Bab 93

Romance Completed 685160

"Terima kasih, datang lagi" kata wanita tersebut pada Haifa. Haifa angguk dan tersenyum. Beg kertas yang mengandungi beberapa helai selendang diambil lalu dia melangkah keluar bersama Gibran. Raffa pula berada di luar butik bersama beberapa beg kertas di tangan. Mujur juga Raffa ikut bersama, bolehlah dia tolong bawakan. Ini semua Gibran punya pasal. Kalau boleh satu mall ni nak diangkutnya.

"Sini" Raffa minta beg kertas yang berada di tangan Haifa sebaik melihat Haifa keluar dari butik.

"Eh, tak apalah. Biar saya bawa. Dah banyak Raff tolong bawakan tu" kata Haifa sambil berjalan ke arah Raffa.

"Depan sana ada lagi butik selendang. Nak tengok tak?" soal Gibran. Haifa toleh pandang pada Gibran.

"What?" soal Gibran.

"Hubby.. dah banyak ni" kata Haifa sambil menunjukkan beg-beg kertas yang ada. Bukan setakat selendang, blaus, seluar. Apa yang dia rasa cantik dan sesuai untuk Haifa, semua dibelinya.

"If so, we can go for a walk and buy whatever you want. Okay honey" kata Gibran lalu memaut jemari Haifa. Haifa angguk dan tersenyum. Sudah lama dia tidak window shopping begini. Tapi itulah, ini macam dah terlebih shopping. Sedang ralit berjalan dan memerhatikan deretan kedai, telefon Gibran berbunyi. Terus langkah kaki dihentikan.

"I need to answer this call" kata Gibran. Haifa angguk mengerti.

"It's okay. Honey ke sana tengok-tengok" kata Haifa lalu berjalan ke arah kedai pakaian yang berhampiran. Gibran pula melangkah ke arah tepi berhampiran kerusi rehat. Cantik-cantik pakaian yang dijual tetapi tidak sehingga menarik minatnya untuk membeli lagipun apa yang sudah dibeli tadi sudah cukup banyak rasanya. Haifa kemudian beralih ke kedai di sebelahnya pula dan sewaktu mahu melangkah masuk ke kedai Haifa nampak seseorang seperti yang dia kenal sedang berdiri membelakanginya. Apabila orang itu menoleh.

"Huzaireen!" tegur Haifa. Huzaireen yang mendengar namanya dipanggil terus menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Hm.. masih segak seperti selalu walaupun hanya memakai t-shirt dan seluar jeans.

"Eh, Wahida" ceria wajah Huzaireen membalas sapaan lalu menghampiri Haifa.

"Buat apa di sini, shopping juga ke?" soal Haifa sambil memandang pada beg-beg kertas yang ada pada tangannya. Huzaireen hanya tersenyum.

"Awak seorang saja?" soal Huzaireen sambil kepala menoleh ke belakang mencari Gibran. Haifa juga turut menoleh dan mendapati Gibran masih lagi berbual di telefonnya manakala Raffa pula sudah melabuhkan duduk tidak jauh dari tempat Gibran. Huzaireen juga turut membuang pandang pada tempat yang dipandang Haifa, oh! Gibran di sana.

"Lama tak jumpa. Awak sihat?" soal Huzaireen. Diperhatikan wanita di hadapannya ini. Semakin cantik dan berseri.

"Alhamdulillah. Macam ni lah, sihat" balas Haifa.

Gibran yang sedang berbual berpusing mencari kelibat Haifa dan dari jauh dapat dia lihat Haifa sedang berbual dengan seorang lelaki. Kecil matanya memfokus. Huzaireen! Gigi di ketap kuat. Mata melilau mencari Raffa. Cis! Dia boleh duduk dengan senang lenang dan biarkan Haifa sendiri.

"I need to go now, I'll call you later" kata Gibran lalu talian dimatikan. Kaki laju melangkah ke arah Haifa. Raffa yang waktu itu menyedari Gibran sudah membuka langkah, dia juga turut sama mengekori Gibran. Alamak, bala.. bala..

"Honey" sapa Gibran lalu tangan kirinya naik memaut pinggang Haifa dan ditarik rapat padanya. Hujung mata memerhatikan Huzaireen yang berdiri di sisi Haifa.

"Hubby.." balas Haifa apabila menyedari Gibran sudah berada di sisinya. Raffa juga turut ada bersama.

"Are you done?" soal Haifa sambil menoleh ke sisi. Gibran angguk sekali.

"Remember, Huzaireen" kata Haifa pada Gibran. Huzaireen hulur tangan dan salam disambut Gibran, kemudian dihulur pula pada Raffa.

"Huzaireen, saya nak gerak dulu. Next time kita berbual lagi" kata Haifa. Huzaireen angguk dan pamer senyum. Gibran pula terus memaut jemari Haifa dan langkah dibuka meninggalkan Huzaireen. Tegang sahaja wajah Gibran. Senyap tiada kata. Hm.. marah la tu!

"Hubby.. are you mad?" soal Haifa sambil menoleh pandang pada Gibran.

