Bab 30

Romance Completed 684982

"Ina nak keluar ke?" soal Puan Fazidah pada Kak Ina yang dilihat bersiap seperti mahu keluar.

"Haah, saya nak beli barang sikit" balas Kak Ina yang melangkah keluar dari dapur setelah memastikan semuanya siap dikemas.

"Umii nak ikut boleh?" soal Puan Fazidah.

"Amin nak ikut juga.." sampuk Amin yang baru muncul dari belakang. Kak Ina dah garu kepala yang tidak gatal.

"Saya nak keluar sekejap je ni Puan" balas Kak Ina.

"Umii pun tak nak keluar lama-lama. Ada barang yang Umii nak beli. Boleh la" pinta Puan Fazidah.

"Haah.. boleh la Acik Ina.." Amin pula memujuk Kak Ina sambil memegang lengannya. Aduh.. macam mana ni..

"Sekejap ya, saya keluar tanya Randy dengan Kimi. Kalau diaorang benarkan, baru boleh" kata Kak Ina.

"Yeay..!!" Amin bersorak riang. Iyalah, semenjak datang ke sini, mana-mana pun tak pergi.

Kak Ina kemudian berjalan ke arah pintu rumah. Dicari Randy dan Kimi. Sebaik melihat mereka berdua sedang berjalan di sekitar kawasan rumah, Kak Ina jerit memanggil. Kemudian kedua-duannya berjalan laju menghampiri Kak Ina.

"Ada apa Kak Ina?" soal Randy. Kak Ina dilihat serba salah.

"Ada apa ni Kak..?" soal Kimi pula.

"Er.. macam ni, akak nak keluar sekejap beli barang tapi Makcik dengan Amin nak ikut akak" kata Kak Ina. Randy dan Kimi saling memandang.

"Nak ikut? nak beli apa?" soal Randy.

"Entah la, katanya nak beli barang sikit" balas Kak Ina.

"Kalau fikir-fikirkan, kesian juga pada Amin tu. Sejak datang sini, dia tak keluar ke mana-mana pun. Paling tak main di kolam atau pun bagi makan ikan" kata Kak Ina sambil memandang kedua-dua jejaka itu.

"Amacam Kimi, boleh ke?" soal Randy. Kimi diam sekejap.

"Akak nak beli barang sekejap je kan?" soal Kimi.

"Haah" laju Kak Ina membalas.

"Akak nak beli barang di mana?" soal Randy pula.

"Alah.. pasaraya dekat ni je" jawab Kak Ina lagi.

"Aku rasa boleh kot, kita follow je la. Rumah tak apa, abang Kudin ada" kata Randy.

"Bolehlah kak, tapi kejap je ya" pesan Kimi.

"Okay.. okay.. akak masuk bagitau Makcik dengan Amin sekejap" kata Kak Ina lalu melangkah laju masuk ke dalam rumah.

Setelah Kak Ina masuk ke dalam, Kimi mengambil senjata di belakang pinggangnya lalu diperiksa. Randy memandang hairan.

"Kau buat apa ni?" soal Randy.

"Persediaan, kita tak tau apa yang mungkin jadi" balas Kimi lalu menyelit kembali senjatanya di belakang pinggang.

"Eh kau ni.. mulut. Choi!" marah Randy. Lalu dia juga melalukan perkara yang sama. Tidak lama Kak Ina bersama Puan Fazidah dan Amin keluar, begitu juga abang Kudin.

"Abang Kudin, saya dan Kimi nak bawa diaorang ke kedai sekejap" kata Randy pada abang Kudin.

"Tak apa, abang kudin ada. Lan pun ada kat belakang tu" kata abang Kudin.

"Kalau macam tu jomlah gerak" ajak Kimi pula.

Kimi masuk ke bahagian pemandu, Randy ke bahagian penumpang hadapan manakala Puan Fazidah, Kak Ina dan Amin ke bahagian penumpang belakang. Kereta perlahan meluncur keluar dari kawasan rumah.

Setelah kereta diparkir, Kak Ina bersama Puan Fazidah dan juga Amin terus melangkah masuk ke dalam pasaraya. Randy dan Kimi pula mengikut dari belakang.

"Akak beli barang sekejap, korang jangan tinggalkan makcik dengan Amin. Ke mana diaorang pergi pun mesti ikut" pesan Kak Ina.

"Okay.. akak pergilah cari barang. Jangan risau pasal makcik dan Amin" kata Kimi.

Randy dan Kimi mengekori Puan Fazidah dan Amin dari jauh sambil mata melingas memandang sekeliling. Bimbang juga, kalau jadi apa-apa, mau hilang nyawa mereka nanti.

Hampir dua puluh minit mengekori Puan Fazidah dan Amin, Kak Ina datang hampiri Randy.

"Eh, mana makcik dengan Amin?" soal Kak Ina sambil memerhatikan sekeliling.

"Ada, di bahagian ladies" kata Kimi pula.

"Dah tu korang buat apa kat sini?" soal Kak Ina bimbang. Rasa tidak sedap hati.

"Eh akak ni, takkan kitaorang nak ikut kot. Nanti tak jadi pula makcik nak beli" balas Randy.

"Tu ha makcik" Kimi menunding. Laju mata Kak Ina memandang ke arah ditunjukkan Randy.

"Aminnya mana? makcik seorang je tu?" soal Kak Ina. Randy dan Kimi dan cuak. Kelam kabut mereka berjalan laju ke arah Puan Fazidah.

"Makcik, Amin mana?" soal Kak Ina. Puan Fazidah yang sedang memilih pakaian dalam menoleh.

"Eh, tadi ada main kat situ" Puan Fazidah menunjukkan ke arah tempat permainan. Semua memandang ke arah yang ditunjuk tapi tiada. Semua dah cuak. Sudahnya mereka berpecah untuk mencari Amin, tidak jadi Puan Fazidah hendak membeli.

Kak Ina mencari hingga keluar pasaraya dan ternampak Amin sedang diheret oleh seorang lelaki yang memakai mask. Barang yang ada di tangan terus dicampak lalu kaki pantas berlari.

"Hoi!" jerit Kak Ina.

Sebaik Amin melihat Kak Ina, Amin terus menggigit tangan lelaki yang menutup mulutnya. Terlepas Amin ke bawah tetapi lelaki itu menarik semula Amin mahu menuju ke sebuah van biru gelap di seberang jalan. Rakannya pada waktu itu menjerit minta cepat.

Sebaik sampai, Kak Ina terus merentap kolar baju lelaki tadi. Terlentang lelaki tadi bersama Amin. Ada beberapa orang yang melihat tetapi tiada yang ingin membantu, mungkin mereka berpendapat suami isteri berebutkan anak.

Sebaik jatuh, Amin bingkas bangun manakala Kak Ina pula terus menghenyak dada lelaki tadi dengan lututnya dan penumbuk dihayun bertubi-tubi. Rakannya yang berada di dalam kereta mahu turun membantu tetapi apabila melihat Randy dan Kimi datang ke arahnya, tidak jadi dia ke sana, bimbang dia pula yang dibelasah, terus dia berpatah balik.

"Bangun!" jerit Kak Ina.

Lelaki tadi yang mask sudah entah ke mana, terus bangun dalam keadaan tidak stabil, sangka Kak Ina lelaki tadi mahu bergasak dengannya, rupanya lelaki tadi terus berlari ke arah rakannya yang sedang kalut masuk semula ke dalam van. Tanpa melihat kanan kiri, lelaki tadi melintas.

'Sreeettt... bumm!!'

Tidak sempat Randy dan Kimi bertindak, lelaki tadi telah dilanggar dengan sebuah kereta hingga terpelanting ke hadapan. Penuh darah. Rakannya tadi terus memecut pergi. Randy dan Kimi yang melihat kejadian tersebut tergamam seketika.

"Ambil kau, balasan!" jerit Kak Ina.

"Tak baik dik, buat suami macam tu" kata seorang lelaki yang sedari tadi hanya melihat Kak Ina bergasak tanpa membantu.

"Siapa cakap dia suami saya?!" tengking Kak Ina. Terdiam lelaki tadi apabila dijerit Kak Ina. Patut la tak datang tolong!

"Amin..!" jerit Puan Fazidah apabila melihat Amin yang sudah terlentang di tepi jalan.

Mendengar sahaja jeritan Puan Fazidah, Randy dan Kimi berlari datang menghampiri Amin yang sedang dipangku Kak Ina. Randy gosok kepala, Kimi raup muka. Mati!!

Randy mencempung Amin ke dalam dukungan lalu dibawa ke kereta. Kimi pula nak tak nak terpaksa hubungi Gibran.

Sebaik masuk ke dalam kereta, Amin dipangku Puan Fazidah dan di hujung kaki pula Kak Ina. Barang yang dibeli tadi lupa nak diambil semula. Ah, biarlah. Amin lagi penting. Randy pantas memandu pulang. Terima sahajalah hukumannya nanti.

"Hello, Sir" kata Kimi dengan suara bergetar.

+++

Sampai sahaja di rumah, Amin dibawa masuk ke bilik tidur tetamu. Tidak lama Doktor Ben sampai. Randy mengiringi Doktor Ben ke bilik untuk merawat Amin.

"Makcik, ni Doktor Ben. Dia datang nak tengokkan Amin" kata Randy. Puan Fazidah angguk lalu memberi ruang pada Doktor Ben melakukan pemeriksaan.

Puan Fazidah yang berada di birai katil sudah merah matanya menangis. Sebaik selesai Doktor Ben buat pemeriksaan laju Puan Fazidah bertanya.

"Doktor, macam mana dengan cucu saya?" soal Puan Fazidah. Kak Ina juga datang menghampiri untuk mengetahuinya.

"Tak ada apa-apa. Mungkin adik ni terkejut. Tak ada apa yang serius. Tak perlu bimbang. Sekejap lagi bila dah bangun, bancuhkan air panas dan beri dia makan, lepas tu beri vitamin ni" kata Doktor Ben.

"Baik Doktor. Terima kasih" kata Puan Fazidah sambil angguk.

"Sama-sama, saya balik dulu" kata Doktor Ben lalu melangkah keluar dari bilik bersama Kak Ina dan juga Randy.

"Hm.. dah sedia nak terima hukuman ke? perlu ubat tahan sakit tak?" gurau Doktor Ben. Randy dan Kak Ina hanya senyum sumbing

"Okaylah, saya balik dulu" kata Doktor Ben lalu melangkah keluar dari pintu rumah dan terus ke keretanya lalu dia masuk ke bahagian penumpang belakang. Tanpa tunggu lama, pemandunya terus memandu keluar dari kawasan rumah.

"Kimi" panggil Kak Ina. Kimi yang berada di luar rumah melangkah hampiri Kak Ina dan Randy di tengah pintu.

"Akak minta maaf. Ni semua salah akak" kata Kak Ina.

"Salah kitaorang juga" balas Kimi.

"Nanti akak cakap dengan Sir" kata Kak Ina.

"Tak payah la kak. Memang patut pun kami terima hukuman" kata Randy pula.

"Dah, akak pergi masak. Nanti Amin bangun, dia nak makan" kata Randy.

"Akak minta maaf ya" kata Kak Ina lagi. Randy dan Kimi angguk.

"Tangan akak jangan lupa sapu ubat" tegur Randy. Kak Ina pandang buku limanya yang sudah merah. Susah hati punya pasal, lupa pada tangan yang sakit. Kak Ina senyum sambil angguk.

+++

"Mana Amin?" soal Haifa sebaik kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Selepas mengemas meja Amin makan malam bersama Puan Fazidah tadi, Kak Ina berada di ruang tamu menunggu Gibran dan Haifa pulang. Berdebar-debar hatinya. Tidak tahu apa yang bakal dia, Randy dan Kimi hadapi.

"Amin dalam bilik, baru lepas makan" balas Kak Ina. Waktu itu Gibran melangkah masuk mengekori Haifa ke bilik Amin. Sebaik melihat Haifa masuk, menjerit Amin memanggil Haifa.

"Ibu!" terus Amin melompat ke dalam pelukan Haifa. Kuat Haifa memeluk tubuh kecil itu.

"Anak ibu okay?" soal Haifa lalu didukungnya Amin.

"Amin okay.. tak apa-apa pun. Acik Ina terer ibu.. Acik Ina belasah orang jahat" kata Amin. Haifa kerut kening lalu menoleh ke arah pintu. Kak Ina sudah tidak tentu arah apabila dipandang Haifa begitu.

"Iya?" soal Haifa.

"Iya ibu.. Acik Ina tumbuk muka orang jahat tu.. tapi lepas tu orang tu kena langgar ibu" sambung Amin lagi.

"Langgar?" soal Haifa. Sengaja dilayan walhal dia sudah tahu lelaki tadi mati dilanggar, Gibran ceritakan padanya dalam perjalanan pulang tadi.

"Tapi Amin tak tau kena langgar dengan apa sebab Amin pengsan" balas Amin lalu ketawa. Haifa lega melihat keadaan Amin, begitu juga Gibran.

"Kak Ina, panggil Randy dan Kimi. Jumpa saya di bilik kerja" arah Gibran. Tegang sahaja wajahnya.

"Baik Sir" balas Kak Ina lalu terus melangkah keluar mencari Randy dan Kimi.

"Honey, hubby keluar dulu" kata Gibran pada Haifa.

"Amin, uncle keluar dulu. Amin rehat okay" kata Gibran sambil mengusap rambut Amin. Amin angguk sambil senyum. Haifa memandang kelibat Gibran yang melangkah keluar dari bilik. Apa Gibran nak buat ni.. risau pulak dia. Melihat pada raut wajah Gibran pun dia tahu, yang Gibran sedang mengawal marahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience