Bab 82

Romance Completed 684540

"Naz, I want to go to London for a week. Rearrange all my appointments. If anything is important, do a video conference but let me know in advance" kata Gibran pada Naz yang berada di hadapannya.

"Seminggu? lamanya" Naz bersuara. Gibran yang sedang memeriksa fail di tangan mendongak memandang Naz.

"Er.. Sir pergi honeymoon ke?" soal Naz. Tertegak Gibran memandang Naz. Terlupa pula dia dengan janjinya pada Haifa untuk bawa wanita itu hobeymoon. Fail di tangan diletakkan di atas meja. Jari naik memicit kepala sambil tubuh disandarkan ke belakang.

"Sir, kenapa? sakit ke?" soal Naz bimbang. Gibran geleng perlahan.

"No. I just suddenly remembered something important" balas Gibran. Naz duduk tegak.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soal Naz.

"It's okay, I take care of it myself. You can go" kata Gibran.

"Okay Sir" ucap Naz.

"Thanks Naz" kata Gibran lagi. Naz yang sedang berdiri tegak hanya angguk sambil tersenyum.

Gibran memicit leher yang lenguh. Banyak sangat perkara yang berlaku hingga dia lupa dengan janjinya mahu bawa Haifa honeymoon. Tunggu selesai semuanya nanti, dia akan fikirkan semula. Sedang asyik memikirkan perkara tersebut, telefon bimbit di atas meja berbunyi. Skrin telefon dipandang lalu tangan mencapainya dan icon hijau disentuh.

"Yup. Aku ingat bila balik sana dah lupa aku di sini" Gibran bersuara. Fattah ketawa lepas.

"Sorry, I'm a quite busy with some matter here" balas Fattah.

"It's okay. So, how?" soal Gibran.

"I'll join you and adik" balas Fattah.

"Okay, see you then" kata Gibran pula. Talian dimatikan.

'Tok tok tok'

"Come in" Gibran bersuara. Daun pintu pejabat ditolak perlahan, terjengul wajah Raffa.

"Huh, kau. Ada apa?" soal Gibran yang tersandar ke belakang sambil memandang Raffa yang melangkah menghampirinya dan melabuhkan duduk di kerusi di hadapannya.

"Nothing" balas Raffa selamba. Gibran sengetkan kepala. Ini mesti si Naz yang minta Raffa datang sini.

"Naz?" soal Gibran. Raffa senyum.

"Kau tu, ada masalah apa lagi?" soal Raffa sambil melipat lengan kemeja tangan kiri.

"Mummy dengan daddy kau dah discharge pagi tadi, aku dah minta Radin dan Hann untuk uruskan bawa mereka ke rumah arwah nenda. Apa lagi yang kau runsingkan ni? pasal nak ke London?" soal Raffa bertali arus. Gibran hela nafas perlahan.

"I promised to bring Haifa honeymoon but I forgot. Next week she will start working. Aku pula nak ke London seminggu" terang Gibran dengan wajah muram.

"So?" soal Raffa.

"Ish, kau ni! So.. bila masanya aku nak bawa Haifa pergi honeymoon?" marah Gibran. Raffa ketawa besar sambil tergeleng kepala. Pen yang berada di tangan di baling pada Raffa. Bertambah kuat Raffa ketawa.

"Itu je?" soal Raffa setelah ketawanya reda.

"Dah la kau, aku banyak kerja. Sini pen tu!" marah Gibran apabila dia diketawakan Raffa. Raffa yang masih bersisa ketawa tunduk mengambil pen dibaling Gibran yang jatuh ke lantai. Diserahkan pen tersebut pada Gibran lalu dilabuhkan semula duduk di kerusi. Tajam Gibran memandangnya.

"Tunggu apa lagi?" soal Gibran.

"Tunggu kau la, dah jam lima setengah petang dah pun. Tak nak balik ke?" soal Raffa. Gibran bagaikan baru tersedar, laju dia memandang jam di pergelangan tangan. Sudah lewat. Dijeling Raffa yang masih memandangnya lalu dibawa tubuh berdiri. Barang-barang dikemas dan dimasukkan ke dalam briefcase.

