Bab 46

Romance Completed 684982

"Milia.. wait, wait, wait! You bukan outstation ke?" soal Raffa yang masih memegang lengan Milia. Tajam Milia memandang Raffa.

"Ya, I memang outstation tapi pagi tadi I call office and Nelly told me, Gib masuk office pagi ni. So, I'm here" balas Milia. Haifa hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua. Nasib baik si Milia ni yang gedik balik awal, kalau tidak..

"Isshhh.. you ni, lepas la!" marah Milia sambil cuba lepaskan lengannya dari pegangan Raffa. Raffa dah kalut. Yang Gib ni pun lama la pula, cepat la sikit. Dah nak meletus perang ni!

"Eh, perempuan!" panggil Milia.

"What's your name? Hani kan?" soal Milia sambil cuba mendekati meja Gibran. Haifa senyum senget. Not H.A.N.I but H.O.N.E.Y la.. kesian kau kan..

"Sini! Kau sibuk duduk di situ kenapa?" panggil Milia. Merah-merah wajahnya menahan marah. Haifa malas mahu melayan cakap Milia, bukan sombong cuma dia takut nanti tangannya yang sampai dulu ke muka plastik Milia tu.

"Hey, kau pekak ke!" marah Milia lalu beg tangannya dibaling ke arah Haifa.

'Kelepuk'

Ternganga mulut Raffa. Mati!! tepat pula balingannya kena pada wajah Haifa. Kembang kempis hidung Haifa menahan marah. Berani dia baling beg buruk pada aku!

Perlahan Haifa bangun. Beg tangan Milia di atas meja diambil lalu dicampak ke lantai dan sengaja dipijaknya dan dilenyek dengan kaki. Buntang mata Milia melihat tingkah Haifa. Raffa pula sudah telan liur. Silap haribulan, dia yang jadi mangsa pula ni..!

"Kau pijak?!" soal Milia tidak percaya apabila melihat beg tangannya diperlakukan begitu. Dah la baru beli.

"Haah, kenapa?" soal Haifa tidak bersalah.

"Kenapa kau tanya?!" tegang-tegang wajah Milia marah. Haifa tegak membalas pandangan Milia. Kakinya semakin menghampiri Milia. Tangan digenggam kuat, tunggu masa sahaja untuk dihayun.

"Honey" suara Gibran memanggil Haifa sebaik daun pintu pejabatnya ditolak. Ketiga-tiga pasang mata toleh ke arah pintu. Nampak riak lega di wajah Raffa.

Gibran pula terkaku di muka pintu, yang Naz sibuk mengintai dari belakang mahu melihat apa yang berlaku.

"Gib.." Milia laju mendapatkan Gibran. Gibran telan liur. Apa dah jadi? Dia lihat wajah Haifa tegang dan keras, penumbuk pula kuat digenggam. Kalau kena, mau makan guna straw ni.. Milia yang sudah berjurai air matanya mahu memaut lengan Gibran tetapi pantas Gibran menepis. Matanya tidak berkalih dari Haifa.

"Gib.." Milia memanggil. Gibran toleh seketika.

"Siapa perempuan tu? suka-suka dia je duduk tempat you. I nak duduk situ pun you tak pernah nak bagi" adu Milia.

"You tengok tu" Milia menunjukkan ke arah beg tangannya di atas lantai.

"Dia pijak handbag I.." Milia sudah buat drama swasta. Gibran tidak membalas kata-kata Milia sebaliknya kaki dia terus melangkah ke arah Haifa. Milia di belakang sudah tersenyum. Kau tunggu la nasib kau perempuan. Milia senyum lagi.

"Honey.. are you okay?" soal Gibran pada Haifa sambil jarinya naik mengusap wajah Haifa yang nampak ada kesan merah di pipi. Milia yang melihat, bulat matanya.

"Gib!! what are you doing?!" marah Milia bersama langkah laju ke arah Gibran dan Haifa.

"Stop Milia. Enough!" tinggi suara Gibran bergema. Terhenti kaki Milia yang laju melangkah tadi.

"What do you mean by that Gib?" soal Milia. Berubah wajahnya bila Gibran tinggi suara begitu. Gibran hela nafas panjang lalu tubuh Haifa ditarik ke dalam pelukannya.

"Her name Haifa, she's my wife" terang Gibran yakin. Tidak terkata Milia bila mendengar ayat yang dituturkan Gibran. Raffa yang melihat keadaan semakin tegang laju menunduk mengambil beg tangan Milia. Naz pula yang sedari tadi kaku di depan pintu terus menarik daun pintu dan keluar. Tidak mahu jadi wartawan tidak bergaji di situ.

"Milia, come. I hantar you balik" pujuk Raffa sambil menyerahkan beg tangan pada Milia. Milia masih tegak memandang Gibran tidak percaya.

"You tipu I kan? you saja nak bagi I jealous. Betul kan Gib?" soal Milia bersama air mata sudah kering tadi kembali bertakung di tubir mata.

"No, Haifa isteri I. We married long time ago. Before I know you, Milia" terang Gibran. Pelukan pada tubuh Haifa tidak dilepaskan.

"You tipu!!" jerit Milia.

"Milia, dulu lagi I dah terangkan, I anggap you tak lebih dari seorang adik. You yang masih tak dapat terima" kendur sahaja kata-kata Gibran. Milia pula sudah berjurai air mata.

"No! you tak boleh kahwin! you tak boleh kahwin!" jerit Milia lalu merampas beg tangannya dari Raffa dan terus berlari keluar. Raffa tergamam. Tapi untuk mengejar rasa teragak-agak.

"You tipu Gib.. you tipu I" suara Milia berbunyi. Nelly yang sedang sibuk di mejanya terus terdongak apabila melihat Milia berlari ke arah lif dan terus melolos masuk sebaik pintu lif terbuka.

"Mana Milia?" soal Raffa apabila melihat Nelly yang sudah berdiri tegak mengadap ke arah luar.

"Lif" kata Nelly sambil tangan naik menunjuk ke arah lif.

Tanpa melihat kanan dan kiri Milia terus melintas jalan yang sibuk dengan kenderaan.

'Skreettt!!!'

Terkaku kaki Milia di tengah-tengah jalan yang sibuk. Terpejam rapat matanya.

"Cik, Cik tak apa-apa?" soal Huzaireen sebaik mendapatkan Milia yang kaku di tengah jalan raya.

Dengan pandangan yang tajam, Milia berikan pada Huzaireen tetapi hanya seketika. Kemudian laju langkah kaki dibuka menghala ke seberang jalan.

"Cik" panggil Huzaireen tetapi Milia tidak menoleh, dia terus melangkah bersama pejalan kaki yang lain.

"Tuan" Bak kalut keluar dari tempat pemandu. Milia pula telah hilang di seberang jalan.

"Siapa tu?" soal Bak.

"Entah, keluar berlari dari bangunan ni. Tak pandang kiri kanan terus lintas. Dah la, dia tak cedera pun" kata Huzaireen lalu masuk semula ke dalam kereta bersama Bak.

Raffa yang baru sampai di luar bangunan panjang leher memandang kiri kanan mencari Milia tetapi tiada. Telefon dicapai lalu mesej di hantar pada Gib.

Raffa : She's gone

+++

"Honey.." panggil Gibran pada Haifa yang baru keluar dari bilik air pejabatnya. Haifa tidak menyahut. Kakinya terus melangkah ke arah sofa.

"Honey" Gibran capai lengan Haifa.

"What?" soal Haifa. Lengan Haifa ditarik hingga terduduk tubuh itu di ribaannya. Pinggang Haifa dipeluk erat. Wajah Haifa dipandang.

"Honey.. don't mad at me" pinta Gibran. Haifa pandang wajah Gibran. Lama wajah itu ditenung.

"No. I'm not mad at you" balas Haifa bersama usapan di pipi lelaki itu.

"Kalau tak marah, kenapa muka macam ni?" soal Gibran. Panjang nafas dihela.

"I'm worry" balas Haifa pendek.

"Apa yang honey bimbangkan?" soal Gibran.

"Milia anak uncle Megat, kawan daddy. I'm worry your father will mad at you because of this" luah Haifa.

"Honey.. uncle Megat tahu yang hubby tak ada perasaan pada Milia lama dulu lagi cuma Milia yang tak dapat terima. You just don't worry" kata Gibran. Lama Haifa diam dan akhirnya kepala dianggukkan.

"Now, kita pergi lunch. Hubby lapar" mengada sahaja bunyi suara Gibran. Haifa ketawa suka lalu diabuhkan cium sekilas pada hidung mancung Gibran.

"Hubby nak makan apa?" soal Haifa sambil bangun dari ribaan Gibran.

"Makan honey boleh?" balas Gibran sambil dikenyitkan mata pada Haifa.

"Kalau nak makan honey kena tunggu malam" kata Haifa. Membalas pula..

"Sekarang tak boleh ke..?" Gibran buat wajah sedih. Kuat Haifa ketawa.

"Ee.. tak payah la buat muka macam tu, kelakar. Dah la, jangan nak mengada. Kata nak makan" kata Haifa yang sudah siap dengan beg di bahu. Gibran ketawa kecil.

"Let's go" Gibran paut pinggang Haifa sambil melangkah ke arah pintu.

Tengah hari itu, selepas makan tengah hari. Gibran minta Raffa menghantarnya pulang ke rumah bersama Haifa. Urusan pejabat diserahkan pada Naz. Baru Gibran mahu membuka pintu kereta, telefon bimbitnya berbunyi. Apabila dilihat pada skrin, nama daddy yang tertera. Tanpa lengah icon hijau disentuh.

"Ya daddy" jawab Gibran.

"Apa yang Gib dah buat pada Milia? tadi Milia call daddy. Dia cakap Gib tipu dia. What are doing Gib?" tinggi suara Tan Sri Eusof berbunyi di sebelah sana. Gibran toleh pada Haifa di sebelah kemudian daun pintu ditolak dan dia keluar lalu berdiri di sisi kereta. Haifa pula tidak mahu campur dan dia terus menuju ke pintu rumah. Biar Gibran yang selesaikan dengan daddy, dia tidak mahu nanti keputusan yang Gibran buat terganggu kerana dirinya.

"Daddy.. I do nothing. Milia datang pejabat dan waktu itu Haifa ada bersama. I told her, who Haifa to me. Tapi Milia tak dapat terima and she say I was lie to her" terang Gibran. Tan Sri Eusof terdiam di sebelah sana.

"Uncle Megat pun tau yang Gib hanya anggap Milia tak lebih dari seorang adik. Cuma Milia yang.." Gibran tidak habiskan ayatnya.

"It'a okay Gib. Daddy akan bincang dengan uncle Megat" kata Tan Sri Eusof.

"Thanks dad" ucap Gibran lalu talian dimatikan. Raffa yang masih setia di sisi Gibran kalih pandang.

"Kau okay?" soal Raffa.

"Entah la Raf, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Salah aku ke tak nak orang tahu yang Haifa isteri aku?" soal Gibran sambil tangan naik meraup rambut dengan kasar.

"Aku bimbangkan keselamatan Haifa. Makin ramai yang tahu siapa Haifa pada aku, makin bahaya nyawa dia Raf" luah Gibran. Jauh matanya memandang ke hadapan.

"Tak, kau tak salah. Apa yang kau buat adalah demi Haifa. Apa juga keputusan dan tindakan kau, aku sentiasa menyokong" balas Raffa sambil bahu Gibran ditepuk perlahan. Gibran angguk.

"Thanks Raf, kau memang sahabat sejati" ucap Gibran.

(03/10/2020 @ 1725hrs)

Share this novel

eida chezam
2020-10-07 23:10:27 

alaaa lama nya fifi x update.


NovelPlus Premium

The best ads free experience