"About what?" soalan Haifa dibalas soalan juga. Mata tegak memandang ke depan. Haifa mengeluh perlahan, ditoleh ke belakang mencari Raffa tetapi Raffa sedang berbual di telefon.

"Huzaireen" balas Haifa sepatah. Gibran toleh seketika pada Haifa di sisinya dan kembali memandang ke hadapan.

"Honey tak ada apa-apa la dengan dia. Tadi pun tak sangka boleh jumpa. Bukan berjanji pun" kata Haifa. Jemari Gibran digenggam erat.

"Let's eat first" Gibran memotong kata. Tidak mahu moodnya terganggu.

"Gib" panggil Raffa sambil menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket.

"Aku turun dulu. Ada hal sikit. Nanti dah siap, call" kata Raffa.

"Haifa, sini. Saya simpankan barang" pinta Raffa pada Haifa. Haifa hulurkan beg kertas di tangannya dan Raffa terus berlalu pergi. Gibran bersama Haifa kemudian melangkah masuk ke sebuah restoran makanan kampung. Dia tahu Haifa suka masakan kampung begini. Baginya tidak kisah, dia tidak memilih makan. Tempat dicari di bahagian belakang di tepi dinding. Kemudian dilabuhkan duduk melepaskan lelah.

"Hubby.." panggil Haifa. Belum sempat bibir menutur kata pekerja restoran datang mengambil pesanan.

"Order Cik" kata seorang lelaki lalu menyerahkan buku menu. Setelah pesanan dibuat Haifa pandang Gibran yang berada di sisinya.

"Hubby.." panggil Haifa lagi. Meleret sahaja bunyinya. Lengan Gibran digoyangnya. Gibran hela nafas panjang.

"What?" soal Gibran. Wajah Haifa dipandang lama.

"Honey dah tak ada apa-apa dengan Huzaireen.. dah lama tak berhubung pun" kata Haifa lagi.

"Jangan la marah.." sambung Haifa lagi. Gibran pandang Haifa lalu jari telunjuknya naik mengetuk pipi. Mata Haifa laju memandang jari yang mengetuk pipi itu dengan dahi berkerut.

"kiss me, it's settled" kata Gibran tidak bersalah.

"Hah?" bulat mata Haifa mendengar permintaan Gibran.

"Kiss me" ulang Gibran bersama jari telunjuk mengetuk pipi.

"Here?" soal Haifa tidak percaya.

"Yup" balas Gibran selamba. Haifa sudah serba salah, kiri kanan keliling semua dipandang Haifa memerhatikan pelanggan lain. Bimbang ada yang melihat aksinya nanti.

'Cup'

Pipi Gibran dicium sekilas. Pantas sahaja. Gibran senyum lalu pipi Haifa pula diciumnya. Laju tangan Haifa naik menolak dada Gibran.

"Hubby.. behave, okay" kata Haifa. Aduh la..

+++

"Sorry tunggu lama" kata satu suara yang datang dari belakang. Huzaireen menoleh sambil tersenyum.

"Milia, are you done?" soal Huzaireen apabila Milia menghampirinya.

"A'ah. Let's go" kata Milia lalu mengambil sebahagian dari beg kertas yang berada pada pegangan Huzaireen. Keduanya melangkah meninggalkan kawasan tersebut.

"Tengok apa tadi? Jauh pandangnya" soal Milia sambil menoleh sekilas ke sisinya. Huzaireen yang masih memandang ke arah Haifa melangkah tadi menoleh pandang pada Milia.

"Oh, my old friend" balas Huzaireen. Milia angguk lalu tersenyum.

"Kita makan dulu" kata Huzaireen pula.

"Okay" laju sahaja dibalas Milia.

Sungguh tidak disangka, hubungannya dengan Milia kekal hingga ke hari ini. Tidak dapat dia lupa kejadian sewaktu Milia cuba terjun dari bangunan pejabat milik ayahnya. Walaupun waktu itu dia tidak bertugas tetapi rasa tanggungjawab membuatkan dia dengan rela hati menjadi orang yang bertanggungjawab memujuk Milia pada waktu itu. Terserempak dengan Bakri yang bertugas waktu itu membuatkan rasa ingin membantu itu datang. Sungguh, sedikit sahaja lagi nyawa Milia mungkin melayang, mujurlah dia pantas bertindak menarik tangan Milia dan keduanya berguling jatuh di tebing bangunan. Walaupun agak sakit belakangnya kerana hentakan tetapi nyawa kedua mereka masih panjang. Jika dia tidak sempat berpaut dan terjatuh ke tebing, sudah tentu kedua mereka akan jatuh dari tingkat tiga puluh. Tidak sanggup dia hendak memikirkannya.

"Hey, jauhnya termenung. Lia panggil pun tak jawab" kata Milia pada Huzaireen yang dilihat seperti sudah hilang di ruang masa. Huzaireen tersenyum.

+++

"Hubby.. behave, okay" kata Haifa. Gibran tidak peduli, pipi Haifa dicium lagi. Sedang Haifa mahu menolak tubuh Gibran matanya tertancap pada dua figura manusia yang cukup dia kenali sedang berjalan di hadapan restoran yang dia dan Gibran berada. Gibran yang melihat Haifa tiba-tiba kaku terus menoleh ke arah pandangan dituju Haifa.

