Tap tap tap
Bunyi tumit kasut berlaga dengan lantai. Haifa buka mata. Kepala yang tertunduk terus terdongak apabila ada tangan yang merentap belakang tudungnya.
"Argghh!!" kuat jeritan Haifa hingga membangunkan Sand yang juga sudah terlelap. Besar mata dibuka dan dapati Maria yang berada di hadapannya.
"What do you want, ha!" kuat suara Haifa menengking. Tiada jawapan sebaliknya hanya sebikan di bibir Maria. Maria memberi isyarat pada dua lelaki bertopeng yang turut mengikutnya. Salah seorang membawa beg dan seorang lagi yang ada kesan parut pada mata kirinya pula membawa dua botol besar air. Lelaki berparut itu berjalan ke arah Sand bersama dua botol air di tangan dan seorang lagi yang membawa beg pula berjalan ke arah Haifa. Mata Sand terus diikat dengan kain orang lelaki berparut tadi manakala Haifa pula diikat mulutnya dengan kain. Tergeleng-geleng kepala Haifa mahu mengelak.
'Pang!'
"Can you cooperate to make my work become easy?" bisik Maria pada telinga Haifa sebaik mulutnya sudah diikat dengan kain. Berdesing telinga Haifa apabila ditampar dengan kuat begitu. Bergema rasa telinganya.
"Hey, what are you doing to her?" Sand sudah meronta-ronta di kerusinya. Dia rasa tidak sedap hati, seperti ada perkara buruk yang akan berlaku pada Haifa.
"You! just shut her mouth!" arah Maria pada lelaki yang berparut itu tadi. Tanpa amaran, sebiji penumbuk dihayun pada perut Sand. Maria senyum sinis, Haifa pula bulat matanya memanggil Sand dengan mulut yang sudah diikat.
"Arrkk!" suara Sand menahan sakit. Kuat tangan digenggam di belakang.
"Tak guna!" Sand sudah sedikit tertunduk menahan sakit di perutnya. Penumbuk lelaki kot, kuat tenaganya!
"You know.. when I found out you were a person who was also indirectly involved in the death of my late husband. I feel very lucky, as god bless what I am doing now" kata Maria sambil menadah tangan pada lelaki yang berada berhampiran Haifa. Lelaki itu kemudian mengambil sesuatu dari beg yang dibawanya tadi.
'Drill?'
Hati Haifa tidak sedap. Kuat jantungnya mengepam darah. Matanya memandang drill bersilih ganti dengan wajah Maria. Peluh mula membasahi wajahnya. Tidak dapat dia mengagak apa yang bakal Maria lakukan tapi apa yang pasti, ianya menyakitkan!
"What. Scare?" soal Maria dengan memek muka mengejek sambil tangannya naik mengesat peluh yang sudah meleleh di dahi Haifa. Bersama senyum sinis drill wireless dihidupkan suisnya. Kaki Haifa yang tidak berikat sudah meronta-ronta tetapi hanya seketika apabila kedua-dua lelaki tadi memegang kedua-dua pahanya supaya tidak meronta.
'Arrgghh..'
Suara Haifa berbunyi bersatu dengan bunyi bising dari drill di tangan Maria. Menderam suara Haifa menahan sakit apabila mata drill sudah terbenam di pahanya. Cecair merah mula membasahi seluar Haifa.
"Hey, what are you going to do with her? huh! Hey!" kuat suara Sand berbunyi. Waktu itu Maria yang sedang memegang drill di tangan terhenti tindakannya. Pandangan dibuang pada Sand.
"Oh dear.. You want to taste it too?" soal Maria.
"Wait for your turn okay. I will fill you up" kata Maria lalu bersedia untuk menyambung semula tindakannya tadi.
"Hey, don't dare to touch her! Hey! Hey!" Sand sudah terjerit-jerit dari tempatnya. Terangkat-angkat kerusi dikerjakan Sand. Kepala ditoleh kiri dan kanan tetapi pandangannya tetap gelap kerana matanya telah diikat dengan kain cuma telinga sahaja dapat mendengar suara Haifa.
Maria tidak menunggu lama, drill di tangan perlahan di tekan semula ke paha kanan Haifa. Meronta-ronta Haifa bersama jeritan. Darah merah pekat mengalir meresap pada seluar yang dipakainya. Air mata sudah berjurai keluar. Maria pula ketawa suka melihat kesakitan yang Haifa alami. Drill ditarik keluar dan ditekan pada bahagian lain pula tetapi masih pada paha kanan. Menjerit-jerit Haifa. Sand pula tidak habis-habis meronta cuba melepaskan diri bersama mulut yang tidak henti-henti berbunyi. Tidak lama tiada lagi jeritan Haifa begitu juga dengan bunyi bising dari drill. Naik turun dada Haifa menahan sakit. Kepalanya sudah tertunduk ke bawah bersama air peluh yang membasahi wajahnya.
"Are you satisfied?" soal Maria sambil menyerahkan drill pada lelaki di sisinya.
"Or you want more?" soal Maria lagi.
Tangan kanannya naik memegang dagu Haifa sebaik kain mengikat mulut ditarik. Haifa dongak dan..
'Puih!!'
Haifa meludah ke wajah Maria lalu liurnya melekat di pipi. Merah dan tegang wajah Maria dengan tindakan Haifa. Maria pamer senyum senget. Jarinya naik menyentuh pipi yang melekat liur Haifa. Dikesat dengan jari lalu dibawa ke bibir dan dijilatnya dengan mata terpejam.
"Hm.. sweet.." kata Maria. Pipi Haifa dipegang dengan tangan kanannya lalu tanpa disangka, bibir Haifa dijilat dan diciumnya. Buntang mata Haifa kerana terperanjat. Terkelip-kelip mata Haifa, kaku tubuhnya untuk bertindak.
"That's why Gibran go crazy about you and reject me, you so sweet" kata Maria sebaik pautan dilepaskan. Haifa yang seakan baru tersedar terus meludah ke lantai berulang kali. Jijik rasa. Gila! naik turun dada Haifa menahan marah. Bibirnya dikesat pada bahu. Sakit di kaki boleh ditahan lagi tapi dicium begini??!! Arghh!!
"Are you crazy!" kuat suara Haifa berbunyi. Maria hanya ketawa sambil lidahnya menjilat bibir.
"Hey! hey!" panggil Sand. Apa yang terjadi dia tidak tahu kerana mata yang tertutup.
"Haifa! Haifa! kau okay ke?" jerit Sand. Tidak sempat Haifa membalas, Maria mencelah.
"Oh, dear.. you can't wait do you?" kata Maria lalu melangkah ke arah Sand lalu dilabuhkan duduk di ribaan Sand secara berdepan. Terserlah pahanya yang putih dan gebu. Terdiam Sand. Maria ketawa apabila melihat riak wajah Sand yang terkejut. Kedua tangannya naik ke tubuh Sand, dari perut perlahan naik ke dada dan perlahan dada Sand diurut.
"Hey! Hey! Hey! what are you doing?!" soal Sand dengan wajah yang memerah. Dengan mata yang bertutup Sand meronta-ronta.
"Gila la dia ni!!" marah Sand.
"Hey! Move your hand now!! Bastard!" jerit Sand lagi.
Maria hanya tersenyum. Dada Sand diurut lagi lalu pipi Sand dicium sekilas. Bersama ketawa yang masih bersisa, Maria bangun dan berdiri tegak di hadapan Sand. Wanita itu beri isyarat mata pada kedua lelaki tadi. Lelaki berparut itu menarik kepala Sand hingga terdongak lalu sehelai kain diletakkan di atas wajah Sand manakala seorang lagi memegang botol air mineral besar. Maria angguk lalu air dituangkan pada wajah Sand yang bertutup. Tersedak-sedak Sand dengan air yang masuk ke mulut dan hidung, hampir separuh air dalam botol dituang. Maria angkat tangan dan kemudian diulang lagi.
"Hey" panggil Haifa. Maria angkat tangan dan toleh pada Haifa.
"What do you want, ha!?" soal Haifa keras. Maria senyum sinis lalu tangan diturunkan lalu air kembali mencurah ke wajah Sand hingga habis sebotol dan diteruskan dengan sebotol lagi.
"Hey, Maria! stop! I said stop!!" jerit Haifa. Tidak sanggup dia melihat Sand dilakukan begitu.
Maria angkat tangan bersama keluhan kuat. Kain yang menutup wajah Sand diangkat dan kepala dilepaskan. Tersedak-sedak Sand. Memerah hidung dan wajahnya. Tertunduk ke bawah kepala Sand kerana pedih air yang masuk ke rongga hidung. Kain pengikat mata ditanggalkan dan dibuang ke lantai.
Maria waktu itu sudah melangkah ke arah Haifa. Kakinya dibawa naik memijak paha Haifa yang luka. Sengaja tumit kasut yang halus ditekan pada luka. Terketap-ketap gigi Haifa menahan sakit. Biar dia sakit sedikit asal Sand tidak disakiti lagi.
"Feel good?" soal Maria bersama tekanan yang semakin kuat pada luka di kaki. Terketap gigi Haifa menahan sakit. Darah pula semakin banyak meleleh keluar.
"You want more?" tambah Maria lagi. Merah mata Haifa menahan sakit lalu kaki kirinya naik menendang kaki kanan Maria. Terjepuk Maria jatuh ke bawah dan pantas kedua kaki Haifa mengunci pinggang Maria. Maria yang tidak sangka dengan tindakan Haifa terkaku seketika begitu juga dengan dua lelaki yang berada di sisi Sand.
"How dare you!" jerit Maria lalu terus dia mencapai pisau yang terselit pada pahanya dan dibenamkan pada betis Haifa dan ditarik semula. Terjerit Haifa. Meleleh darah pekat dari betis yang luka. Lelaki yang memegang botol air tadi terus menerpa ke arah Haifa lalu tumbukan dilepaskan pada wajah Haifa, tertoleh ke sisi kepala Haifa kerana tumbukan padu itu. Terbit darah di hujung bibir. Laju Haifa meludah ke lantai. Haifa ketawa. Mulanya perlahan dan makin lama makin kuat. Sand yang tadi bimbangkan Haifa terus terdiam apabila melihat perubahan Haifa. Maria pula dibantu bangun berdiri oleh lelaki tadi.
"Just wait for your punishment!" kata Maria sebelum dia terus berlalu keluar dari bilik tersebut lalu diiukuti kedua lelaki tadi.
Haifa masih lagi ketawa. Sand sudah cuak. Akhirnya Haifa tertunduk. Kuat bibir diketap menahan sakit.
"Tak guna!" marah Haifa.
"Haifa! Haifa!" panggil Sand. Perlahan Haifa toleh pandang pada Sand. Nampak wajah simpati dipamerkan Sand.
"Aku okay, belum nak mati lagi" balas Haifa selamba.
"Kau!" marah Sand.
Sand pandang arah pintu sambil tangannya sedang berusaha memotong tali yang mengikat tangan. Tidak lama tali putus dan pantas dia tunduk memotong tali mengikat kakinya pula. Haifa memandang Sand dengan dahi berkerut.
"Mana dapat pisau?" soal Haifa sebaik Sand menghampirinya sambil memotong tali mengikat tangan. Sebaik tangan berjaya dilepaskan, Haifa menekan luka pada pahanya. Sand pula mengambil kain yang menutup matanya tadi yang berada di atas lantai lalu mengikat paha Haifa yang luka, terdongak Haifa menahan sakit. Kemudian sehelai lagi kain yang mengikat mulut Haifa pula diambil lalu diikatkan pada betis Haifa. Kuat gigi diketap.
"Aku tak pasti apa tujuan lelaki berparut tu serah pisau ni pada aku" kata Sand sambil mata melingas pandang pada pintu.
"I know you can, you're tough woman, Sand" Sand ulang kata-kata lelaki berparut itu.
Haifa toleh pandang pada Sand yang sudah berjalan perlahan menuju ke tingkap yang tertutup. Diintai di celahnya, tidak dapat dilihat dengan jelas tapi yang pasti cuaca sudah mula meninggi. Sand berjalan semula ke arah Haifa sambil membantu Haifa bangun sambil mata memandang pada pintu yang tertutup rapat.
"Siapa yang cakap macam tu?" soal Haifa sambil memandang Sand.
"Lelaki berparut tu" kata Sand. Haifa kerut kening.
"Tingkap ada gril, kita kena keluar ikut pintu" kata Sand lagi.
"Kau boleh ke ni?" soal Sand. Keadaan Haifa yang teruk dipandang simpati.
"Jangan tengok aku macam tu!" tegur Haifa.
(18/10/2020 @ 1958hrs)
Share this novel