"Jomlah, tadi nak balik sangat" marah Gibran yang sudah menonong berjalan ke arah pintu. Tergeleng Raffa.

"Macam budak-budak" kata Raffa perlahan.

"Esok kita ke London" kata Gibran sebaik dia melolos masuk ke dalam kereta. Raffa pandang Gibran melalui cermin pandang belakang.

"Aku ke?" soal Raffa.

"Kau ada nampak orang lain ke dalam kereta ni?" marah Gibran. Raffa ketawa. Sengaja dia mengusik Gibran. Muka ketat dari tadi.

"Okay tapi kau dah tanya Sand ke? bukan apa patutnya lusakan takut dia tak boleh je. Tau la kerja dia macam mana, bukan boleh suka-suka hati." kata Raffa sambil memulakan pemanduan.

"I asked, she has no problem" balas Gibran lalu dibuang pandang ke luar tingkap.

"Aku tanya sikit boleh?" soal Raffa. Gibran yang sedang memandang keluar toleh pandang pada Raffa di depan.

"What?" soal Gibran.

"Macam mana dengan syarikat daddy kau di London?" soal Raffa.

"What do you mean?" soal Gibran tidak mengerti.

"Daddy dengan mummy kau dah tak nak balik sana. Diaorang nak tinggal di sini terus dan daddy kau nak bersara dari dunia perniagaan" kata Raffa.

"Daddy told you?" soal Gibran terkejut. Raffa geleng perlahan.

"Nope, aku terdengar dia berbincang dengan mummy kau pagi tadi masa aku di hospital" balas Raffa jujur. Gibran hela nafas.

"I don't know.. tapi aku tak rasa aku mampu untuk tinggalkan orang yang aku sayang lagi. Cukuplah enam tahun aku berjauhkan dengan orang yang aku sayang. Pasal syarikat daddy, I do not want to get involved" balas Gibran. Raffa angguk mengerti.

+++

"Hubby" panggil Haifa pada Gibran yang termenung di balkoni bilik. Selepas makan malam tadi, Gibran terus naik ke bilik. Gibran toleh pandang pada Haifa. Tangan dihulur dan huluran disambut Haifa. Wanita itu dibawa ke dalam pelukannya.

"Kenapa ni?" soal Haifa. Wajah Gibran dipandang sambil tangan kanan naik mengusapnya.

"Tomorrow I will go to London for a week" kata Gibran. Haifa angguk.

"Okay.. jadi apa masalahnya? beg honey dah siapkan Ada apa-apa lagi ke?" kata Haifa. Gibran menggeleng perlahan sambil sedikit menunduk memandang wajah Haifa.

"I will miss you, honey" kata Gibran perlahan. Haifa tersenyum.

"I will miss you too hubby" balas Haifa.

"Seminggu je, bukan lama pun" tambah Haifa lagi. Gibran pejam mata, erat dipeluk tubuh itu. Haifa membalas pelukan bersama ciuman pada dada bidang Gibran.

"Kenapa ni? ada masalah ke?" soal Haifa sebaik pelukan dilepaskan.

"Daddy call" kata Gibran. Haifa hanya diam mendengar.

"Daddy want me to take over his company at London. He want to retire and stay at Malaysia" kata Gibran. Terkejut Haifa dengan kata-kata Gibran tetapi dimaniskan raut wajah.

"Oo.. congratulation" kata Haifa sepatah. Gibran pandang tepat wajah Haifa.

"But I don't want to separate with you anymore" kata Gibran.

"Cukuplah kita berjauhan selama ini. Hubby tak mampu lagi dan hubby tak perlukan syarikat daddy. Apa yang hubby ada sekarang sudah cukup untuk kita" kata Gibran bersungguh. Haifa terkaku, tidak tahu bagaimana reaksi yang sepatutnya dia beri. Hanya mata yang terkelip-kelip memandang Gibran.

"Kalau dah macam tu, siapa yang nak ambil alih syarikat daddy?" soal Haifa. Gibran hela nafas.

"I think I know who can" balas Gibran.

"But I'm not sure he will agree" tambah Gibran lagi.

"Along?" soal Haifa. Gibran angguk.

+++

Sudah dua hari Gibran bersama Raffa ke London, hanya dua kali Gibran menghubunginya. Haifa tahu pasti Gibran sibuk di sana dan dia juga sudah mulai sibuk kerana telah mula melapor diri di tempat tugas baru dan Amin juga telah mula bersekolah di sekolah baru. Cuma setiap hari Amin dihantar dan diambil oleh Akim atau Randy, tidak lagi menaiki bas sekolah seperti sebelum ini semasa berada di kampung. Rumah di kampung pun telah dibaiki dan telah diupah orang untuk membersihkannya dua hari sekali.

"Oit makcik, jauh termenung. Baru dua hari takkan dah rindu?" usik Intan. Memerah wajah Haifa. Air dalam gelas disisip perlahan.

"Mana ada, kau ni.. Aku cuma teringatkan Amin. Hari ni kan dia mula sekolah. Risau juga aku" kata Haifa sambil mata memerhatikan sekeliling cafe IPK. Waktu-waktu begini memang ramai yang datang bersarapan di sini.

"Oh ya la, anak arwah abang kau kan" kata Intan sambil menyuap mee goreng. Haifa angguk.

"Mujur juga Gib jenis tak kisah dan suka budak-budak. Dapat juga Amin tumpang kasih sayang" balas Haifa. Sedih bila teringatkan nasib Amin. Ibu bapa arwah kakak iparnya langsung tidak mahu ambil tahu mengenai Amin, padahal Aminlah satu-satunya cucu anak perempuan mereka, adik beradik arwah kakak iparnya yang lain semuanya lelaki. Sampai hati sungguh datuk dan nenek Amin.

"Haifa" panggil Intan.

"Jauh sungguh kau terbang ni. Sampai mana dah?" soal Intan.

"Tak.. aku teringatkan keluarga arwah kakak ipar aku. Diaorang langsung tak nak ambil tahu pasal Amin selepas arwah abang dan kakak ipar aku meninggal" balas Haifa.

"Sampai sekarang?" soal Intan terkejut. Haifa angguk.

"Nasib baik dia ada ibu saudara yang baik hati macam kau. Dapat juga menumpang kasih" kata Intan. Haifa hanya pamer senyum.

"Eh, ops malam ni kau kena tak?" soal Intan.

"Hm.. untung la kalau tak kena. Awal-awal lagi Tuan Aniq dah bagitau aku. Padahal baru lapor kot" balas Haifa. Intan ketawa.

"Tuan Aniq percaya dengan kau, itu sebab dia tak nak sia-siakan aset yang team dia ada" usik Intan.

"Banyak la kau punya aset. Dah la, jom naik. Kejap lagi ada taklimat" kata Haifa lalu bangun. Intan juga turut sama.

"Intan, suami kau tak kisah ke dengan kerja kau yang macam ni?" soal Haifa sewaktu sedang melangkah menaiki tangga ke tingkat tiga. Intan la ni, katanya lift tak bagus untuk kesihatan. Ah ye lah, tingkat tiga okay lagi, kalau tiga belas? mau tercabut lutut ni.

"Kenapa kau tanya?" soal Intan kembali.

"Taklah, kerja macam kita ni kan risiko dan bahaya. Dia tak kisah ke isteri cantik dia buat kerja macam ni?" kata Haifa. Intan ketawa.

"Soalan tu patut kau tanya pada diri kau juga" balas Intan. Haifa kerut dahi dan kemudian dia ketawa, Intan juga.

"Kita ni sama je Haifa. Jawapan aku sama dengan apa yang ada dalam fikiran kau tu" balas Intan.

"Eh, lusa birthday kau kan. Kita pergi makan ikan bakar nak? tempat dulu. Aku belanja" soal Intan.

"Eh, birthday aku ek?" soal Haifa. Intan ketawa.

"Erm.. birthday sendiri pun tak ingat? teruk dah sakit kau ni.." usik Intan. Haifa tersenyum senget.

"Nak tak?" soal Intan lagi.

"Aku okey je, kau belanjakan.." balas Haifa.

(08/01/2021 @ 1123hrs)

Share this novel

Yazni Ernie
2021-01-08 17:19:45 

wowww....dear....sekali update quaetlet


NovelPlus Premium

The best ads free experience