"Isn't that your friend we met earlier?" soal Gibran.

"U'huh.. and he is with Milia" balas Haifa sambil menoleh ke arah Gibran. Terkelip-kelip matanya kerana tidak percaya.

"Since when they were together?" soal Haifa lagi. Gibran pandang Haifa tidak beriak.

"Just stop talk about others" kata Gibran lalu membetulkan duduk. Tidak lama pekerja restoran datang menghantar makanan yang dipesan. Haifa masih lagi terfikirkan dengan apa yang dilihat tadi hingga tidak sedar Gibran memanggilnya.

"Honey" panggil Gibran lagi beserta ciuman sekilas di pipi Haifa.

"Hubby!" tegur Haifa geram. Ish, suka hati dia je.. tajam dijeling Gibran di sisi.

"Panggil elok-elok tak dengar, nak kena kiss baru dengar, ya!" kata Gibran.

"Masih fikirkan pasal mereka tadi?" soal Gibran.

"No" balas Haifa. Gibran pandang wajah Haifa dengan riak tidak puas hati.

"Okay.. yes" kata Haifa mengiyakan. Haifa lepas nafas perlahan. Sudu di letak di pinggan.

"Sorry.." kata Haifa perlahan. Gibran hanya geleng perlahan.

"Dah?" soal Gibran. Haifa angguk sambil mengesat bibir dengan kain.

+++

"Umii" sapa Haifa pada Puan Fazidah yang berada di ruang tamu.

"Ha, baru sampai? elok lah. Kita makan tengah hari sama-sama" kata Puan Fazidah pada Haifa dan Gibran.

"Eh, tak apa la Umii. Dah makan lepas balik dari hospital tadi" kata Haifa lalu melabuhkan duduk. Selendang di kepala ditanggalkan dan diletakkan di atas meja kopi. Panas pula rasanya. Gibran yang masih berdiri hanya memandang Haifa.

"Hospital? siapa sakit?" soal Puan Fazidah cemas. Haifa yang baru mahu bersandar pada sofa terus tegak duduknya. Gibran yang masih berdiri terus ditarik tangannya supaya duduk di sisinya di sofa. Laju Gibran terjatuh di atas sofa di sisi Haifa. Bulat matanya memandang Haifa, mujur tidak terjatuh ke lantai.

"Er.. tak ada siapa yang sakit Umii" kata Haifa.

"Dah tu buat apa ke hospital? adik mengandung ke?" soal Puan Fazidah yang sudah tegak memandang Haifa. Haifa sudah berbalas pandang dengan Gibran.

"Mana Umii tahu?" soal Haifa pada Puan Fazidah.

"Betul la ni adik mengandung?" soal Puan Fazidah gembira. Besar senyumnya. Haifa sudah terangguk malu. Memerah wajahnya.

"Alhamdulillah.. Umii dah agak dah cuma tak pasti je" kata Puan Fazidah.

"Umii dah agak?" soal Gibran yang tadi hanya diam.

"Haah" Puan Fazidah iyakan bersama anggukan.

"Umii tengok badan adik dah naik sikit, tu seluar pun dah ketatkan. Kat dada pun sama" balas Puan Fazidah. Laju Gibran menoleh pandang pada dada Haifa. Haifa yang menyedari pandangan Gibran terus kedua tangan naik bersilang di badan. Seram dengan pandangan Gibran.

"Eh, Sir dan Haifa pun ada, jomlah makan sekali. Kak Ina dah siapkan makan tengah hari" kata Kak Ina yang baru muncul dari dapur.

"Kak Ina masak apa?" soal Haifa sambil menoleh pandang pada Kak Ina yang berdiri di sisi Puan Fazidah.

"Rendang maman dengan ikan rebus dan asam pedas ikan susu" kata Kak Ina. Laju Haifa bangun berdiri.

"Sedapnya.. nak-nak" kata Haifa sambil laju kaki melangkah ke dapur meninggalkan Gibran dan Puan Fazidah di ruang tamu.

"Ha, Gib. Tak nak makan ke? Jomlah sekali" kata Puan Fazidah yang sudah bangun berdiri. Nak tak nak, Gibran ikutkan juga. Macam tidak percaya, di restoran tadi sudah selamat sepinggan nasi. Ni makan nasi lagi. Tidak terkata apa Gibran apabila melihat Haifa yang berselera.

"Dah-dah, biar Kak Ina kemas. Haifa naik atas rehat" kata Kak Ina pada Haifa yang mahu mencuci pinggan dan gelasnya.

"Tak apalah, pinggan saya satu je pun" kata Haifa yang masih berada di sinki. Tiba-tiba ada tangan yang menutup paip air. Haifa pandang ke sisi. Gibran! Hm.. kalau dah big boss datang tak boleh nak buat apa la. Baik ikut sebelum ada yang merajuk. Nanti dah merajuk, payah pula nak pujuk.

(23/01/2021 @ 0240hrs)

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2021-01-23 06:13:52 

morning dear. tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience