai meja. Tubuh Haifa di tarik ke dalam pelukannya. Kepala yang masih belum dibersihkan sepenuhnya diletakkan di atas bahu Haifa. Perlahan tangan Haifa mengusap belakang tubuh lelaki itu sambil mata menjeling pada luka di kepalanya. Setelah agak lama, Haifa merenggangkan pelukan. Kedua tangannya naik memegang kedua pipi Gibran. Dipamerkan senyum manis pada lelaki itu.

"Sini" Haifa menarik lengan Gibran supaya mengikutnya ke arah sofa. Didudukkan Gibran di sofa lalu dia kembali ke meja kerja Gibran mengambil first-aid. Setelah itu dilabuhkan duduk di sisi Gibran. Perlahan rambut diselak bagi memeriksa luka. Mujurlah tidak teruk. Tak guna kau Milia!

Hampir sepuluh minit, luka di kepala siap dicuci dan diletakkan ubat. Wajah Gibran yang sudah sedikit tenang dipandang. Gibran toleh memandang Haifa.

"Dah okay?" soal Haifa lembut. Gibran geleng. Haifa kerut dahi. Gibran muncungkan bibirnya. Haifa senyum senget. Sempat lagi.. Baru Haifa mahu tunduk merapatkan wajahnya pada wajah Gibran, pintu pejabat dibuka tanpa ketuk. Terjengul wajah Raffa. Tajam Gibran memandang Raffa.

"Ehem.." Raffa berdeham.

"Sorry ganggu tapi penting ni!" kalut sahaja bunyinya.

"What?!" soal Gibran bersama jelingan tajam.

"Er.. Milia" teragak-agak Raffa mahu berkata.

"Kau jangan sebut nama dia!" jerit Gibran yang sudah tegak berdiri.

"Tak.. Milia nak terjun bangunan" kata Raffa.

"Apa?!" soal Haifa terkejut.

"Uncle Megat call. Milia nak terjun bangunan. Dia ada di atas bangunan pejabat Uncle Megat" terang Raffa.

"Why you tell me? It has nothing to do with me" balas Gibran lalu bangun berdiri kemudian tangan Haifa ditarik supaya turut berdiri. Apabila Haifa sudah turut sama berdiri, pantas Gibran menarik pinggang Haifa lalu melangkah ke arah Raffa di celah pintu.

"Let's go home honey" ajak Gibran. Haifa yang mengikut sudah terkelip-kelip mata.

"Raff" panggil Gibran. Raffa hela nafas panjang. Daun pintu pejabat ditutup rapat. Ketiga-tiga mereka melangkah ke arah lift.

"Nelly, clean my office" kata Gibran semasa melintasi meja Nelly. Laju Nelly bangun berdiri.

"Baik Sir" laju kepala diangguk Nelly.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Tanpa lengah, laju Gibran melangkah masuk diikuti Haifa dan Raffa. Haifa pandang Gibran di sisi.

"Gib" panggil Raffa.

"Don't!" laju tangan Gibran naik tegak di hadapan tanda tidak mahu ambil tahu.

Sampai sahaja di bawah, telefon bimbit Gibran berbunyi. Tangan menyeluk ke dalam poket seluar, apabila dilihat pada skrin nama Uncle Megat yang muncul. Gibran hanya memandang hingga bunyi deringan berhenti. Tidak lama berbunyi lagi tetapi dibiarkan talian tidak berjawab. Tertegak kaki Gibran berhenti di luar pintu lift. Sudahnya telefon dioffkan.

"Hubby.. kita ke klinik" ajak Haifa. Lengan Gibran diusap perlahan.

"No need honey" laju Gibran membalas. Haifa tayang wajah tidak puas hati. Tidak lama kereta dipandu Raffa berhenti di hadapan Gibran dan Haifa. Pantas kedua mereka melolos masuk. Haifa yang berada di sisi Gibran pandang Gibran tidak berkelip.

"What?" soal Gibran.

"Klinik" balas Haifa sepatah. Gibran hela nafas panjang. Telefon dalam poket ditarik keluar lalu button di bahagian tepi ditekan tidak lama skrin yang gelap bercahaya. Kemudian nombor seseorang didail

"Hello Ben, I need you in my panthouse now" kata Gibran tanpa salam.

"Kau cedera lagi? teruk ke?" soal Dr. Ben bimbang.

"No, only a few wounds" balas Gibran.

"Oh, okay. Dua puluh minit aku sampai" balas Dr. Ben.

"Okay. Thanks Ben" Gibran akhiri perbualan.

"Puas hati?" soal Gibran. Haifa angguk bersama senyuman di bibir. Tiba-tiba telefon bimbit Raffa berbunyi. Raffa capai telefon yang berada di drawer, skrin telefon dijeling. Megat Afiq? Raffa pandang Gibran sekilas melalui cermin pandang belakang. Earphone dipakai. Icon hijau disentuh.

"Yes Uncle" kata Raffa.

"Raff, where're Gib?" soal Megat Afiq. Raffa jeling Gibran. Serba salah mahu menjawab pertanyaan Megat Afiq.

"Raff tolong Uncle, Raff" terketar-ketar suara Megat Afiq.

"Uncle.. I'm sorry Uncle. Raff bawa Gib balik, dia cedera di kepala. Milia hit him with vase" terang Raffa.

"What?" soal Megat Afiq.

"Ya Uncle. So.." ayat Raffa tergantung.

"Okay Raff, Uncle faham" lemah sahaja suara Megat Afiq membalas. Raffa kemudian mematikan talian dan earphone ditanggalkan.

"How do you know she hit me with a vase?" soal Gibran. Raffa tidak membalas. Haifa pula toleh pandang pada Gibran di sisi.

"Betul ke?" soal Haifa pula. Gibran diam, kepala ditoleh ke luar kereta.

"Tak guna punya perempuan. Nak terjun sangatkan! terjun lah. Hidup pun menyusahkan orang" bebel Haifa.

+++

"Macam mana boleh luka macam ni?" soal Dr. Ben.

"Nasib baik tak teruk tapi aku kena jahit juga ni" tambah Dr. Ben lagi.

"Just do it Ben" Gibran bersuara.

"Gib" panggil Raffa pada Gibran yang baru selesai dirawat Dr. Ben.

"Hurm, what?" soal Gibran sambil tangan naik memegang bahagian atas tepi kepalanya yang sudah bertampal.

"Pihak bomba dah berjaya selamatkan Milia. Dia dah di bawa ke hospital untuk rawatan" jawab Raffa.

"Do I care?" balas Gibran malas.

"Aku balik dulu. Jangan lupa makan ubat, habiskan antibiotik tu" pesan Dr. Ben setelah selesai mengemas peralatannya.

"Thanks Ben" ucap Gibran. Ben tepuk perlahan bahu Gibran sebelum membimbit beg rawatannya.

"Thanks Dr. Ben" ucap Haifa yang berada di sisi Gibran. Dr. Ben hanya tersenyum sebelum melangkah ke arah pintu keluar.

"Gib, aku gerak dulu. Haifa, saya balik dulu. Ada apa-apa call saya" kata Raffa pula.

"Okay Raff, thanks" ucap Haifa yang sudah bangun mahu mengiringi Dr. Ben dan Raffa.

"Jangan lupa pukul tiga, hospital" kata Gibran. Raffa angguk lalu melangkah keluar ke arah pintu. Tidak lama Haifa kembali semula pada Gibran di ruang tamu. Dilabuhkan duduk di sisi Gibran.

"What happened?" soal Haifa ingin tahu.

"Betul ke Milia ketuk hubby dengan pasu?" soal Haifa lagi. Apa la masalah perempuan tu!

"Yup" balas Gibran sepatah.

"But why?" soal Haifa lagi.

"Don't know" balas Gibran pendek lalu bangun dari sofa dan melangkah ke arah bilik tidur. Haifa pantas bangun mengekori Gibran dari belakang. Haifa lihat Gibran mencapai tuala dan menanggalkan pakaiannya.

"Let me help you" kata Haifa lalu mengekori Gibran masuk ke bilik air.

"Hubby nak melawat daddy?" soal Haifa sewaktu membantu Gibran mengeringkan rambutnya di birai katil.

"Nak ikut?" soal Gibran. Laju Haifa angguk. Tangan Haifa yang lingat mengeringkan rambutnya dipegang.

"Come here" tangan Haifa ditarik dan tubuh itu didudukkan di atas ribaannya dan kedua tangannya naik melingkar di pinggang.

"I'm sorry honey" ucap Gibran. Haifa pandang tepat anak mata kelabu itu sambil kepala digelengkan.

"I'm sorry too" ucap Haifa. Gibran kerut dahi.

"For what?" soalnya tidak mengerti.

"I'm ignoring you" balas Haifa. Gibran tidak membalas sebaliknya ditarik tubuh itu rapat. Pipi Haifa dicium lembuy.

(28/12/2020 @ 2211hrs)

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-02 11:35:32 

dear. bila nk update

YAZNI-ERNIE
2021-01-01 18:43:44 

hi dear. best citer ni. bila nk update lg

Noraliza Mohamad
2020-12-30 06:11:46 

update sis..


NovelPlus Premium

The best ads free experience