Bab 71

Romance Completed 684558

"How you get here?" soal Gibran yang sedari tadi kaku. Lelaki tadi ketawa lagi.

"Why are you looking at me like that?" soal lelaki itu bersama kerutan di dahi. Tubuh sendiri dipandang. Pelik sangat ke?

"No.. you look great, handsome and tough, I think" balas Gibran jujur.

"Phsttt.." lelaki itu ketawa hingga nampak semua giginya.

"Auw.. what are you? gay?" usik lelaki itu bersama ketawa yang masih bersisa. Memerah wajah Gibran.

"Hey, stop saying nonsense. I got wife, okay!" marah Gibran.

"Gib.. dah tua-tua pun still merajuk" usik lelaki tadi bersama pelukan pada tubuh Gibran.

"I'm not sulk!" marah Gibran tetapi pelukan lelaki itu dibalas juga.

"Kau buat apa di sini?" soal Gibran sebaik pelukan dilepaskan.

"And why you look so.. different?" soal Gibran pada alongnya Fattah.

"Different?" soal Fattah yang sudah tersenyum senget. Jari telunjuk naik mengetuk dagunya.

"Hm.. something in a good way or bad?" Fattah masih mahu bergurau. Gibran jeling tajam. Kuat Fattah ketawa.

"Okay.. okay.. don't be so serious. I was joking, right" balas Fattah. Bahu Gibran ditepuk perlahan.

"Come, follow me" kata Fattah serius lalu mendahului langkah ke arah tempat parking basement. Alarm kereta ditekan dan lampu sebuah kereta hitam menyala. Daun pintu bahagian pemandu ditarik. Gibran masih kaku di tepi kereta.

"Get in" kata Fattah pada Gibran bersama goyangan kepala. Gibran capai pemegang pintu kereta lalu daun pintu ditarik. Tubuh diloloskan di bahagian penumpang hadapan. Sewaktu Gibran membetulkan duduknya, walter yang terselit pada pinggang terkeluar sedikit hingga ternampak pada mata Fattah.

"Gun?" soal Fattah sambil enjin kereta dihidupkan.

"You want to shoot Morgan?!" soal Fattah sambil menoleh sekilas pada Gibran sambil meneruskan pemanduan.

"Are you serious, Gib?" soal Fattah tidak percaya. Gibran tidak membalas sebaliknya pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Suitnya ditarik bagi menutup walter di pinggang. Tiba-tiba telefon Gibran berbunyi. Telefon dari poket dikeluarkan, nama Raffa tertera pada skrin.

"Yup, Raff" Gibran mulakan kata.

"Kau tak nak balik ke?" soal Raffa.

"Nope, I'm out. Kau balik dulu" kata Gibran sambil menjeling pada Fattah di sisi.

"Balik? dah tu, kau nak balik dengan apa? eh, kau dengan siapa tu?" suara Raffa sudah meninggi. Fattah yang berada di sisi sudah tersenyum.

"Hai Raff. Miss me?" Fattah bersuara. Terdiam Raffa di sebelah sana.

"Siapa tu?" soal Raffa. Gibran geleng kepala, loudspeaker disentuh.

"Oh, how could you not recognize me.." Fattah berkata dengan suara yang sengaja disayukan.

"Gill? kau ke Gill?" soal Raffa. Fattah sudah ketawa suka.

"Yup, it's me. Tak rindu aku ke?" soal Fattah.

"Dah-dah, nak sembang lama-lama guna phone sendiri" kata Gibran lalu talian dimatikan. Fattah ketawa suka. Tidak lama telefon Gibran berbunyi lagi. Icon hijau digesek.

"Kau nak ke mana dengan Gill?" soal Raffa. Gibran hela nafas malas.

"Kita nak ke mana? boyfriend kau ni sibuk tanya" soal Gibran pada Fattah. Terdengar suara Raffa yang marah-marah di sebelah sana. Fattah ketawa lagi. Sebelum Fattah berkahwin, hubungan dia dan Raffa sering kali menjadi bualan. Disangka mereka berdua mempunyai hubungan istimewa. Gibran pun pelik, Raffa sahabatnya tapi mengapa pula Fattah yang dikaitkan. Mereka bertiga agak akrab hinggalah Fattah berkahwin dan hubungan agak renggang kerana Fattah sibuk dengan keluarganya. Tambahan pula sekarang Fattah sudah menetap di Sepanyol bersama anak perempuannya.

"Tempat biasa" balas Fattah.

"Hah, dengar? Dah, jangan nak call aku lagi. Kalau nak call, call your boyfriend" kata Gibran lalu talian dimatikan. Fattah tak sudah-sudah dengan tawanya. Rasanya, sudah lama dia tidak ketawa begini, naik lenguh pipi. Wajah Gibran di sisi dipandang.

"What?" soal Gibran pelik.

"Nothing" balas Fattah lalu dia menoleh semula ke hadapan dan pemanduan diteruskan ke destinasinya.

"Hey, can I ask you something?" soal Gibran. Dulu lagi ingin ditanya soalan ini tapi tidak terluah. Fattah yang sedang memandu toleh pada Gibran seketika.

"Yup, what is it?" soal Fattah.

"Er.. you and Raffa. Is it something special between you?" soal Gibran. Fattah senyum senget.

"Why you ask?" soalan Gibran dibalas dengan soalan.

"Nothing, just curious" balas Gibran. Wajah Fattah dipandang lagi.

"Nutt" kata Fattah.

Hampir setengah jam memandu, Gibran dan Fattah sampai di destinasi yang dimaksudkan. Gerai Pak Husin. Fattah matikan enjin setelah kereta diparkir di tepi jalan berhampiran gerai. Fattah kemudian terus keluar dari kereta. Diperhatikan sekeliling kawasan, masih sama seperti dulu.

Gibran pula sebelum keluar dari kereta, drawer ditarik dan walter disimpan di dalam sana lalu tubuh diloloskan keluar. Tidak lama, kereta dipandu Raffa tiba dan Raffa terus keluar dari kereta dan berjalan menghampiri Fattah yang juga turut berjalan mendapatkan Raffa. Tubuh Fattah terus dipeluk dan tanpa silu, bibir Raffa terus disapa Fattah. Asyik keduanya bercumbu seperti melepaskan rindu. Gibran yang berdiri di sisi kereta sudah kaku di situ melihat aksi abang dan sahabatnya. Oh, my..! biar betul! bulat matanya memandang tidak berkelip.

Kemudian kedua mereka berjalan menuju ke arahnya yang kaku terdiam.

"Gib" suara Fattah memanggil. Gibran masih terkelip-kelip di sisi kereta.

"Gib!" makin kuat suara Fattah bersama tepukan di dadanya. Gibran buka mata. Eh, dalam kereta?

"Gib! what wrong with you?" soal Fattah. Laju Gibran toleh ke kanan.

"Along?!" suara Gibran berbunyi. Terkelip-kelip mata memandang Fattah.

"Gib, kau ni dah kenapa?" satu suara di sebelah kiri pula menegur. Laju ditoleh ke kiri pula.

"Raff?!"

"Ish.. kau ni, tak sampai setengah jam pun boleh tidur ke?" soal Fattah.

"Dah la, get out. Dah sampai" marah Fattah lalu keluar dari kereta. Gibran raup wajah. Memerah wajahnya. Walter di pinggang dipegang. Eh, bukan tadi aku dah simpan? Gibran geleng kepala. Walter diambil lalu diletakkan di dalam drawer lalu tubuh diloloskan keluar. Suit yang tersarung pada tubuh ditanggalkan dan diletakkan di atas tempat duduk lalu dia berjalan menghampiri Raffa dan Fattah yang sudah mengambil tempat duduk. Lengan kemejanya dilipat hingga siku.

"Kau dah kenapa? tidur sekejap pun boleh mimpi. Mimpi apa?" soal Fattah pada Gibran sebaik dia hampir dengan meja mereka. Memerah wajahnya dengan soalan Fattah. Terus terlayar kembali adegan Fattah dan Raffa tadi. Euw! nasib baik mimpi.

"Oit, serius la. Kau mimpi apa? merah-merah muka ni?" sakat Raffa pula. Wajah Gibran dipandang.

"Takkan mimpi basah kot?" sakat Raffa. Fattah dan Raffa sudah ketawa. Menjeling Gibran lalu dengan kasar dilabuhkan duduk. Makin kuat Fattah dan Raffa ketawa.

"Stop it" marah Gibran.

"Kau ni.." tergeleng kepala Raffa dengan tingkah Gibran.

"Lama tak nampak korang bertiga" Pak Husin menegur. Pantas ketiga-tiga mereka menoleh pada Pak Husin yang sudah berdiri di tepi meja.

"Pak Husin kenal lagi kitaorang" Raffa ramah membalas.

"Apa yang tak kenalnya, korang bertigakan selalu datang makan di sini. Nak order apa? macam biasa?" soal Pak Husin. Tersenyum mereka bertiga.

"Macam biasa je la Pak Husin" balas Fattah.

"Okay, tunggu sekejap ya" balas Pak Husin lalu dia melangkah menuju ke arah bahagian dalam kedai.

"Ingat lagi Pak Husin dengan kita" kata Fattah. Raffa angguk tanda setuju.

"Iyalah. Tapi kuat lagi Pak Husin tu ya, nampak sihat walaupun dah tua" tambah Raffa pula. Gibran hanya diam tidak menyampuk.

"Gib, diam je ni. Kenapa?" soal Raffa. Wajah Gibran dipandang.

"Nothing. Aku okay" balas Gibran.

"Macam mana boleh jumpa dengan Gill?" soal Raffa pada Gibran. Wajah Gibran dan Fattah dipandang bergilir. Gibran pandang Fattah.

"What are you doing here?" soal Gibran pada Fattah pula. Fattah hela nafas panjang.

"And.. what happened at that hospital has something to do with you?" tambah Gibran lagi. Raffa toleh pada Fattah dengan dahi berkerut.

"What happened?" soal Raffa ingin tahu.

"Yup, that was me" balas Fattah tanpa selindung.

"How do you know about this?" soal Gibran. Baru Fattah nak menjawab, Pak Husin hampiri meja mereka dan menghantar makanan yang dipesan.

"Makan ya" kata Pak Husin.

"Terima kasih Pak Husin" balas mereka hampir serentak.

Air dalam gelas disedut perlahan membasahkan tekak. Wajah Gibran dan Raffa dipandang. Mereka juga turut menyedut minuman masing-masing, cuaca yang agak panas begini, dahaga pula tekak.

"Rick" balas Fattah.

"Rick? Enrico, abang Lucc?" soal Gibran tidak percaya.

"How do you know him?" soal Raffa pula. Wajah Fattah ditenung. Takkan Fattah terlibat dengan mafia pula.

"Yup Enrico Marcello. How I know him? That's a long story" balas Fattah.

"He told me what happened here and I know what you deal with Lucc" balas Fattah. Wajah Gibran dipandang tepat.

"But, why you do it with your own?" soal Gibran tidak faham. Fattah hela nafas.

"Aku rasa bersalah. I left my family. Kalau aku tak tinggalkan mummy dan daddy, pasti semua perkara ni tak berlaku" balas Fattah dengan wajah yang tertunduk. Gibran geleng perlahan.

"No, that's not your fault. Dia memang dari dulu lagi rebutkan harta nenda, kalau tidak dia takkan sanggup culik dan pisahkan Armine dari kita" balas Gibran.

"What? adik?" soal Fattah tidak percaya. Tegak pandangannya pada Gibran.

"Yup. Itu semua kerja dia" balas Gibran.

"But you don't worry, I found her" tambah Gibran lagi.

"Aku tahu dan she beautiful. I saw her once" balas Fattah lagi.

"Tapi.. apa yang kau dah buat pada Morgan sebenarnya?" soal Raffa.

"Ya, what you did to him?" soal Gibran pula.

"Nothing much, but enough to make him tormented and slowly dying" balas Fattah bersama riak wajah bengis. Terdiam Gibran dan Raffa. Lain benar Fattah sekarang ini.

"Hm.. can I ask?" soal Raffa pada Fattah. Fattah anggukkan sedikit kepalanya. Air minuman disedut.

"Kenapa kau nampak lain? Berbeza sungguh" soal Raffa. Fattah senyum senget.

"Kenapa? teruk sangat ke aku sekarang berbanding dengan dulu?" soal Fattah pula.

"Tak.. cuma.. entahlah" Raffa hilang kata-kata.

"Kau masih tinggal di Spain?" soal Gibran.

"Yup, still" balas Fattah, kemudian laksa disuap ke mulut. Terpejam matanya. Lama sungguh tak makan laksa.

"Amboi, tahulah dah lama tak balik sini. Takkan makan laksa pun sampai mata terpejam" usik Raffa. Kemudian dia juga turut sama menikmati laksa Pak Husin, Gibran juga begitu.

"Sedap.. masih sama rasanya" kata Raffa.

"Lama kau balik sini?" soal Raffa. Tisu diambil dan bibir dikesat.

"Tak pasti lagi. Aku ingat nak jumpa mummy dan daddy" balas Fattah sambil menikmati makanannya.

"You still single?" soal Raffa pada Fattah. Fattah senyum senget. Gibran yang sedang menikmati laksa toleh pandang pada Raffa.

"Eh, Gib. I'm still corius, kau mimpi apa tadi?" soal Raffa pada Gibran setelah agak lama mereka diam kerana menikmati makanan masing-masing.

"Mimpi?" soal Gibran. Bibir yang comot dikesat dengan tisu.

"Iya la, mimpi" sampuk Fattah pula. Gibran senyum senget sambil memandang wajah Fattah dan Raffa bersilih ganti.

"What?" soal Raffa dan Fattah serentak.

"My dream is, you two kiss like crazy" balas Gibran selamba. Tersedak Fattah dengan jawapan Gibran. Memerah wajahnya. Kalut tangan mencapai tisu. Gibran sudah ketawa suka. Raffa sudah menumbuk bahu Gibran. Nak tahu sangatkan..

(12/12/2020 @ 0210hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience