Bab 32

Romance Completed 685114

Selepas makan malam, Gibran naik ke bilik. Dia berdiri di balkoni bilik. Jauh pandangannya ke hadapan. Perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini seakan mencabar kesabarannya yang tidak setebal mana. Dia bimbang nanti perkara buruk pula berlaku.

"Hubby.." panggil Haifa pada Gibran yang tegak pandangan ke hadapan, kedua-dua tangannya naik memegang penghadang balkoni.

Panggilan Haifa tidak disahut. Perlahan Haifa melangkah menghampiri Gibran lalu tubuhnya diselit masuk ke ruang diantara kedua tangan Gibran yang memegang penghadang balkoni. Terkejut Gibran dengan tingkah Haifa. Terus tubuh itu dipeluknya erat.

"Kenapa ni?" soal Haifa sambil sedikit mendongak memandang wajah Gibran yang nampak serabut.

"Hm.. what do you think if we send Umii and Amir to a safe place?" soal Gibran. Haifa kerut dahi.

"Safe place, but why?" soal Haifa.

"I worry about their safety" kata Gibran. Haifa kembali memeluk tubuh sasa itu. Lama dia diam sambil berfikir.

"Kita bincang dengan Umii dulu" kata Haifa lalu direnggangkan pelukan. Gibran angguk.

"Kalau macam tu, sekejap lagi kita jumpa Umii" Haifa angguk.

"Tapi di mana tempatnya?" soal Haifa. Gibran senyum.

"I'm sure they like that place" kata Gibran.

Malam itu, semasa Puan Fazidah dan Amin berada di ruang tamu. Haifa dan Gibran turun mendapatkan mereka. Setelah dilabuhkan duduk, Haifa pandang Puan Fazidah.

"Kenapa pandang Umii macam tu?" soal Puan Fazidah pada Haifa. Haifa toleh pandang pada Gibran.

"Er.. Umii.." kata Haifa sangkut-sangkut. Bimbang Umii tidak dapat terima cadangan mereka itu nanti.

"Umii, saya dan Haifa bercadang nak hantar Umii dan Amin ke safe place. Di sana keselamatan Umii dan Amin lebih terjamin" kata Gibran. Haifa turut angguk. Tajam pandangan Puan Fazidah sebaik mendengar ayat yang dituturkan Gibran.

"Hantar tempat lain?" kasar soalan Umii. Haifa dan cuak, jangan Umii mengamuk sudah.

"Elok lah.. mula-mula dari rumah Umii, bawa datang sini lepas tu nak campak Umii tempat lain pulak?!" soal Puan Fazidah. Gibran dan Haifa serba salah.

"Sebelum ni tak pernah timbul masalah macam ni tapi sejak kamu ada, macam-macam benda jadi. Baik kamu tak balik semula pun tak apa Gibran!" pedih hati Gibran bila Puan Fazidah menuturkan ayat itu. Ini kali kedua Puan Fazidah berkata sedemikian. Gibran tarik nafas panjang. Hati orang tua payah untuk dipujuk.

"Bukan macam tu Umii" balas Gibran. Dia tahu Puan Fazidah rasa sangsi dan marah padanya dengan apa yang berlaku.

"Umii, saya minta maaf dengan apa yang berlaku. Saya tahu Umii marahkan saya tapi tolonglah, ini demi keselamatan Umii dan Amin. Saya bimbang perkara lebih buruk pula akan berlaku selepas ini" pujuk Gibran.

"Amin! dah kita masuk bilik. Nenek dah mengantuk" kata Puan Fazidah lalu terus bangun. Amin terpinga-pinga tidak mengerti.

"Ala.. awal lagi la nenek. Kartun belum habis" pinta Amin.

"Huh! tak nak tidur sudah" marah Puan Fazidah lalu melangkah kasar meninggalkan ruang tamu. Nak tak nak terpaksa juga Amin mengekori langkah neneknya. Takut dimarah pula nanti.

"Ibu, uncle. Amin masuk dulu" kata Amin. Muram sahaja wajah anak itu. Haifa serba salah.

"Amin" panggil Haifa.

"Tak apa, Amin tengok tv. Biar ibu cakap dengan nenek" kata Haifa yang sudah bangun berdiri. Rambut anak itu diusap perlahan.

"Boleh ke ibu?" soal Amin ceria. Haifa angguk.

"Hubby, honey masuk jumpa Umii" pinta Haifa. Gibran angguk. Dengan hati yang berdebar Haifa melangkah ke bilik. Perlahan daun pintu ditolak. Puan Fazidah pandang ke arah pintu, sangkanya Amin tetapi Haifa pula yang masuk.

"Umii" panggil Haifa lalu dilabuhkan duduk di sofa rehat dalam bilik itu. Puan Fazidah yang berada di sisi Haifa buat tidak peduli sahaja.

"Umii, adik tahu Umii marah tapi apa yang berlaku semua di luar kawalan dan kita pun tak tahu siapa yang melakukannya" kata Haifa. Puan Fazidah menoleh pada Haifa, tajam pandangannya.

"Dah jadi macam ni pun masih nak menangkan Gibran?" marah Puan Fazidah.

"Bukan macam tu Umii.. tapi kita tak tahu siapa yang dalangnya dan apa motif mereka" kata Haifa.

"Boleh jadi dalangnya datang dari orang-orang yang terlibat dengan tugas adik dulu. Umii pun tahukan, kerja adik macam mana" kata Haifa lagi

"Kalau ya pun, kenapa baru sekarang?" soal Puan Fazidah. Haifa mati kutu. Payahnya la nak pujuk Umiinya ni.

"Umii.. adik janji, bagi adik dan Gibran masa untuk selesaikan perkara ini. Cuma adik minta sangat-sangat.. Umii tolonglah ikut cakap adik dan Gibran. Adik tak nak apa-apa jadi pada Umii dan Amin" kata Haifa. Puan Fazidah pandang Haifa tidak berkelip.

"Dah habis cakap?" soal Puan Fazidah.

"Kalau dah habis, tolong keluar. Umii nak tidur!" kata Puan Fazidah lalu bangun menuju ke katil dan terus baring.

"Tutup lampu sekali" tambah Puan Fazidah lagi. Haifa mengeluh. Perlahan Haifa bangun menuju ke pintu, suis lampu bilik ditekan. Gelap bilik, hanya cahaya dari lampu meja sisi sahaja yang bernyala. Daun pintu ditutup rapat.

Gibran yang melihat Haifa keluar dari bilik Puan Fazidah terus bangun lalu dapatkan wanita itu.

Haifa pandang Gibran kemudian dia geleng kepala. Gibran tarik Haifa ke dalam pelukannya lalu dibawanya Haifa ke sofa di ruang tamu menemani Amin.

"Macam mana ni?" soal Haifa sebaik dilabuhkan duduk di sofa.

"Kalau Umii tak nak ikut nak buat macam mana, hubby akan tambah orang-orang hubby untuk monitor rumah ni" kata Gibran lagi. Haifa angguk.

"I need to go to the office tomorrow. Are you okay at home?" soal Gibran.

"Okay.. cuma saya nak tanya, mana kereta saya. Tak ada dalam garaj pun" soal Haifa sambil memandang Amin yang ketawa suka dengan kartun yang ditonton.

"Kereta honey ada di workshop lagi. You can use my car, just choose which one you like" balas Gibran, itu hanya alasan. Sebetulnya dia mahu Haifa gunakan keretanya yang ada. Harta yang banyak kalau bukan untuk keluarga, untuk siapa lagi.. Haifa pandang Gibran.

"Kereta hubby semua mahal-mahal, calar nanti. I'm not a prudent driver" kata Haifa. Nak suruh bawa kereta dia? jadi apa-apa nanti puas pula nak repair. Gibran senyum.

"It's just a car, if it's broken just fix it. No worries" kata Gibran.

"Betul ni.. jangan nanti minta honey ganti pula"kata Haifa mahukan kepastian.

"Yup, siapa lagi yang nak guna kalau bukan honey" balas Gibran lagi. Haifa angguk. Iyalah, dah disutuh guna, guna sajalah. Rosak dia repair sendiri..

Amin yang tadi riuh ketawa sudah senyap, dah tertidur rupanya. Remote tv diambil dan butang power off ditekan. Gibran mahu mengangkat Amin tetapi ditegah Haifa. Haifa membawa Amin dalam dukungannya ke bilik Puan Fazidah, perlahan daun pintu Gibran tolak. Tidak pasti Puan Fazidah sudah tidur atau belum. Setelah Haifa meletakkan Amin di atas katil di sisi Puan Fazidah, ditarik selimut menutup tubuh anak itu dan dilabuhkan cium pada dahi Amin.

"Tanya Gibran bila nak Umii dan Amin bertolak, Umii nak kemas beg" kata Puan Fazidah dengan mata terpejam. Haifa yang baru nak melangkah pusing kembali tubuh mengadap katil. Terkelip-kelip matanya.

"Umii cakap apa tadi?" soal Haifa. Bimbang takut tersalah dengar. Manalah tau Umiinya tidur sambil bercakap.

"Tanya Gibran bila nak Umii dan Amin bertolak, Umii nak kemas beg" ulang Puan Fazidah. Haifa senyum.

"Esok selepas sarapan pagi" sampuk Gibran yang berada di muka pintu.

Puan Fazidah bangun duduk lalu turun dari katil. Dia melangkah ke arah Haifa dan Gibran yang ada di muka pintu.

"Ingat Gibran, lepas ni jadi apa-apa lagi pada keluarga ni, Umii tak kan maafkan kamu dan Umii tak nak tengok muka kamu lagi. Tinggalkan Haifa dan keluarga ni" keras suara Puan Fazidah memberi amaran. Gibran telan liur, mana mungkin dia akan benarkan apa-apa berlaku pada keluarga ini dan tidak mampu untuk dia tinggalkan Haifa, kekasih hatinya itu.

"Baik Umii. Saya janji" kata Gibran yakin.

"Jangan yakin sangat, takut nanti merana" balas Puan Fazidah.

"Dah, Umii nak tidur" kata Puan Fazidah, cara halus menghalau mereka berdua supaya keluar. Kedua-duanya angguk lalu menarik daun pintu bilik. Gibran lepas nafas.

"Hm.. baru hubby tau, honey ikut perangai garang dari siapa" usik Gibran. Haifa menjeling tajam. Gibran ketawa sambil menarik pinggang wanita itu lalu dilabuhkan cium pada pipinya. Muncung bibir Haifa.

Setelah masuk ke bilik, Haifa ke bilik air untuk mencuci muka dan menukar pakaian. Gibran pula ke balkoni bersama telefon di tangan.

"Hello" sapa Gibran.

"Sorry, bother these nights" kata Gibran lagi.

"It's okay" balas Caden.

"I need your favor" kata Gibran.

"Say it" balas Caden.

Haifa keluar dari bilik air dan dapati Gibran sedang bercakap dengan seseorang. Kaki melangkah ke meja solek, sambil menyisir rambut tetapi memasang telinga mendengar perbualan Gibran cuma tidak jelas. Dia bercakap dengan siapa? Tidak lama Gibran melangkah masuk, sliding door ditutup rapat lalu telefon di letakkan di atas katil. Kemudian dia melangkah masuk ke bilik air. Haifa pandang telefon Gibran. Sekejap pandang telefon, sekejap pandang pintu bilik air. Akhirnya kaki melangkah ke arah katil lalu telefon Gibran dicapai sambil itu mata memandang pintu bilik air. Button telefon ditekan. Ala.. ada password pula.. satu-satu dicuba. Tarikh lahir Gibran bukan, nombor kereta bukan, nombor ic bukan. Aduh.. nombor apa ni? Puas Haifa berfikir.

"Our important date" bisik Gibran di telinga Haifa. Keras Haifa di situ bersama telefon Gibran yang masih di tangan.

"Our important date" ulang Gibran lagi. Haifa toleh ke sisi pandang Gibran.

"Important date?" soal Haifa. Tarikh apa? lama Haifa berfikir, takkan tarikh nikah? walaupun was-was. Dicuba juga. Eh.. betul la.. sekali baru Haifa sedar, liur ditelan payah. Laju telefon di tangan dihulur pada Gibran tapi Gibran tidak menyambutnya. Merah padam wajah Haifa kerana tertangkap dengan Gibran.

"No secret. You can see yourself" kata Gibran sambil kedua tangan naik melilit pinggang Haifa. Dah alang-alang diberi green light, Haifa terus mencari apa yang dimahu. Call log terbaru dilihat dan dapati nama Caden yang tertera.

"Caden?" soal Haifa pada Gibran.

"Yup" balas Gibran dengan mata yang terpejam. Bibirnya sudah dilekapkan pada leher putih Haifa dan semakin meliar ke belakang tubuh Haifa.

"Hubby.." panggil Haifa.

(10/09/2020 @ 1950hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience